Setiap kali melontarkan kata-kata ketika mengacara sangat yakin, malah beliau antara pengacara yang dianggap evergreen dan menjadi lagenda dalam dunia penyiaran.
Ramai dalam kalangan penyampai radio atau televisyen masa kini menjadikan dirinya sebagai idola.
Namun setelah berkahwin, beliau tidak lagi aktif dalam dunia pengacaraan dan memberikan sepenuh tumpuan pada keluarga. Tetapi aura personaliti ini memang sangat kuat.
Siapa sangka setelah lama tidak beraksi di kaca televisyen, kini beliau bakal muncul sebagai juri tetap untuk pencarian ikon wanita moden, Ratu Hijabista.
Rancangan ini yang julung kali mencari wanita berhijab yang berinspirasi serta boleh dijadikan contoh pada masyarakat.
Muncul sebagai tetamu dalam sidang media Ratu Hijabista semalam sempat bertanya perkembangan terkini beliau dan bagaimana rahsianya mengekalkan kesihan serta kecantikan walaupun sudah berusia 56 tahun.
Ternyata wanita kelahiran Segamat, Johor ini tidak lokek memberitahu aktiviti terkini dilakukan selain fokus sebagai juri tetap dalam program Ratu Hijabista ini.
Ads
Menurut Normala kemunculan semula dalam dunia penyiaran setelah sekian lama menyepi adalah dengan keizinan suaminya, Tan Sri Azmi Khalid.
“Sebaik terima tawaran ini (juri tetap), saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Namun, beliau memberi saya ‘lampu hijau’ untuk membabitkan diri .
“Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga.
“Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta,” katanya banyak mengisi masa senggang bersama keluarga di Perlis.
Melihat kelembutannya, tapi beliau juga sebenarnya amat menggemari aktiviti hiking dan cycling dan akan melakukannya bersama rakan rapat di sana.
Ads
Ketika ditanya rahsianya mengekalkan kesihatan dan kecantikan diri walau sudah separuh abad, Normala memberitahu tiada rahsia atau ayat tertentu yang diamalkan.
“Apa yang kita baca setiap kali solat itulah yang saya amalkan. Cumanya saya juga kalau boleh setiap hari akan habiskan satu muka surat bacaan Al-Quran.
“Kalau tak dapat setiap hari, saya akan lakukannya setiap kali lepas solat Subuh, Maghrib atau Isyak.
“Dan antara ayat-ayat yang saya amalkan setiap masa dari pagi hingga ke malam, saya akan amalkan Al-Fatihah, ayat Kursi dan juga 3 Qul.
“Inilah amalan yang saya tak boleh tinggal. Saya juga turut berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah,” ujarnya yang turut mengamalkan solat jemaah terutama Maghrib dan Subuh bersama seluruh ahli keluarga di rumah.
Program Ratu Hijabista adalah hasil kerjasama di antara saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., pencarian ini menerima hampir 550 penyertaan secara online semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Seramai 12 finalis telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi penyertaan penganjuran musim pertama ini.
Menurut pengurus saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihak mereka menyambut baik penganjuran program ini bagi mengiktiraf potensi bakat luar biasa wanita di luar sana.
“Platform pencarian seumpama ini berupaya mewujudkan persekitaran positif sekaligus meningkatkan keyakinan setiap wanita,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Ratu Hijabista yang bertempat di restoran My Elephant Thai, Kuala Lumpur.
Selain Normala sebagai juri tetap Ratu Hijabista, selebriti Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersama mengacarakan musim pertama program berkenaan.
Juara Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara dan selempang.
Ratu Hijabista akan bersiaran selama lapan episod di saluran Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.
Alangkah bertuahnya diri kala berpeluang mengunjungi rumah Allah dan menjadi tetamuNya. Sedang ramai yang menanti untuk ke sana, ternyata jemputan kali ini tidak dilepaskan.
