‘Tak berdosa, suami tak dayus.’ Ini penjelasan UIA atau Ustaz Azhar Idrus bila darurat dan tiada pilihan sewaktu isteri nak beranak. Proses melahirkan bukan sesuatu yang mudah, malah melibatkan nyawa.

Oleh itu jangan mudah menjatuhkan hukum pada suami kerana tidak semua lelaki berkemampuan. Malahan jika berkemampuan sekalipun, jika kandungan bermasalah dan perlu merujuk kepada doktor lelaki, memang tiada pilihan lain buat suami.

Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai seorang ustazah mengatakan seorang suami itu ‘dayus’ apabila membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi.

Artikel Berkaitan: ‘Suami Dayus, Biarkan Aurat Isteri Orang Tengok.’ Kena Pasang Niat, Usaha & Doa Bersungguh Dapat Doktor Perempuan

Tak Berdosa

Kenyataan beraninya itu telah mencetuskan perdebatan ramai kerana masing-masing tidak bersetuju dengan ustazah berkenaan termasuklah suaminya yang berkata perkara yang sama.

Apatah lagi bagi wanita yang mempunyai pengalaman bersalin dengan doktor lelaki di hospital kerajaan. Di hospital kerajaan tidak semua ibu yang bakal melahirkan bernasib baik dan mempunyai pilihan.

Disebabkan kontroversi yang berlaku, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Suami Tak Dayus

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, UAI mengatakan pada asalnya para wanita perlulah berubat dengan golongan sejantina sahaja.

IKLAN
@izataim Perkongsian ilmu daripada Ustaz Azhar Idrus tentang isu bersalin #uai #ustazazharidrus #fyp #terengganu #kongsikebaikan #kongsiilmu ♬ original sound – Jak🥑

“Dengar baik-baik, hukumnya asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat. Perempuan sesama perempuan, haram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina,”ujar beliau.

Ini Penjelasan UAI

Pun begitu, berbeza hukumnya jika seseorang itu berdepan dengan situasi getir terutama melibatkan nyawa.

“Barangsiapa yang masuk kepada situasi yang tidak boleh membuat pilihan, bukan sengaja dan tidak berlebih-lebihan, tidak berdosa.

IKLAN

“Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh,”jelasnya lagi.

Bila Darurat & Tiada Pilihan

Tambahnya lagi, seseorang suami tidak dayus seperti yang diperkatakan sebelum ini sekiranya tiada pilihan lain sewaktu isteri hendak melahirkan anak.

“Jika berkait dengan nyawa, iaitu ibu dan anak dalam kandungan, maka oleh kerana tidak ada doktor perempuan, maka tidak berdosa doktor lelaki menyambut kelahiran. Kenapa pergi cakap suami dayus pula? Tak haram,”jelas Ustaz Azhar Idrus panjang lebar.

Sewaktu Isteri Nak Beranak

Tambahnya lagi, hukum ‘haram’ jatuh apabila adanya doktor perempuan tetapi si suami tetap menginginkan doktor lelaki menyambut kelahiran anaknya.

IKLAN

Ustaz Azhar juga menjelaskan, hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bagi wanita Muslim adalah harus kerana tidak mempunyai pilihan terutamanya kepada mereka yang tidak mampu menghantar isteri bersalin di hospital swasta.

Baca Di Sini:

Suami Yang Tiada Rasa Cemburu Terhadap Isteri Adalah Lelaki Dayus

‘Suka Simpan Barang  Lama Sampai Penuh Rumah.’ Tak Guna ‘Sayang’, Lebih Baik Sedekah

Kashoorga : Jangan terlalu mudah menjatuhkan hukum, berhati-hati dalam meluahkan kata-kata.

Sumber: Oh My Media, TikTok @izataim

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI