Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Pagi tadi ustaz di surau beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang.
Yang tak disangka, yang diharap semuanya hadir belaka. Ia adalah:
1. Istighfar sebanyak-banyaknya setiap hari. Orang yang beristighfar adalah orang yang bertaubat, tiada dosa = Allah sayang.
Ads
2. Selawat sebanyak-banyaknya setiap hari. Merindui Nabi (selawat) adalah punca kasih sayang Allah kepada kita.
3. Berusaha untuk zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar pada setiap selepas solat sunat fardu. Mengagung dan memuji Allah adalah perbuatan baik yang sangat dituntut.
4. Solat sunat duha. Berusaha untuk solat sunat ini pada setiap hari setiap pagi. Akan datang ketenangan dalam mencari rezeki.
Ads
5. Rajin-rajin berwuduk. Orang yang sentiasa menjaga wuduk, dia dalam keadaan suci. Maka mudahnya rezeki datang mengetuk pintu rumahnya.
***
Ustaz itu beritahu, ini amalan peribadi antara kita dengan Allah. Kena juga tambah amalan kita dengan orang tua, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dengan keluarga semua.
Tak boleh lupa juga bab sedekah, memberi hadiah dan sebagainya.
Ads
Nak rezeki, kena ada hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan baik dengan sesama makhluk.
Semua itu adalah kunci kepada murahnya rezeki. Termasuk rezeki ketenangan, rezeki sihat dan rezeki harta.
Dalam kes kematian yang meningkat, ramai juga membabitkan dari golongan jemaah tabligh yang sebelum itu menyetai ijtimak di Masjid Seri Petaling Februari lalu.
Sejak itu ramai menunding jari menyalahkan golongan ini tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Namun sebenarnya golongan jemaah tabligh ini tidak seburuk yang disangka. Malah mereka memang ikhlas dalam menyampaikan dakwah mengikut sunnah Rasulullah.
Dalam satu posting di laman sosial Instagram berkongsi satu posting pengalaman jururawat yang bertugas menjaga jemaah ini.
Ternyata perkongsian ini sebenarnya menyedarkan warganet untuk melihat sendiri hikmah yang cuba disampaikan di sebalik ujian maha hebat dari Allah ini.
Menurut jururawat berkenaan, wad pengasingan membabitkan jemaah ini sentiasa bergema dengan bacaan suci ayat Al-Quran, zikrullah dan tidak pernah lalai menjaga solat berjemaah dan solat sunat.
Biarpun kebanyakan pesakit jemaah sudah berusia, namun mereka sesekali tidak menyusahkan kakitangan hospital.
Malah menurut frontliner ini lagi, situasi dalam wad juga cukup menyenangkan. Kesemuanya berjubah, berserban dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir.
Dengan pertuturan yang lembut dan sentiasa bertanya andai perlukan pertolongan mengubat keletihan mental dan emosi petugas di situ.
Tambahnya lagi, tingkah laku dan amalan ditunjukkan oleh jemaah ini cukup terkesan di hati kerana majoriti mereka terlalu baik.
Menurut pemilik Instagram, Azuan Mazlan Allah sebenarnya mahu beri kita ujian supaya masyarakat hari ini belajar balik cara kehidupan Rasulullah SAW.
Tambahnya kehidupan Islam kita banyak dipengaruhi adat orang Melayu (nenek moyang) kita berbanding cara kehidupan Islam yang diajar oleh Rasulullah.
Dan katanya lagi inilah masanya belajar cara akhlak Rasulullah dan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan.
“Luahan Nurse2 yang menjaga jemaah tabligh.. Allah bagi ujian pada kita supaya Masyarakat dan kita semua belajar balik cara kehidupan Rasulullah saw.
Hari ini sebenarnya kehidupan Islam kita banyak di pengaruhi dgn adat orang melayu (datuk nenek moyang) kita berbanding cara kehidupan Islam yg di ajarkan oleh Rasulullah saw.
Inilah masanya belajar cara akhlak Rasulullah saw dan Sunnah Nabi saw dalam kehidupan”
‘Kurang peka cara lupuskan Al-Quran, tergamak buang ke longkang.’ Kitab suci sepatutnya dijunjung dan dimartabatkan, bukannya sesuka hati buang merata-rata.
Ternyata, terdapat sesetengah pihak masih kurang peka soal melupuskan naskhah al-Quran dengan betul apabila memilih longkang sebagai tempat pembuangan kitab suci itu.
