Kisahnya sangat memberi inspirasi. Ia mungkin dianggap kerja gila namun tekad seorang saudara seislam kita, Adam Muhammad atau mesra disapa Brother Adam berjalan kaki dari Wolverhamptom, Britain ke Makkah berakhir dengan suasana sangat mengharukan.
Ini kerana dirinya menempuh perjalanan 11 bulan dengan hanya berjalan kaki demi memastikan misinya menjadi tetamu Allah bagi musim haji ini terlaksana.
Dikongsi dari Tik Toknya @adam.to. mecca. by.foot, dirinya berkongsi suka duka perjalanannya yang memakan masa hampir setahun masanya. Dirinya menempuh 6500 km dengan menempuh banyak negara, antaranya ialah Belanda, Jerman, Serbia, Austria, Bulgari, Turki, Syria, Jordan sebelum memasuki Makkah. Ia satu perjalanan yang sangat mencabar namun diiringi doa dari orang ramai agar niatnya dapat menunaikan haji pada usianya kini iaitu 52 tahun.
Ads
Kata orang tiada halangan jika hati sudah nekad dan itulah dilakukannya. Bahkan dalam setiap persinggahan di negara ditempuhnya, dirinya ditemuramah hingga dirinya menjadi terkenal kerana tekadnya itu.
Ads
Kata Brother Adam, jika di awalnya, perjalanan ini adalah impiannya (dapat tunai haji) namun selepas menempuh banyak negara dan dikelilingi ramai orang baik-baik dirinya mengakui perjalanannya ini adalah “perjalanan ummah” buat semua iaitu melaksanakan rukan islam ke lima bagi yang mampu.
Ads
Cuaca buruk antara faktor menghalang perjalanannya, bahkan troli barang-barang yang dibawanya bersama untuk memudahkan dirinya memasak dan menyimpan barangan turut beberapa kali patah namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melihat Kaabah di depan mata buat kali pertama. Alhamdulillah dengan irigan doa dari semua, dirinya telah pun sampai ke Makkah.
Ternyata semangatnya sangat luar biasa dari orang hanya biasa-biasa. Nak tengok perjalanannya boleh follow Youtube dan Tik Toknya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Terlibat kemalangan, sengaja dilanggar dan dipukul hingga koma.’ Isteri korbankan segala kudrat bantu suami bangkit kembali menjalani kehidupan.
Dia juga berharap agar Allah selalu pinjamkan kekuatan. Dalam masa yang sama isteri ini korbankan segalanya untuk bantu suaminya bangkit dan menjalani hidup seperti orang lain.
Walaupun tak normal seperti orang lain kerana tidak mampu berjalan, tetapi ianya bukan penghalang untuk pasangan ini bahagia. Apatah lagi sang isteri sentiasa berada di sisi walaupun keadaan suami tidak upaya.
Perkongsian video Tiktok @aunimutalib menjadi tular apabila warganet kagum dengan semangatnya yang menjaga suami yang tidak mampu berjalan.
Semangat dan usaha dia membantu suami masuk ke dalam kereta menerusi perkongsian video berdurasi 1.27 minit sangat memberi motivasi kepada isteri di luar sana yang diuji dengan sikap dan kekurangan suami.
Kongsi Auni,
Abang, saja sayang abadikan video kita di sini.
Sayang ‘korbankan kudrat sayang… untuk bantu abang bangun
Walaupun ada masa, jasad ini merasa terlalu sakit. Sayang cuba bertahan.
Syurga itu mahal kan abang?
Maaf sebab badan sayang tak selalu kuat untuk support abang.
Andai sayang rebah pergi satu masa nanti, semoga Abang redakan segala yang sayang terlanjur lakukan sepanjang kita bergelar suami, isteri.
Abang… Sayang nak abang juga jadi pasangan sayang di syurga.
Sebab Abang tak perlekeh sayang. Abang muliakan sayang. Malah, abang hargai sayang. Abang cuba bahagiakan sayang.
Terima Kasih Ya Allah, kurniakan “syurga’ ini pada ku.
Moga sakit yang aku rasa ini jadi sebuah jihad buat ku.
Dalam masa yang sama, warganet turut merasa sebak apabila di ruangan komen, Abang Is turut meluahkan rasa syukurnya. Katanya, ‘Alhamdullillah. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan seorang Isteri yang tulus mencintaiku seadanya. Terima kasih Baby.’
Dalam video lain, Auni menjelaskan punca sebenar suaminya yang dikenali Abang Is berkeadaan demikian.
