ringgo

Ketika di zaman 90-an dulu pastinya ramai yang mengenali kumpulan Fotograf yang terkenal dengan lagu Di Alam Fana Cinta.

Selain Shamrin selaku penyanyi utama, pemain dram Ringgo juga cukup popular di kalangan peminat kumpulan ini.

Sebelum ini ramai tahu Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad, 55 tahun pernah ditahan di penjara di Venezuela akibat masalah Keldai Dadah.

“Saya Akan Berpuasa Kalau Dihidang Makanan Tak Halal…” – Ringgo Kongsi Pengalaman 3 Tahun Di Penjara Venezuela
Wajah Ringgo ketika muda.

Dia yang dikatakan dianiya dan terpaksa meringkuk dalam penjara, menceritakan pengalaman sepanjang menjadi tahanan dalam penjara yang cukup asing baginya.

Menurutnya dalam artikel di Sinar Plus ketika berada di penjara El-Rodeo II, soal makan minum menjadi ujian yang cukup memeritkan apabila dihidangkan dengan menu mengandungi daging babi dan terpaksa memakan daging kuda.

Artikel Berkaitan: Pernah Bergelar Gengster, Tapi Akhirnya Mualaf Ini Peluk Islam Lepas Diajak Bersolat

IKLAN

“Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan. Tetapi bila bekalan habis, saya terpaksa ambil langkah darurat.

“Daging kuda pun saya makan. Kalau menunya daging babi, saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya daging dan telur,” ujarnya.

“Saya Akan Berpuasa Kalau Dihidang Makanan Tak Halal…” – Ringgo Kongsi Pengalaman 3 Tahun Di Penjara Venezuela
Akan berpuasa jika dihidang daging babi.

Bagaimanapun oleh kerana mempunyai kelebihan melukis dan bermain alat muzik, dia dihormati oleh banduan lain.

“Di dalam penjara, saya mendapat gelaran El-Chino yang membawa maksud orang Cina iaitu gelaran bagi orang Asia.

IKLAN

“Saya mendapat sumber kewangan RM500 dari keluarga di Malaysia dan duit itu adalah hasil royalti lagu Fotograf.

Dengan duit itu, dapatlah bertahan selama tiga bulan dan mampu mengupah banduan lain untuk membasuh pakaian saya,” katanya yang turut berkongsi detik dibebaskan.

“Saya Akan Berpuasa Kalau Dihidang Makanan Tak Halal…” – Ringgo Kongsi Pengalaman 3 Tahun Di Penjara Venezuela
Kini telah dibebaskan dan melakukan kerja sebagai pelukis.

Setelah tiga tahun berada dalam penjara, dia menjadi anak angkat kepada salah seorang keluarga banduan di sana. Langkah itu adalah salah satu syarat untuk dibebaskan dan melayakkannya memohon parol.

Selepas dibebaskan, Ringgo tinggal di sebuah hostel yang disediakan kerajaan negeri itu dan bekerja menjual lukisan.

IKLAN

Ringgo juga menjadi penghantar barang untuk kedai runcit milik peniaga Arab dan akhirnya bekerja sebagai pembantu peribadi kepada ahli perniagaan Pakistan.

Sudah kembali ke Malaysia, Ringgo kini meneruskan kerja sebagai pelukis di Damansara, Selangor.

Sebelum itu, Ringgo ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela selepas pihak berkuasa menemui dadah jenis kokain seberat hampir satu kilogram dalam bagasi dibawanya pada November 2007.

“Saya Akan Berpuasa Kalau Dihidang Makanan Tak Halal…” – Ringgo Kongsi Pengalaman 3 Tahun Di Penjara Venezuela
Hasil kreativiti Ringgo.

Sumber Asal: Mingguan Malaysia

Artikel Berkaitan: Dengar & Baca Al-Quran Terbukti Mampu Beri Ketenangan Sehingga 97 Peratus

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI