Doa orang dizalimi sangat mustajab. Malah kita ada dua pilihan untuk Allah makbulkan doa kita iaitu sama ada si penganiaya mendapat pembalasan dalam bentuk musibah atau kita berdoa agar Allah membantu kita menunjukkan jalan keluar dari masalah dan dugaan yang menimpa. Dan pilihan yang kedua ini adalah yang lebih afdhal.
Menerusi ceramah Ustaz Abdul Somad tentang doa orang-orang teraniaya dan dizalimi, ternyata banyak yang kita patut sedar betapa setiap doa kita itu memang akan mendapat perhatian Allah.
Kisah seorang nelayan ke laut yang pergi menangkap ikan buat hidangan anak-anak yang kelaparan di rumah merupakan contoh yang perlu dijadikan iktibar.
Hajat dikabulkan, Allah kurniakan seekor ikan besar untuk dibawa pulang. Cukup bersyukur dan gembira, si ayah membawa ikan itu buat dijamu kepada anak-anak. Terbayang wajah girang mereka dan dapat tidur lena kerana kekenyangan.
Namun bukan rezeki si nelayan apabila dipaksa menyerahkan ikan tersebut kepada sang Raja yang memerintah. Maka berdukacitalah si bapa kesedihan lantaran teringat akan anak-anak yang tidak akan dapat makan ikan tangkapan.
Sungguh rasa teraniaya, sang nelayan tidak mampu berbuat apa-apa, maka diserahkan ikan dengan rasa berat hati.
Namun, kuasa Allah Maha Besar, beberapa hari setelah itu, jari- jemari sang Raja diserang penyakit misteri sehingga terpaksa dipotong segera. Rupa-rupanya ada bisa pada tulang ikan yang telah menyerap masuk ke dalam darah baginda. Keadaan ini akhirnya ditela’ah oleh seorang ahli agama; ia sebagai satu balasan atas perbuatan sang Raja.
Ads
Apabila diminta imbas semula apa yang telah dilakukannya, maka Raja teringat penganiayaannya terhadap seorang nelayan yang dipaksa menyerahkan ikan hasil tangkapan suatu ketika dahulu.
Kesal dengan sikapnya yang tidak ada belas ehsan terhadap nelayan itu, lalu Raja menitahkan agar dia ditemukan dengan nelayan itu segera.
Akhirnya Raja temui jawapan apabila dia bertanya kepada nelayan, “Apakah yang kau lakukan setelah aku mengambil ikan mu,” Lantas nelayan menjawab, “Tidak banyak yang aku lakukan. Aku hanya berkata kepada Tuhan, Ya Allah, sesungguhnya sang Raja telah menunjukkan kuasanya, maka kau tunjukkan lah kuasaMu”
Jelas sekali, yang teraniaya tidak mendoakan sebarang doa yang khusus untuk membinasakan sang Raja. Dia hanya meminta agar Allah tunjukkan kuasaNya sahaja. Tiada upaya untuk dia lakukan apa-apa kecuali redha dengan musibah yang menimpa.
Ads
Kebergantungan kepada Allah, meminta hanya kepada sang Pencipta yang mencipta dirinya dan juga yang mencipta manusia yang menganiaya.
Menurut Firdaus Shakirin dalam entri difacebooknya, dia menyebut bahawa Allah makbulkan doa orang yang teraniaya. Orang yang difitnah, dizalimi, dinafikan hak, disusahkan orang lain dan sebagainya yang berbentuk penganiayaan kepada pihak yang satu lagi. Maka berhati-hatilah akan doanya.
Doanya tiada hijab, doanya mustajab. Allah Maha Mendengar doa orang-orang yang dianiaya orang lain. Orang yang dianiaya itu dibela Allah SWT.
Ads
Cumanya untuk mereka yang teraniaya, berdoalah akan hal yang baik-baik dan jangan mendoakan sesuatu musibah yang mana kesannya akan berbalik kepada diri kita sendiri.
“Sebagai contoh, jika ada pasangan curang, kita nak dia disedarkan Allah SWT di atas kecurangannya, tapi kita doakan dia untuk kemalangan, selepas itu, nak tak kita jaga dia seumur hidup kita kalau dia hilang keupayaan kekal? Tak boleh bercakap, tak boleh bergerak, lumpuh anggota badan. Nak kah kita uruskan dia dalam keadaan sedemikian setelah dia curang dengan kita?”, tanyanya
Walaupun doa orang yang dianiaya itu dimakbulkan Allah, didengari Allah, tapi berhati-hati lah dalam mendoakan sesiapa yg menganiaya kita, menzalimi kita dan melakukan sesuatu yang buruk serta tidak baik dalam kehidupan kita.
Berdoalah untuk kita dipermudahkan urusan, diberikan petunjuk tentang apa yang perlu kita lakukan. Kepada mereka itu pula, kita biar saja Allah SWT balas setiap perbuatan mereka kerana Allah SWT itu Maha Adil dan saksama.
