Kisahnya sangat memberi inspirasi. Ia mungkin dianggap kerja gila namun tekad seorang saudara seislam kita, Adam Muhammad atau mesra disapa Brother Adam berjalan kaki dari Wolverhamptom, Britain ke Makkah berakhir dengan suasana sangat mengharukan.
Ini kerana dirinya menempuh perjalanan 11 bulan dengan hanya berjalan kaki demi memastikan misinya menjadi tetamu Allah bagi musim haji ini terlaksana.
Dikongsi dari Tik Toknya @adam.to. mecca. by.foot, dirinya berkongsi suka duka perjalanannya yang memakan masa hampir setahun masanya. Dirinya menempuh 6500 km dengan menempuh banyak negara, antaranya ialah Belanda, Jerman, Serbia, Austria, Bulgari, Turki, Syria, Jordan sebelum memasuki Makkah. Ia satu perjalanan yang sangat mencabar namun diiringi doa dari orang ramai agar niatnya dapat menunaikan haji pada usianya kini iaitu 52 tahun.
Ads
Kata orang tiada halangan jika hati sudah nekad dan itulah dilakukannya. Bahkan dalam setiap persinggahan di negara ditempuhnya, dirinya ditemuramah hingga dirinya menjadi terkenal kerana tekadnya itu.
Ads
Kata Brother Adam, jika di awalnya, perjalanan ini adalah impiannya (dapat tunai haji) namun selepas menempuh banyak negara dan dikelilingi ramai orang baik-baik dirinya mengakui perjalanannya ini adalah “perjalanan ummah” buat semua iaitu melaksanakan rukan islam ke lima bagi yang mampu.
Ads
Cuaca buruk antara faktor menghalang perjalanannya, bahkan troli barang-barang yang dibawanya bersama untuk memudahkan dirinya memasak dan menyimpan barangan turut beberapa kali patah namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melihat Kaabah di depan mata buat kali pertama. Alhamdulillah dengan irigan doa dari semua, dirinya telah pun sampai ke Makkah.
Ternyata semangatnya sangat luar biasa dari orang hanya biasa-biasa. Nak tengok perjalanannya boleh follow Youtube dan Tik Toknya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan:
Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
Pekerjaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP SUAMI ISTERI
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim
KESIMPULAN
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Bakat seni adalah satu anugerah tidak ternilai dari Yang Maha Esa. Ada orang dikurniakan suara yang sedap, pandai melukis da tidak kurang juga yang berbakat dalam seni tulisan tangan.
Seperti yang viral di media sosial baru-vbaru ini, seorang pengguna Twitter Ahsanul Fikri berkongsi mengenai tulisan tangannya yang mendapat perhatian ramai.
Ahsanul berkata tulisan tersebut dipanggil sebagai penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Quran.
Menurutnya, gambar yang dimuatnaik olehnya diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz di Darul Quran tahun 2017/2018.
Antara keperluan program itu ialah perlu membuat salinan bertulis tangan ayat Quran yang dihafal dan beliau telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.
Tambahnya lagi, dia telah belajar tulisan tersebut sejak dari sekolah menengah lagi iaitu pada usia 13 tahun.
Ahsanul yang kini berusia 21 tahun dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata pada awalnya agak susah untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.
Namun dengan hasil latihan yang kerap, ia dapat dilakukan dengan mudah dan sehari boleh menulis sebanyak sejuzuk.
Walaupun dia kini tidak lagi membuat penulisan tahriri namun dia tetap membelek ayat-ayat tersebut dan menyemak semula hafalan.
Tenyata sebaik di muat naik, posting ini mendapat perhatian di media sosial. Rata-rata memberikan komen positif dan memuji tulisan tangan berkenaan.
Di dunia pun gerun tengok ular sawa. ‘Macam mana nak berdepan seksaan di akhirat, bila tak bayar zakat.’ Tak dapat bayangkan bagaimana ular sawa membelit mereka yang tak tunaikan zakat.
Di dunia pun seram bila nampak ular sawa. Takut sungguh. Zakat ertinya “tumbuh dan bertambah”. Ianya juga bererti bersih, berkat, suci dan subur.
Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Ianya telah difardhukan mulai tahun yang kedua Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.
Proses mengeluarkan zakat adalah merupakan asas kesempurnaan dan ketaqwaan kita di dalam menegakkan tunggak agama Islam yang maha suci. Ini kerana dengan mengeluarkan zakat, kita telah melaksanakan salah satu dari rukun Islam yang lima.
Kongsi Ustaz Hanafi Malek:
Allahuakbar.
Di dunia, tengok ular sawa macam ini pun kita sudah gerun. Macam mana pula nanti hendak berhadapan dengan seksaan ular yang membelit pada hari kiamat.
Barangsiapa yang Allah berikan harta namun tidak mengeluarkan zakatnya maka pada hari kiamat hartanya itu akan berubah bentuk menjadi seekor ular jantan yang bertanduk dan memiliki dua taring lalu melilit orang itu pada hari kiamat lalu ular itu memakannya dengan kedua rahangnya, iaitu dengan mulutnya seraya berkata:
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...