Menurutnya, Abang Is dilahirkan normal, dalam umur 11 tahun mengalami kemalangan yang dirancang. Kisahnya ketika Abang Is main basikal di kawasan perumahan dia, tiba-tiba datang sebuah motosikal melanggar dia.
Selepas itu, datang pula sebuah teksi. Pemandu teksi itu turun dan pukul Abang Is. Bukan itu saja, mereka juga sengaja patahkan tangan Abang Is.
Kejadian itu membuatkan Abang Is koma dan sedar dari koma dia lumpuh. Tapi dia kuat semangat, dia fight untuk bangun, dia jalani fisioterapi dan alhamdulillah dia boleh berjaan walaupun tak normal.
Bagi Muslimah, puasa ganti adalah satu ibadah wajib sebagai membayar ganti semula hutang puasa Ramadhan yang lalu. Ia diganti di luar bulan Ramadhan sebelum tibanya Ramadhan tahun berikutnya. Namun dalam menjalankan ibadah puasa ganti ini, ada juga dilema terjadi apabila suami ingin bersama isteri.
Dalam hal ini, suami isteri sepatutnya ada cara komunikasi yang jelas. Apabila masing-amsing sering memaklumkan perancangan awal tentang sesuatu perkara, maka tidak akan timbul masalah berbangkit kerana masing-masing sudah sedia maklum.
Sewaktu komunikasi berlaku, pastinya pasangan menuntut penjelasan lanjut; itu dan ini. Komunikasi awal akan banyak membantu melanacarkan urusan harian.
Jika tiada perancangan awal, maka apabila ada urusan yang mengejut dan ia akan menyebabkan dilema, maka jangan salahkan sesiapa.
Salahkan diri sendiri kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan pasangan, contohnya apabila sang suami berkeinginan bersama atau melakukan hubungan intim namun saat itu isteri sedang lakukan ibadah puasa ganti.
Dalam keadaan ini bagaimana nak bertindak? Diteruskan berpuasa atau membatalkan puasa ganti tadi? Sedangkan kedua-duanya adalah tanggungjawab penting.
Kita ikuti pandangan Dr. Khalid Al-Musyaiqih, pensyarah di Fakulti Syariah, Universitas Muhammad bin Suud KSA.
Dr. Khalid Al-Musyaiqih mengatakan, “Tidak boleh bagi suami untuk membatalkan puasa wajib yang sedang dilakukan isterinya, baik dengan hubungan badan atau lainnya. Baik puasa wajib ini adalah puasa ganti ramadhan atau puasa nazar.
“Jika suami telah mengetahui puasa wajib yang dilakukan isterinya, maka dia berdosa kerana telah dengan sengaja merosakkan puasa isterinya. Dia wajib bertaubat kepada Allah. Seharusnya yang dia lakukan adalah membantu isterinya untuk melaksanakan puasa yang menjadi kewajibannya”
Beliau juga memberikan nasihat kepada pihak isteri,
“Demikian pula, tidak boleh bagi isteri untuk mentaati suami agar membatalkan puasanya. Jika isteri mentaati keinginan suami, dia juga melakukan dosa dan wajib bertaubat kepada Allah. Dan dia wajib mengganti puasa ganti hari itu”
Beliau melarang para suami untuk menyuruh isterinya membatalkan puasa ganti, kerana puasa ini, termasuk puasa wajib.
Sementara puasa wajib tidak boleh dibatalkan tanpa uzur yang dibenarkan syariat.
Tatkala diajak suami untuk berhubungan intim, ia bukanlah uzur yang membolehkan sang isteri untuk membatalkan puasanya.
Menunaikan kewajiban Allah lebih didahulukan dibandingkan kewajiban makhluk.
Dari Ali bin Abi Thalib r.a bahawa Nabi SAW bersabda,
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Sang Khaliq,” (HR. Ahmad 1095, Ibn Abi Syaibah dalam Mushanaf 33717, dan sandarnya disahihkan Syuaib Al-Arnauth). Allahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai ibu bapa ragu dan bimbang memukul anak yang belum baligh dalam urusan mendidik mereka. Sebagai ibu bapa, didikan anak cara Rasulullah SAW memang menjadi rujukan.
Tentunya kita mahu anak itu nanti menjadi anak soleh dan solehah; sempurna semua ibadatnya apabila dewasa kelak. Tapi jika didikan hanya bicara di mulut dan niat di hati namun tiada kesedaran menyegerakan untuk diterjemahkan menerusi perbuatan harian, maka lupakan lah impian tadi.
