Subhanallah! Jemaah wanita lahirkan anak di perkarangan masjid nabawi secara tiba-tiba. Ya Allah, mudah sungguh wanita ini bersalin, sebaik air ketuban pecah, bayi terus keluar.
Seronoknyalah kalau kita pun bersalin semudah itu. Apatah lagi beranak di tempat ibadat iaitu di Masjid Nabawi, Madinah.
Rezeki jemaah ini dan anaknya terpilih untuk melalui proses bersalin “ekspres” di perkarangan Masjid Nabawi. Tidak semua wanita “mudah’ bersalin, wanita ini antara ibu yang bertuah.
Pasukan Bulan Sabit Merah Arab Saudi (SRCA) yang beroperasi di Masjid Nabawi, Madinah menyambut kelahiran seorang bayi selepas salah seorang jemaah wanita mengalami sakit bersalin di pekarangan masjid, lapor akhbar Saudi Gazette beberapa hari lalu.
Ketua Pengarah Cawangan SRCA, Dr. Ahmed bin Ali Al-Zahrani berkata, sepasukan sukarelawannya yang bertugas di pusat ambulans di premis Al-Haram berjaya membantu wanita itu melahirkan anak dengan selamat.
Menurut Ahmed, apabila pasukan itu tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati wanita tersebut mengalami kontraksi yang menandakan dia berada dalam proses bersalin. Air ketubannya pecah dan kepala bayi sudah keluar, jelas pasukan SCRA.
Di Perkarangan Masjid Nabawi Secara Tiba-Tiba
Pasukan itu bertindak mengikut protokol ketat dalam situasi sedemikian dan mula membantu wanita itu melahirkan anak. Seorang pengamal kesihatan yang berada di lokasi tersebut turut menawarkan bantuan.
“Selepas wanita itu melahirkan anak, dia dan bayinya dipindahkan ke Pusat Kesihatan Bab Jibril untuk pemeriksaan lanjut,” kata Ahmed sambil menambah, kes sedemikian memerlukan rawatan rapi.
Ads
Bayi itu berjaya dilahirkan dengan selamat kerana pasukan itu menerima latihan bantuan perubatan khusus sebagai pengamal kesihatan. – Agensi.
Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua-dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak. Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah tanpa mengeluh penat dan lelah.
Namun di saat umur mereka semakin lanjut, ada kalanya ibu bapa diuji dengan keuzuran. Bagi yang biasa menjaga ibu bapa uzur akan faham betapa “lelahnya” melayan karenah itu tapi bagi yang tidak pernah menjaga orang sakit tambah-tambah lagi yang sudah nyanyuk dan uzur, hanya akan tahu melontarkan pertanyaan tanpa sedar ia menyakiti empunya diri.
Dalam satu perkongsian di Tik Tok@syedlagend1980 atau nama sebenarnya Syed Mohd Rafee bin Syed Ali tanpa segan menangis semasa berkongsi bahawa selepas menerima terlalu banyak pertanyaan dan barangkali kecaman, dirinya berjanji tidak akan membuat apa-apa lagi posting mengenai keuzuran ibunya.
Dalam video dimuatnaik di Tik Toknya @Syedlagend, menjelaskan dia menyedari mungkin ramai yang tidak senang dengan tindakannya yang tidak memakaikan ibunya lampin pakai buang selain mengakui penat membasuh baju-baju dipenuhi najis selain pernah meluahkan dirinya agak tidak sabar menjaga ibunya yang sedang uzur.
Meminta maaf banyak-banyak kerana berkongsi video ibunya terbaring uzur, @syedlagend menjelaskan sama ada dia memakaikan ibunya lampin pakai buang atau lapik plastik, ibunya sendiri akan membuang kesemuanya kembali kerana telah nyanyuk.
Katanya lagi, selama ini dirinya tidak pernah mengeluh, tak bercakap apa pun saat diuji menjaga ibunya yang sudah uzur itu.
Mengakui menjaga ibunya sepenuh masa sejak abahnya meninggal dunia tujuh tahun lalu @syedlagend menjelaskan diriya perlu kuat. Malah dia bertanggungjawab menjaga ibunya sepenuh masa serta berbakti kepada ibunya kerana itulah syurganya. Malah dia perlu sentiasa menukar baju ibunya selain perlu mengemop bilik yang biasanya berbau kencing dan najis saban hari.
