Viral minggu ini gara-gara hantaran di laman sosial twitter daripada Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan Salah menunjukkan amalan baik dengan membaca Al-Quran dalam kapal terbang.
Yang lucunya ramai salah anggap kerana memperrtikaikan adalah Salah membaca Al-Quran ketika dalam penerbangan.
Sebaik muat naik berkenaan, ramai netizen keliru dan mempertikaikan kenyataan Menteri Agama mengapa membaca kitab suci dalam kapal terbang itu salah sedangkan dituntut oleh agama.
Ads
Namun rupa-rupanya kenyataan itu akhirnya terjawab, apabila lelaki yang dipaparkan membaca Al-Quran itu adalah merupakan bintang Liverpool kelahiran Mesir bernama Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly atau lebih sinonim dipangil Salah di kalangan peminatnya seluruh dunia.
Bintang Liverpool ini juga menjadi inspirasi dan ikon kerana antara pemain bola sepak Muslim yang terang-terangan menunjukkan identiti agama Islamnya.
Ads
Dalam situas itu, Salah dikatakan dirakamkan oleh lensa kamera bersama senaskhah Al-Quran tergenggam erat di tangan.
Dalam foto yang lain juga menunjukkan pemain mahal ini juga sambil mengenakan jersey bersama dengan sweater biru, ia tampak berjalan dengan membawa kitab suci Al-Quran.
Kashoorga: Mencari barangan keperluan untuk pasangan di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak pernah bercerai, masih suami dan isteri. ‘Tergamak dia madukan saya.’ Lelaki ini hanya mengetahui yang isterinya telah berkahwin lain melalui media sosial.
Sudahnya isteri menghilang sejak sekian lama, tiba-tiba apabila ditemui isterinya telah menduakan dirinya. Tentu saja perkara ini mengejutkan pihak sang suami.
Seorang wanita didakwa ‘memadukan’ suaminya selepas perkahwinan keduanya di Terengganu, April lalu diketahui suami pertama.
Peniaga, Rahaman Mohamed Jaafar, 47, mendedahkan dia berkahwin dengan wanita berusia 32 tahun itu pada Januari 2019 di Narathiwat, Thailand, sebelum isterinya menghilangkan diri selepas keluar dari rumah, Januari lalu.
Menurutnya, perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.
“Bagaimanapun selepas kehilangan isteri Januari lalu, saya mendapat tahu di media sosial pada April lalu bahawa dia berkahwin dan perkara itu agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikannya… kami masih suami isteri.
“Selepas saya membuat semakan, saya dapati isteri ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April lalu.
“Dia dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Ulas Rahaman, susulan mengetahui dia ‘dimadukan’ isteri, dia memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya dengan suami kedua.
“Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Ogos lalu membuat keputusan memerintahkan isteri saya selaku defendan pertama dan suami keduanya yang juga defendan kedua difaraqkan sementara.
“Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan,” katanya.
Terdahulu, Rahaman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, untuk prosiding keputusan lafaz cerai talak tiga yang difailkan isterinya.
Hakim, Ahmad Hariri Mohd Saat kemudiannya memberikan tempoh 14 hari kepada Rahaman untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isterinya.
Rahaman yang diwakili peguam, Marzuqi Muhamad menegaskan, dia tidak pernah membuat lafaz cerai terhadap isterinya sebagaimana yang didakwa dan sehingga kini mereka masih suami isteri.
“Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya ‘dimadukan’.
“Saya percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isteri saya dengan suami keduanya kerana perkahwinan kami di luar negara dalam proses pengesahan di sini,” katanya.
Tidak dinafikan, ramai yang terkesan dengan penyebaran wabak penyakit COVID-19 sejak awal Mac lalu.
Malah dikatakan ramai yang hilang punca pendapatan dan hidup barat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Rice & Roses mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Herman terpaksa hidup merempat setelah hilang punca pendapatan dan tidak dapat membayar sewa rumah.
Dalam perkongsian itu, dia ditemui ketika itu senang solat dibawah tangga dalam sebuah bangunan lama
“terima kasih abang. Ni mungkin sebab selawat saya sepanjang hari ni, Allah bantu saya. Saya buntu taktau nak buat apa dah…”, ujar seorang lelaki sebaik aku menyerah sedikit sumbangan kepada dia selepas solat zuhur tadi.
Lelaki bernama Herman berusia awal 40an itu aku lihat sedang solat dibawah tangga sebuah bangunan. Aku menyangka dia adalah gelandangan. Seusai solat terus aku menyapa dirinya. Sebenarnya aku tadi berhenti sebentar untuk solat zuhur disebuah masjid setelah membuat kerja penghantaran. Aku mendekatinya dari belakang. Lihat kain pelikat yang dipakainya terbelah ditengah2. Aku rasa macam kain basah.
Selesai solat aku mendapati lelaki itu kembali. Aku tanya kenapa tidak solat saja diserambi masjid? Dia maklum pada aku masjid tutup sepanjang PKP, lagipun dia memang ‘tidur’ ditempat dia solat tadi. Aku pun terus bersoaljawab beberapa perkara sebab aku rasa ada sesuatu yang perlu aku tahu sebab dia wajah baru disitu. Aku agak kenal rapat gelandangan2 dan miskinkota dinegeri ini.
