Islam amat menitikberatkan hubungan yang penuh kasih sayang antara pasangan suami isteri. Ini dapat dilihat berdasarkan beberapa nas-nas syarak dari Al-Quran dan juga al-Hadith. Antaranya adalah firman Allah S.W.T:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka (golongan wanita) dengan cara yang makruf. Surah Al-Nisa’ (19).

IKLAN

Isteri itu sifatnya mudah sensitif dan pastinya mereka berasa bahagia kalau suami sering memanjakan dirinya. Tapi sayang, ramai suami tidak peka bahkan tidak begitu romantic seperti apa yang diharapkan sang isteri.

IKLAN

Pada hal untuk menjadi romantis tidak perlu tunggu jadi kaya kerana ada kalanya tiada wang diperlukan untuk membuat isteri rasa bahagia di sisi suaminya.

IKLAN

Di senaraikan 10 perkara yang boleh suami lakukan untuk memenangi hati isteri.

  1. Pegang tangannya:- Peganglah tangan isteri. Selain gugurnya dosa-dosa kecil, memegang tangan pasangan baik ketika rumah atau keluar berjalan, ia akan menghangatkan perasaan. Sekasar mana pun pasangan kita, perasaannya akan berbunga kalau suami memegang tangannya, seolah berasa dirinya dihargai.

  2. Memujinya di khalayak ramai :- Wanita memang suka dipuji apatah lagi di khalayak umum dan dipuji oleh suami sendiri. Saat suami memuji, hatinya berbunga riang tapi sayang tidak ramai suami berbuat hal ini.

  3. Berkongsi cerita di malam hari :- Wanita hanya ingin suami mendengar luahan hati dan cerita-cerita menarik berlaku dalam hidupnya. Wahai suami, luangkanlah masamu mendengar celoteh isteri kerana isteri berasa senang hati mendapat suami yang mahu berbincang apatah lagi saat itu sudah larut malam.

  4. Makan malam bersama :- Apa pun menunya, barangkali agak simple tapi kalau dapat makan malam bersama suami, isteri sangat menyukainya dan dia merasakan saat romantis itu.

  5. Kejutan sediakan makanan untuk isteri :– Sesekali, buatlah kejutan masakkan sesuatu untuk isteri. Tak susah mana pun kerana ada banyak menu boleh dicari dan cara masaknya juga agak mudah. Isteri akan berasa dihargai kerana suami menyenangkan hati dan perutnya.

  6. Suap isteri makan :- Tak salah dan ia salah satu cara mengeratkan hubungan suami isteri. Cubalah dan jangan malu kerana hubungan anda sudah halal dan anda bukan lagi pasangan kekasih yang mungkin bergelumang dosa makan bersama.

  7. Tonton filem bersama :- Isteri bukan mahu sesuatu yang eksklusif atau mahal dalam hidupnya. Tapi cukuplah dapat suami yang mampu menemani masa senggangnya saat menonton tv dan itu sudah cukup buatnya bahagia.

  8. Ingat tarikh istimewa dalam hidupnya :- Faham suami lelah mencari wang untuk membina keluarga namun tidak salah suami bersikap romantis dengan mengingati masa-masa indah anda bertemu. Contohnya tarikh lahir isteri, saat kali pertama bertemunya, hari nikah dan lain lagi. Simplekan untuk ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup anda berdua. Jangan biar tarikh-tarikh istimewa ini berlalu begitu sahaja. Setahun dua berlalu isteri masih boleh terima, namun lama-lama hatinya membeku umpama batu.

  9. Berikan kejutan istimewa :- Sesekali buatlah kejutan kepada pasangan. Lihatlah banyak drama paparkan adegan keriangan pasangan kekasih bila menerima hadiah dari orang disayangi walau hubungan mereka belum halal lagi. Begitulah hati seorang isteri. Hatinya pasti berbunga riang dapat hadiah bunga, coklat dan sebagainya. Jangan anda bersikap romantis ketika bercinta saja dan lakukan hal sama selepas anda halal.

  10. Tidur berpelukan :-Tidur berpelukan merupakan hal yang sangat romantis. Ia hal yang sangat diinginkan oleh isteri saban malam. Bukan untuk hubungan intim tapi isteri rasa selamat dalam pelukan suami dan ia juga satu dari cara mengurangi ketegangan hidup.

Percayalah bila isteri bahagia hatinya akan berbunga riang. Membahagiakan hati isteri akan menambah pahala bagi seorang suami.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI