Ads

Menteri Agama Puji Jep Sepahtu, Teladan Mulia Bayar Zakat RM1.935 Juta Buat Inspirasi Asnaf

Rezeki yang berkat bukan terletak pada sejauh mana banyaknya angka dalam akaun simpanan, tetapi sejauh mana ia memberi manfaat kepada orang lain dan dibersihkan melalui zakat.

Terbaharu, tindakan penyampai radio dan pelawak popular, Jep Sepahtu, mendedahkan rekod pembayaran zakatnya yang mencecah kira-kira RM1.935 juta bagi tempoh 2016 hingga 2025 menarik perhatian ramai, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dr. Zulkifli Hassan.

“Bukan Untuk Menunjuk, Tapi Benteng Ekonomi Ummah”

Pujian itu disampaikan sendiri oleh Dr. Zulkifli Hassan yang menyifatkan keberanian Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin sebagai satu iktibar dan teladan yang sangat terpuji buat masyarakat.

BACA JUGA: Kenapa Ada Yang Terbalikkan Tangan Ketika Doa? Bekas Menteri Agama Jelaskan Sandaran Sunnahnya

Menjawab persoalan segelintir pihak, beliau menegaskan bahawa perkongsian rekod kewangan itu bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau riak, sebaliknya demi menangkis fitnah serta membuktikan ketelusan dalam memenuhi rukun Islam keempat.

Ads

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat saudara Jep Sepahtu yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan.

“Pengorbanan dan ketelusan figura awam seperti beliau wajar dijadikan ibrah terbaik buat seluruh masyarakat. Zakat bukan sahaja menyucikan harta, malah menjadi benteng ekonomi serta penyambung hayat buat golongan yang memerlukan,” jelas beliau.

Rekod RM300,000 Setahun Jadi Tumpuan

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya sebelum ini, suami kepada pelakon Sari Yanti itu memuat naik bukti resit bayaran zakat tahunannya yang bermula daripada sekitar RM25,000 sehingga pernah mencecah RM300,000 dalam tempoh satu tahun.

Ads

Jep menegaskan, niatnya berkongsi dokumen berkenaan semata-mata sebagai bukti integriti dan kepatuhan kewajipan agama, bukannya untuk dibanggakan.

“Resit ini untuk dibuktikan, bukan dibanggakan,” selaras dengan tujuannya mempertahankan ketelusan sebagai seorang public figure.

Ads

Iktibar Buat Kita Semua

Langkah berani yang ditunjukkan oleh Jep ini membuka mata ramai bahawa rezeki yang melimpah-ruah merupakan satu amanah besar yang perlu ditunaikan haknya.

Zakat bukan sekadar rukun yang wajib dilaksanakan, tetapi ia menjadi jambatan kasih sayang yang mengikat hubungan sesama manusia iaitu memindahkan sebahagian rezeki daripada golongan berada kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Semoga kisah ini menjadi pendorong buat kita semua untuk sentiasa menyemak dan menunaikan kewajipan zakat. Sama-sama kita doakan agar rezeki Jep Sepahtu dan keluarga terus diberkati dan bertambah berlipat ganda.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

terbalikkan tangan ketika doa

Kenapa Ada Yang Terbalikkan Tangan Ketika Doa? Bekas Menteri Agama Jelaskan...

Terbalikkan tangan ketika doa ada sandaran sunnah? Bekas Menteri Agama jelaskan hukum, hadis dan hikmah amalan ini ketika memohon perlindungan daripada bala.