Akhirnya baru aku perolehi cerita dari Herman lelaki tadi. Herman sebenarnya terkandas ditengah PKP ni. Dia berasal dari Sabah dan sudah berkeluarga, namun berhijrah kesini kerana bekerja sebagai pembantu tukang masak disebuah restoran. Namun restoran yang dia kerja pula sudah tutup dan hilang punca pendapatan. Bila datang musim PKP kewangan dia makin meruncing dan tidak tahu hendak kemana sehingga terpaksa keluar dari rumah sewanya.
Akhirnya dengan seorang bantuan rakan, dia dibawa kebawah bangunan ini untuk ber’istirehat’. Aku tanya dia bagaimana keadaan puasanya? Jawabnya kadang2 ada orang sedekah makan, kadang2 berbuka dengan kurma saja. Lihat diatas rak sebelah tempat dia solat ada senaskah Al Quran disamping sebuah tasbih digital diatas kerusi olastik yang masih menyala kiraan nombornya berjumlah ‘9504’.
Aku tanya kepunyaan siapa tasbih digital ini? Herman menjawab miliknya. Lalu aku saja bertanya ‘”banyak cik berzikir..?” (merujuk bilangan nombor yang tertera diskrin tasbih). Lalu jawapannya seperti awal cerita ini. Bila renung lama, malu aku kepadamu Rasulullah s.a.w. Tatkala aku lupa padaMu, ada insan yang tersisih mengingatiMu Baginda Nabi dibawah anak tangga bangunan lama. Jarangnya aku berselawat apatah lagi dibulan mulia ini, dia pula terus menerus berselawat padaMu wahai Rasulullah s.a.w. Malam ini hatiku terketuk bila mengingati kembali.
Herman pula tadi seakan buntu hendak kemana. Nak pulang kekampung jumpa anak isteri tak boleh, nak kerja pun tak boleh, rumah sewa pun tiada. Akhirnya dia hanya mampu duduk dibawah tangga dan terus bermunajat kepada TuhanNya. Aku lihat ada keikhlasan diwajahnya. Aku setakat beri sumbangan sekadar yang termampu dan serah juga kain pelikat kepunyaan aku padanya habuan untuk dirinya selesa mengerjakan solat. Dia yang berasal dari Likas Sabah antara beberapa insan yang agak terjejas dengan PKP ini namun masih tidak lupa tanggungjawabnya dengan Penciptanya. Harap sahabat2 yang prihatin dapat membantu saudara kita ini. Untuk tahu maklumat detail tentang dirinya boleh hubungi aku…
Saat kematian itu boleh datang mengejut tanpa ada tanda sedikit pun. Dan ia sudah menjadi takdir Allah yang tidak boleh kita sangkal.
Sebelum ini seorang Imam rebah ketika sedang imamkan solat di sebuah masjid. Dan semalam pula seorang guru agama menemui PenciptaNya sebaik selesai mengajar mengaji di Masjid Wadihana Mergong Alor Setar.
Dalam laporan Sinar Harian, Allahyarham Abdullah@Abdullah Sirajuddin Ahmad, 74 tahun dari Kampung Teluk Kechai dipercayai rebah di ruang mengajar masjid itu kira-kira jam 11 pagi sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menurut anaknya, Syeikh Zainul Mukhtar, 45 tahun, bapanya keluar dari rumah mereka kira-kira jam 9 pagi untuk ke masjid bagi mengajar al-Quran seperti kebiasaannya sejak Mac lalu.
Namun dia dikejutkan dengan panggilan ibunya memaklumlan yang bapanya pengsan sebelum dimaklumkan sudah meninggal dunia ketika dia pergi ke sana.
“Seorang anak murid ayah dikenali sebagai Harun memaklumkan arwah ayah meninggal dunia dengan sangat mudah sebaik sahaja rebah dari tempat duduknya.
“Arwah ayah merupakan qari al-Quran negeri Kedah satu ketika dulu malah masih aktif memberi tunjuk ajar berkaitan al-Quran di beberapa masjid sekitar Alor Setar selepas bersara,” kata Syeikh Zainul.
Tambahnya lagi, bapa merupakan seorang bekas penghulu ini memang memiliki penyakit kencing manis dan darah tinggi namun tidak pernah mengadu sakit dada atau penat sebelum ini.
“Kematian bapa saya menjadi tular dan arwah dijemput dalam keadaan baik, di rumah beliau sentiasa dengan al-Quran, jika tidak mengajar beliau akan membaca al-Quran.
“Boleh dikatakan hidupnya hanya dengan kitab suci itu, dia juga ramai kawan dan anak murid, arwah sering berpesan supaya menjaga pertuturan dan menjaga adab dengan orang ramai.
“Selepas ini kami anak-anak pasti merindui alunan bacaan al-Quran beliau, namun Allah lebih sayangkan bapa dan kami reda dengan pemergiannya“ katanya kepada Berita Harian.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 6 petang kelmarin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Kudong, Pendang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.