“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”(Hadis Riwayat Muslim, no.1162)
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata Al-Sarkhasi: –
“Adapun tahun pertama, maka dosa-dosanya akan diampuni. Para ulamak berbeza pendapat mengenai makna penghapusan dosa pada tahun sesudahnya (tahun depan).
Ads
Sebahagian mereka mengatakan, maknanya adalah bila seseorang melakukan maksiat pada tahun itu, Allah S.W.T akan menjadikan puasa pada Hari Arafah yang dilakukan pada tahun lalu itu sebagai penghapus dosanya, sebagaimana ia juga menjadi penghapus dosa pada tahun sebelumnya. Sebahagian ulamak lain mengatakan bahawa maknanya ialah Allah S.W.T menjaganya daripada melakukan dosa pada tahun hadapannya” [Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/381].
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, hari Arafah juga adalah hari yang sangat mustajab untuk berdoa. Daripada Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:-
Terkejut dengan pemberian hadiah berkenaan, Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akir Emir, 32 tahun meluahkan perasaannya di laman Instagramnya.
“Dah 4 tahun kita jadi suami isteri. Alhamdulillah syukur. Allah masih hadirkan rasa nikmat cinta, kasih dan sayang sesama kita. Semoga Allah terus pinjamkan nikmat ni sampailah ke akhir hayat nanti. Amin Ya Rabb
“Tak pandai pulak saya nak sweet2 kali ni, mungkin anak 2 dah kot. Tapi sayang, tak pernah kurang “rasa” tu pada awak, pada kita tapi mungkin cara yang berbeza.
“Mungkin doa dan perlakuan saya utk menjadi suami dan ayah pada anak2 kita adalah perkara paling berharga yang boleh sy buat utk pastikan keluarga kita sentiasa diberkati Allah.
“Dalam mencari kesenangan dunia, sy doa supaya Allah dekatkan diri kita sekeluarga dengan kesenangan akhirat. InShaaAllah. InShaaAllah.
“Love You Till Jannah, kena usaha utk sampai ke Jannah” @deenaemir
“Allahumma inni As’aluka Hubbaka Wa Hubba Man Yuhibbuka Wal- ‘Amal al-lazi Yuballighuni Hubbak. Allahummaj`Al Hubbaka Ahabba ilaiyya Min Nafsi, Wa Ahli Wa Min al-Ma’il-Barid
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta-cinta orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapatmenyampaikanku kepada cintaMu” –
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu, Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 2 bulan.
‘Rezeki Esha dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah.’ ‘Memang rindu, kalau dekat setiap hari ziarah.’ Begitulah luahan bapa kepada Nur Alesha yang arwah anaknya disemadikan di Tanah Suci.
Biarpun pedih menahan rindu, namun bapa ini reda dengan Ketentuan Allah SWT. Tidak semua berpeluang dikebumikan di sana, Alhamdulillah sudah tertulis rezeki Nur Alesha.
“Tipu kalau saya katakan tak rindu kerana jika dekat atau boleh naik bas ke sana (Madinah), setiap hari saya nak pergi ziarah pusaranya,” luah Mohamad Amirul Zolkafly.
Mohamad Amirul, 36, adalah guru Sains di Sekolah Kebangsaan (SK) Lohan, Ranau, Sabah yang pernah diuji dengan kehilangan anak bongsunya, Nur Alesha Ammara, 4.
Memetik laporan Harian Metro, Nur Alesha meninggal dunia akibat demam pada 14 Februari lalu iaitu ketika mereka mengerjakan umrah bersama.
Meskipun sudah hampir enam bulan berlalu, Mohamad Amirul mengakui masih teringat kenangan bersama Nur Alesha Ammara dan sangat merindui keletah anaknya itu yang mesra disapa Esha.
Bagaimanapun, takdir menentukan Nur Alesha Ammara pergi dahulu menemui yang Esa dan menjadi insan terpilih kerana disemadikan di bumi Madinah.
