Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama membantu meringankan tanggungjawab suami.
Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan. Bertuahnya Norzie Pak Wan Chik. Begitu dihargai oleh suaminya, Aidid Marcello.
Berikut catatan ucapan hari ulang tahun perkahwinan Aidid Marcello di laman Instagramnya buat isteri tercinta.
Sedangkan lidah lagi tergigit…. itulah lumrah dalam bercinta dan hidup sekali kan? Tapi kalau dah 14 tahun dapat hidup sekali walaupun pelbagai pancaroba… maksudnya bukan setakat lidah dah tergigit… segala benda yang tergigit pun insyaAllah dah boleh handle… .
Ads
Bertuah saya dapat teman hidup yang sangat memahami, cemburu, caring dan sangat fikirkan masa depan anak-anak. Sebab apa yang penting dalam hidup kita ni… kita kena fikir lagi 20 tahun, di mana kita, siapa bersama kita dan siapa yang akan membela nasib kita.
Saya doa & minta yang baca ni terus doa untuk kebahagiaan keluarga saya semoga perjalanan hidup kami terus berada pada landasan yang betul dan diredhai, InsyaAllah. . Kepada anak-anak daddy @nailinamarcello @imanmarcello @yusufmarcello @ibrahimmarcello semoga terus sayang dan hargai pengorbanan mummy daddy
Tidak dinafikan bakal raja sehari hari ini sanggup memberikan pelbagai barangan mewah atau berjenama sebagai barang hantaran untuk majlis pernikahan.
Jika boleh mahukan berangan jenama. Lagi mahal lagi bermakna bagi membuktikan cinta sejati. Namun lain pula halnya bagi pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan April lalu.
Pengantin perempuan telah menerima senaskhah al-Quran sebagai hantaran perkahwinannya. Dan lebih menarik, al-Quran berkenaan adalah merupakan hasil tulisan suaminya sendiri.
Kisah mereka ini jadi viral gara-gara seorang jurugambar kepada pasangan berkenaan
iaitu Raja Nazrin yang berkongsikan kisah ini melalu tweet menunjukkan gambar al-Quran berkenaan.
Mempelai berkenaan, Nizamuddin Rahim 23 tahun dan pasangannya Nurul Aida R.Azli 22 tahun selamat diijabkabulkan pada 11 April lalu.
Nizamuddin ketika dihubungi Mstar memberitahu mula menulis Al-Quran sejak dia berusia 13 tahun.
“Ia dihasilkan sewaktu saya Tingkatan satu. Sebemarnya penulisan ini diwajibkan kepada semua pelajar Maahad tempat saya belajar.
“Sekiranya tak ditulis, pelajar tidak dibenarkan membaca hafalan (tasmi’) dengan ustaz. Alhamdulillah, ia berjaya disiapkan dalam masa 3 tahun”, ujarnya kini bertugas sebagai Penyelia di Darul Asnaf Sri Sendayan, Negeri Sembilan yang meriupakan bekas penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong (MTAQPC) Machang Kelantan.
Idea untuk memberikan hantaran Quran itu adalah dari idea ibu bapanya. Mereka memesan padanya supaya simpan baik selepas tamat sekolah.
Dalam pada itu, isterinya juga terharu dan kagum dengan dirinya yang menghadiahkan sesuatu berharga hasil usahanya sendiri.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan, kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Melalui perkongsian Da’i Wan di laman Facebooknya, Da’i Wan berkongsi ciri-ciri peribadi Nabi Muhammad SAW yang harus diteladani sebagai seorang suami.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalinan kasih yang akrab dengan isterinya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, Nabi terkadang akan bawa isteri baginda bersiar-siar. Tanpa kita ketahui, ia merupakan suatu sunnah sebenarnya. Mungkin ada antara kalian yang telah mengetahuinya dan mungkin juga yang baru kali pertama ketahuinya hari ini. Ya, tidak apa-apa. Saya kongsikan knowledge ini khas utk penambahan ilmu buat kalian.
See, told you. Tak ramai yang tahu pasal bahagian dari Sunnah ini. Kepada pasangan yang telah halal di luar sana, pergilah kalian melaksanakan sunnah ini jika kelapangan. Moga ia menguatkan tali jalinan kasih sayang antara suami dan isteri itu. Ingat, hidup berdua adalah lebih baik kerana ia suatu ibadah yang berpahala berpanjangan.
