Kucing merupakan salah seekor haiwan peliharaan popular kerana ia sangat manja, lucu dan comel. Bukan kita sahaja, malah Rasulullah SAW juga memiliki seekor kucing peliharaan dikenali sebagai Mueeza.

Kasih sayang Rasulullah terhadap Mueeza cukup jelas sehingga Nabi sanggup menggunting bahagian jubah yang ditiduri oleh Mueeza semata-mata tidak mahu mengganggu tidur si comel.

Nabi juga sering kelihatan mendukung Mueeza tatkala menerima kunjungan tetamu di rumah. Jelas menunjukkan kita perlu menyayangi kucing sebagaimana kita menyayangi ahli keluarga sendiri.

Artikel berkaitan:InsyaAllah Rezeki Jadi Berganda Pelihara Haiwan Kesayangan Rasulullah. Syaratnya Tak Boleh Kedekut Beli Makanan Kucing!

Artikel berkaitan:Kucing Bukan Sekadar Makhluk Yang Suka Tidur, Tapi Lindungi Kita Di Malam Hari Dari Roh Jahat

Apakah keistimewaan Kucing?

Tentu sahaja kita ingin tahu apakah ciri-ciri yang ada pada kucing sehingga Nabi SAW menganggap ia sebagai haiwan suci?

IKLAN
Otot Yang Menolak Bakteria 

Muezza dan rakan-rakannya dikurniakan otot-otot kulit yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan keadaan dengan sentuhan otot manusia.

Apabila si comel menjilat jari atau tangan, kita akan terasa kesat kan? Sebenarnya rasa kesat atau kasar itu adalah kerana lidah kucing dilitupi dengan benjolan-benjolan kecil yang runcing dan sedikit bengkok seperti mata gergaji.

Lidah kesat ini berfungsi sebagai ‘alat’ membersih bulu kucing dan membuang bulu-bulu mati yang ada pada badannya. Sama lah konsepnya dengan kita memberus pakaian.

Haiwan paling bersih

Hasil kajian para saintis mendapati, kucing merupakan haiwan yang sangat bersih berbanding haiwan lain mahupun kita!

Si comel kerap menjilat bulunya kerana itu adalah cara ia membersihkan badannya.

Banyak kajian dilakukan pada bahagian-bahagian tubuh kucing dan mendapati penemuan menakjubkan:

IKLAN

1. Bahagian bulunya ternyata negatif kuman walaupun ujian dilakukan berulang kali.

2. Permukaan lidahnya juga bebas kuman begitu juga air liurnya adalah bebas kuman. Oleh itu jangan bimbang jika kucing kita suka menjilat anggota badan kita sekalipun.

3. Jika ada kuman sekalipun, ia hanyalah kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang turut ada pada tubuh kita dalam dalam jumlah yang sedikit sahaja.

4. Kucing mempunyai unsur pembersih dikenali sebagai lysozyme yang menyebabkan kuman sukar hidup pada badan kucing.

IKLAN

5. Tidak suka air kerana bulunya mudah memerangkap bakteria. Jika kita mandikan si comel, pastikan bulu-bulunya dilap kering selain sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya.

Lidah kucing kesat disebabkan benjolan runcing seperti mata gergaji sebagai ‘alat’ pembersih yang sangat baik.

Teman yang mampu mengurangkan stress kita
Pada zaman dahulu kucing dipelihara untuk tujuan terapi. Dengkuran si comel pada tahap 50 Hz sangat baik memberi gelombang baik untuk kesihatan kita ditambah pula dengan mengusapnya, kita dapat kurangkan stress yang bersarang.

Sisa makanan atau minuman kucing hukumnya suci

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata,

“Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bejana (bekas air).” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bekas air tadi. Namun, seekor kucing datang dan meminum airnya. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwuduk.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Badan, peluh, bekas dari sisa makanan kucing adalah suci termasuklah air liurnya adalah bersih dan membersihkan. Ternyata si manja berbulu lembut ini lebih bersih daripada manusia. Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW sangat sayang kepada Muezza. Dan siapa lah kita untuk membenci si comel ini? Sayangilah mereka walau di mana pun kita berada.