Mengejar kemewahan dunia bukanlah tujuan utama kita dihidupkan. Akhirnya, hanya helaian kain kafan putih membaluti jasad peneman di alam barzakh.
Jika kita selalu ingat akan jenazah kita semasa mati nanti, sudah tentu kita tidak perlukan kekayaan material dunia. Memadai dengan segalanya mencukupi bagi keperluan kita dan keluarga. Jika ada pun rezeki kemewahan melimpah ruah, itu sebenarnya bukan untuk kita. Allah salurkan menerusi kita agar memberikannya kepada orang lain yang memerlukan.
Keinsafan seperti ini sangat tinggi nilainya. Dan tentu sahaja perkongsian ringkas puan Rohamiah Muda dari Politeknik Ibrahim Sultan yang juga pakar menguruskan jenazah ini membuatkan kita terbangun dari lena.
Ads
Kita ikuti entri di facebooknya semasa menunjuk ajar cara memotong ‘pakaian’ jenazah baru-baru ini.
Antara kepakaran seorang pengurus jenazah ialah memotong kain dijadikan baju untuk jenazah. Bagi jenazah wanita, perlu disediakan lima lapisan kain, iaitu kain bawah dua helai, kain dalam, baju dan telekung.
Baju dan telekung perlu digunting. Bajunya digunting dengan memotong bahagian leher dan lengan sahaja.
Ads
Tudung pula, cukup dibuat bulat di bahagian tengah. Namun, ada juga sesetengah waris yang pakaikan telekung solat untuk jenazah. Inilah pakaian kita suatu hari nanti.
Kawan, pakaian kita ketika menjadi jenazah adalah sama sahaja. Tiada beza. Kain putih membaluti tubuh. Itulah harta yang dibawa hingga ke kubur.
Tidak perlu kita bermegah dengan harta dunia yang ada. Berapa duit kita di dalam bank, itu semua kita tidak bawa. Bahkan, ahli waris yang akan guna harta kita.
Ads
Orang yang cerdik adalah orang yang ada saham dunia dan akhirat. Jadi, di samping kita menyimpan ke dalam bank dunia, jangan lupa bank akhirat perlu juga ada simpanan.
Hidup selepas mati adalah lebih bererti daripada hidup di dunia ini. Bina masa depan dengan merancang kehidupan selepas kematian.
Kashoorga: Mati itu pasti. Mengingati mati adalah perkara yang diharuskan kerana kita akan sentiasa berwaspada dalam segala tindak tanduk semasa hayat agar tidak melakukan dosa. Bekalan pahala yang dikumpul, itu lah harta yang kita akan bawa ke akhirat kelak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isu tak letak ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak. ‘Boleh ke kita gugurkan pada sijil kelahiran?’. Selama ini, boleh dikatakan setiap daripada kita yang beragama Islam meletakkan nama berserta ‘bin’ bagi lelaki, manakala ‘binti’ bagi perempuan.
Namun baru-baru ini tular tentang isu ini dan golongan ini dikatakan lebih selesa untuk tidak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ bagi memudahkan urusan keti travel di luar negara.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini:
Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.”
Riwayat Abu Daud
Tular di media sosial trend ibu bapa muda pada hari ini yang tidak meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftarkan kelahiran.
Jika dilihat kepada syarat permohonan kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara pun maka tidak akan ditemui syarat yang mewajibkan untuk meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dalam nama anak.
Meskipun begitu jika penjaga mahu menggugurkan perkataan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak mereka maka mereka perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
Dari aspek ‘uruf (adat setempat) pula memang semenjak dahulu di Malaysia setiap nama bagi individu muslim akan diletakkan ‘bin’ atau ‘binti’.
Perkara ini berpandukan kepada tradisi perletakan nama dan nasab para Rasul AS, Sahabat RA, Tabiin, Tabi Tabiin dan seluruh ulama Islam. Sebagai contoh, nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.
Oleh itu, tidak benar tanggapan sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa bangsa Arab sendiri pun tiada pemakaian ‘bin’ atau ‘binti’.
Sedangkan pemakaian tersebut digunakan sehingga ke hari ini kerana bangsa Arab merupakan bangsa yang amat mementingkan asal usul keturunan mereka.
Amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada nama anak semenjak dari zaman dahulu adalah selari dengan amalan bangsa Arab ini.
Ia dikira sebahagian daripada ʻuruf (adat setempat) yang diiktiraf pada syarak sebagaimana kaedah yang menyebut:
العادة محكمة
Maksudnya:
“Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum.”
Dalam konteks Islam, nasab dan keturunan merupakan perkara penting yang perlu dipelihara dengan baik demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat.
Jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan terhadap institusi kekeluargaan seperti mengelirukan susur galur keturunan, menimbulkan fitnah dan masalah terhadap pembahagian harta pusaka.
