Pelbagai cara untuk mengumpul harta sebagai bekalan masa depan dengan cara yang betul dan diredai di jalan Allah.
Buat masa sekarang ramai yang mula menyimpan emas berbanding duit. Ini kerana nilai emas yang sangat tinggi sekarang dan tidak mustahil nilainya akan jadi lebih berganda di masa akan datang.
Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mengumpul harta melalui emas, bolehlah berkongsi cara lelaki ini Akhtar Syamir yang menyimpan duit di bank untuk membeli emas.
Dah lama nak simpan duit untuk beli emas kan? Cuma selalu tak disiplin dalam menyimpan atau selalu terlupa.
Apabila dah beberapa kali terlupa, motivasi pun hilang. Masa itulah ada keperluan lain dan sebagainya.
Untuk elakkan benda sebegitu terjadi, di sini saya tunjukkan salah satu cara untuk menyimpan secara automatik menggunakan maybank2u. Sasaran kita ialah RM550, lebih kurang 2 gram emas. Tempoh masa simpanan ialah selama 6 bulan.
Amaun, tempoh masa dan simpanan bulanan boleh anda ubah ikut sasaran dan kemampuan. Saya set untuk 2 gram emas supaya kita boleh nampak dengan jelas arah tuju kita.
Goal boleh mula pada bila-bila masa dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Duit yang disimpan itu hanya diasingkan sahaja dan akan terus dikembalikan ke dalam akaun utama apabila sasaran sudah dicapai atau goal ditamatkan.
Ads
Jim kita mula sekarang. Biar maybank2u yang simpankan duit untuk emas kita atau isteri kita. Ikut sahaja langkah yang saya paparkan di bawah.
Kongsikan cara ini supaya lebih ramai orang dapat menyimpan untuk membeli emas.
STEP 1
STEP 2
Ads
STEP 3
STEP 4
STEP 5
STEP 5A
STEP 6
Ads
STEP 7
STEP 7A
MY GOALS
Cara ini juga boleh digunakan untuk beli benda lain, tak semestinya emas. Simpan untuk beli telefon ke, sports rim ke, balik raya ke, duit perbelanjaan sekolah bukak ke dan macam-macam lagi. Bagus kan?
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perkara paling “ditakuti” kita ialah kehilangan orang yang kita sayang, diuji sakit, kemiskinan dan lain-lain lagi. Namun semua ujian yang diberi oleh Allah itu sebenarnya ada hikmah yang tidak kita ketahui
Kita lupa bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik pelindung dan penolong. Jelas apa yang terjadi adalah kerana Allah sayang kepada kita sebagai hamba-Nya. Jika kita melalui lima perkara ini, itu tandanya Allah sayang kita.
Hamba yang disayangi oleh Alla kerap diberi kesedihan. Sebab di sebalik kesedihan kita lalui itu, seorang hamba akan sering menyebut nama-Nya di bibir dan hati. Minta agar kesedihan dirinya dihilangkan dan digantikan dengan kebahagiaan.
2) Diuji sakit
Saat diuji dengan kesakitan, kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari Allah Taala. Kita akan merayu dan menangis agar semua kesakitan kita itu diganti dengan kesembuhan. Tidaklah Allah meletakan penyakit dan tidak pula meletakkan ubatnya. Dengan ujian sakit, Allah juga menghapuskan dosa-dosa kita.
3) Diuji kehilangan
Mengambil sesuatu yang kita sayang terutama pasangan, anak-anak, ibu atau ayah adalah satu ujian yang sangat hebat buat seseorang. Namun di sebaliknya ia kembali mengingatkan kita bahawa apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata-mata. Dengan kehilangan, kita akan sering menyebut nama-Nya agar diberikan ketabahan.
4) Diuji susah
Siapa kata susah adalah ujian dan tanda Allah berpaling dari kita? Sebaliknya dengan ujian kesusahan kita akan belajar redha dan sabar.
5) Diuji derita
Jiwa yang menderita akan selalu dekat pada-Nya. Terkadang bila diuji dengan kesenangan dunia, akan membuatkan kita lalai mengingati Allah SWT.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kata orang kumpul duit sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Kdan-kadang kita tidak sedar nilai yang sikit itu bila dikumpul dalam tempoh tertentu akan menghasilkan jumlah yang banyak. Cukuplah untuk membeli barangan keperluan harian untuk beberapa ketika. Kata kuncinya di sini adalah kena disiplin dan komitmen dengan apa yang dilakukan.
Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial melalui Instagram Zayan FM yang mana isterinya rajin mengumpul duit di tepi mesin basuh. Dan dalam masa setahun jumlah yang dikumpul melebihi seribu lebih (tidak termasuk duit syiling). Dia turut memberi tip mudah untuk jadi disiplin adalah dengan membeli tabung di kedai jimat yang tidak boleh dibuka dan diletakkan di tepi mesin basuh.
Tip lain yang diberi, sebelum basuh seluar atau baju suami, seluk dalam poket sambil baca Bismllah, insyallah akan ada baki duit tertinggal. Manakala tip lain pula jika terjumpa duit di dala kereta,ruang bilik atau tamu rumah masukkan sahaja ke dalam tabung yang disediakan.
Menurutnya lagi, setelah setahun tabung itu dikira dan bolehlah simpa di bank, cuma pesannnya 10 peraus daripada jumlah disedekahkan di masjid.
Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin Basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dikira, jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424. (Tidak termasuk duit syiling). Tips nya mudah – Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka, letak tepi mesin basuh.
kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.. KeTiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang atau baki bayar tol.
KeEmpat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami, dalam bilik, ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
KeLima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas . Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid. *Moga bermanfaat untuk mak2 sekalian..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berlakon berpelukan dalam drama atau filem memang menjadi antara aksi wajib dalam mana-mana penerbitan. Dari dahulu sehingga hari ini, drama seperti ini mempunyai pengikutnya tersendiri.
Lakonan mantap penuh penghayatan menjadikan aksi mereka sangat real; bertengkar, bergaduh, lafaz cerai malah berpelukan antara pelakon lelaki dan perempuan bukan mahram.
Ramai suka tonton aksi ini, namun, adakah lakonan ini dibenarkan dalam Islam tambahan pula pelakon pun mencari rezeki atas lakonan itu?
Apa yang jelas, Islam tidak membenarkan kita menghalalkan perkara yang diharamkan. Kita dapatkan penjelasan ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Assalamualaikum ustaz. Maaf ganggu sebab saya ada kemusykilan berkenaan sebuah drama (stesyen televisyen swasta) yang di dalamnya terdapat adegan pelakon wanita peluk pelakon lelaki padahal pelakon wanita itu sudah berkahwin dan ada anak. Saya ada berbual dengan kawan.
Saya cakap teruklah perempuan ini, dah kahwin oun boleh peluk lelaki lain. Kawan saya cakap tak salah pun, itu karier dia…dia kena professional.
Saya tetap pertahankan benda itu salah dan dia juga tetap dengan pendapat dia bahawa perbuatan itu tak salah sebab cari rezeki. Lagipun suami dia izinkan.
Soalan saya, apakah hukum menghalalkan yang haram akan jatuh kufur?
Jawapan:
Perbuatan wanita peluk lelaki yang bukan suami dan bukan mahram jelas hukumnya haram dan berdosa besar. Ini kerana perbuatan ini dikategorikan sebagai perbuatan yang menghampiri zina.
Perbuatan lebih teruk kecamannya menurut syarak kerana ia dipamerkan di hadapan umum dan dibanggakan. Perkara ini jelas disabdakan oleh Rasulullah ﷺ dalam sepotong hadis:
كل أمتي معافى إلا المجاهرين وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا ثم يصبح وقد ستره الله عليه فيقول يا فلان عملت البارحة كذا وكذا وقد بات يستره ربه ويصبح يكشف ستر الله عنه. متفق عليه
Maksudnya: “Setiap umatku akan mendapat pengampunan kecuali mujahirin (orang terang-terangan berbuat dosa) Dan termasuklah mereka yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang melakukannya (dosa) pada malam, kemudian pada pagi dia menceritakannya, padahal Allah SWT menutupi perbuatan itu.
Dia berkata: “Hai fulan, malam tadi aku melakukan begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Tuhannya melindungi (aib) perbuatannya itu tetapi pada paginya dia sendiri menyingkap perbuatan (dosanya sendiri) yang ditutupi oleh Allah SWT.” (HR Bukhari & Muslim)
Sebagai seorang muslim wajib taat segala yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan. Sebagai seorang muslim juga dia wajib mengharamkan apa yang Allah haramkan dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah Ta’ala.
