Kita seringkali mendengar cakap-cakap berkenaan harta yang banyak dikumpul tidak boleh bawa ke mati. Tetapi ada beberapa harta yang disebut di dalam Al-Quran, boleh menjadi bekalan kita di akhirat nanti seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim).
3 perkara yang boleh membantu kita di akhirat nanti ialah:

  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang dimanfaatkan
  3. Anak soleh yang mendoakan

Anak soleh yang mendoakan

Doa anak yang soleh membawa ke syurga. Betapa beruntungnya bagi ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak sehingga menjadi anak yang soleh.
Bagi ibu bapa menjadi tanggungjawab mereka untuk membesarkan anak-anak dan mendidik mereka untuk menjadi insan yang berguna. Dan sebagai anak-anak, menjadi tanggungjawab kita juga untuk menjaga ibu bapa di hari tua dan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

Ilmu yang dimanfaatkan

Ilmu itu luas dan pelbagai, termasuklah ilmu agama seperti Al-Quran dan Al-sunnah dan ilmu dunia yang merangkumi ilmu sains, alam, teknologi, pentadbiran dan banyak lagi bidang-bidang ilmu yang ada. Ilmu yang diajarkan ketika hidup dan kemudiannya disampaikan kepada generasi seterusnya untuk dimanfaatkan akan memberikan pahala selagi ada yang memanfaatkan ilmu tersebut.

Sedekah jariah

Ahli fiqh dan ulama berpendapat bahawa sedekah jariah yang dimaksudkan termasuklah amalan wakaf, di mana pahala dan ganjaran akan terus mengalir dan berkekalan walaupun selepas pemberinya meninggal dunia, selagi mana harta wakaf itu terus digunakan untuk manfaat masyarakat. Turut disebut di dalam Al – Quran, Surah Al Baqarah ayat 261:

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Ganjaran yang amat besar dijanjikan kepada mereka yang berinfaq dan mewakafkan harta kekayaan di jalan Allah dengan tujuan semata-mata untuk mencari keredhaanNya. Manfaat wakaf yang berpanjangan akan terus berkembang dan bercambah buat pemberi mahupun penerima wakaf selagi mana hartawakaf itu diuruskan dan digunakan dengan baik.

Sesuai dengan amalan berwakaf yang dituntut oleh agama demi kebahagiaan di dunia dan akhirat kita semua, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah melancarkan Wakaf ASNB pada Oktober 2021.

Wakaf ASNB membolehkan para pemegang unit ASNB untuk berwakaf dengan unit amanah ASNB bagi tujuan kebajikan, pembangunan masyarakat dan ummah, dan juga ekonomi.

Cara untuk menyertai Wakaf ASNB ini cukup mudah, pewakaf tidak perlu mengeluarkan tunai dan boleh terus berwakaf menggunakan unit amanah ASNB mereka yang sedia ada melalui cawangan ASNB atau secara dalam talian di portal dan aplikasi myASNB.

3 Cara Untuk Bawa Harta Selepas Kita Mati
Uniknya berwakaf dengan ASNB

  1. Amaun prinsipal unit amanah yang diwakafkan akan terus dikekalkan untuk menjana pulangan. Hanya pulangan daripada pelaburan unit amanah ini yang akan disalurkan kepada dana manfaat wakaf untuk diagihkan.
  1. Wakaf ASNB diuruskan oleh profesional dengan tadbir urus yang telus dan informatif. Projek-projek yang dikenalpasti akan disaring dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengagihan Bersama ASNB – MAIWP yang terdiri dari pakar dan ahli agama yang bertauliah.
  1. Platform berwakaf yang mudah disediakan melalui portal dan aplikasi myASNB dan di cawangan-cawangan ASNB di seluruh negara.
3 Cara Untuk Bawa Harta Selepas Kita Mati
ASNB juga telah melancarkan Kempen Wakaf ASNB yang bermula dari 15 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, di mana pewakaf layak untuk mendapat yuran pendaftaran Pewarisan ASNB iaitu Hibah Amanah, secara percuma. Hanya perlu mendaftar untuk Wakaf ASNB dan melabur minimum RM10,000 dalam mana-mana unit Amanah ASNB untuk layak mendapat yuran pendaftaran Hibah Amanah secara percuma.
3 Cara Untuk Bawa Harta Selepas Kita Mati
Rebutlah peluang berwakaf bersama Wakaf ASNB ini kerana “inilah harta” yang akan kekal bersama kita sampai bila-bila, dunia dan akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI