Ajal maut jodoh pertemuan sudah ditulis sejak di luh mahfuz lagi. Siapa orangnya, itu semua rahsia Allah dan akan terjadi saatnya sudah sampai.
Di media sosial khususnya di negara seberang di kampung Arjawinangun, Daerah Cirebon, Jawa Barat viral apabila seorang gadis berusia 18 tahun dikenali sebagai Ava bertemu jodoh dengan lelaki empat kali ganda usianya. Sekitar 65 tahun.
Apa yang menariknya bukan saja usia begitu berbeza tapi maharnya buat ramai yang melongo.
Ads
Ini kerana, maharnya adalah Rp500 juta bersamaan RM150,000. Ava turut menerima sebuah rumah, sebiji kereta serta seisi keluarganya akan dibawa mengerjakan umrah. Inilah dikatakan rezeki selepas bernikah.
Kekayaan pihak lelaki iaitu, Sondani yang seorang taikun hartanah ditambah usianya sudah mencecah 65 tahun membuatkan ramai bercerita hal ini kerana usia isterinya baru 18 tahun.
Ads
Dikongsi dari posting fb, Happy-wedding Planner, pasangan ini baru saja bernikah.
"Menikah itu nasib …
Mencintai itu takdir …
Kamu bisa berencana menikahi siapa …
Tapi tidak dapat kau rencanakan cintamu untuk siapa ???? …," tulis akun tersebut yang kini sudah ratusan orang dan ribuan kali dibagikan tersebut.
Inilah dikatakan rezeki bernikah, tak kisah beza usianya berapa tapi ia sudah tertulis di luh mahfuz. Raikanlah cinta kerana iaya milik Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Seringkali kita mendengar nama Imam Bukhari di sebut atau membaca namanya tatkala ada penjelasan hal-hal tertentu memerlukan dalil Sunnah Rasulullah SAW.
Beliau merupakan cendekiawan Islam yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dan mengingati lebih 200,000 hadis dan telah mengumpulkan hadis-hadis sahih dalam kitab Hadis al-Bukhari.
Beliau mempunyai pengaruh besar dalam penyebaran agama Islam dan telah meninggal dunia pada 1 Syawal 256 iaitu ketika berumur 62 tahun.
Sesungguhnya kematian insan hebat dan beramal soleh ini telah dimuliakan Allah, apabila makamnya menjadi tarikan orang ramai.
Setelah jasadnya dikebumikan di kota Samarkand, tiba tiba keluarlah bau harum dari kubur beliau. Semerbak bau harum tersebut berlangsung berhari hari dan dicium oleh ramai orang.
Orang ramai kemudian merasa hairan sekaligus takjub melihat fenomena itu, maka mereka pun silih berganti menziarahi kubur Imam Bukhari dan membawa sedikit dari tanah tersebut tabarukan atau mengambil berkat dengan keberkatan Imam Bukhari r.a.
Kerana khuatir akan kubur beliau disalahgunakan oleh orang ramai, maka pihak pengurusan makam telah menambah kembali kubur tersebut dengan tanah yang baharu di atasnya. Walaupun banyak tanah digunakan, tanah tersebut tetap mengeluarkan bau harum.
Berikutan itu, tiada pilihan lain bagi mengatasi haruman kubur Imam Bukhari, maka pihak pemakaman terpaksa membina seakan jalinan kayu yang kuat.
Suatu malam, seorang sahabat Imam Bukhari bermimpi berjumpa dengan Imam Bukhari, kemudian bertanya, “apa rahsia dari bau yang semerbak harum ini?”, Imam Bukhari kemudian menjawab,
“بكثرة الصيام و عدم الوقيعة في الناس” “Dengan banyak berpuasa dan menjaga diri dari mencela dan merendahkan orang lain”.
Dan sesungguhnya tidak dinafikan bahawa Imam Bukhari sangat jarang berbicara atau mengeluarkan pendapat yang menjurus ke dalam celaan atau hinaan kepada seseorang, bahkan dalam penilaian Jarh kepada seorang rawi, sehingga lafaz terberat yang mungkin dilontarkannya ketika menjarh adalah “فيهنظر“..
Semoga kita dapat mencontohinya dalam menjaga hati dan lisan dari mencela, mencaci, merendahkan dan menghina seseorang, walaupun itu dalam keadaan ingin menasihati.
Ringkasan Latar belakang: Kita memang sudah biasa dengan nama Imam Bukhari kerana seringkali kita mendengar namanya disebut dan membaca namanya apabila ada hadis-hadis sahih diriwayatkan oleh beliau.
Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari. Dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah dan meninggal dunia pada 1 Syawal 256 Hijrah. Beliau terkenal sebagai pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap oleh Ahli Sunah Waljamaah sebagai hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW.
Beliau dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau. Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah.
Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah SAW. Beliau meninggal dalam buangan dan dimakamkan di Samarkand, Uzbekistan.
Kashoorga: Sebagai satu contoh teladan mulia dan baik buat kita menjalani hidup dalam dunia fitnah hari ini. Kurangkan lah bercakap perkara-perkara yang tidak elok atau kurang penting. Lagi banyak kita bercakap, maka akan banyaklah nanti luahan kata-kata yang tidak sepatutnya dituturkan.
