10 Faktor Yang Membuat Manusia Masuk Syurga

Share

Ramai mendambakan syurga apabila di hari akhirat nanti. Tapi bagaiamana untuk memperoleh syurga yang diinginkan ini?

Untuk ke syurga Allah, ia antara sebahagian 10 faktor membawa kita masuk ke syurga.

  1. Percaya kepada Allah SWT dan mengerjakan amal soleh

Allah berfirman:
إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ كانَت لَهُم جَنّاتُ الفِردَوسِ نُزُلًا* خالِدينَ فيها لا يَبغونَ عَنها حِوَلً
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.” (QS Al-Kahfi 107-108).

  1. Jangan langar batasan

Ia termasuklah tidak melanggar apa yang Allah perintahkan serta ada rasa takut kepada Allah. Orang yang selalu menjaga perintah Allah dan tidak melampaui apa ditetapkan apa masuk ke dalam syurga Allah.

  1. Bertaubat dan kembali kepada Allah SWT

Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ* هَـذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ
“Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Kepada mereka dikatakan), “Inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) kepada setiap hamba yang senantiasa bertaubat (kepada Allah) dan memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya).” (QS Qaf ayat 31-32)

  1. Memberi makan kepada orang miskin

Ini adalah salah satu ketaatan terbesar di mana seorang Muslim semakin dekat dengan Allah di mana dirinya menyebarkan kedamaian dan belas kasihan pada orang miskin, yatim piatu dan orang-orang yang memerlukannya. Rasulullah SAW bersabda:
يا أيُّها النَّاسُ، أفشوا السَّلامَ، وأطعِموا الطَّعامَ، وصلُّوا باللَّيلِ والنَّاسُ نيامٌ؛ تدخلوا الجنَّةَ بسلامٍ

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturahim, solatla di waktu malam ketika orang-orang tertidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR At Tirmidzi)

  1. Teguhkan keimanan, sabar dan bertabah pada agama Allah

Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan kepadamu.” (QS Fussilat ayat 30).

  1. Beramal soleh dalam banyak hal

Dengan hanya selalu mengukir senyuman, menyapa orang lain, melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan, menziarahi orang sakit, menghadiri orang meninggal dan banyak perbuatan baik lainnya sudah cukup membawa kita ke syurga Allah.

  1. Selalu merindukan Allah dan pasrah kepada-Nya

Apa yang membezakan sebuah perbuatan ialah hati. Bagi calon penghuni syurga akan selalu mencegah dirinya dari berbuat dosa hatta kalau diberi wang secara tidak halal, dirinya akan menolak.

  1. Bertakwa kepada Allah SWT

Ada banyak ayat-ayat berbicara mengenai syurga dan antara sifat-sifat umum yang ditulis di dalam Al-Quran selalu mengaitkannya agar bertakwa kepada Allah dan kita akan masuk syurga. Allah berfirman:-

تِلكَ الجَنَّةُ الَّتي نورِثُ مِن عِبادِنا مَن كانَ تَقِيًّا

“Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertakwa.” (QS Maryam ayat 63).

  1. Selalu adil

Orang yang memiliki kuasa dan bersikap adil akan dimasukkan ke syurga Allah. Rasulullah SAW bersabda:

وَأَهْلُ الجَنَّةِ ثَلَاثَةٌ ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ، وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ القَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ، وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ

“Ahli syurga itu tiga golongan, iaitu orang yang memiliki kekuasaan yang adil dan disukai rakyatnya, lelaki yang lemah lembut hatinya terhadap ahli keluarga dan saudara Muslimnya dan orang miskin yang menjaga kehormatan keluarganya.” (HR Muslim).

  1. Berpuasa dan melaksanakan ibadah haji

Kedua-dua ibadah ini diperintahkan Allah kepada hamba-Nya dan menjadi salah satu hal terbesar yang akan dibawa seorang Muslim kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

وما تَقَرَّبَ إلَيَّ عَبْدِي بشيءٍ أحَبَّ إلَيَّ ممَّا افْتَرَضْتُ عليه

“Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu (amal soleh) yang lebih Aku cintai dari pada amal-amal yang Aku wajibkan kepadanya (dalam Islam).”
Sumber : MAWDOO3

IKLAN