Allah Maha Berkuasa yang mencipta segala isi alam dan aturannya. Dan ini termasuklah soal jodoh; pasangan kita kelak.

Ramai juga yang hidup tidak keruan saat berpisah dengan kekasih hati ada juga yang sudah berkahwin akhirnya bercerai. Ini semua soal jodoh.

Dalam hal jodoh ini, Allah SWT ada memberikan tanda-tanda samada si dia yang dicintai sesuai dijadikan pasangan sehidup semati atau sebaliknya.

Namun begitu, kepada yang sedang berkira-kira sambil mencabut kelopak bunga dan berkata “he loves me, he loves me not” cuba semak kalau-kalau ada tanda-tanda yang Allah tunjukkan ini berlaku sepanjang hubungan anda dengan si dia. Kalau ada, maka buatlah keputusan paling bijak.

Allah Tunjuk Tanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh Mu

Jom semak kalau ada tanda-tanda si dia sememangnya bukan jodoh mu:

1.Sembunyikan kita dari pengetahuan keluarga dan sahabatnya.

Bercinta dah setahun, tetapi sedikit pun tak mahu perkenalkan kita dengan keluarganya hatta sahabat baik dia sekalipun. Kenapa perlu nak disembunyikan hubungan suci itu? Ini bermakna, si dia tidak serius pun dengan hubungan yang terjalin.
Tanya apa isu sebenar dia lakukan sedemikian. Jika si dia serius, dia akan temukan kita dengan keluarga serta rakan-rakannya.
Susulan itu, dia akan melanjutkan ke persoalan berumahtangga

2.Meletak pelbagai syarat mengarut

Jodoh dianggap kuat sekiranya kita dan dia dapat menerima kekurangan antara satu sama lain dengan berlapang dada.

Jika zaman bercinta, si dia meletakkan pelbagai syarat mengarut dan sukar kita penuhi, ini bermakna dia sengaja menyulitkan keadaan. Jika berkahwin juga, usia perkahwinan itu tidak bertahan lama atau kita yang akan memendam rasa.

3.Gagal berkomunikasi dengan baik

Dalam apa juga perhubungan sekalipun, komunikasi adalah isu paling utama harus ditangani. Tanpa komunikasi, bagaimana kita dan si dia boleh memahami apa yang masing-masing mahukan.

Ramai beranggapan, jika seseorang jodoh kita, maka kita akan mudah dan selesa berbicara dengannya. Banyak perkara boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya ada komunikasi baik antara pasangan. Jika sebaliknya terjadi, maka segeralah lepaskan, sebelum segala menjadi bencana.

4.Saling meragui

Hubungan dengan si dia langsung tidak aman sekiranya ada perasaan curiga, tidak percaya dan sangsi. Kepercayaan adalah perkara yang sangat penting dalam apa juga hubungan. Tidak ada orang mampu bertahan dalam hubungan yang penuh rasa curiga.

IKLAN

Lebih parah lagi jika melibatkan hubungan cinta jarak jauh. Perasaan tidak percaya ini boleh jadikan kita tertekan dan mungkin juga gila!

5.Tak mahu berikan komitmen

Hubungan yang baik sentiasa dilandasi dengan komitmen yang kuat. Samada kita ataupun si dia harus memiliki komitmen untuk melanjutkan hubungan ke fasa yang lebih serius.

Banyak pasangan yang memiliki komitmen kuat namun, pada akhirnya tidak berjodoh. Bayangkan bagaimana yang tidak mahu beri komitmen? Sesuaikah?

Allah Tunjuk Tanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh Mu

6.Keluarga tidak berkenan

Perkahwinan memberi maksud bukan sahaja menerima pasangan seadanya, tetapi juga dapat menerima dan diterima keluarganya. Jika keluarga anda terutama kedua orang tua anda tidak menyukai si dia, maka segera fikirkan kembali, apakah dia jodoh terbaik untuk anda.

7.Tidak bersikap terbuka dan terlalu berahsia

Setiap daripada kita mempunyai sejarah silam tersendiri. Plot cerita semua berbeza. Justeru itu, perlu bersikap terbuka terhadap kisah silam pasangan. Dari pada mendengar dan mengetahuinya daripada orang lain, lebih baik mendengarnya langsung dari kita.

Namun, jika pasangan anda terkesan menutup diri dan menyimpan banyak rahsia, maka hal tersebut boleh jadi tanda bahawa si dia bukanlah jodoh yang tepat bagi kita.

IKLAN

8.Tidak menemukan ketenangan jiwa dan hati dalam hubungan

Firman Allah SWT dalam QS Al-Furqan ayat 74 dibawah ini:

“Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-FurqAn:74).

Dalam Islam, jodoh merupakan seseorang yang mampu memberikan ketenangan samada secara zahir atau batin. Ikatan emosi pada pasangan akan berikan efek besar dalam hubungan.

Si dia adalah jodoh kita tatkala kita berasa aman, nyaman, tenang, dan bahagia saat bersama. Namun, jika keadaan sebaliknya, kemungkinan besar si dia bukan lah jodoh kita yang sesuai.

9.Tidak dapat terima sejarah silam kita

Setiap orang memiliki kisah silam; baik dan buruk, suram, kelam dan mahupun penuh keaiban. Namun, tahukah kita bahwa jodoh kita itu adalah seorang yang boleh terima segala kekurangan dan masa silam kita.

Jodoh yang tepat ialah apabila si dia akan membimbing kita ke jalan yang lebih baik. Sebaliknya jika anda bertemu dengan pasangan yang tidak boleh bertoleransi masa lalu, maka ia adalah petanda bahawa si dia bukan jodoh sesuai.

10.Kasar dan protektif

Kita tidak dilahirkan dengan karakter yang sama, termasuklah adik-beradik kandung sendiri. Ada yang lembut, kasar, culas, protektif bahkan cenderung terlebih protektif.

IKLAN

Dalam sebuah hubungan jika pasangan mulai menunjukkan sikap kasar dan protektif atau menunjukkan perubahan sikapnya yang demikian, maka ini tanda dia bukan jodoh kita.

11.Suka berbohong

Jika dapat pasangan yang suka berbohong, maka akan sengsaralah kita sepanjang hubungan. Ada yang sudah terbiasa dengan berbohong sehinggakan kita sukar nak kesan samada dia berbohong atau sebaliknya, Hubungan yang baik sepatutnya berlandaskan sikap jujur dan terus terang. Bagaimana kita nak hidup bahagia jika si dia suka berbohong.

Allah Tunjuk Tanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh Mu

12.Terlalu banyak rintangan

Allah SWT telah mengatur setiap jodoh hambaNya yang mana dari saat pertemuan, segalanya dipermudahkan. Oleh kerana jodoh tersebut direstui Allah SWT maka tidak akan dipersulit segala urusannya.

Sebaliknya jika semua urusan kita terasa sulit dan dipersulit dan selalu timbul masalah didalamnya, maka itu tanda si dia bukanlah jodoh yang tepat.

13.Petunjuk Dari Solat Istikharah

Allah SWT menganjurkan kita mendirikan solat Istikharah di saat dalam kebimbangan, curiga, risau dan dilemma. Dalam soal jodoh, seandainya kita merasa ragu, maka segeralah lakukan solat istikharah.

Insyaallah Allah SWT akan memberikan petunjuk jodoh kita. Agar tidak kecewa, maka berserahlah kepadaNya. Karena Allah SWT tidak akan pernah mengabaikan hambaNya.

Artikel berkaitan:Nak Dapat Jodoh Yang Baik, Jangan Lupa Berdoa Dapat Mertua Yang Baik Juga Pesan Ustazah Isfadiah

Artikel berkaitan: Suka Atau Tidak Pengantin Baharu Akan Lalui 7 Fasa Perkahwinan Penuh Pancaroba Ini

Kashoorga: Sebaik-baik jodoh adalah dia yang ditakdirkan Allah SWT. Tanda-tanda yang di nyatakan di sini seharusnya tidak diabaikan kerana sedikit sebanyak ia adalah gambaran kepada keserasian jodoh kita.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI