Ramai yang suka bersedekah dan masa yang sama membayar zakat kepada pihak berkuasa yang dilantik untuk pengagihan zakat secara menyeluruh. Masa yang sama, ada sebahagian dari kita membayar zakat sendiri dengan mengenal pasti individu yang layak berdasarkan situasi kehidupannya. Tidak salah membayar pada institusi dan tak salah juga membayarnya sendiri asalkan penerimanya adalah dari lapan kategori ditetapkan oleh hukum syarak.
Adakala kita terlepas pandang tentang adik beradik yang mungkin diuji dengan seribu kepayahan dan ujian kehidupan. Ada setengahnya kehilangan pasangan tempat bergantung, diuji dengan kemiskinan, kesakitan dan banyak lagi.
KASHOORGA kongsikan kemusykilan agama yang dikongsikan oleh Ustaz Syed Shahridzan Ben-Agil mengenai persoalan memberi zakat kepada adik beradik yang susah.
Salam ustaz, saya ada seorang kakak yang hidupnya susah sebab dia kematian suami dan kakak saya tu ada lima orang anak yang masih belajar. saya ingat nak bayar zakat pada kakak saya, tapi ada yang cakap kakak tak layak terima zakat sebab adik beradik lelaki yang mampu wajib tanggung adik beradik perempuan yang susah. mohon pencerahan dari ustaz betul ke mcam ni?
JAWAPAN: 1) Ulama bersepakat bahawa zakat wajib diagihkan hanya kepada 8 golongan asnaf yang disebut di dalam surah al-Taubah, ayat 60. Asnaf-asnaf yang dimaksudkan ialah fakir, miskin, amil zakat, riqab, muallaf, orang yang berhutang, fi sabilillah dan Ibnu Sabil.
2) Begitu juga para ulama menyatakan bahawa zakat tidak boleh diberi kepada ahli keluarga di bawah tanggungan sebagai contoh, Ali tidak boleh memberi zakat kepada isteri dan anaknya yang masih kecil kerana mereka di bawah tanggungan ali.
Ads
3) Manakala adik beradik perempuan yang susah atau miskin tidak termasuk di bawah tanggungan seseorang. Hal ini telah dijelaskan oleh Sheikhul Islam al-Imam Zakaria al-Ansari(ulama mazhab Syafi'ie) di dalam karangannya "Asna al-Matalib Fi Syarh Raudhit Tolib":
وإنما تجب على ذي قرابة بعضية وتجب له، وهم الفروع وإن نزلوا والأصول وإن علوا فقط، أي دون سائر القرابات كالأخ والأخت والعم والعمة، ذكوراً وإناثاً وارثين وغير وارثين.
Maksudnya: "Sesungguhnya yang diwajibkan nafkah kepada kaum kerabat yang bersifat punca dan pecahan keturunan(قرابة بعضية) iaitu FURU'(anak, cucu, cicit) dan yang ke bawah dan USUL(bapa, ibu, datuk, nenek) dan yang ke atas sahaja, iaitu tidak termasuk kaum keluarga yang lain seperti adik beradik lelaki, adik beradik perempuan, pakcik, makcik sama ada lelaki mahupun perempuan, yang tergolong daripada pewaris harta atau tidak".
4) Berbalik soalan di atas, adik beradik perempuan yang susah atau tiada penanggung seperti suami dan ayah tidak termasuk dalam golongan yang wajib diberikan nafkah oleh adik beradik yang lain. Maka boleh malah disunatkan beri zakat kepada adik beradik yang susah samaada lelaki mahupun perempuan selagimana mereka tergolongan daripada asnaf-asnaf yang berhak mendapat zakat.
Ads
5) Sesungguhnya memberi zakat kepada kaum keluarga dan kerabat yang bukan tanggungan nafkah lebih afdal dari memberi zakat kepada asnaf yang bukan dari kalangan keluarga.
Kelebihan ini dijelaskan oleh Rasulullah ﷺ di dalam sepotong hadis:
الصدقة على المسكين صدقة، وعلى ذى الرحم ثنتان، صدقة وصلة
Ads
Maksudnya: "Sedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, manakala sedekah kepada ahli keluarga merupakan dua kebaikan, iaitu sedekah dan silaturrahim". (Hadith riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibn Majah)
6) Hadis di atas menunjukkan bahawa memberi zakat kepada ahli keluarga dan sanak saudara mempunyai dua kebaikan, manakala pada orang miskin hanya satu kebaikan. Dalam sepotong hadis baginda menyebut kelebihan menyambung tali silaturrahim sepertimana sabda Baginda ﷺ:
من سره أن يبسط له في رزقه أو ينسأ له في أثره فليصل رحمه
Maksudnya: "Sesiapa yang suka diluaskan rezeki untuknya atau dipanjangkan umurnya, maka hendak lah dia menyambung tali silaturrahim. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Wallahu A'lam Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
Sumber : FB Ustaz Syed Shahrizan Ben-Agil / Gambar : Maya Sugarman/KPCC
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apabila saat kiamat berlaku, segala apa yang ada di muka bumi ini akan hancur. Ini termasuklah gunung ganang, matahari, langit bahkan semua yang ada akan hancur menjadi debu pada kali pertama tiupan sangkalakala berlaku.