Namun tindakannya berkongsi video-video berkenaan menerima pelbagai pertanyaan hingga satu ketika, dalam satu video lain yang dimuat naik beberapa jam selepas dirinya menangis itu @syedlagend berkongsi dia bukan penat atas tanggungjawabnya (menjaga ibunya) tapi penat dengan karenah manusia yang pandai menghukum tanpa memahami keadaan dirinya.
Semoga dirinya diberi kekuatan untuk terus menjaga ibunya yang sedang uzur itu dan semoga Allah mengangkat segala kesakitan ibunya dan diganti dengan lebih baik.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Tak putus buat solat hajat, baca yasin.’ Sebulan jemaah umrah hilang, 2 beradik ikhtiar ke makkah cari ayah. Selagi ayah mereka tak ditemui, usaha untuk mencarinya tetap diterusnya.
Kejadian sebegini bukanlah pertama kali berlaku, dan akhirnya jemaah yang hilang itu ditemui selamat. Semoga ayah kepada anak-anak ini akan segera ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga tersayang.
Dua anak lelaki Musthafa Kamal Abdullah jemaah umrah yang hilang di Tanah Suci Makkah sejak sebulan lalu akan berangkat menunaikan umrah Jumaat depan sekali gus berikhtiar mencari bapa mereka.
Menurut anak sulungnya, Muhammad Nabil Musthafa Kamal, 26, dia akan ke Tanah Suci bersama adiknya, Muaz, 17.
“Kebetulan ada tarikh sesuai dan slot kosong serta perbelanjaan hasil bantuan keluarga dan saudara mara juga mencukupi, jadi kami akan berangkat menunaikan umrah.
“Sudah pasti peluang ini juga akan kami gunakan untuk mencari ayah termasuk mungkin mengedarkan risalah dan gambar ayah di sana dan ini antara ikhtiar paling besar kami sebagai waris.
“Sebagai anak, naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup,” katanya.
Jelasnya lagi, sejak ayahnya hilang, 12 Disember lalu, mereka sekeluarga melakukan pelbagai ikhtiar termasuk merujuk pakar perubatan Islam, solat hajat serta bacaan Yassin untuk mempermudahkan urusan penemuan ayahnya.
“Kami tidak putus-putus berikhtiar antaranya buat solat hajat di masjid Batu Pahat serta bacaan Yassin di sekolah tempat ayah mengajar, setiap Khamis.
“Ada juga keluarga kami merujuk beberapa pakar perubatan Islam termasuk dari Darussyifa’ untuk membantu mengesan ayah.
“Saya juga sentiasa berhubung dengan seorang rakyat Malaysia yang menetap di sana yang tampil secara sukarela mencari ayah,” katanya.
Tambah Muhammad Nabil, sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk mahupun perkembangan terbaharu mengenai status ayahnya, namun keluarga mengharapkan ayahnya ditemukan dalam keadaan selamat.
“Sejak awal kehilangan ayah, kami sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Johor; Wisma Putra serta Konsulat Malaysia di Arab Saudi.
“Saya juga dimaklumkan Wisma Putra, mereka sudah membuat laporan kepada Kedutaan Malaysia di Arab Saudi manakala Konsulat pula mengeluarkan surat kepada Kementerian Luar Negeri Arab Saudi untuk bantu mencari ayah.
“Kami mohon pihak agensi kerajaan Malaysia bertindak agresif termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi supaya keberadaan ayah segera diketahui.
“Kami juga memohon doa semua rakyat Malaysia dan bantuan orang ramai yang menetap di Makkah, dalam usaha mengesan ayah saya,” katanya.
Cari Ayah
Pada 6 Disember lalu, Musthafa berangkat menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz dan dua beranak itu dijangka pulang ke tanah air, 18 Disember lalu.
Bagaimanapun guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab itu dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas Muaz menyedari bapanya tiada di bilik hotel di Makkah.
Media turut melaporkan, seorang mutawwif, Mansor Khalid, mendedahkan, beg milik Musthafa ditemukan di kaunter penyambut tetamu hotel selepas tiga hari kehilangannya dilaporkan.
Siapa tidak mengenali penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah Don Daniyal Don Biyajid atau lebih terkenal sebagai Ustaz Don yang gemar berkongsi atau menyebarkan dakwah di media sosial.
Bukan sahaja berkongsi ilmu berkaitan hukum tetapi juga turut memberitahu beberapa tip yang cukup berguna buat pasangan yang berkahwin terutama golongan suami.
Baru-baru ini sempena menyambut ulang tahun pernikahannya yang kelapan bersama isteri tercinta Husna Zahry Rafie, Ustaz Don menerusi entri di Instagram telah melahirkan kesyukuran dan memberi petua dan amalan yang diterapkan dalam mengemudi mahligai.