Ambillah peluang pada ketika ini untuk diri kita sendiri. Untuk kebaikan kita dan kepentingan kita kerana doa kita tu sangat dekat dengan Allah.
Kashoorga: Hikmahnya di sini ialah, apabila kita dianiaya atau dizalimi, kita perlu redha dan bersabar. Bersegeralah berdoa kepada Allah untuk diberi petunjuk agar kita dapat keluar daripada permasalahan yang menimpa dengan mudah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dahulu, jika ada masalah, kita akan curah perasaan pada orang terdekat seperti suami, isteri, adik beradik, kawan, kaunselor atau sesiapa sahaja, dengan harapan dapat melepaskan tekanan. Hari ini, peranan itu kemudiannya dipermudahkan dengan adanya sosial media.
Nampaknya, kita menggunakan sosial media untuk meluahkan segalanya. Curahan hati itu pula ada yang ditulis secara terus terang dan ada dengan cara memberi simbol atau isyarat tidak langsung.
Namun hakikatnya masalah yang dihadapi sedikitpun tidak berjaya menyelesaikan masalah malahan bertambah buruk kerana curahan hati di sosial media bermakna kita menelanjangi kehidupan kita kepada orang luar yang kita tidak kenal secara dekat dan mereka juga bukan ahlinya.
Lantas bagaimana untuk melepaskan segala apa yang terbuku dalam hati? Kepada siapa wajar dicurahkan?
Kita ikuti penjelasan pendakwah terkenal Indonesia iaitu Habib Ali Zaenal Al Kaff berkaitan curahan hati ini.
Pesan ulama,”Walaupun seorang isteri, jangan pernah menceritakan kisah lama kamu kepada suami kamu. Walaupun kamu seorang suami, jangan perasan untuk kelihatan romantik dengan menceritakan masalah kamu, keburukan kamu, kisah silam kamu yang buruk kepada isteri kamu kerana, tidak ada tempat curahan hati yang lebih baik kecuali Allah SWT,”
Allah Maha Menutupi segala keburukan atau aib kita. Tapi kalau manusia? Manusia punyai banyak kelemahan, apatah lagi mudah tercuit apabila dihasut dan digoda syaitan.
“Pasti di saat dia berasa benci atau marah pada kamu, segala sesuatu tentang keburukan kamu akan disebarkan. Itu lah manusia. Makanya jangan pernah menceritakan apa pun keburukan kamu atau kisah silam kamu kepada orang lain,”
Hakikatnya apa pun juga dosa dari kisah silam kita, Allah pasti akan hapuskannya. Jangankan dosa kecil, dosa besar sekalipun akan dimaafkan, dengan syarat, kita datang kepada Allah dengan hati ikhlas bersama tiga syarat berikut :
Menyesali perbuatan itu
Tidak mengulangi kesilapan atau kesalahan itu
Ada kemahuan kuat untuk tidak mengulanginya lagi dan meninggalkannya terus.
Pada saat itu, maka Allah pasti akan mengabulkan doa kita. Allah SWT pasti akan menerima taubat kita.
Kashoorga : Berbeza keadaanya masyarakat kita hari ini lebih suka curah perasaan dalam sosial media. Elakkan lah daripada mengadu di mana –mana platform sosial media. Mengadu lah kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kecoh apabila ambe nyatakan bahawa perbuatan yg sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah HARAM kerana ianya menyalahi apa yg dibenarkan oleh Syarak ‘Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg buruk) dalam Islam, maka baginya DOSA amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) DOSA orang yang mengamalkannya selepasnya ( HR Imam Muslim)
Dengan merakamkan video berlatar belakangkan lagu, dgn solekan ala2 syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan iti harus dilakukan?
Hukum dlm agama bukan berdasarkan akal semata² tetapi mempunyai nas
Semalam sy membawa hadis ttg meniru gaya org kafir, walaupun golongan penyokong lathi challenge menyebut bahawa ianya di asas oleh org Indon dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yg menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yg menyalahi syarak
Anak² melihat perkara ini, dan ramai yg meniru terutama sekali org perempuan dgn gaya yg mengaibkan
Perlu kita menutup pintu² fitnah kpd agama dan umat Islam ini agar tidak merebak sehingga melalaikan manusia
Ambe guna hujjah dan dalil, namun tetap ada yg berani nak cabar dan argue dgn menyatakan itu dan ini
Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yg baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur
Ramai ibu bapa ragu dan bimbang memukul anak yang belum baligh dalam urusan mendidik mereka. Sebagai ibu bapa, didikan anak cara Rasulullah SAW memang menjadi rujukan.
Tentunya kita mahu anak itu nanti menjadi anak soleh dan solehah; sempurna semua ibadatnya apabila dewasa kelak. Tapi jika didikan hanya bicara di mulut dan niat di hati namun tiada kesedaran menyegerakan untuk diterjemahkan menerusi perbuatan harian, maka lupakan lah impian tadi.