Namun kegembiraan itu hanyalah seketika diberikan oleh Allah. Seorang lelaki yang juga bapa tunggal kepada enam orang anak-anaknya disahkan meninggal dunia sebaik tiba di tanah air.
Betapa hasratnya untuk menjadi tetamu Allah dimakbulkan, namun takdir Allah tiada siapa boleh menduga. Selepas tiga jam tiba, Kamarul Sharizam Kamaruddin, 40 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’far Seremban (HTJS).
Arwah Kamarul Sharizam.
Dalam satu posting oleh adiknya di laman sosial Facebook, Mohd Zatullah Kamarudin memberitahu bahawa abangnya sebelum pergi kelihatan sihat dan bersemangat untuk mengunjungi Baitullah. Katanya lagi untuk ziarah Rasulullah dan para sahabat.
Namun dalam sekelip mata dia telah diambil oleh Allah meninggalkan enam orang anak-anaknya yang masih kecil.
Ketika hayatnya arwah dikenali ramai, suka membantu terutama orang susah. Malah menurut adiknya itu, kematian juga dalam kedaaan begitu senang iaitu ketika duduk tahiyatul akhir ketika jatuh dari kereta yang memberi makna tersendiri.
Paling menyedihkan menurut lagi, semua anak-anaknya berkumpul menatap wajah terakhir arwah. Dan anak yang paling kecil berusia setahun lebih menjerit memanggil ayahnya untuk lihat sewaktu dikafankan.
Kesemua anak-anak ini terutama paling kecil rapat dengan ayah mereka dan kehilangan sangat memberi kesan pada adik-beradik ini.
Berkumpullah anak-anak arwah Bro Bob Hse menatap saat terakhir wajah arwah ayahnya. 6 orang semuanya. Paling kecil setahun lebih. Dia menjerit nak ayah bila lihat ayahnya dikafankan. Maklumlah hidupnya dengan ayah nya. Dari kecil tak rasa kasih sayang seorang ibu. Bangun tidur ayah, merengek dekat ayah, merajuk tunggu ayah pujuk. . Semoga arwah abang saya diturunkan rahmat dan pengampunan buatnya. Allah humma aamiin.
Menurut laporan Harian Metro, sebelum itu arwah ada mengadu tidak sihat sebak tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada adiknya Mohd Zatullah, yang datang menjemputnya.
“Ketika itu abang sudah kelihatan tidak sihat lalu saya terus bawanya ke HTJS untuk rawatan.
“Sebaik tiba di hospital, saya pimpin abang dan meletakkannya di kerusi roda.
“Namun abang tiba-tiba rebah dan pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum dia disahkan meninggal dunia,” katanya.
Mohd Zatullah yang juga pengasas Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina berkata, arwah abangnya menerima tajaan menunaikan umrah itu dan dia ke Tanah Suci bersama seorang rakan.
“Arwah gembira apabila dapat menunaikan umrah dan sepanjang arwah di sana, saya mengambil tanggungjawab menjaga enam anaknya.
“Saya tak sangka dia ‘pergi’ selepas tiga jam pulang ke tanah air,” katanya.
Kisah arwah yang mempunyai enak orang anak berumur 2 tahun hingga 13 tahun pernah viral kerana dikatakan buntu memikirkan masa depan anak-anaknya selepas menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan dirinya tidak mampu bekerja.
Meninggal enam orang anak-anak yang masih kecil, berusia 2 tahun hingga 13 tahun.
Dalam pada itu, warganet turut mengucapkan takziah atas kehilangan bapa tunggal ini dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Far Eastsalam takziah bro.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Honey HidayahInnalillahiwainnailaihirajiun. Semoga Allah ampuni dan kasihani beliau serta menempatkan rohnya dikalangan para syuhada. InsyaAllah
Salam takziah….
Deq Bee HoneySalam.takziah ustaz.. Semuga d tempatkan dia bersama org2 yg soleh..aamiin..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Sengaja tinggalkan solat.’ Jangan sampai segala amal baik jadi sia-sia, tak diterima Allah. Benarkah segala kebaikan tidak dikira jika kita meninggalkan solat?
Menjadi tanda tanya adakah orang-orang yang rajin bersedekah pahalanya tidak dikira dek kerana dia tidak mendirikan solat. Ikuti perkongsian ini:
Assalamualaikum, baru-baru ini saya ada menonton video seorang selebriti membacakan sebuah hadis mengatakan bahawa semua amal ibadat yang dilakukan oleh seorang yang meninggalkan solat adalah sia-sia dan tidak diterima oleh Allah SWT.
Benarkah demikian meskipun seseorang itu hanya meninggalkan solat kadangkala sahaja ? Mohon pencerahan, terima kasih.
Jangan Sampai Segala Amal Baik
Jawapan:
Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam justeru ia menjadi kewajipan bagi setiap muslim.
Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.
Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun sama ada baik atau buruk.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah ayat 8-9, maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Tak DiTerima Allah
Walaubagaimanapun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah.
Solat itu adalah tiang agama. Jiwa boleh terasa kosong jika tidak menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
Namun tidak semua yang diberi hidayah oleh Allah untuk menerima ‘kekosongan’ itu. Malah mereka akan terus dibiarkan leka dan lupa kepada PenciptaNya dengan meninggalkan segala amalan kebaikan ini.
Dan beruntunglah jika diberi hidayah oleh Allah tidak kisahlah dalam apa bentuk sekalipun. Seperti perkongsian oleh Dr. Rozanizam di laman sosial twitter yang bercerita kisah mengenai individu yang pernah ditemui beliau.
Selain mengakui dirinya tidak mendirikan solat serta amal ibadah yang lain, selama itulah hidupnya terasa seakan kosong kerana kurang mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.
Gambar sekadar hiasan.
Dah lama tinggal solat & beci orang sekeliling
“Saya dah lama tinggal solat, tinggal tuhan doktor…”
Kenapa? Tanya saya.
“Saya benci dengan orang-orang disekeliling saya yang asyik suruh saya sabar, ingat tuhan…” “mereka tak pernah faham saya. Asyik menghukum saya!”
Tetapi kenapa pula mahu menghukum Tuhan
Jadi mengapa pula kamu menghukum tuhan?
Tidak mengapa jika kamu membenci manusia kerana cara mereka menyampaikan. Kerana manusia tidak sempurna. Kita juga sebegitu.
Tetapi jangan menidakkan kebenarannya, hanya kerana kita benci pada penyampainya.
Jangan keliru. Dua perkara itu berbeza.
Jangan nilai neraca kebenaran ketika emosi bergelojak. Jangan tinggalkan tuhan. Kerana dia tidak pernah meninggalkan kita.
Dunia ini dianggap tidak adil
“Dimana dia ketika saya susah?”
Di kedudukan yang sama ketika kamu gembira. Dia tidak pernah tiada.
“Dunia ini tidak adil, sebab bagi saya sakit”
Dunia ini tidak adil.
Sebab itu ada akhirat sebagai penyudahnya. Di situ keadilan hakiki. Tempat di mana tidak ada lagi sakit atau derita.
Gambar sekadar hiasan.
Kenapa diuji, dihina..kerana ingin mengangkat darjatmu
“Kenapa dia uji saya”
Kerana dia ingin mengangkat darjat kamu.
“Orang hina saya”
Darjat kamu disisiNya, bukan di mata manusia.
Sudah lama tidak solat, mengaji & ingat Tuhan
“Saya dah lama tak solat, mengaji, ingat tuhan”.
Taubat tiada tarikh luput. Kecuali mati.
Saya tidak ada semua jawapan. Saya juga nak kamu sihat. Tapi sihat kamu tidak cukup dengan boleh tidur, makan dan bekerja.
Sihat sebenar, bila kita kembali menemui makna kehidupan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimpikan kebahagiaan dan kesetiaan hingga ke akhir hayat. Namun, apabila si suami menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi, emosi isteri...