Seseorang yang meyakini bahawa sesuatu perkara yang haram itu halal sedangkan perkara itu tiada khilaf dalam kalangan ulama maka boleh jatuh kepada kekufuran.
Perkara ini dinyatakan oleh Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi di dalam karyanya “al-Mughni”:
Maksudnya: “Sesiapa yang beriktiqad(menyakini) halal sesuatu diharamkan secara ijmak ulama dan jelas hukumnya di antara umat Islam serta hilang syubhah(keraguan) padanya mengenai nas-nas yang wujud mengenainya seperti daging babi, zina dan seumpamanya yang mana ia tiada khilaf (di antara ulama) maka di jatuh kafir.”
Berdasarkan kenyataan Imam Ibn Qudamah di atas, seseorang itu boleh jatuh kufur bila menghalalkan perkara yang diharamkan dan sebaliknya jika menepati syarat-syarat di bawah ini:
i- Mesti diyakini tanpa berbelah bahagi perkara haram itu halal di sisinya
ii- Haram itu mesti sepakati oleh para ulama iaitu tiada khilaf
iii- Perkara itu diketahui haram oleh umat Islam pada pelbagai peringkat (المعلوممنالدينبالضرورة). Contohnya bila sebut sahaja arak memang semua tahu ianya haram.
iv- Hukum haram perkara itu berdasarkan nas atau dalil yang secara jelas menunjuk perkara itu haram tanpa boleh ditakwil, seperti dalil haramnya arak, zina, babi, meninggalkan solat fardu dan lain-lain lagi.
Namun menjatuh hukum kafir bukan perkara yang mudah dan amat berat hukum dan pernilaiannnya.
Malah menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang tidak layak dilakukan secara individu malah tugasan ini dijalankan oleh pihak berautoriti untuk menyiasat secara terperinci seperti Jabatan Agama Islam Negeri.
Jika siasatan telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh syariat barulah pihak berautoriti membuat keputusan samaada seseorang itu murtad atau tidak.
Berbalik kepada soalan di atas, rakan si penanya tidak boleh dihukum kafir kerana masih tidak jelas dia menghalalkan perkara yang diharamkan.
Ini kerana kata-katanya masih bole ditakwil yang mana mungkin ‘tidak salah’ baginya disebabkan darurat menurut kejahilannya atau mungkin dia menganggap ia hanya dosa kecil.
Tambahan pula kita tidak dapat menilai isi hatinya adakah dia benar-benar meyakini di dalam hatinya bahawa perkara haram itu halal?
Walaubagaimana pun kata-kata rakan si penanya itu dikira sebagai dosa kerana memandang baik dan elok pada perbuatan maksiat.
Namun perbuatan dosa besar sekali pun tidak semestinya menjadikan seseorang itu kafir atau murtad.
Seperti yang sedia maklum, matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Tidak sepatutnya seseorang sanggup melakukan perbuatan mungkar demi kerjayanya.
Meskipun niatnya baik untuk mencari rezeki namun Islam tidak menghalalkan perbuatan haram dengan alasan apa sekalipun.
Maksudnya perbuatan berpelukan antara lelaki dan perempuan tidak sepatutnya berlaku, banyak cara lain untuk menghidupkan sesuatu scene yang menarik tanpa memerlukan perbuatan maksiat.
Pendek kata “Tak mati lah” kalau buat drama tanpa adegan yang menghairahkan.
Suami bertanggungjawab mendidik isteri ke jalan yang benar. Tidak sepatutnya seorang suami membiarkan (mengizinkan) isteri berpelukan dengan lelaki lain.
Ini amat memalukan bagi seorang lelaki pembimbing isteri tetapi hakikatnya dia berperanan mencabul maruah diri dan isterinya.
Ingat! Suami seperti ini dilabel sebagai “DAYUS” dan hukuman bagi ketua keluarga seperti ini amat-amat berat hukumannya di akhirat kelak, seperti yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ:
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang telah Allah haramkan syurga untuknya: orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan ‘Dayus’ yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” (HR Imam Ahmad & Nasa’ie)
Wallahu A’lam
Kashoorga: Semoga penjelasan ini dapat difahami. Jangan sewenang-wenangnya membuat tafsiran sendiri untuk menghalalkan yang haram atas kapasiti mencari rezeki. Dan jangan sewenang-wenangnya juga menjatuhkan hukum kafir kepada orang lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.