Ia membuatkan Mohamad Amirul dan isterinya, Nur Ashwa Johalim, 33, hanya dapat menanggung rindu daripada kejauhan.
“Esha anak yang paling ceria, petah bercakap, suka menconteng dinding dan pastinya meninggalkan kenangan di setiap sudut rumah.
“Saya sekeluarga memang terasa sangat perubahan suasana di rumah sejak ketiadaannya dan pada awalnya isteri sangat rindukan Esha dan sukar move on tetapi beransur reda serta menganggap pemergian anak sebagai anugerah dari Allah sebagai tabungan di akhirat kelak.
“Kini, isteri rajin muat naik video Esha di TikTok dan niatnya bukan untuk raih simpati jauh sekali mahukan publisiti atau cari populariti tetapi lepaskan rindu terhadap anak kami yang sudah tiada.
“Cuma tak sangka ramai pula menonton video dimuat dan tersentuh malah ramai juga yang mendoakan,” katanya lagi.
Menurut Mohamad Amirul, selain dia dan isteri, anak sulungnya, Mohamad Arysh Ayden, 6, turut terkesan dengan pemergian Nur Alesha Ammara sehingga ke hari ini.
“Jarak usia Arysh (nama panggilan) dan Esha hanya dua tahun jadi mereka memang sangat rapat.
“Saya tahu Arysh rindukan Esha malah selalu tahan air mata dan sesekali curi-curi tengok gambar adiknya itu.
“Pernah juga dia tanya bila nak dapat adik lagi dan mahu saya juga isteri letak nama sama dengan Esha jika dapat anak perempuan nanti,” katanya.
Di sebalik ujian itu, Mohamad Amirul bersyukur kerana urusan jenazah dan pengebumian anaknya dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.
Lebih manis lagi buat Mohamad Amirul dan isteri apabila jenazah Nur Alesha Ammara dapat disemadikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah.
“Asbab pemergian Esha adalah demam dan sebelum itu dia koma selama diintubasi oleh doktor serta bergantung kepada bantuan pernafasan.
“Ketika koma, isteri ada bercakap dengan Esha yang dia reda seandainya Esha pergi dan tak lama selepas itu Esha pergi dengan lembut dan tenang.
“Walaupun tiada pengalaman berdepan situasi itu (kematian anak), Allah sudah susun dengan cantik semuanya kerana bil hospital Esha dibiayai individu tak dikenali,” katanya.
Tambah Mohamad Amirul, ramai juga kakitangan hospital yang sudi membantu urusan jenazah Nur Ammara Alesha.
“Rezeki Esha juga apabila dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, dengan bantuan pengarah hospital walaupun lazimnya warga asing akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Uhud.
“Urusan dokumentasi juga selesai dalam tempoh tidak sampai sehari dengan bantuan penuntut Malaysia di sana dan kami sekeluarga juga dapat pulang ke tanah air mengikut tarikh tiket dijadualkan selepas pengebumian Alesha pada 15 Februari lalu,” katanya yang turut berpeluang bertemu dengan pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar selepas pulang dari Tanah Suci.
Mohamad Amirul berterima kasih kepada yang mendoakan dan berharap orang ramai terus menitipkan doa supaya impiannya menjejakkan lagi ke Tanah Suci termakbul.
“Memang ada perancangan nak ke sana (Tanah Suci) malah setiap kali solat, saya sentiasa doa diizinkan Allah untuk ke sana lagi.
“Ada juga cuba kumpul wang namun belum cukup kerana ada ketika, simpanan perlu digunakan untuk keperluan lain.
“Doakan saya sekeluarga dan seandainya ada yang sudi bawa kami ke sana, saya terima dengan tangan terbuka.
“Selain beribadat dan jadi tetamu Allah, tentunya saya nak ke sana untuk lepaskan rindu terhadap Esha dengan menziarahi pusaranya,” katanya.
Kashoorga: Diuji dengan kehilangan anak bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan. Semoga ibu dan bapa arwah Nur Alesha terus kuat menghadapi hidup mendatang.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...