Meskipun tanpa perletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ tidak merosakkan institusi kekeluargaan dan tidak menjejaskan nasab seseorang, namun akibat normalisasi amalan ini akan mengakibatkan penyalahgunaan sebahagian individu yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai contoh tanpa ‘bin’ atau ‘binti’ seseorang mampu membuat helah untuk menyembunyikan status anak angkatnya. Sedangkan sebagai seorang muslim wajib menisbahkan anak angkat itu kepada bapa kandungnya.
Selain itu, nasab merupakan tonggak utama dalam pembentukan sesebuah keluarga. Hal ini kerana setiap ahli keluarga mempunyai pertalian darah yang berhubung antara satu sama lain.
Nikmat keturunan merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap insan. Justeru, memelihara nasab adalah salah satu daripada maqasid syariah yang lima.
Maksudnya:
“Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).”
Surah al-Furqan (54)
Perkataan ‘bin’ dan ‘binti’ ini juga mengambil contoh daripada beberapa sunnah Nabi SAW yang memanggil nama ahli keluarganya serta para sahabatnya dengan nama yang ada ‘bin’ dan ‘binti’. Contohnya, Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:
“Rasulullah SAW berdiri ketika Allah SWT menurunkan ayat: وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأَقْرَبِينَ (Maksudnya: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat)[Surah al-Syuʻara’: 214], Baginda SAW bersabda: “Wahai kaum Quraisy belilah diri-diri kamu, aku tidak dapat menghindarkan kamu sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Bani ‘Abd Manaf, aku tidak dapat menghindarkan kamu sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Abbas bin ‘Abd al-Muttalib, aku tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Safiyyah, ibu saudara Rasulullah SAW, aku tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT. Wahai Fatimah binti Muhammad, mintalah kepadaku apa yang engkau mahu daripada hartaku dan aku juga tidak dapat menghindarkan engkau sedikit pun daripada azab Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari
Islam begitu menjaga nasab dan keturunan kerana ia merupakan salah satu daripada maqasid syariah yang lima.
Dalam konteks Malaysia, tidak mahu meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak ketika mendaftar di Jabatan Pendafataran Negeri adalah sah di sisi undang-undang dan tidak wajib di sisi hukum taklif. Namun, dalam pandangan syarak meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama merupakan suatu perkara yang penting.
Hal ini kerana, bagi menjaga institusi kekeluargaan masyarakat Islam daripada sebarang kerosakan seperti mengelirukan susur galur keturunan, menimbulkan fitnah dan menimbulkan konflik dalam isu pembahagian harta pusaka.
Selain itu, telah menjadi kebiasaan amalan masyarakat Islam di Malaysia yang meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak dalam sijil daftar kelahiran.
Kashoorga: Tak salah pun nak letak ‘bin’ atau ‘binti’ kerana bukan sehari, dua orang-orang kita pergi travel. Selama ini tiada masalah berat pun yang timbul.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia bukan sekadar penamat kepada rutin harian, malah peluang untuk menutup hari dengan ibadah, doa dan muhasabah diri.
Islam menganjurkan beberapa amalan ringkas yang boleh dilakukan sebelum melelapkan mata, bertujuan membersihkan diri secara zahir dan batin serta memohon perlindungan daripada Allah sepanjang malam.
Mengambil wuduk sebelum tidur membantu menyucikan diri selepas seharian beraktiviti. Selain membersihkan anggota tubuh, wuduk memberi kesan ketenangan dan kesediaan mental untuk berehat dalam keadaan bersih serta menyerahkan diri sepenuhnya kepada penjagaan Allah SWT.
Mengibas tempat tidur sebelum berbaring mengajar umat Islam agar sentiasa menitikberatkan kebersihan dan keselamatan. Amalan ini juga mengingatkan bahawa setiap perbuatan, walaupun kecil, wajar dimulakan dengan menyebut nama Allah.
Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur menjadi benteng rohani daripada gangguan zahir dan batin. Amalan meniup ke tapak tangan dan menyapukannya ke seluruh tubuh melambangkan penyerahan diri serta permohonan perlindungan kepada Allah SWT.
Ayat Kursi sering dibaca sebelum tidur sebagai doa perlindungan. Penghayatan terhadap maknanya menguatkan keyakinan bahawa hanya Allah yang berkuasa memelihara hamba-Nya sepanjang malam hingga ke pagi.
Zikir seperti tasbih, tahmid dan takbir membantu menenangkan jiwa selepas seharian bergelut dengan urusan dunia. Ulangan lafaz ini melatih hati agar sentiasa mengingati kebesaran Allah, sekali gus menutup hari dengan rasa syukur.
Doa sebelum tidur mengingatkan seorang Muslim bahawa tidur juga berada dalam ketentuan Allah. Ia melahirkan kesedaran bahawa hidup dan mati berada di bawah kekuasaan-Nya, sekali gus memupuk rasa tawakal dan rendah diri.
Tidur mengiring ke sebelah kanan bukan sahaja baik dari sudut kesihatan, malah mencerminkan disiplin dan kesederhanaan dalam cara hidup mengukit sunnah Rasulullah SAW. Adab ini melengkapkan amalan sebelum tidur agar ia selari dengan nilai Islam.
Sebelum tidur, seorang Muslim digalakkan mengimbas kembali perbuatan sepanjang hari. Memohon keampunan atas kesilapan serta memaafkan orang lain membantu membersihkan hati daripada dendam, sekali gus membolehkan tidur dalam keadaan jiwa yang tenang.
Kesimpulannya, amalan sebelum tidur dalam Islam bukan sekadar rutin yang dilakukan secara kebiasaan, sebaliknya satu bentuk ibadah yang mendidik jiwa agar sentiasa sedar akan kehadiran Allah dalam setiap detik kehidupan.
Walaupun amalan-amalan ini ringkas dan tidak memerlukan masa yang panjang, kesannya besar dalam membentuk ketenangan dalaman, membersihkan hati serta memperkukuh hubungan seorang Muslim dengan Penciptanya.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Para isteri wajib mengelakkan dosa yang akan menjerumuskan diri ke api neraka. Tujuan utama kita hidup di muka bumi ini adalah untuk menjadi hamba yang patuh kepada semua arahan dan suruhan Allah. Jadilah isteri yang disayangi suami dan mendapat reda Illahi.
Sepanjang mengharungi kehidupan berumahtangga pasti ada perbuatan sang isteri yang menyebabkan dia berdosa biarpun tanpa disedari. Paling sedih ada juga beranggapan dosa yang dilakukan itu adalah perkara kecil.
Acapkali tanpa sedar isteri melakukan dosa terhadap suami, malah isteri beranggapan dosa itu hanyalah perkara kecil. Sama ada anda baharu berumahtangga atau sebaliknya, perhalusi setiap kesalahan berikut, adakah anda pernah melakukan dosa-dosa ini?
Jika ya, bersegeralah bertaubat memohon keampunan.
Ahli neraka di kalangan isteri adalah mereka yang kufur terhadap suaminya dan kufur kepad kebaikan.
Seandainya suami telah lakukan kebaikan selama tempoh perkahwinan lalu secara tiba-tiba isteri melihat sesuatu yang buruk pada suaminya dan mengatakan aku tidak pernah melihat apa-apa pun kebaikan daripada mu sekalipun.
Isteri wajib bersikap lembut terhadap keluarga suami termasuk kedua-dua ibu dan ayah suami. Jangan sesekali isteri cuba memonopoli suami sehingga ibnya sendiri hilang hak terhadap anak lelakinya sendiri.
Bayangkan jika perkara ini terjadi pada and ananti. Tidak kah itu amat menyedihkan?
Aisyah r.a.d pernah kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita. Rasulullah SAW menjawab, “Suaminya apabila sudah bernikah. Aisyah bertanya lagi, siapakah yang berhak terhadap seorang lelaki, Rasulullah SAW menjawab, “ibunya”. Hadis Riwayat Muslim
Isteri yang menolak permintaan suami untuk bergaul adalah golongan yang bakal menghuni neraka. Ini adalah isteri yang membuka buka pintu laknat. Jika suami tertidur dalam keadaan marah, maka Allah akan melaknat isteri sehingga keesokannya.
Malaikat melaknat sehinggga subuh sekiranya terjadi isteri tidak mahu tidur bersama suami tanpa alasan yang kuat. Jika isteri mahu tidur dengan anak-anak yang masih kecil, dia perlu meminta izin terlebih dahulu daripada suaminya.
Isteri harus utamakan apa sahaja kepentingan suami. Tiada satu apapun boleh menyisihkannya daripada suami. Hak paling besar suami adalah isterinya. Isteri harus minta izin sekiranya ada keperluan lain yang perlu didahulukan.
Berdandan cantik hanya untuk suaminya bagi mendapatkan redha Allah SWT. Isteri harus kelihatan kemas, bersih dan cantik di hadapan suami; bukannya berhias dandan untuk dinikmati oleh orang lain.
Mengungkit kebaikan dirinya terhadap/hadaan suami sehingga menyakiti dan merendahkan suami akan menjerumuskannya ke dalam api neraka. Berhati-hatilah berkata-kata jangan ada yang melukakan hati suami. Inis erring terhadi apabila sang isteri mempunyai pendapatan lebih banyak daripada suami dan isteri mengungkit akan sumabngannya itu.
Ada isteri yang begitu lantang berkata-kata. Berani membantah akan setiap apa sahaja yang suami katakan dan lakukan. Keadaan ini sesuatu yang buruk apabila anak-anak melihatnya, ia memperlihatkan hilang rasa hormat isteri kepada suami.
Isteri yang cukup diberikan nafkah zahir dan batin, hidup dalam keluarga yang tiada nampak cacat celanya, lalu meminta untuk bercerai pasti akan dilaknat Allah.
Isteri harus meminta izin untuk keluar rumah daripada suaminya walaupun dia berhajat untuk pergi ke rumah ibubapanya sendiri. Jika tidak dibenarkan, isteri tidak dibenarkan keluar. Dalam hal ini perlulah berbincang dengan baik.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...