Seperti perkongsian Ustazah Asma’ Harun yang rapat dengan anak sulungnya, anak perempuan.
Bersama anak sulung.
Hubungan ibu dan anak ini sangat rapat, malah sebagai anak sulung, Atikah sudah terbiasa menolong kedua ibu bapanya (jika ada urusan di luar) dalam menguruskan adik-adik yang lain, termasuk bab solat.
Ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan panduan dalam mendildik anak-anak.
SubhanAllah.. Jalan berdua dengan anak sulung, ada orang belakang jeles (Abinya) snap gambar senyap². Anak pertama, ada orang kata yang paling manja, tapi Atikah seperti tak sempat nak manja lama, berturut adik²nya lahir sorang demi sorang.
Ads
Dah biasa daripada kecil tolong Umi Abi dalam menguruskan banyak perkara. Atikah (14tahun) terpaksa cepat matang dan cekap buat banyak perkara. Tinggalkan 6 adik²nya untuk dijaga (bukan tempoh lama) dah jadi biasa.
Atikah juga bantu fahamkan adik² yang belum mengerti kenapa Umi Abi sibuk sangat, bantu pastikan rutin ibadah dan kerja harian tetap berjalan ketika Umi Abi tinggalkan beberapa hari anak² bersama dengan penjaga.
Keluarga besar Ustazah Asma Harun
Selalu hati kecil saya bimbang, sungguh saya bimbang bila membaca ramai Ibu Bapa yang meluahkan kesedihan apabila tiba satu saat anak sulung berubah sikap, mula memberontak, mula rasa Ibu Ayah tidak adil dan menzaliminya dengan pelbagai tugasan, bahkan ada yang meluahkan rasa benci pada Ibu Ayah. Allahu Allah.. saya doakan semua Ibu Ayah kuat dalam mendidik anak² di zaman yang sungguh mencabar ini.
Kesabaran, ketenangan dan kelembutan kami juga seringkali roboh saat diuji dengan kerenah dan sikap anak². Jika benar kami dah melampaui batasan, kami akan merendahkan diri memohon maaf daripada anak², ia tidaklah menjatuhkan maruah, bahkan kita sedang memberi kefahaman bahawa meminta maaf itu adalah satu akhlak yang akan memuliakan seseorang.
Saya sebenarnya ibu yang tegas, namun pujian dan teguran cuba diberikan seimbang pada anak². Dalam kesibukan tetap cuba seimbangkan dengan aktiviti santai bersama seperti, masak², main basikal, badminton, karom, tengok rancangan yang bagus, dll.
InsyaAllah ada rezeki, saya nak kongsi tips parenting, kami bukan Ibu Ayah yang terbaik, tapi cuba jadi yang baik untuk Dunia dan Akhirat bersama. Menjadi anak kepada UAH bukan suatu yang mudah untuk anak² kami lalui, ada tekanan dan ujian yang kami perlu bersama dengan anak² hadapinya.
Hidayah itu milik Allah. Jika sudah sampai masa dan saatnya, jika hati terjentik untuk melafazkan dua kalimah syahadah, hanya Allah yang maha mengetahui. Tidak dinafikan, artis Korea punya pengikut yang ramai malah mereka sering dijadikan idola oleh kebanyakan masyarakat.
Pasti ramai yang kenal dengan selebriti Ayana Moon yang punya lebih 3.2 juta pengikut di instagramnya @xolovelyayna dan wajah cantiknya sering memukau mata memandang.
Dalam surah Al-Fathir ayat 24 membawa maksud“Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.”
KASHOORGA kongsikan 5 artis / selebriti Korea yang menerima hidayah dari Allah SWT. Semoga kita semua tergolong memasuki syurga Allah SWT.
Sebagai seorang selebriti dan bintang terkenal, Ayana Moon memilih mengucap dua kalimah syahadah. Sebelum menerima hidayah Allah itu, Ayana mengakui hatinya resah dan dia mencari siapa dirinya. Hinggalah kebenaran menemukan dirinya dalam Islam.
Keputusannya memeluk Islam menarik minat para pengikutnya kerana selebriti cantik ini harus mengenakan hijab dan apa yang pasti, walau tubuhnya ditutupi hijab sepenuhnya, Ayana Moon cukup terkenal dan setiap fesyennya menjadi ikutan.
Dalam pada itu, Ayana Moon yang pernah tinggal di Indonesia, sempat menulis sebuah buku tentang perjalanan hidupnya hingga menjadi mualaf. Bahkan kisahnya lebih hangat apabila dirinya sempat “disatukan” dengan pendakwah terkenal Ustaz Abdul Somad oleh netizen.
Ini seorang lagi selebriti terkenal Korea iaitu Daud Kim atau nama asalnya Jay Kim. Dirinya mengucap dua kalimah syahadah pada tahun 2019. Tidak lagi memilih sebagai penyanyi tapi Daud Kim merupakan seorang Youtuber terkenal dengan content-content menarik termasuk vlog tentang Islam di Korea Selatan dan pengikutnya juga ramai. Menggunakan akaun Jaehan9192, Daud Kim mempunyai 567K pengikut di Instagramnya.
Si cilik ini antara selebriti yang punya jumlah pengikut yang ramai di Instagram. Menggunakan akaun officialbrennayoun, gadis cilik ini mempunyai 1 juta pengikut. Keputusannya mengucap dua kalimah syahadah pada tahun 2017 semasa berhijrah ke Dubai. Sebagai seorang selebiriti, pendapatannya pada usia 10 tahun sudah cukup menjadikan dirinya jutawan.
Pelakon ini antara yang mempunyai peminat kerana wajahnya cukup tampan. Terkenal dengan filem Flower Boy Ramen Shop, ramai seakan tidak percaya dirinya sudah memeluk Islam. Tapi hidayah Allah siapa yang tahu. Apa pun pengikutnya tidak pernah berkurangan walau mereka berbeza agama.
Bagi peminat K Drama pasti mengenali Jung 11 Woo kerana banyak drama lakonannya mendapat rating tinggi. Malah dirinya turut berlakon bersama Lee Ki Woo dalam filem Flower Boy Ramen Shop.
Apa yang pasti, dalam apa jua amalan kita, ingatlah masuk syurga itu atas rahmat Allah taala. Sebagaimana satu hadis bila mana Nabi saw kata kepada Aisyah, bahawa seseorang itu tidak boleh masuk ke syurga dengan semata-mata amalannya. Lalu, Aisyah bertanya kepada Nabi, “walaupun kamu, wahai Rasulullah?” Jawab nabi saw bahawa termasuk juga Nabi, kecuali Allah memberikan keampunan dan rahmat. Teruskanlah berbuat kebaikan walau sekecil zarah tidak kira siapa kita di dunia ini. Sumber gambar : instagram
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alhamdulillah! Dalam diam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sudah pun membina apps islamik yang diberi nama Qalby. Walau tidak banyak lagi umum mengetahui tentang app dibinanya ini tetapi nama-nama berpengaruh seperti Prof Dr Muhaya, Lisa Surihani dan beberapa nama lain sudah mulai mengikut di app ini.
Qalby (barangkali ejaan Qalbi dalam bahasa Melayu membawa maksud HATI adalah salah satu rukun dalam solat yang membawa maksud niat dan tertib, wallahualam).
Dalam apps ini ada waktu solat, dipenuhi kata-kata hikmah malah perkongsian dari Mufti Menk turut dimasukkan. Malah ia turut mengandungi perkongsian ilmu diberi nama “Did You Know” yang mana di dalamnya mengandungi banyak persoalan yang kita boleh jadikan panduan bersama. Bagi yang ingin memuat turun app nie boleh di dapati di dalam AppStore dan Play Store bagi pengguna Andriod.
Bahkan ia juga ada soal jawab secara langsung dengan beberapa individu yang menerima hidayah Allah untuk mengucap dua kalimah syahadah antaranya Aliza Kim selain mempelajari surah Al -Fatihah beserta tajwid yang betul bersama Ustadza Zainab Talha.
Sebelum ini umat islam digemparkan dengan app Muslim Pro yang didakwa data pengguna dibeli oleh tentera Amerika sehingga ramai menyah penggunaan apps ini. Namun hal itu dinafikan oleh pihak pengurusan Muslim Pro yang memaklumkan setiap data seramai 98 juta orang adalah selamat. Bukan setakat Mizz Nina, malah Neelofa juga dikatakan sudah mempunyai app islamik untuk kegunaan umat islam. Alhamdulillah, semoga lebih ramai selebriti yang diberi hidayah oleh Allah untuk sama-sama membangunkan app sebegini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ramai menyimpul harapan rumah tangga dibina akan kekal bahagia selamanya. Ada rumah tempat terlindung, kenderaan yang membawa ke sana ke mari, pekerjaan pasangan stabil serta pelbagai impian indah lain. Namun realitinya alam rumah tangga tidak seperti diangankan kerana ada ketika suami yang diharap mampu memikul amanah “tergelincir” dengan hawa bisikan syaitan.
Di fbnya, Cikgu Fadli Salleh berkongsi reality kehidupan dilalui seorang ibu empat anak kerana terpaksa mengemis di jalanan dengan anak-anak masih kecil selepas suaminya ditahan di penjara akibat dadah. Anak sulung pasangan ini sejak tahun lepas sudah diselamatkan dari kawasan “hanyir” Chow Kit dan dimasukkan ke rumah perlindungan.
Sebagai sesama islam,di saat orang lain diuji dengan kehidupan begini, usahkan kita mengeji sebaliknya memohon doa kepada Allah agar dipermudahkan semua urusannya. Kita tidak wajar memberikan pandangan serong kerana kita mungkin belum diuji lagi sebagaimana diri mereka yang lain diuji.
Bacalah perkongsian dari Cikgu Fadli Salleh ini agar ia menjadi inspirasi kepada kita untuk terus membantu sesiapa saja yang susah di saat kita diberi kesenangan rezeki.
Dari jam 5 petang hingga 9 malam aku handle kes ini. Alhamdulillah, aku dah buat yang terbaik untuk mereka dan mereka kini selamat serta ada tempat berteduh.
Kisahnya begini, seorang wanita kahwin dengan penagih dadah. Datang ke Chow Kit ikut suami sekitar 6 tahun lepas.
Dari situ dia terperangkap di sini. Hubungan dengan keluarga renggang, senang cerita dah disisih keluarga sendiri. Sebab kenapa, tak perlu aku hurai panjang.
Pendapatan utama dia ialah minta sedekah. Bawa anak-anak sekali. Kadang-kadang merayu kat kedai makan untuk kerja demi sepinggan nasi.
.
Suami pula kaki pukul, biasalah penagih. Duit tak ada, mengamuk lah. Barang tak dapat, mengamuk lagi. Gian, mengamuk lagi. Tak tahan dipukul, dia buat report polis Januari lepas. Masuk dalam sekejap, dapat keluar balik. Berputar balik cycle life yang sangat menyedihkan di Chow Kit. Minta sedekah dengan anak-anak lagi.
Anak sulung, Rumah Bainun selamatkan tahun lepas. Anak perempuan kini usia 13 tahun. Alhamdulillah, selamat dah anak itu, tak ada la jadi mangsa rogol, jadi pelacur atau jadi penagih dadah juga.
Anak-anak lain dia tak bagi. Sayang sungguh pada anaknya. Dia tak menagih katanya. Lihat dari air muka dan susuk badan, aku percaya kata dia.
Namun still aku akan bawa kawan-kawan AADK untuk urine dan sahkan. Dia setuju siap bersumpah lagi tak pernah hisap dadah.
Lega aku dengar. Sebab kalau penagih ni, susah ya ampun nak ubah mereka melainkan mereka sendiri yang nak berubah.
Anak-anak semua ada Mykid. Satu lagi kesyukuran. Mudah urusan aku untuk bantu sekolah ke apa nanti.
.
.
Bila aku cakap,
“Akak tengok anak-anak akak. Semua cantik-cantik, comel dan sihat belaka. Akak nak ke mereka membesar di sini?