Artikel Berkaitan:
Hujung minggu lalu, seluruh umat Islam di Malaysia gempar apabila tular sebuah video di media sosial memperlihatkan sebanyak 13 naskhah al-Quran ditemui di dalam longkang di Taman Sri Murni Jinjang, Kuala Lumpur berhampiran Pasar Borong Selayang.
Jelas kelihatan, kesemua kitab tersebut diletakkan di dalam sebuah beg biru dan ditemui seorang pengunjung wanita di kawasan riadah di situ.’
Setelah diteliti beg berkenaan, terdapat salah satu al-Quran dalam keadaan terbuka menyebabkan wanita berkenaan meminta bantuan orang awam untuk mengutip kesemua al-Quran tersebut.
Lantas kesemua Al-Quran tersebut telah disimpan di Masjid Annas Kampung Selayang Lama.
Sehingga kini, tidak pasti apa motif sebenar pelaku, sama ada dengan niat melupuskan atau sengaja mencetuskan provokasi, namun pihak polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian itu.
Hasil siasatan awal mendapati sebanyak 13 naskhah al-Quran yang dijumpai di dalam longkang itu sengaja dibuang di situ oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan kitab suci dengan tujuan untuk mengaibkan agama.
Kes turut disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat ke atas keharmonian agama.
Dalam masa yang sama, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kebimbangan awam.
Kejadian ini mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap kitab suci dan telah mencetuskan kemarahan umat Islam.
Menurutnya, al-Quran adalah sebuah kitab suci yang diwahyukan oleh ALLAH SWT ke atas Rasul dan Nabi-Nya untuk dibaca, difahami serta dijadikan panduan hidup oleh setiap umat Islam.
Katanya, mencampakkan al-Quran ke tempat sedemikian merupakan satu penghinaan yang tidak dapat diterima walau atas apa alasan sekali pun. Ujar beliau, menghina al-Quran dengan sengaja boleh menyebabkan seseorang murtad dan wajib bertaubat.
Isu al-Quran ini sensitif kerana martabatnya begitu tinggi. Orang dulu-dulu mengajar kita meletakkan kitab suci ini di tempat paling tinggi, biasanya di atas almari dan tidak boleh dilangkah-langkah apatah lagi dibuang dalam longkang.
Cara orang dulu-dulu juga, tidak suka-suka buang al-Quran lama. Mereka akan simpan walaupun keadaannya sudah lusuh seperti kertas pembalut belacan.
Berbeza dengan orang sekarang, akses mendapatkan al-Quran semakin mudah. Boleh diperoleh pada harga murah adalah antara faktor sikap menghargainya kian kurang.
Begitupun, terdapat beberapa cara untuk melupuskan al-Quran antaranya merendam dalam air sehingga semua tulisannya hilang. Kaedah ini agak susah dan mengambil masa.
Cara kedua adalah dengan menanam al-Quran di tempat bukan laluan utama supaya tidak dipijak orang seperti di pergunungan.
Kini, seiring dengan perkembangan semasa, institusi agama seperi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sendiri telah menyediakan pusat pelupusan al-Quran yang sistematik.
Ia dikenali sebagai Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor yang berupaya melupuskan 150 kilogram naskhah al-Quran yang rosak dalam masa sehari.
Setelah dilupuskan melalui proses pembakaran, abu al-Quran ini akan dihanyutkan di tengah laut atau sungai.
Carian di internet turut menemui terdapat tiga lagi pusat pelupusan al-Quran di Lembah Klang iaitu di Cheras, Rawang dan Kuang.
Sebaiknya al-Quran yang tidak mahu lagi digunakan diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan. Jika memang sudah tidak boleh digunakan, orang awam boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk melupuskannya dengan adab yang betul.
Rasulullah SAW bersabda, bacalah al-Quran maka ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi orang yang membacanya. (Hadis Riwayat Muslim).
Kashoorga: Sebaiknya sebagai umat Islam, kita martabatkan kitab suci al-Quran, bukannya membuang sesuka hati.
Siapa sangka wabak pandemik Covid-19 kini telah memasuki gelombang ketiga.
Dan kita sangat digalakkan untuk mengikut SOP ditetapkan sepeti memakai pelitup muka atau ‘mask’ dan juga mengamalkan kebersihan kendiri bagi menghalang penularan virus ini.
Pemakaian ‘mask’ yang betul perlu diikuti oleh semua termasuk mereka yang memakai purdah untuk mengurangkanp risiko dijangkiti Covid-19 ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.
“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.
“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya pada satu sidang media.
Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti.
Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah. Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.