Kesimpulannya suami perlu luangkan sedikit masa untuk bersama isteri. Dalam kesibukan dengan tugas seharian, sisihkan waktu khusus agar momen itu dapat digunakan untuk mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain.
Sumber kredit: FB: Da’i Wan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hidup berpasangan adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah)
Perkahwinan wujudkan ketenangan dan terlindung daripada melakukan perkara negatif. Setiap pasangan perlu memiliki keimanan, peka tanggungjawab dan sentiasa muhasabah selesaikan sengketa secara baik.
Patutnya makin lama kahwin, makin masak dengan perangai pasangan tapi terbalik. Makin lama kahwin makin banyak pula rungutannya!
Itu tanda kurang rasa syukur dalam hati.
Baik lelaki atau wanita, semua orang ada kelemahan. Jika di pandang kelemahan itu dengan hati tak bersyukur maka yang keluar dari mulut hanya kritikan dan rungutan. Jika hati dapat bersyukur maka yang keluar hanya kata-kata semangat dan dorongan.
#5 Cara tanamkan hati yang mudah bersyukur dalam rumahtangga.
1. Setiap pagi bersyukur dahulu sebelum merungut
– Bersyukur kerana masih mempunyai pasangan hidup. Bersyukur kerana anak-anak masih sihat. Bersyukur kerana masih dapat luangkan masa dengan anak bini. Bersyukur kerana masih ada rumah, kerja, makan dan sihat.
– Bila hati boleh bersyukur, buruk macam mana pun mata melihat sesuatu perkara tu mulut tak mudah merungut. Ini kerana hati masih boleh nampak hikmah di sebalik.
– Jernihkan hati dengan kesyukuran maka mata pun jadi jernih nampak segala kebaikan pasangan.
2. Amati betul-betul muka pasangan dan anak
– Setiap hari ambil masa sekurangnya 15 minit untuk amati muka muka orang di kasihi. Dari muka mereka kita boleh belajar bersyukur dan lebih menghargai.
– Isteri yang dulu berkulit halus dan gebu sekarang kasar dan tegang gara-gara membuat kerja rumah setiap hari. Bersyukur la kerana isteri tak pernah merungut.
– Anak yang gembira bermain walaupun dengan mainan kedai 2 ringgit. Bersyukurlah kerana ada anak hanya nak mainan dari kedai “toy r us” sahaja.
3. Fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan
– Setiap hari fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan. Baik pagi, petang atau malam. Tak berjaya tak jadi masalah yang penting ada usaha.
– Bangun pagi ucap love you, petang ucap terima kasih dan malam ucap berehatlah. Nampak ringkas 3 ucapan ni tapi sebenarnya ia ucapan yang di nanti-nanti oleh pasangan, terutama isteri.
4. Peluk, cium dan sentuh pasangan
– Tanda bersyukur dalam hati bila kita kerap peluk, kerap cium dan kerap sentuh pasangan dan anak-anak. Bila gembira terus kongsi vibe gembira dengan isteri, bila rasa lapang terus kongsi dengan anak. Secara tak langsung mereka pun bersyukur dengan kita.
– Jika selalu kita bersyukur dengan mereka, percayalah kita akan selalu nampak tingkahlaku mereka ini semakin menyenangkan.
– Menurut kajian juga sentuhan setiap hari sebelum keluar rumah boleh tingkatkan semangat dan emosi positif dalam diri pasangan.
5. Sentiasa murah dengan senyuman
– Setiap hari pulang dengan senyuman dan penuh semangat. Apabila kita tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan suka mendekati. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
– Ada kajian tentang senyum bahawa mak ayah yang selalu tersenyum mempunyai keluarga yang lebih stabil dan anak akan hebat interpersonal skilnya.
– Lagipun senyum itu satu sedekah. Sedekah pada ahli keluarga sendiri lebih banyak ganjaran, selain dapat pahala sedekah malah dapat pahala jaga silaturrahim.
Wallahu A’lam
Orang yang kuat bersyukur ni dia tak cepat marah dan sentiasa nampak sisi kebaikan dalam setiap orang. Hebatkan!
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.