Di dalam surah At-Takwiir ayat 1-6 bermaksud “apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap), dan apabila bintang-bintang gugur berselerak, dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu), dan apabila unta-unta yang bunting terbiar, dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan, dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur, saat itulah dunia akan hancur.
Di dalam al-Quran, jelas mengatakan apa yang ada di dunia ini semasa kedatangan manusia ke dunia sudah dicipta terlebih dahulu oleh Allah untuk “kegunaan” hamba-hambaNya dengan pelbagai asbab.
Salah satu ciptaan Allah untuk kegunaan makhluk ialah matahari yang menjadi sumber kehidupan kepada manusia. Cahayanya yang terang mampu menerangi keseluruh dunia. Walau memiliki suhu panas tetapi tenaga matahari sangat bermanfaat bagi benda hidup. Bahkan dikatakan kepanasan cahayanya memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi dan cahayanya yang terang boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang akan menjadi buta.
Di sebalik kita harus menyakini rukun Iman dan Islam ternyata negara China mengumumkan berjaya mencipta matahari buatan pada Jumaat lepas. Dilaporkan oleh agensi berita AFP, ia penanda aras dan kemajuan besar negara panda itu dalam teknologi berasaskan nuklear.
The HL-2M #Tokamak, China's new-generation "artificial sun," went into operation on Friday and has achieved its first plasma discharge. The apparatus in #Chengdu, #Sichuan Province, will help explore methods to provide clean energy through controlled nuclear fusion. pic.twitter.com/twk3ujBTLX
Dinamakan HL-2M, ia masih di peringkat penelitian pakar-pakar nuklear dari negara berkenaan. Para saintis mereka mengharapkan penciptaan matahari buatan ini berpotensi membuka sumber tenaga bersih yang kuat. Reaktor penghasilannya menggunakan medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma panas dan dapat mencapai suhu lebih dari 150 juta darjah celscius, lapor People’s Daily.
Ini bererti suhu panas yang dihasilkan oleh reactor matahari ini adalah 10 kali lebih panas dari matahari yang mencapai 15 juta darjah celcius. Kerana tenaga dan kepanasannya sangat besar, reaktor yang terletak di daerah Sichuan ini dijuluki sebagai matahari buatan.
We are in awe with this inspiring news that the Chinese artificial sun of the new generation was accomplished. Moreover, it has already achieved its first electric discharge in #Chengdu. pic.twitter.com/8H9ysstHJJ
Menurut China, perkembangan kuasa fungsi ini tidak hanya menyelesaikan masalah kekurangan sumber tenaga di negara mereka tetapi juga mampu mengukuhkan ekonomi China di masa akan datang. Para saintis telah memulakan projek ini sejak 2006 dan menjalin kerjasama dengan Internasional Nuclear Fucian Research & Engineering Megaproject untuk menjayakan projek besar ini. Malah kos anggaran adalah sebanyak USD22.5 million.
Persoalannya, mampukah kepandaian manusia (atas kehendak Allah jua) membentuk mahahari sebegini sekaligus mengubah bentuk kejadian yang Allah ciptakan.
Jika dalam hal mengubah penciptaan Allah iaitu mengubah bentuk tubuh yang Allah ciptakan dengan melakukan pembedahan sudah jatuh hukum haram, apatah lagi dengan mencipta matahari. Atau ia sekadar satu kepandaian manusia? Walluahalam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebenarnya pemakaian braces atau pendakap gigi adalah dibenarkan jika memenuhi keperluan seperti sukar mengunyah makanan dan hilangnya keyakinan bila berkomunikasi.
Namun begitu, tak dinafikan dalam masyarakat kita ramai yang suka memberatkan isu memakai braces ini. Apa lagi bila si pemakai braces meninggal dunia. Begitulah juga isunya dengan wanita yang mewarnakan kuku, warnakan rambut serta yang bergigi emas.
Bagi yang kurang pengetahuan agama selalunya meminta pengurus jenazah tanggalkan braces atau potong rambut yang diwarnakan. Sedangkan tiada saranan dalam agama untuk berbuat demikian.
Ikuti perkongsian Dr Mohd Khairul Izwan dan hadam baik-baik apa yang dijelaskan,
Soalan:
“Saya ada soalan, kalau orang Muslim memakai braces (pendakap gigi). Kemudian, katakanlah tiba-tiba dia meninggal dunia dan ada braces ni.
‘Agak-agak orang yang uruskan kita macam mana ya? Mereka kena panggil doktor gigi untuk buka (tanggalkan) braces orang meninggal itu atau macam mana ya?”
Begini Caranya
Sebenarnya, hukum asal memakai braces bagi tujuan memperbaiki susunan gigi untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi penampilan, keyakinan diri, membantu penguyahan dan juga memudahkan pembersihan gigi, hukumnya adalah harus.