Putus tunang tanpa sebab, ini hukum pihak lelaki menuntut semula hadiah hantaran. Sebenarnya dibenarkan atau tidak pihak lelaki meminta pihak perempuan pulangkan kembali hadiah hantaran kerana pihak sana yang mumutuskan tali pertunangan.
Apatah lagi terputusnya ikatan tanpa sebab yang diketahui. Islam menggariskan panduan yang jelas berkaitan isu ini.
Ikuti penjelasan panjang lebar Pejabat Mufti Wilayah Persetujuan sama ada haram atau tidak bersikap “buruk siku”.
Soalan:
Saya telah bertunang dengan seorang wanita. Selepas sebulan majlis pertunangan, pihak perempuan ingin memutuskan pertunangan atas sebab yang saya sendiri tidak tahu. Bolehkah saya mengambil kembali hadiah hantaran pertunangan yang telah saya berikan?
Jawapan:
Pertunangan merupakan perkara yang dianjurkan oleh Islam sebagaimana sabda Nabi SAW:
انظرْ إليها فإنَّه أحْرى أنْ يؤدمَ بينكُما
Maksudnya:
“Lihatlah perempuan itu dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.’- Riwayat al-Tirmizi.
Telah menjadi adat di kalangan masyarakat Melayu untuk bertukar cincin, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain dalam majlis pertunangan yang dipanggil ‘hantaran’ dan ini adalah merupakan adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam.
Ia hanya sebagai simbolik dan tanda keseriusan untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri. Selagi mana adat tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus.
Mengenai hukum mengambil semula hantaran yang telah diberikan, secara asasnya hukum meminta semula hadiah atau pemberian yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan pemberian dari seorang bapa kepada anaknya.
Sabda Nabi SAW: العائدُ في هِبَتِهِ كالعائدِ في قَيْئِهِ
Maksudnya:
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya.”- (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda:
لا يَحِلُّ لرجُلٍ أن يُعطِيَ عَطيَّةً، أو يهَبَ هِبَةً، فيرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي وَلَدَهُ، ومثَلُ الَّذي يُعطِي العَطيَّةَ ثمَّ يرجِعُ فيها كمثَلِ الكَلْبِ يأكُلُ، فإذا شبِع قاء ثمَّ عاد في قَيْئِهِ
Maksudnya:
“Tidak halal bagi seorang laki-laki yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya kembali, kecuali orang tua mengambil apa yang ia berikan kepada anaknya. Bandingan orang yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya seperti anjing yang makan, maka setelah kenyang ia muntah kemudian menelan muntahannya kembali.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Walau bagaimanapun ulama mazhab Syafi’i berpendapat bahawa hadiah yang diberikan semasa pertunangan boleh untuk diminta kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin kerana tujuan dari pemberian tersebut ialah untuk perkahwinan.
Oleh itu, apabila perkahwinan tidak berlaku maka pemberian tersebut berhak untuk diambil kembali.
Namun disyaratkan pemberian tersebut mestilah dengan tujuan untuk pernikahan. Manakala jika pemberian tersebut bukan dengan niat untuk pernikahan tetapi semata-mata sebagai hadiah maka tidak dibenarkan untuk mengambilnya kembali kerana ia termasuk dalam larangan hadis Nabi SAW di atas.
Dalam pada itu sebahagian ulama mazhab Syafi’i memperincikan bahawa jika pembatalan perkahwinan tersebut berpunca dari keluarga perempuan dibenarkan pihak lelaki untuk menuntut kembali pemberiannya namun jika pembatalan disebabkan oleh pihak lelaki maka pihak lelaki tidak berhak untuk menuntut semula hadiah yang telah diberikan.
Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa:
“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.”
Kesimpulannya, hadiah yang diberikan sebagai hantaran untuk pertunangan boleh untuk diambil kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin.
Pemberian tersebut boleh dipulangkan sama ada dengan memberikan kembali pemberian tersebut atau jika tidak ada maka boleh digantikan dengan nilainya. Selain itu, tuntutan semula hadiah tersebut boleh dibuat di mahkamah.
Doa untuk pengantin biasanya dibacakan setelah majlis akad nikah dilangsungkan. Mungkin hal ini jarang kita lakukan apabila menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan tetapi adalah afdal jika kita membacakan doa ini agar kehidupan mempelai dirahmati. Malah ia juga sebagai satu keberkatan dalam mengharungi alam rumahtangga.
Rasulullah SAW turut menganjurkan doa boleh dibaca. Ia bertujuan agar perkahwinan yang baru dibina diberkati dan diharungi sebaiknya oleh kedua pengantin dalam keadaan suka dan duka.
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila mengucapkan tahniah kepada pengantin, baginda akan menyebut:-
Semoga Allah memberkatimu, mengurniakan keberkatan kepadamu, dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab an-Nikah, hadis no: 1091, hasan sahih]
Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan berlapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat. Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredhaan Mu Ya Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.