Bukan itu saja, dia juga dikatakan sudan membersihkan akaun Instagramnya dengan memadam semua kandungan yang selama ini menjadi kenangan terindah sebagai anak seni.
Dalam pada itu, Sana Khan memberiahu adakah kehadiran seorang hamba Allah di duina ini hanya untuk mengejar kekayaan dan nama.
Bertitik tolak pada kesedaran serta petunjuk yang diperoleh, Sana mengumumkan hasratnya meletakkan noktah pada kerjaya seni dan beralih untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
“Hari ini saya membuat keputusan yang penting dalam hidup. Saya sudah melalui kehidupan dalam bidang seni bertahun-tahun lamanya dan sepanjang perjalanan itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan kemasyhuran, penghormatan dan kekayaan,” katanya.
Dalam membicarakan soal kehidupannya sebagai seorang pelakon, Sana berkata, dia sering melakukan pemerhatian dan mencari jawapan apakah yang akan terjadi padanya selepas dia dijemput Ilahi.
“Untuk sekian lama, saya mencari jawapan pada dua soalan terutamanya pada soalan apa yang akan terjadi pada saya selepas kematian saya?
“Apabila mencari jawapan itu dalam agama saya, saya menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah persiapan untuk kehidupan yang lebih baik selepas kematian,”tulisnya lagi di laman Instagramnya hingga mendapat perhatian ramai.
Sana turut berkongsi pandangan bahawa matlamat sebenarnya seseorang manusia itu bukanlah semata-mata kerana kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya, harus menjauhkan diri daripada terjebak dalam kehidupan yang melalaikan dan mengundang dosa, berbakti kepada sesama manusia serta melakukan apa yang disuruh olehNya.
Ads
Sehubungan itu, Sana mengumumkan dia akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya dan melakukan apa yang dituntut oleh Allah.
“Saya minta semua peminat berdoa semoga Allah menerima taubat saya dan memberi saya panduan untuk mampu meneruskan kehidupan mengikut apa yang disuruh oleh Pencipta,” katanya lagi.
Ads
Sepanjang bergelar pelakon, Sana pernah membintangi 14 buah filem dalam lima bahasa ikaitu Hindi, Malayalam, Tamil, Kannada dan Telugu.
Menurut bintang filem Big Boss 6 dan Jai Ho ini, dia juga memohon pengikut-pengikutnya mendoakan kesejahteraannya agar terus istiqomah.
“Kepada saudara-saudari di luar sana, saya mohon untuk berdoa supaya Allah menerima taubat saya dan memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan saya mengikut perintah-Nya.
“Pada masa sama, saya dapat curahkan bakti kepada masyarakat dan dapat melalui dugaan-dugannya,” tulisnya lagi.
Ramadan telah pun berlalu. Selepas puas berhari raya ramai yang mengambil peluang menambah pahala dengan melakukan puasa enam.
Tak kurang juga yang mula menqadhakan puasa (ganti) disebabkan uzur syarie. Persoalannya bolehkan niat puasa qadha dilakukan ecara serentak dengan puasa serentak.
SOALAN:
Bolehkah saya berniat puasa qada (ganti) dan puasa enam dibulan Syawal secara serentak (dua dalam satu (puasa ganti dan puasa enam).
JAWAPAN:
Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah:183)
BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADAN TANPA ADA SEBARANG KEUZURAN
Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran wajib ke atasnya menqadhakannya serta merta selepas tamatnya Ramadan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diekori dengan puasa qadha.
Adapun sekiranya dia tidak berpuasa pada bulan Ramadan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak) maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qadha kerana qada waktu puasa qadha adalah muwassa` (luas).
Imam as-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Rahimahullahu Taala menyebut: “ (Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat Syawal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqada Ramadan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qada Ramadan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qada dahulu.” (Rujuk Kitab Bughyah at- Tullab, hlm. 128)
ISU MENGGABUNGKAN DUA IBADAT DENGAN SATU NIAT
Masalah ini dikenali di sisi para ulama sebagai masalah tasyrik (mengabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat) hukumnya :
Sekiranya ia adalah termasuk dalam wasilah atau perkara yang bercampur maka hukumnya sah. Terhasil apa yang dihajatinya daripada kedua ibadat tersebut. Misalnya, jika seseorang itu mandi junub pada Hari Jumaat untuk melakukan Jumaat dan juga mengangkat junub, sesungguhnya junubnya terangkat dan pahala mandi Jumaat tersebut pun terhasil.
Walaupun salah satu daripada dua ibadat tersebut tidak diniatkan manakala yang lain pula diniatkan dengan zatnya maka sah himpunan atau gabungan tersebut dan tidak mencederakan ibadat tersebut misalnya solat tahiyyah masjid dilakukan berserta solat fardhu atau solat sunat yang lain.

Adapun menghimpunkan atau gabung di antara dua ibadat yang diniatkan dengan zatnya seperti puasa qadha atau kaffarah, atau nazar berserta puasa sunat seperti puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal maka tidak sah tasyrik tersebut mengikut pendapat yang muktamad kerana setiap ibadat itu berasingan daripada ibadat lain yang diniatkan dengan zatnya dan tidak pula berada di bawah ibadah yang lain.
Persoalannya, adakah berpuasa dengan niat qadha bulan Ramadan dan niat puasa 6 pada bulan Syawal yang digabungkan sah keduanya? Atau salah satu sahaja sah? Jika dibuat secara ithlaq (Umum) berhasil keduanya atau salah satu sahaja?
GABUNG NIAT PUASA QADHA RAMADAN DAN PUASA ENAM SYAWAL
Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu menggabungkan niat di antara puasa qadha Ramadan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.
Syaikul Islam Zakaria al-Ansari Rahimahullahu Taala:
“Jika seseorang berpuasa pada Bulan Syawal untuk qadha bagi puasa Ramadan, atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Kerana topik perbincangannya adalah tentang puasa pada 6 hari daripada bulan Syawal…tetapi dia tidak akan memperolehi pahala yang sempurna sebagaimana yang diinginkannya melainkan dengan hanya dia berniat puasa khusus untuk 6 hari pada bulan Syawal sahaja.
Terutamanya orang yang telah luput daripadanya puasa Ramadan kerana tidak sesuai dia berpuasa Ramadan dan seterusnya berpuasa 6 hari di bulan syawal” (Rujuk Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir)
Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya tentang puasa Ramadan dan qadha di bulan Syawal, adakah berhasil qadha puasa Ramadan dan pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal, ada ke tidak dalam masalah ini sebarang nukilan?
Imam Ramli Rahimahullahu Taala menjawab: “Bahawa berhasil puasa qadha Ramadannya walaupun dia gabung niat puasa qadha Ramadannya dengan puasa yang lain. Dan berhasil pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).” (Rujuk Fatawa Imam Ramli, 2/339)
Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib: “Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Rujuk Kitab Al-Fatwa Al-Kubra, 2/75)
Sebahagian ulama menyebut sah seseorang itu melakukan qadha puasa bulan Ramadan bersama puasa sunat enam Syawal dan terhasil pahala puasa sunat yang dilakukan di dalam bulan Syawal tersebut.
Hal ini kerana diqiyaskan dengan seseorang yang memasuki masjid kemudian solat 2 rakaat fardu atau solat sunat rawatib (mengiringi solat fardu) maka terhasil sekali baginya pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid kerana ia melakukan solat berkenaan sebelum ia duduk.
Imam Sulaiman al-Bujairimi Rahimahullahu Taala berkata: “Terhasil pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan melakukan solat fardhu atau sunat yang lainnya, sama ada diniatkan atau tidak solat sunat Tahiyyatul Masjid tersebut. Hal ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:
“Apabila masuk salah seorang dari kamu ke dalam masjid hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk” dan kerana itu juga maksud solat sebelum duduk yang disebutkan dalam hadis telah terhasil dengan melakukan solat Fardhu atau solat sunat yang lain. (Rujuk Kitab Hasyiah al-Bujairimi 1/280)
Begitu juga nas yang hampir serupa dikatakan Syeikh Islam Zakaria Al-Ansori Rahimahullahu Taala: Terhasilnya solat sunat dua rakaat atau lebih (yang dimaksudkan dengan adalah hasilnya pahala solat walaupun bersama dengannya solat fardhu atau solat sunat yang lain) sama ada diniatkan sekali ataupun tidak.
Ia berdasarkan hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim Rahimahumahullahu Taala “ Apabila masuk seseorang daripada kamu ke dalam masjid maka janganlah ia duduk sehingga ia solat dua rakaat”. ” dan kerana itu juga maksud solat sebelum duduk yang disebutkan dalam hadis telah terhasil dengan melakukan solat Fardhu atau solat sunat yang lain (Rujuk Kitab Fathul Wahab Syarah Manhajul Tullab 1/67)
Imam ar-Ramli Rahimahullahu Taala telah berkata: “Dan sekiranya berpuasa pada bulan Syawal, puasa qadha, nazar atau selain daripada keduanya atau seumpama dengannya, seperti berpuasa pada hari Asyura maka telah dapat pahala puasa sunat itu baginya, seperti yang telah difatwakan oleh bapanya (bapa kepada Imam ar-Ramli), begitu juga oleh al-Barizi, al-Asfahuni, A-Nasyizi, al-Faqih Ali Soleh al-Hadrami dan selainnya tetapi ia tidaklah mendapat pahala yang sempurna ke atas yang dituntut.
” Begitulah sama hukumnya puasa Ramadhan dengan puasa sunat enam Syawal. (Rujuk kitab Nihayah al-Muhtaaj, 3/208-209)
Imam as-Suyuti Rahimahullahu Taala berkata : “Sekiranya seseorang berpuasa sunat misalnya pada hari Arafah, qadha atau nazar atau kafarah, dan diniatkan puasa-puasa tersebut bersama dengan niat puasa sunat hari Arafah, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya.
Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (sahaja aku berpuasa) maka masalah tersebut mengikut masalah solat tahiyyah Masjid. ” (Rujuk kitab Ashbah Wan Nazoir, hlm. 61)
Dalam Syarah al-Tanbih karangan al-Hafiz al-Suyuti Rahimahullahu Taala, daripada fatawa al-Baarizi Rahimahullahu Taala, beliau mengatakan : Sekiranya seseorang berpuasa sunat misalnya pada hari Arafah, qadha atau nazar atau kafarah, dan diniatkan puasa-puasa tersebut bersama dengan niat puasa sunat hari Arafah terhasih keduanya (sah keduanya), begitu juga jika dia ithlaqkan (sahaja aku berpuasa).
Tetapi al-Isnawi menyebut perkara ini tertolak dan qiyas yang dilakukan tidak sah dalam menggambarkan perkongsian satu daripada keduanya. Disisinya apa yang terhasil adalah yang fardhu sahaja dalam gambaran ithlaq”
Walaupun begitu, perlulah diambil perhatian, maksud terhasilnya pahala puasa sunat enam Syawal apabila dimasukkan sekali dengan puasa fardhu adalah pahala semata-mata pahala sunat bukannya pahala yang sempurna.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal. Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.
Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.
Sumber Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ajal maut jodoh pertemuan sudah ditulis sejak di luh mahfuz lagi. Siapa orangnya, itu semua rahsia Allah dan akan terjadi saatnya sudah sampai.
Di media sosial khususnya di negara seberang di kampung Arjawinangun, Daerah Cirebon, Jawa Barat viral apabila seorang gadis berusia 18 tahun dikenali sebagai Ava bertemu jodoh dengan lelaki empat kali ganda usianya. Sekitar 65 tahun.
Apa yang menariknya bukan saja usia begitu berbeza tapi maharnya buat ramai yang melongo.
Ini kerana, maharnya adalah Rp500 juta bersamaan RM150,000. Ava turut menerima sebuah rumah, sebiji kereta serta seisi keluarganya akan dibawa mengerjakan umrah. Inilah dikatakan rezeki selepas bernikah.
Kekayaan pihak lelaki iaitu, Sondani yang seorang taikun hartanah ditambah usianya sudah mencecah 65 tahun membuatkan ramai bercerita hal ini kerana usia isterinya baru 18 tahun.
Dikongsi dari posting fb, Happy-wedding Planner, pasangan ini baru saja bernikah.
Tulis posting ini:-
"Menikah itu nasib …
Mencintai itu takdir …
Kamu bisa berencana menikahi siapa …
Tapi tidak dapat kau rencanakan cintamu untuk siapa ???? …," tulis akun tersebut yang kini sudah ratusan orang dan ribuan kali dibagikan tersebut.
Inilah dikatakan rezeki bernikah, tak kisah beza usianya berapa tapi ia sudah tertulis di luh mahfuz. Raikanlah cinta kerana iaya milik Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sebelum ini seperti kita tahu Yang Dipertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong telah menjalani kuarantin di Istana Negara kerana ada kalangan kakitangan yang turut disahkan positif COVID-19.
Dan sebelum kuarantin juga, kita dapat lihat Raja Permaisuri Agong berkenan menyediakan makanan dengan air air tangan Baginda selepas mereka berjuang bagi merawat pesakit COVID-19.
Dan terbaru dilihat Baginda serta anakanda-anakanda mengurniakan sumbangan katil lipat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).
Ternyata posting terbaru yang di muat naik di laman Instagram ini telah mendapat tanda 15 ribu suka serta ratusan komen ditinggalkan.