Ads

Eizlan Yusof Berjaya Genggam Sarjana Selepas 11 Tahun, Kisah Inspirasi Penuh Kesabaran

Eizlan Yusof

Menuntut ilmu tidak pernah mengenal usia. Itulah bukti nyata yang dizahirkan oleh pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof, apabila akhirnya berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Sains (Pengurusan) di Universiti Utara Malaysia (UUM) selepas hampir 11 tahun menempuh perjalanan akademik yang penuh liku.

Perjalanan yang bermula sejak tahun 2015 hingga 2026 ini bukanlah sesuatu yang mudah. 

Di sebalik kesibukan dunia seni dan komitmen harian, Eizlan mengakui banyak dugaan serta cabaran yang datang silih berganti, namun segalanya menjadi pengajaran terbaik yang mengajarnya tentang erti kesabaran, ketabahan dan reda.

BACA JUGA: Usia 53 Tahun Bukan Penghalang! Datuk Nora Ariffin Sambung Pengajian Sarjana Di UPSI

Ads

“Simpan sini buat kenangan. Satu perjalanan yang sangat panjang bermula pada 2015 dan berakhir 2026. 

Pelbagai dugaan dan cabaran yang mengajar aku erti kesabaran. Syukur ya Allah atas keizinan-Mu buat segala usaha hambamu yang lemah ini,”. Titip beliau melalui hantaran Instagram miliknya.

Eizlan Yusof Syukur Atas Izin-Nya & Tunjang Kekuatan Di Sisi

Eizlan Yusof turut merakamkan penghargaan setulus hati kepada insan-insan yang menjadi tulang belakang sepanjang beliau berjuang menyudahkan pengajian,

Ads

Beliau memulakan ucapan penghargaan kepada tenaga pengajar dan penyelia iaitu First Supervisor, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Second Supervisor, Idzwan Yacob serta seluruh warga pendidik UUM atas bimbingan dan dorongan berterusan.

Tidak dilupakan juga buat keluarga tersayang iaitu Isteri tercinta, Datin Seri Natasha Rosa Boudville (yang turut berkongsi momen indah konvokesyen tersebut), serta anak-anak yang menjadi sumber semangat untuk terus melangkah kuat.

Ads

Eizlan turut meluahkan terima kasih buat rakan-rakan yang sentiasa berada di sisi dan tidak putus memberikan sokongan moral.

Kejayaan pada usia 55 tahun ini bukan sekadar tentang segulung ijazah, tetapi cerminan bahawa apabila usaha disulam dengan doa dan kesabaran, Allah pasti mempermudahkan jalan menuju kejayaan. 

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Suamiku Anak Mak: Isteri Berhak Tolak Tinggal Dengan Mentua? Ini Penjelasan...

Suamiku Anak Mak cetus persoalan hak isteri tinggal bersama mentua. Ketahui penjelasan penting Mufti tentang nafkah tempat tinggal dan tanggungjawab suami.