Tidak dinafikan bakal raja sehari hari ini sanggup memberikan pelbagai barangan mewah atau berjenama sebagai barang hantaran untuk majlis pernikahan.
Jika boleh mahukan berangan jenama. Lagi mahal lagi bermakna bagi membuktikan cinta sejati. Namun lain pula halnya bagi pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan April lalu.
Pengantin perempuan telah menerima senaskhah al-Quran sebagai hantaran perkahwinannya. Dan lebih menarik, al-Quran berkenaan adalah merupakan hasil tulisan suaminya sendiri.
Kisah mereka ini jadi viral gara-gara seorang jurugambar kepada pasangan berkenaan
iaitu Raja Nazrin yang berkongsikan kisah ini melalu tweet menunjukkan gambar al-Quran berkenaan.
Ads
Mempelai berkenaan, Nizamuddin Rahim 23 tahun dan pasangannya Nurul Aida R.Azli 22 tahun selamat diijabkabulkan pada 11 April lalu.
Nizamuddin ketika dihubungi Mstar memberitahu mula menulis Al-Quran sejak dia berusia 13 tahun.
Ads
“Ia dihasilkan sewaktu saya Tingkatan satu. Sebemarnya penulisan ini diwajibkan kepada semua pelajar Maahad tempat saya belajar.
“Sekiranya tak ditulis, pelajar tidak dibenarkan membaca hafalan (tasmi’) dengan ustaz. Alhamdulillah, ia berjaya disiapkan dalam masa 3 tahun”, ujarnya kini bertugas sebagai Penyelia di Darul Asnaf Sri Sendayan, Negeri Sembilan yang meriupakan bekas penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong (MTAQPC) Machang Kelantan.
Ads
Idea untuk memberikan hantaran Quran itu adalah dari idea ibu bapanya. Mereka memesan padanya supaya simpan baik selepas tamat sekolah.
Dalam pada itu, isterinya juga terharu dan kagum dengan dirinya yang menghadiahkan sesuatu berharga hasil usahanya sendiri.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Sentiasa doakan kejayaan anak.’ Bapa ini tak sangka kesemua enam anak memilih perubatan sebagai kerjaya dan mengikut jejak langkah.
Sudah tentu sebagai bapa sentiasa mendoakan kejayaan anak, namun dirinya tidak pernah meminta anak-anaknya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya. Takdir Allah, kesemua anaknya memilih untuk bergelar doktor sepertinya.
Bukan sahaja mewarisi kebijaksanaan bapa, malah kesemua enam anak Dr Wan Ahmad Kamal Wan Annuar, 72, meneruskan legasi dengan mengikut jejak langkahnya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya.
Lima daripada enam anak Dr Wan Ahmad Kamal yang juga pakar perunding perubatan dan kulit, kini bergelar pakar perunding dalam bidang kepakaran masing-masing.
Mereka ialah Dr Wan Syazli Rodzaian, 44, iaitu pakar perunding pembedahan plastik dan rekonstruktif, Dr Wan Syameen Afira, 42, (pakar perunding kulit dan estetik), Dr Wan Syahira Ellani, 39, (pakar perunding histopatologi), Dr Wan Syamir Zharif, 37, (pakar perunding buah pinggang), Dr Wan Syazween Lyana, 36, (pakar perunding kulit dan estetik) manakala Dr Wan Suzanna Maria, 29, ialah doktor perubatan dan peguam.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau dan isteri, Julie Yacob, 68, tidak merancang untuk memastikan kesemua anak mereka menjadi doktor.
Malah, mereka hanya menyangka hanya seorang atau dua daripada mereka yang menceburi bidang itu.
Menurutnya, berkemungkinan, pendedahan beliau merawat pesakit di klinik kepada anak-anak sejak kecil, menimbulkan minat mereka dalam bidang berkenaan.
“Di klinik kulit saya, ada ruang khas untuk keluarga dan anak-anak sering datang ke klinik selepas pulang dari sekolah atau pada masa lapang. Malah, mereka suka melihat saya merawat pesakit dan turut membantu memberikan ubat kepada pesakit,” katanya.
Ditanya berkaitan rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Dr Wan Ahmad Kamal berkata, sebagai ibu bapa, mereka sangat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan sentiasa mendorong menanam keyakinan diri.
“Kami juga sentiasa menggalakkan anak-anak untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. Di samping itu, kami memberikan pujian walaupun kebaikan yang mereka dilakukan adalah kecil.
‘Ditambah pula, hubungan kekeluargaan di antara kami sangat rapat dan ini menjadikan anak-anak terbuka untuk berkongsi masalah, sama ada berkaitan pelajaran atau lain-lain,” katanya.
Selain itu, kata Dr Wan Ahmad, keluarga mereka juga mempunyai tabiat suka membaca dan ini membantu membentuk kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau sering ditanya mengenai makanan yang diberikan kepada anak-anak ketika kecil berikutan kejayaan mereka di dalam pelajaran.
Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang makanan khusus yang diberikan kepada anak-anak tetapi menekankan kepada pengambilan makanan segar, seimbang, rendah lemak dan kurang minyak.
“Anak-anak juga lebih menggemari makanan yang dimasak oleh ibu mereka.
“Ibu mereka pula suka bertanya kepada anak-anak makanan yang mereka mahu makan sebelum memasaknya,” katanya.
Dr Wan Ahmad Kamal berharap serta bedoa yang kesemua anak-anaknya terus berjaya dalam kerjaya masing-masing malah dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dengan sepenuh hati.
Kashoorga: Kalau berjumpa pasti banyak perkara boleh bersembang bersama, maklumlah dalam bidang yang sama.
Bertuah seorang juru teknik di sebuah kilang di Ayer Keroh Melaka ini. Meskipun sebelah tangannya kudung namun tunangnya masih mahu meneruskan perkahwinan walau pun dia sudah ‘tidak sempurna’ lagi. Malah lelaki bernama Azahari Senin, 30 ini rasa cukup bersyukur kerana tunangnya dapat menerima kekurangan pada dirinya itu.
Ujian dan kekurangan pada diri Azahari itu dapat diterima tunang yang kini isterinya, Mastura Zainon,30. Pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Pengkalan Minyak, Ayer Molek di Melaka.
Azahari berkata dia mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu namun terpaksa berdepan dengan dugaan berat dua bulan kemudiannya. Dia telah ditimpa kemalangan di tempat kerja sehingga tangan kirinya hancur dan terpaksa dipotong akibat tersepit dalam mesin percetakan.
TETAP SETIA
“Saya pernah beritahu isteri yang ketika itu masih tunangan saya supaya dia tinggalkan saya selepas saya kemalangan yang hampir meragut dua belah tangan. Saya beritahu dia, aku tak boleh teruskan dengan kau lagi dengan keadaan aku macam ini.
“Tapi sangkaan dia akan tinggalkan saya itu meleset apabila dia terus cekal menunggu saya di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka, menunggu saya di wad walaupun saya hampir putus harapan,”kata Azahari.
Azahari berkata, sejak itu dia menanam semangat positif menganggap kedua-dua tangannya masih normal seperti insan lain dan tidak mahu ada pihak yang memandang rendah apa lagi menganggapnya sebagai orang kurang upaya (OKU) yang kurang berkemampuan.
“Tangan kiri saya hancur teruk manakala tangan kanan pula sempat doktor selamatkan namun fungsinya kurang sempurna dan ketika majlis pernikahan berlangsung, saya masih berada dalam tempoh cuti sakit. Bagi saya meskipun majlis pernikahan kami serba ringkas namun meriah dengan usikan ahli keluarga dan kawan-kawan,”katanya.
PILIHAN TEPAT
Sementara itu Mastura yang juga seorang jurujual berkata, lelaki yang dikenalinya ketika bekerja di hotel kira-kira tiga tahun yang lalu itu diyakini mampu menyempurnakan kehidupannya.
“Saya kenal dia (Azahari) ketika dalam fizikal yang sempurna dan cinta saya masih sama walaupun dia kini kudung tangan kiri. Tak kan waktu sempurna saya nak bersama dia apabila tak sempurna saya tinggalkan.
“Semua ini ada hikmah dan saya berkeras mahu bersamanya ketika dia dan keluarganya minta pertunangan kami diputuskan. Ibu bapa dan adik beradik saya pula sentiasa menyokong saya,”kata Mastura.
Menurut Mastura lagi, dia tetap meneruskan majlis pernikahan tersebut meskipun disarankan ahli keluarga mertuanya untuk menangguhkan pernikahan mereka. Jodoh mereka kuat. Cinta mereka suci. Sesungguhnya Allah sudah takdirkan mereka hidup bersama sebagai suami isteri.
Di doakan agar rumah tangga yang dibina oleh pasangan ini kekal hingga ke syurga. Aamiin.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Facebook Azahari Senin dan Mastura Zainon
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tanah Suci Makkah dan Madinah sangat dekat di hati umat Islam. Bagi yang pernah pergi pasti merinduinya kerana dua kota ini tidak pernah “tidur”kerana manusia sentiasa melakukan ibadah tanpa mengira masa.
Sesetengahnya dari kita mungkin mempunyai duit banyak namun Allah tidak membuka pintu hati untuk menjejakkan kaki ke bumi baroqah itu. Tapi bagi sesetengah pula tak memerlukan duit belanja sendiri untuk ke sana bila Allah sudah menjemput kita sebagai tetamunya atau disebut sebagai Dhuyufurrahman, pasti akan tiba jua.
Dari satu perkongsian Tik Tok @siti5874, pemilik stesen minyak petronas di Pendang ini berkongsi kenangan menghantar pekerjanya, Makcik Sapuan menunaikan umrah sebagai penghargaan Long Service Reward. Difahamkan Makcik Sapuan sudah 28 tahun kekal setia berkhidmat di stesen minyak ini dari muda hingga di mamah usia.
Lebih menarik, sesuai dengan long service reward itu, pihak majikan memberikan hadiah terbaik untuk Makcik Sapuan di mana dirinya diberikan tiket penerbangan first class dan hotel yang dekat untuk memudahkannya berbuat amal ibadah.
Dari seraut wajahnya, ternyata Makcik Sapuan tidak pernah kenal erti jemu dengan kerjanya. Barangkali sangat bahagia dan kerana itulah istiqomah kekal setia walau sudah hampir 30 tahun melakukan kerja sama iaitu sebagai atendan pam.
Mungkin bagi sesetengah anak muda, kerja setahun dua sudah cukup dan kemudian lari mencari kerja lain untuk gaji lebih besar tetapi “kesetiaan” pekerja begini sesuatu yang harus kita kagumi dan perlu dihargai oleh majikan.
Benarlah setia itu mahal dan sudah pasti mereka yang mempunyai banyak pengalaman ini berharga nilainya.
Dari komen diberikan orang ramai memaklumkan, sudah bertemu Makcik Sapuan pada tahun 1992 lagi dan dirinya kekal setia di situ.
“Istiqamah dia dengan kerja. Berkatnya di situ. Saya mai dok Pendang taun 1992, dia dok kat pam tu, sampai la dok pam tu la.. Allah…
Dan di maklumkan juga, makcik Sapuan antara pekerja paling peramah di situ.
Terbaikkkkk akak nie paling lama keja situ..staf paling peramah dengan customer terbaikkkkk la akak.
MasyaaAllah saya kenal sangat akak ni. Selalu tolong g isikan minyak kalau kat pam hujung sekali. Tahniah kak. Beruntung sangat dapat ke Makkah. Dan ramai bersyukur kerana majikan baik melayani dan tahu menghargai kesetiaan pekerja.
Masih ragu memakai minyak wangi beralkohol ketika solat? Fahami perbezaan alkohol industri dan arak serta hukum sebenar menurut penjelasan Mufti dan fatwa semasa.