Ads

Pengasas Bersama Foodie Media Ali Edward Ng Peluk Islam Di Thailand, Kisah Luar Biasa Yang Menyentuh Hati

Ali Edward Ng

Siapa sangka, perjalanan mencari makna hidup dan ketenangan jiwa boleh membawa seseorang ke destinasi yang tidak pernah terlintas di fikiran? Itulah kisah menyentuh hati yang dikongsikan oleh pendakwah Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di media sosial mengenai pengislaman salah seorang pengasas bersama Foodie Media, iaitu Ali Edward Ng Zong Ren.

​Foodie Media sememangnya cukup sinonim dengan kandungan video mencari tempat makan sedap dan menarik. Namun di sebalik dunia kreatif dan pengembaraan yang dilalui, ada kisah dalaman yang mungkin ramai tidak tahu.

​Tidak Pernah Terdetik Di Malaysia, Menemui Hidayah Di Bumi Thailand

​Menurut perkongsian tersebut, Ali Edward Ng Zong Ren sebenarnya sudah memeluk Islam sejak hampir setahun lalu, namun pendaftaran rasmi pengislamannya baru sahaja dilakukan.

​Apa yang membuatkan kisah ini begitu unik ialah sepanjang berada di Malaysia, beliau tidak pernah terdetik di hati untuk memeluk Islam. 

Ads

BACA JUGA: Menang RM3,000 Di Miskul Kalam 2.0, Fadhel Joeniasyah Dari Aceh Hanya Mahu Istiqamah Jaga Ibu Bapa

Namun selepas menjelajah ke pelbagai negara dan menetap di Thailand selama beberapa bulan, sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha, di situlah beliau memilih untuk memeluk Islam.

​Islam Menyelamatkan Ali Edward Ng Ketika Di Titik Terendah

​Hidayah Allah hadir dengan cara yang pelbagai. Ada yang menemui Islam melalui keindahan ceramah atau kehebatan hujah, namun ada juga yang menemui cahaya-Nya ketika hidup berada dalam fasa paling gelap dan buntu.

Ads

​Bagi Ali Edward Ng Zong Ren, Islam hadir menyelamatkan dirinya ketika berada di titik terendah dalam kehidupan. Saat bergelut dengan pelbagai kekusutan dan persoalan hidup yang sekian lama membelenggu, Islam memberikan jawapan serta ketenangan yang dicari selama ini.

​Jangan Berhenti Mencari Jawapan

​Kisah penghijrahan ini turut membawa satu peringatan bermakna buat sesiapa sahaja yang sedang diuji dengan kekusutan hidup agar jangan sesekali berhenti mencari jawapan, kerana barangkali jawapan dan ketenangan yang dicari selama ini ada di dalam Islam.

Ads

​Alhamdulillah, selamat pulang ke Islam buat Ali Edward Ng Zong Ren. Semoga perjalanan baharu ini terus dipenuhi keberkatan, ketenangan dan istiqamah dalam iman.

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung / Facebook

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Muhammad Ali: Kisah Inspirasi Penghijrahan Legenda Tinju Dunia Memilih Islam

Muhammad Ali bukan sekadar legenda tinju dunia. Ketahui kisah inspirasi penghijrahannya daripada Cassius Clay hingga memilih Islam Sunni.