Mendidik anak kena dari usia muda. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Selagi mana suruhan itu tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan anak yang masih hijau, maka ibu bapa harus istikomah mendidik anak cara Rasulullah SAW.
Kita ikuti penjelasan ringkas oleh pendakwah terkenal tanahair; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan cara mendidik anak di peringkat usia muda.
Biasakan anak dengan nama Allah SWT dan Rasulullah SAW
Hendaklah seseorang itu bermula daripada dia itu (anak) apabila sudah mula untuk berbicara. Diajar dan diingatkan kepada si anak untuk menyebut nama Allah. Agar supaya anak tersebut terbiasa menyebut nama Allah SWT. Dan menyebutkan nama Allah dengan benar dan nama Rasulnya Muhammad SAW.
Dirikan solat sebelum baligh
Demikian berterusannya tanggungjawab pendidikan kepada anak. Bermula dari usia tamyiz, usia anak itu sudah matang. Berfikir walaupun belum baligh. Perintahkan anakmu untuk solat pada usia 7 tahun. Umur 7 tahun kebanyakan anak-anak belum baligh.
Usia baligh minimum dalam ASWJ adalah usia 9 tahun qamariah. Kalau ada orang nampak tanda-tanda baligh sebelum umur 9 tahun qamariah, ia tidak dikira baligh kerana ia lain dari kebiasaan.
Bila dikatakan baligh? Dia (anak) dikatakan sudah baligh apabila nampak tanda pada usia 9 tahun qamariah dan maksimum usia baligh ialah 15 tahun.
Kalau sampai usia 15 tahun tidak nampak tanda-tanda baligh seperti air mani, haid bagi perempuan pada usia 15 tahun. Maka dia dianggap sudah baligh. Dalam kes ini, anak itu baligh bukan disebabkan tanda-tanda tadi tapi kerana lengkapnya usia 15 tahun.
Dibenarkan memukul anak belum baligh yang enggan solat
Maka seseorang memiliki tanggungjawab mendidik anaknya sebelum baligh. Pukullah ketika meninggalkan solat sebelum baligh juga supaya terbiasa menjaga solat sebelum diwajibkan solat kepadanya dengan baligh.
Kalau sudah baligh, baru di suruh solat? Mungkin dia tidak akan dapat ilmu itu dengan sempurna kerana masih belajar tetapi kalau dibiasakan sebelum baligh, lama -kelamaan dia faham dan dapat hayati cara dan kepentingan solat 5 waktu.
Pisahkan tempat tidur anak pada umur 10 tahun
Pisahkan pada mereka pada alas tidurnya atau tempat tidurnya. Ini merupakan didikan awal batasan pergaulan walaupun antara ahli keluarga sendiri.
Ajar anak makan guna tangan kanan
Anak itu bilamana sudah selesai atau berhenti daripada menyusui, maka kita akan dapati dia suka makan coklat, biskut. Pada tahap ini. Perlu ajarkan kepada anak agar makan dengan tangan kanan dan mengucapkan bismillah sebelum makan dan dalam setiap keadaan.
Baginda duduk dan hidangkan makanan, di depan Nabi ada budak kecil makan juga bersama dengan Nabi, tapi makan tak ikut aturan, dia ambil sana, dia ambil sini. Sebahagian orang mengatakan masih budak-budak tak apa. Mana dia faham dia tak faham. Justeru kepada budak-budak tu mesti diajarkan pada awal.
Sempurnakan pakaian anak kecil
Suatu hari Al Habib Abdul Qadir bin Muhammad As Seggaf rahimallah. Ada seorang datang kepada beliau, guru kepada Habib Umar. Bawa anak perempuan masih kecil mungkin umurnya 2 tahun 3 tahun dan masih kecil sangat. Pakai baju panjang tapi tidak memakai seluar panjang.Kalau budak kecil pakai baju begitu memanglah kelihatan comel.
Maka orang tuanya bawa kepada Habib Abdul Qadir. Habib doakan saya agar dianugerahkan anak, kemudian Habib Abdul Qadir berpesan kepada orang tuanya. Pakailah pakaian yang sempurna, tutup bahagian bahunya dan pakaikan seluar kerana bajunya kelihatan terangkat. Ya mungkin kerana memakai pampers.
Maka Habib Abdul Qadir mengatakan pakaikan pakaian yang menutup badannya dan pakai seluar. Kata orangtuanya, anak ini masih kecil. Lantas Habib Abdul Qadir berkata, justeru itulah anak masih kecil amat mudah untuk engkau bentuk dan pantau.
Pokok kalau masih hijau, bengkok sana bengkok sini. Nak bagi lurus letak kayu dan terus kayunya lurus ke atas. Apa sebabnya? Masih hijau. Kalau sudah kering sudah tua nak luruskan? Kemudian patah. Kholas!
Pasti ramai dalam kalangan kita yang selalu memberi makan kepada kucing jalanan yang mundar-mandir di kawasan rumah. Apatah lagi jika seseorang itu pencinta haiwan,...