Apabila seseorang meninggal dunia, maka tiada keperluan untuk menanggalkan braces tersebut dan tidak mengapa untuk ditinggalkan serta dikebumikan bersama-sama dengan jenazah yang memakai braces itu.
Nak Uruskan Jenazah Muslim
Ini selari dengan tatacara pengurusan jenazah di mana jenazah yang telah meninggal dunia mestilah dilakukan dan disantuni dengan cara yang paling menghormati jenazah tersebut, seperti mana kita dituntut untuk menghormati seseorang ketika dia masih hidup.
Dalil bagi kenyataan ini bersandarkan kepada firman Allah di dalam Surah Al-Isra ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam.”
Pakai Pendakap Gigi
Oleh yang demikian, bagi anda yang berhajat untuk memakai braces ataupun telah memakainya, maka tidak perlu khuatir tentang isu tersebut sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia ketika masih memakai braces.
Dan bagi yang bertugas untuk menguruskan jenazah pula, maka tidak perlulah berusaha untuk menanggalkannya atau memanggil doktor gigi bagi menanggalkannya dan uruskanlah jenazah tersebut seperti biasa.
Begitu juga keadaannya dengan gigi palsu kekal seperti crown, bridge mahupun implant pergigian. Semuanya tidak perlu ditanggalkan dan boleh dikebumikan bersama-sama dengan jenazah.
Dalam Islam umum mengetahui isteri yang melalui penceraian akan menjalani tempoh iddah. Tempoh iddah ini bertujuan bagi mengetahui kebersihan rahim isteri daripada mengandung atau sebagai suatu tempoh bertenang selepas berlakunya perceraian.
Namun begitu tak dinafikan ada wanita yang mengambil ringan akan tempoh iddah hingga bertindak di luar batasan bila mana berkenalan pula dengan lelaki lain malah berjanji akan bernikah selepas tamah tempoh iddah.
Dalam hal ini apakah hukumnya seorang wanita berkenalan dengan lelaki lain dalam tempoh iddah. Perkara ini dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu hantaran di Facebook beliau.
“Apakah hukumnya di sisi agama seorang isteri yang telah bercerai dengan suaminya tetapi masih di dalam edah dia berkenalan pula dengan lelaki lain dan berjanji akan bernikah selepas habis edahnya?
Haram hukumnya kerana masih berstatus isteri orang
Seorang perempuan yang berada dalam iddah selepas bercerai dengan suaminya masih lagi dihukumkan sebagai isteri orang dan hanya suaminya yang berhak untuk mengembalikannya menjadi isterinya semula.
Ertinya : “Dan segala suami mereka (isteri-isteri yang diceraikan) lebih berhak dengan mengembalikan mereka kepada nikah pada masa edah itu jika mereka hendak berbaik.” (Baqarah : 228)
Oleh kerana itu haram perempuan itu berkenalan dengan lelaki lain atau berjanji hendak bernikah dengan lelaki lain kerana dia masih berstatus sebagai isteri orang di dalam iddah. Dan haram pula mana-mana lelaki yang meminangnya atau yang berjumpa dengan perempuan itu atau berhubung dengannya tanpa izin suaminya.
Berkata Imam Nawawi :
وَأَمَّا التَّعْرِيضُ فَيَحْرُمُ فِي عِدَّةِ الرَّجْعِيَّةِ
Ertinya : “Dan ada pun meminang maka haram ia pada masa edah raj’ie.” (Kitab Raudhah At-Talibin)
Maksudnya ketika seorang perempuan itu masih berada dalam edah dengan suaminya haram baginya berpakat hendak bernikah dengan lelaki lain kerana mengajak perempuan ini bernikah pada masa edah ini adalah sama seperti mengajak isteri orang bernikah.
Begitu juga haram mana-mana lelaki membuat hubungan dengan isteri yang dalam edah dan lebih haram lagi berjumpa dan berpakat untuk bernikah.
Dan yang lebih parah lagi apabila keluarga turut bersetuju dan memberi sokongan supaya anak perempuannya yang masih isteri orang itu bernikah pula dengan lelaki pilihan mereka.
Wajib atas isteri tersebut meminta ampun dari suaminya dan wajib pula atas lelaki itu serta kaum kelurga yang menyokong supaya bertaubat kepada Allah.
Tersebut pada Himpunan Fatwa Negeri Mesir :
اتفق الفقهاء على أنه يحرم التصريح أو التَّعريض بخطبة المعتدة الرَّجعية؛ لأنَّها في معنى الزوجية؛ لعودها إلى النِّكاح بالرَّجعة
Ertinya : “Telah sepakat ulamak fiqah atas sungguhnya haram meminang secara jelas atau sindiran akan isteri orang yang sedang berada dalam edah raj’ie kerana suami boleh kembali kepada nikah dengan rujuk.” (Darul Ifta’ Mesir)
Ramai dalam kalangan kita yang diuji dengan lintasan hati atau bisikan negatif, lebih-lebih lagi ketika bersendirian. Kadangkala lintasan itu begitu mengganggu fikiran hingga menimbulkan...