Dikelilingi penagih dadah, pelacur, orang mabuk dan seumpamanya? Bagaimana jika angah ni kena rogol? Bagaimana jika mereka terjebak dengan dadah? Bagaimana jika mereka jual tubuh?
Sanggup ke akak lihat anak-anak sendiri jadi macam tu?”
“Tak nak cikgu. Saya tak nak. Saya sayang anak-anak saya. Orang nak ambil saya tak bagi. Saya nak jaga sendiri.
Saya nak sangat keluar dari kawasan ini. Cuma saya tak tahu mana nak tuju. Saya tiada sesiapa dah”.
Saya akan cari tempat tinggal dan kerja luar dari sini. Mungkin di Selangor, mungkin kawasan KL lain yang clean dan tidak seperti Chow Kit ni.
Sewa rumah nanti pihak Baitulmal atau Zakat akan bantu. Akak kena janji dengan saya satu je. Akak berubah betul-betul. Jaga anak betul-betul.
Saya nak bagi peluang besar untuk akak ubah kehidupan akak dan anak-anak. Saya akan support semampu saya.
Dan jika… Jika akak sia-siakan peluang ini, saya akan ambil anak-anak dan letak di JKM. Akak nak pergi mana, nak jadi apa, saya tak nak bantu dah. Saya nak pastikan anak-anak ini selamat dan terjaga.
Boleh?” ujarku panjang lebar.
“Boleh cikgu. Saya janji takkan sia-siakan peluang ini. Saya nak sangat keluar dan ubah kehidupan kami. Tapi lepas suami masuk penjara bulan 8 baru-baru ni, saya tak tahu nak ke mana. Suami kena penjara 5 tahun dan dua sebatan.
Nak cari kerja tetap tak dapat. Lagi pun ada anak-anak. Jadi minta sedekah jalan paling mudah untuk saya.
Namun jika cikgu ada tempat tinggal lain, ada kerja untuk saya, saya janji akan buat betul-betul”, balasnya.
“Saya akan cuba bantu akak cari tempat tinggal dan pekerjaan yang sesuai. Sehingga saya jumpa kerja dan tempat tinggal yang sesuai, saya tak nak dengar siapa-siapa lapor pada saya akak kembali mengemis dan bawa budak-budak ni minta sedekah tepi jalan.
Jika saya tahu, saya takkan teragak-agak ambil anak-anak dari akak. Faham?”
“Faham cikgu. Saya janji dengan cikgu tak lagi mengemis dan minta sedekah. Cikgu carikan saya kerja dan tempat tinggal baru ya”.
“InsyaAllah saya akan usahakan”.
Anak-anak yang ada dengan dia sekarang empat orang. 10 tahun, 7 tahun, 4 tahun dan setahun lebih.
Semua ada mykid. Dia pun ada ic elok.
Jadi sekarang aku sedang mencari sesiapa yang boleh tawarkan pekerjaan yang sesuai dengan akak ni sekitar Kuala Lumpur atau Selangor.
.
Minta kalian yang boleh pantau dan bagitahu aku perkembangan dia. Jika dia tidak boleh bagi komitmen, banyak main, mencuri, malas, buat hal dan sebagainya, bagitahu aku.
Aku akan cuba urus untuk selamatkan anak-anak itu dan tempatkan mereka ditempat yang sesuai dan selamat. Dia nak jadi apa, terpulanglah. Asal anak-anak dia kita selamatkan.
Namun jika dia benar-benar dapat berubah dan dapat kerja dengan elok, kita sama-sama bantu dia dan anak-anak.
Setiap orang layak diberi peluang. Setiap orang boleh berubah ke arah kebaikan. Jika benar mereka mahu, kita bantu.
Untuk bantu kami dalam setiap projek amal kami, ini maklumat akaun ya : Nombor akaun : 564221646925 Bank : Maybank Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. ************ UPDATE : Dah ada kerja sesuai untuk akak ni. Minggu depan InsyaAllah terus mula hidup baru di tempat baru. Tempat tinggal dan anak-anak, kami urus semua. Semoga peluang keemasan ini dia tak sia-siakan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...