Namanya pernah popular seketika di industri seni Bollywood. Namun ketika namanya mula dijulang, Zaira Wasim memilih untuk berundur sepenuhnya kerana dunia hiburan bertentangan dengan kepercayaan dan agamanya dianutinya iaitu islam.
Bahkan di Instagramnya, Zaira Wasim turut membuang semua gambar-gambar lamanya dan hanya meletakan kata-kata indah untuk tatapan peminatnya. Namun setelah dua tahun menyepi dalam dunia tanpa sebarang gambarnya, bekas pelakon Dangal ini telah memuat naik sekeping gambarnya.
Ads
Lebih indah, ia tidak langsung menampakkan mukanya yang cantik itu sebaliknya hanya penampilannya dari arah belakang dengan mengenakan burqa dan berjubah. Bahkan dia turut menulis “The Warm Oktober Sun” sambil berdiri di atas jambatan di lokasi yang sangat indah.
Ads
Dan sejak ia memuat naik gambar pertama itu, rakan-rakan dari dunia seni seperti bintang filem Dangal, Fatima Sana Shaikh dan pelakon Vikrant Massey turut memberikan tanda suka pada gambar. Walau ramai tidak percaya dia terus meninggalkan dunia seni di saat namanya mula dijulang tapi pelakon remaja ini tetap dengan pendiriannya.
Ads
Katanya dunia seni membawa banyak cinta, sokongan dan kesempurnaan di mata penonton. Namun dirinya tidak boleh bertoleransi antara agama yang dianuti dengan keperluan sebagai pelakon di dunia seni ini. Ia terlalu meletihkan di mana saya perlu berperang dengan diri sendiri. Sedangkan hidup terlalu singkat namun terlalu lama untuk menerangi jiwa ini khususnya berkaitan dengan iman dan hubungan saya dengan Allah. Dan sejak itu, namanya terus menyepi. Gambar : IG @zairawasim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alhamdulillah dan tahniah buat anak muda berusia 17 tahun, Siti Nurshuhaini Azman yang baru saja muncul sebagai Naib Juara Terbuka Republik Czech pada 24 Oktober lalu.
Di pusingan akhir itu, dirinya tewas di tangan pemain Indonesia Putri Kusuma Wardani yang menghuni tangga ke 124 dunia.
Membuat penampilan sulung apabila menggalas cabaran bersama Skuad Badminton Wanita Negara dalam saingan Piala Uber 2020 lepas, pendedahan di peringkat antarabangsa itu memberikan semangat buat anak negara yang manis berhijab ini untuk muncul Naib Juara di Terbuka Republik Czech baru ini.
Apa yang menarik, penampilannya yang berhijab sedikit pun tidak membuatnya berasa kekok sebaliknya atlet kelahiran Rawang, Selangor ini mengekalkan jati diri sebagai muslimah sejati dengan penampilan menutup auratnya itu.
Sebelum mencapai kejayaan gemilang ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan yang jawatankuasa pengurusan telah membuat keputusan menyerapkan remaja berusia 17 tahun ini ke pasukan senior perseorangan negara serta merta sebelum pasukan berlepas ke Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober lalu.
Ia dilakukan kerana negara mengenai keperluan jumlah pemain senior yang lebih ramai bagi perseorangan wanita, bagi mencapai objektif memperkuatkan lagi skuad itu.
“Mereka secara rasminya akan menyertai unit di bawah ketua jurulatih Indra Widjaja dan jurulatih Loh Wei Sheng. Semoga yang terbaik untuk anda semua,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kemas kini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 17 tahun yang menamatkan saingan Terbuka Czech selaku naib juara meraih peningkatan sebanyak 85 anak tangga.
Peningkatan tersebut membolehkan Nurshuhaini menghuni tangga ke-269 dunia pada minggu ini. Ini merupakan ranking terbaik pernah dihuni oleh Nurshuhaini sejak disenaraikan oleh BWF pada bulan Mei lalu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sedekah itu pembuka rezeki. Semakin banyak kita memberi, ganjarannya sangat besar. Jangan pernah takut bersedekah, bimbang kalau harta kita semakin kurang kerana sebenarnya dengan bersedekahlah rezeki bertambah-tambah.
Ini diakui oleh Man Raja Lawak yang mengakui selepas bersedekah RM50,000 hasil kemenangannya dalam Program Maharaja Lawak Mega pada 2019, rezeki dirinya sentiasa ada.
Menurut Man, adakala dirinya tidak tahu rezeki itu datang dari mana tapi ia sentiasa mencukupi buat dirinya menampung isteri dan dua anak-anaknya yang meningkat remaja.
Menceritakan kelebihan rezeki diberi Allah, pemilik nama sebenar Abdul Rahman bin Kassim ini mengakui, jika diukur pada kedudukan kewangannya, dirinya tidaklah mempunyai wang yang banyak.
“Tapi lepas menang program itu bersama Kumpulan Puteh, saya nekad untuk sedekah sebahagian wang kemenangan iaitu RM50,000 tambahan ketika itu kita semua dalam kesusahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Alhamdulillah, bila kita tulus lakukan, Allah beri ganjaran yang luar biasa hebatnya.Saya kongsi sedikit kisah bulan puasa yang dah berlalu baru ini. Mestilah kita nak rebut buat pahala banyak-banyak. Jamu orang makan dan buat kebaikan lain. Ikhlas saya cakap, boleh dikatakan saya sering keluarkan belanja orang makan. Banyak juga tapi Allah ganti dengan lebih banyak. Tak tahu duit tu datang dari mana, ada saja marinya.
“Bahkan boleh saya katakan, banyak juga job saya dapat. Kadang sampai satu masa serentak datangnya. Sampai terpaksa tolak sebab bertembung. Kalau time tak ada job, tak ada langsung tapi saya masih rasa rilek. Tapi bila Allah gantikan rezeki, datang sekali banyak dengan jumlah yang kita boleh buat simpanan untuk keluarga dan masa depan,” katanya berkongsi asbab suka bersedekahnya saat ditemui di rakaman program Tahu Ke Tidok : Edisi PAFA di hoskan oleh PU Azman@ Cik Man yang akan bersiaran di Astro Oasis pada 11 Julai, Isnin jam 10-11 pagi.
Dalam pada itu, dirinya mengakui sebagai hamba Allah, dia masih memperbaiki semua kekurangan dirinya dan berharap hatinya terus istiqomah dengan melakukan kebaikan dan taat pada suruhanNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ibu adalah insan yang sangat mulia. Melahirkan, membesar dan mendidik kita menjadi manusia berguna.
Ketahuilah betapa rindunya seseorang itu jika ibu yang dikasihi sudah tiada meninggalkan kita selamanya di alam fana ni.
Ketika itu hanya amalan serta ajaran mulia yang ditinggalkan akan kita diingati sampai bila-bila.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook Nurlia Mohd Nor yang menceritakan tentang beberapa perkara serta contoh teladan yang baik dalam bab penjagaan dan mengurskan rumah yang telah diajar oleh arwah ibunya.
Menurutnya ilmu uruskan rumah sebagai seorang wanita yang diajar ini memberi kesan positif pada dirinya kerana telah dididik dengan perkara yang baik dan dijadikan amalan apabila sudah dewasa.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang meraih lebih 5 ribu butang like dan 6 ribu share di laman sosial.
Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:-
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
” Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
Selain itu:-
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.
Tapi..
Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.
Percayalah..
Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu.
Al fatihah Mak..
*Dalam gambar ini adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham.
Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini.
Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.