Setiap hari hari kita melihat wajahnya di kaca televisyen memberi perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19. Beliau dilihat begitu tenang menjawab setiap pertanyaan dari pihak media.
Itulah keperibadian Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak pernah jemu bekerja bersama barisan frontliner dalam menangangi wabak pandemik ini.
Kredit Foto: KKM
Semalam beliau telah disenaraikan dalam tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak ini di negara ini.
Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ads
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Ads
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Kredit Foto: KKM
Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Ads
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Persefahaman dan sikap toleransi suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan rumah tangga.
Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina.
Suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif.
Penciptaan manusia bermula daripada Nabi Adam dan Siti Hawa, membawa kepada keturunan yang mempunyai jantina lelaki serta perempuan untuk berganding hidup menerusi perhubungan yang halal.
Dalam rumah tangga yang dibina, perlu ada sikap kerjasama dan toleransi. kedua-dua sikap ini perlu diadun dengan sebaik mungkin bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang dibina.
Tiada insan yang sempurna maka sebab itulah suami dan isteri fungsinya untuk melengkapi antara satu sama lain.
Berikut perkongsian Asyrafiah Sabri di laman Facebooknya tentang keperluan melengkapi dalam rumah tangga.
(RUMAHTANGGA BAHAGIA ITU DATANGNYA DARIPADA DUA JIWA YANG BERTOLERANSI)
Kita ni semua ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Sebagai pasangan suami isteri, tugas kitalah melengkapkan kekurangan pasangan kita.
Contohnya macam suami saya, dia kalau cakap ada macam berulang-ulang sikit. Tapi saya tak pernah ejek atau gelakkan dia. Sesekali menyakat tu adalah. Dah dia pun kaki menyakat saya ?
Ada masa suami saya speaking dengan saya, tapi adalah beberapa words yang dia salah. Saya tegur terus, bagitau ni salah. Sama juga kalau masa kitorang baca Quran sama-sama, ada dia tersalah atau saya tersalah, kami terus tegur on the spot. Tapi saya selalu minta maaf kat suami saya, harap dia tak terasa hati bila saya tegur dia. Sebab saya tak nak dia buat salah berulang.
SALING BAGI KATA SEMANGAT
Suami saya tak berani nak drive asalnya. Saya support dia bagi kata-kata semangat walaupun kita sendiri seram dia drive masa tu ?
Suami saya dia selalu kalau nak beli baju untuk dia, atau beli apa-apa barang dia, dia suruh saya pilih untuk dia. Padahal dekat sejam dia pilih tu ???? Nak menangis mak tunggu. Walaupun macam saya pernah cakap sebelum ni, taste kami tak sama. Saya pulak jenis jujur, bang ni tak cantik. Yang ni cantik. Walaupun yang saya kata tak cantik tu dia suka ?. Tapi at last saya akan cakap, abang pilih mana yang abang suka, sayang just bagi pandangan. Apa-apa pun, dia akan ikut apa yang saya pilihkan.
Dalam rumahtangga ni, formula dia begitu. Kita tak sempurna, pasangan kita pun tak sempurna. Dan, saya berani cakap, selain Allah, hanya suami atau isteri je yang tau ketaksempurnaan pasangan tu secara total.
TERIMA KEKURANGAN PASANGAN
Jadi, untuk yang dah ada pasangan halal, saling melengkapi itu lebih baik daripada mencari salah. Berlapang dada atas kekurangan pasangan.
Untuk yang sedang mencari pasangan, dalam fasa berkenalan itu, terimalah seadanya. Jangan kita nak Mr Perfect ke Mrs Perfect macam drama melayu, sampai kiamat takkan jumpa.
Kita nampak rumahtangga orang lain sempurna sebab mereka saling melengkapi kekurangan pasangan masing-masing.
Terima kasih buat suamiku. Sepanjang hidupnya, menunaikan tanggungjawab sebagai suami yang sempurna untuk aku. Al-Fatihah abang, Fikri Hamiz bin Hamidun.
Sumber Kredit: Asyrafiah Sabri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Rebutlah peluang untuk mencari Lailatul Qadar dengan melipatgandakan lagi amalan pada 10 malam akhir Ramadan.
Mendapatkan malam Lailatul Qadar menjadi impian bagi setiap mukmin. Mana tidaknya, malam yang lebih mulia dari seribu bulan ini hanya ada sekali dalam setahun.
Rasulullah shallallalhu ‘alaihi wasallam menyebutkan, “Barang siapa yang terjaga untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar, kemudian benar-benar mendapatkannya, maka dia telah diampuni dosa sebelum dan sesudahnya,” (HR. Ahmad)
Maka sebab itulah kita perlu membuat persiapan bagi ‘menyambut’ kedatangan malam Lailatul Qadar.
Berikut perkongsian Ummu Naufal. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba. Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
1. BEREHAT DI SIANG HARI
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan! Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan. Aktiviti siang diringankan. Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
2. BERJAGA WAKTU MALAM
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum.
Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
3. SIAPKAN RUANG SOLAT
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya. Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita. Subhanallah. Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
4. TULISKAN DOA
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
“ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII” (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
5. TINGKATKAN SEDEKAH
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula. Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
6. TUTUP TELEVISYEN DAN DISIMPAN SEMUA GAJET YANG ADA
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah. Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Umat islam itu bersaudara. Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yang bermaksud:-
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” (surah Al-Hujurat; ayat 10).
Dalam satu hadis diriwayatkan dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:-
“Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (Riwayat Bukhari & Muslim).
Di saat negara kita diuji dengan pengumuman total lock down bagi tempoh dua minggu untuk membendung penularan wabak COVID-19, pastinya ujian yang sama telah ditempuh bertahun-tahun oleh rakyat Syria yang terperangkap dalam kancah perang di negara mereka sendiri.
Jika ada antara kita begitu bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, jangan dilupa saudara seislam kita yang turut diuji termasuk kebuluran dan kemiskinan ekstrim.
Dipetik dari fb Cinta Syria Malaysia, diberitakan 5.6 juta rakyat Syria berada di kem pelarian selepas rumah mereka musnah dibedil.
.
.
.
Sejak dari tahun 2011 seramai 387,000 menjadi korban dalam pertempuran tentera di negara ini. Bukan itu saja, 2.4 juta anak-anak Syria tiada akses kepada pendidikan tidak seperti kanak-kanak dan remaja di negara kita cintai ini.
.
.
Lebih menyedihkan, lebih 60 peratus anak-anak Syria berhadapan dengan krisis kelaparan. Harga makanan meningat kepada 33 kali ganda di mana nilai mata wang Syria jatuh terlalu rendah.
.
.
.
Masa yang sama, 2 juta warga Syria hidup dalam kemiskinan ekstrim sementara 6.7 juta warga Syria masih terperangkap di dalam Syria. Lebih menyedihkan senjata pengunaan kimia yang dilarang digunakan dalam negara ini.
Semoga kita tidak melupakan saudara kita di Syria ini. Bagi yang ingin menyumbang Misi Qurban CSM, selain korban dan akikah, boleh juga sedekah daging dengan hanya RM40. Infaq buat medikal, makanan dan pendidikan juga ada. Klik sahaja link korban4syria.com. Sumber : FB Cinta Syria Malaysia
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Keputihan ketika solat sering menimbulkan rasa waswas dalam kalangan wanita. Ketahui hukum, panduan kebersihan, cara mengurus wuduk dan langkah yang betul agar ibadah lebih tenang dan yakin.