Ayuh ikuti perkongsiannya sepanjang 8 tahun mengemudi rumah tangga bersama isteri tersayang Dr Husna.
Menurut Ustaz Don paling penting tip berkesan untuk mengukuhkan hubungan suami isteri adalah dengan mengamalkan solat berjemaah.
“Aku Suami “Saya sentiasa ingat pesan Datuk Ustaz Badlishah Alauddin hafizahullah, “jangan cakap tajuk keluarga sebab ini bukan padang hang. Bagi la Prof Muhaya ka, Dato Bahiyah ka, Ayahanda Dato Fadhilah Kamsah…”“ ‘’Saya tulis ini sebagai berkongsi sahaja. Bukan nk tunjuk pandai. 🙂 ok. “Gambaq ni, adalah pada hari Akad Nikah 23/08/2012 bersamaan hari Khamis. Hari Raya. Syawal.
Tip Amalan Sepanjang Perkahwinan Buat Kaum Lelaki
“Tips Suami perkahwinan 8tahun yang saya amalkan (P/s: maksud 8 tahun ni, dh lalu fasa first 5/6 tahun ujian rumahtangga. Masuk fasa kedua. Kalau org tua tua kata, lepaih 5 tahun kawin, kalau still pegang tangan berjalan suami isteri, kira terer aaa… ni kata org tua tua… الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين masih lagi jalan pegang tangan.. terima kasih org tua tua ataih nasihat… point di sini, bukan senang ya nak buat… haaaa)
“Petua yang saya amal dan amik dari orang2 lama…
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’… Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang. Kita biasa buat salah, bertanggungjawablah. Kita biasa salah buat keputusan, bertanggungjawablah. Kita biasa tersilap langkah, bertanggungjawablah. Kita berani ‘buat’, bertanggungjawablah. Kita biasa main msg dengan perempuan lain, bertanggungjawablah. Kita biasa marah anak sampai nangis, bertanggungjawablah. Kita biasa guna duit ‘overspending’, bertanggungjawablah. Last but not least, kita pilih isteri kita, bertanggungjawablah.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa… Xtau nak kata mcm mn, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana… Amalkan lah… jangan tinggai… Kalau lambat, qadha’. Kalau lupa, peringat. Kalau malas, bantu. Kalau tak reti, ajaq. Kalau tidoq kalu…bagi masa, agak2 lagi 1 jam atau 1/2 jam nak habis waktu, kejut n minta pi sembahyang.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa… Sewa pun xpa. Kecik bukaan dia pun xpa. Beli pun xpa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, xpa. (Alamak, syempoiii… masa dok tulih post ni, keluaq lagi Creed- One Last Breath)
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi mcm saya.. umuq 35 baru nak belajaq jaga duit n urus duit.. nnt menyesai tak sudah Abang.. mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat mcm saya Abang… maklumat sekarang dh banyak. Buka Youtube, dengaq. Bukak Pinterest, baca. Bukak Instagram, amik manfaat. Bukak Facebook, baca.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, xsalah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang2 kita buat moto, kira2 dh boleh beli satu Kancil. Saya x kata pun salah buat moto. Buat. Xdak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers…
I Love You All my Beloved Brother di luaq sana… Brotherhood forever…”
Sebelum memuat naik entri tersebut Ustaz Don turut memberikan ucapan yang cukup romantik dan manis buat isteri kesayangannya;
“Dengan nama Allah Taala aku mulai; Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan Wahai Cinta Hati Hinggap mari di pohon duku Duku dekat pohon melati Cintaku puteri belahan jiwaku Hatiku terlekat sampai ke mati
Naik kapal sampai ke Cina Kapal asap berbunga-bunga Wahai Cik Adik, Abang nak tanya Apakah penyakit tidur tak lena
Hutan melarat dimakan api Pokok diranam habis mati Intan manikam mahligai hati Kalau hilang payah berganti
Sayang jembalang bermata tujuh Ditukang oleh tukang emas Jangan digusar jangan digaduh Di dalam tangan digenggam kemas
إنْ شَآء الله
23/08/2020
P/S : Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan buat Ibu & Bapak… kerana Ibu n Bapak punya tarikh ni, kami menumpang amik #barakah .”
Taubat daripada mengumpat perlu dilakukan dengan betul. Perlukah kita mengaku dan meminta maaf jika orang yang diumpat langsung tidak tahu? Fahami perinciannya.