Mendidik anak kena dari usia muda. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Selagi mana suruhan itu tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan anak yang masih hijau, maka ibu bapa harus istikomah mendidik anak cara Rasulullah SAW.
Kita ikuti penjelasan ringkas oleh pendakwah terkenal tanahair; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan cara mendidik anak di peringkat usia muda.
Hendaklah seseorang itu bermula daripada dia itu (anak) apabila sudah mula untuk berbicara. Diajar dan diingatkan kepada si anak untuk menyebut nama Allah. Agar supaya anak tersebut terbiasa menyebut nama Allah SWT. Dan menyebutkan nama Allah dengan benar dan nama Rasulnya Muhammad SAW.
Demikian berterusannya tanggungjawab pendidikan kepada anak. Bermula dari usia tamyiz, usia anak itu sudah matang. Berfikir walaupun belum baligh. Perintahkan anakmu untuk solat pada usia 7 tahun. Umur 7 tahun kebanyakan anak-anak belum baligh.
Usia baligh minimum dalam ASWJ adalah usia 9 tahun qamariah. Kalau ada orang nampak tanda-tanda baligh sebelum umur 9 tahun qamariah, ia tidak dikira baligh kerana ia lain dari kebiasaan.
Bila dikatakan baligh? Dia (anak) dikatakan sudah baligh apabila nampak tanda pada usia 9 tahun qamariah dan maksimum usia baligh ialah 15 tahun.
Kalau sampai usia 15 tahun tidak nampak tanda-tanda baligh seperti air mani, haid bagi perempuan pada usia 15 tahun. Maka dia dianggap sudah baligh. Dalam kes ini, anak itu baligh bukan disebabkan tanda-tanda tadi tapi kerana lengkapnya usia 15 tahun.
Maka seseorang memiliki tanggungjawab mendidik anaknya sebelum baligh. Pukullah ketika meninggalkan solat sebelum baligh juga supaya terbiasa menjaga solat sebelum diwajibkan solat kepadanya dengan baligh.
Kalau sudah baligh, baru di suruh solat? Mungkin dia tidak akan dapat ilmu itu dengan sempurna kerana masih belajar tetapi kalau dibiasakan sebelum baligh, lama -kelamaan dia faham dan dapat hayati cara dan kepentingan solat 5 waktu.
Pisahkan pada mereka pada alas tidurnya atau tempat tidurnya. Ini merupakan didikan awal batasan pergaulan walaupun antara ahli keluarga sendiri.
Anak itu bilamana sudah selesai atau berhenti daripada menyusui, maka kita akan dapati dia suka makan coklat, biskut. Pada tahap ini. Perlu ajarkan kepada anak agar makan dengan tangan kanan dan mengucapkan bismillah sebelum makan dan dalam setiap keadaan.
Baginda duduk dan hidangkan makanan, di depan Nabi ada budak kecil makan juga bersama dengan Nabi, tapi makan tak ikut aturan, dia ambil sana, dia ambil sini. Sebahagian orang mengatakan masih budak-budak tak apa. Mana dia faham dia tak faham. Justeru kepada budak-budak tu mesti diajarkan pada awal.
Suatu hari Al Habib Abdul Qadir bin Muhammad As Seggaf rahimallah. Ada seorang datang kepada beliau, guru kepada Habib Umar. Bawa anak perempuan masih kecil mungkin umurnya 2 tahun 3 tahun dan masih kecil sangat. Pakai baju panjang tapi tidak memakai seluar panjang.Kalau budak kecil pakai baju begitu memanglah kelihatan comel.
Maka orang tuanya bawa kepada Habib Abdul Qadir. Habib doakan saya agar dianugerahkan anak, kemudian Habib Abdul Qadir berpesan kepada orang tuanya. Pakailah pakaian yang sempurna, tutup bahagian bahunya dan pakaikan seluar kerana bajunya kelihatan terangkat. Ya mungkin kerana memakai pampers.
Maka Habib Abdul Qadir mengatakan pakaikan pakaian yang menutup badannya dan pakai seluar. Kata orangtuanya, anak ini masih kecil. Lantas Habib Abdul Qadir berkata, justeru itulah anak masih kecil amat mudah untuk engkau bentuk dan pantau.
Pokok kalau masih hijau, bengkok sana bengkok sini. Nak bagi lurus letak kayu dan terus kayunya lurus ke atas. Apa sebabnya? Masih hijau. Kalau sudah kering sudah tua nak luruskan? Kemudian patah. Kholas!