Setiap dari kita baik perempuan atau lelaki tidak terlepas dari mengalami masalah kenaikan berat badan. Jika berat badan berlebihan akan menyukarkan kita untuk melakukan pelbagai aktiviti dan salah satunya adalah menunaikan solat.
Namun itu bukan penghalang untuk kita tidak melakukan suruhan Allah yang wajib ini. Banyak cara untuk kurus dan paling senang adalah dengan menjaga pemakanan.
Seperti satu perkongsian di laman sosial twitter menggunakan akaun @FoodViralMY, yang memberi idea makanan untuk wanita berpantang. Tetapi juga untuk mereka yang nak kurus atau dalam proses diet juga sangat digalakkan.
Ads
Ini kerana makanan yang disajikan tidak berminak dan menggunakan konsep bakar, rebus dan goreng tanpa minyak. Paling penting disekalikan dengan buah-buahan dan salah satu kurma.
Ads
Tapi semua menu ini juga sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan
Ads
Makanan disajikan buat terliur dan sesuai untuk orang diet
Ini 19 menu yang dikongsi:
Menu lain
Mesti disertakan dengan sayur dan ikan bakar atau rebus
Buah-buahan juga tak tinggal, salah satu kurma
Ayam dan ikan bakar juga sesuai dijadikan menu untuk yang nak diet
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Nak nikah itu senang, tetapi nak kemudikan bahtera perkahwinan itu yang susah jika tak cukup ilmu di dada. Ilmu bukan setakat bagaimana nak berkasih sayang kepada isteri.
Lebih mustahak lagi ilmu agama yang perlu dicari dan digali agar mampu menjadi nakhoda handal membentuk keluarga sakinah dan dihormati isteri.
Apabila lengkap ilmu agama, segala amalan akan berpaksi kepada Allah SWT bagi memperoleh rahmatNya. Dalam keadaan ini, mana mungkin suami mengharapkan isteri untuk mengetuai keluarga.
Oleh itu, banyak hal yang bakal suami perlu persiapkan sebelum kahwin. Kita baca penjelasan ustaz Umar Bukhari menerusi entri di facebooknya tentang apa yang lelaki perlu lakukan sebelum bernikah.
Untuk para suami, nikah bukan semata mata untuk lempiaskan nafsu. Bukan ingin menayangkan kecantikkan isteri kita.
Bukan nak tunjuk kepada kawan kawan bahawa kita sudah berkahwin. Tapi nikah ini niat kerana Allah.
Sebelum nikah, kena mengaji dulu fardhu ain. Jika kita harapkan calon isteri kita yang terbaik. Kita suami kena jadi yang terbaik terlebih dahulu.
Kalau hanya semata mata ingin dapatkan yang terbaik. Allah akan bagi yang terbaik. Tapi masih jahil agama. Dua dua jahil agama.
Sebelum nikah, lelaki kena belajar aqidah, fiqh dan tasawwuf. Jangan tunggu lepas kahwin baru nak pergi mengaji.
Percayalah, bila sudah kahwin. Kita akan semakin liat nak menuntut ilmu.
Aqidah kena tahu. Supaya bila kahwin. Ajar isteri kita tentang Tuhan.
Fiqh kena tahu lagi lagi bab ibadah, haid, nifas dan istihadhah. Percayalah, kebanyakkan perempuan tak semua tahu bab haid, nifas dan istihadhah.
Kalau mereka sendiri tak nak mengaji. Lelaki apatah lagi. Sebab itu kita sebagai lelaki. Kena mengaji.
Bila dah mengaji. Ajar mereka. Tasawwuf pun kena mengaji. Ajar diri kita dan isteri sabar dalam menghadapi ujian berumahtangga.
Kebanyakkan orang sekarang bercerai, punca tidak mengaji agama.
Ingat wahai lelaki, bukan mudah nak jadi ketua keluarga kalau setakat kita hanya mampu beri kekayaan dunia. Tapi tak mampu beri keluarga kita didikan agama fardhu ain.
Punca anak anak rosak, daripada kedua ibu bapa yang jahil dan berikan harta benda kepada anak.
Semoga kita sebagai lelaki dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih amanah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan:
Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
Pekerjaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP SUAMI ISTERI
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim
KESIMPULAN
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
‘Isteri wajib taat perintah suami.’ Tapi janganlah sampai jatuh talak, bila isteri minta balik raya rumah mak dia. Bab cerai ini jangan buat main, jangan terlalu ikut emosi hingga hubungan yang terbina terputus.
Soal balik raya memang sensitif, apatah lagi bila seorang suami atau isteri tidak bersikap adil dalam penggiliran balik beraya.
Mungkin orang yang tak melaluinya rasa “remeh’ tapi bila setiap tahun beraya rumah mentua, pasti lama-lama kecil hati. Macam dia seorang ada mak, bapak.
Ikuti perkongsian Ustazah Nur Aqidah Mawardi ini dan hadam baik-baik ya wahai suami.
Hukum asal… Wajib seorang isteri taat kepada perintah suami selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Cuma!
Janganlah sampai nak jatuh talak jika isteri membuat permohonan dan keizinan hendak balik umah mak dia.
Wahai segelintir suami, anda berkahwin dengan anak orang. Bukan anak buluh betung. Anda sepatutnya kene mainkan peranan bercakap dengan ibu kalian tanpa membabitkan isteri.
Seperti contoh, “Mak, abang raya pertama baru balik kampung yer, sebab tahun ini abang teringin nak beraya dengan mentua abang.”
Bila bercakap macam ini, mak anda akan lebih faham sebab sebagai ibu pastinya dia hendak anak dia bahagia.
Wahai para ibu yang sudah punya menantu. Ketahuilah anak kita sudah berkahwin dengan anak orang lain. Jadilah ibu yang support anak meraikan pasangannya.
Andai satu hari, anak perempuan kita diperlakukan sedemikian rupa, apa perasaan kita? Jika kita perlakukan menantu ”buruk”, ingat! Kita ada anak perempuan atau adik perempuan atau saudara perempuan. Allah Maha Adil.
Begitu juga suami, jangan tanya kenapa andai satu hari anak perempuan mu menjadi hamba abdi suaminya kita kamu perlakukan isteri mu lebih teruk dari hamba abdi.
Jangan mudah-mudah labelkan anak kita anak derhaka, parah hidup anak itu nanti.
Bertoleransilah, berlapang dadalah dan kita bersama-sama tanamkan azam. Bila jadi menantu atau mertua atau apa sahaja peranan, kita usaha untuk jadi yang baik semampunya tapi jangan sampai makan diri.
Minta agar kita semua dipelihara oleh Allahu Ya Hafiz.
Hutang dalam Islam bukan perkara kecil dan wajib diselesaikan walaupun selepas kematian. Ketahui tanggungjawab penghutang, waris dan pemiutang menurut Islam.