Al-Quran al-karim adalah kitab suci yang mengandungi segala ilmu dan petunjuk yang dapat menjadi pembimbing kepada setiap insan ke jalan yang benar.
Melalui al-Quran, kita dapat meraih pelbagai faedah serta hikmah daripada ayat ayat diajarkan. Ini termasuklah ilmu dan nilai ketakwaan, keadilan, menjaga perhubungan sesama manusia. Bukan saja pada insan, tapi semua makhluk Allah yang lain termasuk gunung ganang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi.
Bahkan Al-Quran juga menjadi panduan bagi mereka yang beriman.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 2: “Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa”
Pada setiap saat dan ketika kita hendaklah sentiasa menjadikan al-Quran sebagai teman sepanjang kehidupan sama ada siang ataupun malam. Hendaklah kita sentiasa merujuk dan memandu diri ke arah jalan kebenaran melalui panduan al-Quran.
Ads
Satu perkongsian dari pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie yang berkongsi sebak kerana berjaya khatam Al-Quran pada usianya kini dan masa diambilnya juga agak lama iaitu 8 tahun sudah cukup memberikan panduan buat kita semua iaitu “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” kerana semuanya bergantung kepada kehendak kita sendiri. Baca perkongsian dibuatnya dua hari lalu.
“Video ihsan Ustaz. Bukan akak yang rekod. Maka berakhir penantian akak selama 8 tahun lebih kurang pukul 9 tadi. Allah aje yang tahu perasaan akak dik.
Ads
Dari 2013. Ada masa pergi. Ada masa mengantuk. Ada masa sibuk dengan dunia tapi Allah maha baik. Dipermudahkan malam ini.
Moga Quran yang dah koyak yang akak sayang ini akan jadi saksi kat sana nanti. Akak akhirnya khatam Al-Quran selepas bertahun. Dok pi mari pi mari.
Ads
Berkat kesabaran Ustaz @shafiq_albi . Dalam pening, dalam tak sihat, dalam sibuk rumah, tetap sabar nak tengok akak khatam setelah sekian lama.
Tiada istilah terlambat mengaji
Perkongsian akak satu je. Janganlah kita tinggalkan Al-Quran .Jangan. Dialah yang akak jadi kawan kita dalam kubur nanti. Dan jangan malu pada yang terlambat sebab belajar Al Quran tak ada istilah terlambat.
Allah saja yang tahu perasaan akak bila habis tadi. Sebab akak O. Sampailah boleh ngaji sesikit berkat sabar Ustaz @shafiq_albi .
Syukur. Itulah niat akak sebelum akak meninggal akak nak khatam dalam umur sekarang. Masa sekolah dah tapi dah tua ini ni. Inilah kali pertama. Terima kasih Allah, terima kasih. Terima kasih Ustaz @shafiq_albi . Semoga Allah membalas segala kesabaran Ustaz. Aamiin Yra. Terima kasih atas video ini Ustaz, kongsinya di Instagram.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Gaduh sikit merajuk. Gaduh sikit minta pulangkan hadiah yang diberi minggu lepas.
Meminta semula hadiah yang sebelumnya diberikan penuh keikhlasan boleh diibaratkan buruk siku. Tindakan ini seperti tidak matang dan berdasarkan emosi.
Apapun juga, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada jawapannya.
Soalan Assalamualaikum w.b.t Datuk Mufti. Saya ada soalan berkenaan hadiah. Individu A memberikan hadiah kepada individu B. Kemudian, setelah 2 bulan, individu A meminta semula hadiah yang diberikannya kepada individu B.
Jawapan Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala limpahan nikmat dan kurniaNya. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W hingga ke Hari Akhirat.
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T: فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (Surah al-Nisa’: 4)
Ayat ini menerangkan bahawa apabila seorang isteri memberikan sesuatu dari maharnya kepada suaminya selepas mahar tersebut diserahkan kepadanya (isteri), maka diharuskan bagi suami tersebut untuk menerimanya.
Dan ia adalah perkara yang baik selagimana dalam keredhaan. Justeru, jelas melalui ayat ini, Allah S.W.T telah mensyariatkan hibah dan menyatakan keharusannya.
Ini dikuatkan juga dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W: تهادُوْا تحابُّوا Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594). (Lihat: al-Adab al-Mufrad; muka surat 306), Hadith Shohih, (Lihat juga Irwa’ al-Ghalil; 6/44)
Hadis ini merupakan galakan daripada Nabi Muhammad S.A.W buat umatnya. Maka, sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa hibah merupakan sunnah berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis Nabi Muhammad S.A.W dan juga ijma’ ulama’.
Sebelum diulas lanjut berkenaan hadiah, maka perlu kita bezakan terlebih dahulu pengertian hibah, hadiah dan juga sedekah.
Hibah ialah suatu akad yang merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gantian, ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela.
Pada dasarnya, ia mempunyai persamaan dengan hadiah dan juga sedekah dari sudut pengertian, bahkan ia lebih umum berbanding keduanya. Namun, ia juga mempunyai perbezaan.
Sedekah pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang memerlukan, biasanya sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah dan beroleh pahala. Manakala hadiah pula pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang mahu didekati dan dikasihi.
Biasanya ia membabitkan pemindahan barangan yang dihadiahkan kepada penerima. Justeru itu, ulama’ mengatakan setiap hadiah atau sedekah merupakan hibah, dan bukan semua hibah adalah hadiah ataupun sedekah. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 6/116)
Berbalik kepada soalan yang diajukan, ia berkait rapat dengan rukun-rukun hibah. Rukun-rukun ini ialah:
Pada dasarnya, akad ini tidak sempurna hanya dengan sighah aqad iaitu lafaz ijab dan qabul. Bahkan perlunya kepada penerimaan barangan hibah atau hadiah tersebut.
Ini bermakna, jika seseorang mengucapkan lafaz ingin memberikan hadiah kepada seseorang namun barangan yang ingin dihadiahkannya itu belum lagi diserahkan kepada si penerima, maka pemberi hadiah ini berhak untuk menarik semula keinginannya itu.
Justeru, akad ini akan menjadi sempurna dan berkuatkuasa hanya setelah apabila hadiah tersebut diterima dan memenuhi syarat-syarat bagi hibah atau hadiah, maka sahlah pemilikannya (penerima) ke atas barangan hibah itu.
Asal bagi aqad hadiah mahupun hibah adalah kedua-duanya merupakan akad tabarru’at (kebajikan) dan bukannya akad mu’awadhat (pertukaran). Maka, dalam hal kebajikan, tidak berlakunya pertukaran barangan sepertimana urusan jual beli dan lain-lain.
Seperti yang dibincangkan dalam perihal di atas, asas aqad hibah atau hadiah ini ialah apabila sempurnanya rukun-rukun dan juga syarat-syaratnya, serta telah sempurna penerimaan barangan hadiah/hibah tersebut, maka jelaslah ia merupakan hak milik si penerima, tanpa perlu kepada sebarang pertukaran sepertimana jual beli.
Sehubungan dengan itu, tidak dibenarkan atau tidaklah dibolehkan bagi si pemberi untuk meminta semula hadiah atau hibah yang telah diberikannya melainkan seorang ayah meminta semula harta yang telah diberikan kepada anaknya atau sesorang yang melakukan hibah dengan syarat pertukaran.
Maka, dalil bagi perbuatan ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad S.A.W: «العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالعَائِدِ فِي قَيْئِهِ» Maksudnya:
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya”.
Riwayat al-Bukhari (2621)
Atau dalam riwayat yang lain: «لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السَّوْءِ، الَّذِي يَعُودُ فِي هِبَتِهِ كَالكَلْبِ يَرْجِعُ فِي قَيْئِهِ» Maksudnya: “Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu, iaitu orang yang meminta semula anugerah (hibah) mereka samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya.” Riwayat al-Bukhari (2622)
Justeru itu, melalui kedua-dua hadith ini, jelas menunjukkan larangan dan juga betapa buruknya sikap mereka yang meminta semula pemberian itu.
Maka, Dr.Wahbah al-Zuhaili berkata: فالرجوع في القيء حرام، فكذلك الرجوع في الهبة، وأن ذلك مثل السوء الذي يتنافى مع أخلاق المسلم Maksudnya: Maka menelan semula muntah adalah haram. Begitu juga meminta semula hibah atau hadiah yang telah diberikan. Dan sesungguhnya ia adalah perbuatan dan juga sikap yang buruk, lantas ia bukanlah akhlak seorang Muslim.
Penutup Kesimpulannya, hukum meminta semula hadiah yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan tuntutan semula seorang ayah terhadap anaknya dan juga hibah yang diberikan berserta syarat pertukaran.
Akhir kalam, kami menasihati orang ramai agar menjauhkan diri dari bersikap dengan perbuatan ini iaitu meminta semula hadiah, kerana ia merupakan perbuatan yang buruk dan tidak sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Semoga Allah S.W.T meletakkan keikhlasan dalam diri kita dalam hal kebajikan, murahkan rezeki kita agar dapat perbanyakkan diri dengan amalan-amalan kebajikan.
Semoga Allah S.W.T memberkati segala amal kebajikan kita semua.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap makhluk yang Allah ciptakan sangat istimewa khususnya manusia. Allah berfirman dalam Surah at-Tiin, ayat 4 bermaksud: “Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”
Allah SWT turut memuliakan manusia seperti firman-Nya dalam Surah al-Isra’, ayat 70 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka ke daratan dan lautan dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka atas kebanyakan daripada siapa saja yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”
Tidak hairanlah, disebut di dalam satu riwayat, bahawanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan dan tidak minum, tidak duduk dan tidak bercakap.
Bertanya orang kepada Rasulullah SAW:
“Bagaimana kita dapat mengenali orang-orang mukmin kelak di hari kiamat?”.
Maka jawab Rasulullah SAW ‘Umatku dikenali kerana wajah mereka putih disebabkan oleh wuduk.
Bila tibanya hari kiamat maka Malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecualiI pada tempat sujud. Bekas sujud ini tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu ‘itu dari debu kubur mereka akan tetapi debu itu ialah debu keimanan.
Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-hamba-Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW “Apabila datang hari kiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:‘ Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga”.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud “makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu itu.’
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. “Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan”(Surah Al-Baqarah : 237).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mendidik dan membesarkan anak-anak zaman ini sangat mencabar. Teknologi tanpa sempadan sering kali mendedahkan anak-anak kepada dunia luar dan ia boleh jadi buruk dan baik mengikut apa yang mereka sering lihat di internet.
Hari ini dalam membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu menjadi lebih bijak dan 10 langkah ke hadapan dari mereka dan jika bapa ketinggalan, kehidupan anak-anak akan jadi lebih buruk di masa hadapan. Paling menakutkan jika anak-anak terlibat dengan penyalah gunaan dadah.
Ramai tahu akibat buruk menghisap dadah. Malah pada tahun 2006, Majlis Muzakarah Kebangsaan telah memfatwakan dadah sebagai haram.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain.
Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.
Bahkan dalam surah Al-Baqarah ayat 219 turut menyatakan adalah haram pengambilan sesuatu makanan atau benda jika ia memudaratkan kepada penggunanya.
Sebagai agama ad-din yang mengseimbangkan urusan duniawi dan ukhraw, Islam turut mengharamkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, dadah serta bangkai. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa makanan berkenaan membawa lebih banyak kemudaratan kepada manusia berbanding manfaat yang sedikit.
Oleh itu, Allah SWT mengharamkan makanan terbabit bagi kebaikan dan kesihatan manusia itu sendiri. Firman Allah SWT: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Al-Baqarah: 219).
Ini bukan projek sains anak tapi botol hisap dadah
Satu perkongsian dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor mengenai botol yang digunakan untuk menghisap dadah jenis syabu, ice atau kaca boleh dijadikan satu ingatan untuk mak ayah agar lebih berwaspada dengan tindak tanduk anak-anak. Ini kerana jika terjumpa di rumah, mak ayah perlu bertindak pantas agar anak yang masih bersekolah boleh dikawal dan dididik agar tidak merosakkan masa depan sendiri.
Berikut adalah perkongsian dari AADK Selangor.
Ibu bapa sekalian, jika terjumpa botol macam ni di rumah, jangan tak tahu bahawa ini adalah alat untuk menghisap dadah ‘Batu’, ‘Syabu’, ‘Ice’, ‘Kaca’. Kalau terjumpa dengan straw yang berisi seakan ‘garam’ ‘gula’ atau straw yang dipotong-potong kosong dalam bilik anak-anak, sila soal siasat anak anda ya.
Jangan pulak percaya kalau anak beritahu ni adalah projek sains sekolah atau projek ubah suai botol. Jangan dibiarkan, jangan ditunggu anak terjebak teruk baru nak dibawa pergi mendapatkan rawatan. Jangan tunggu anak dah mula mengamuk, mula mencuri baru nak hantar ke pusat pemulihan.
Mencegah kan lebih baik dari mengubati.
Ok ni antara tanda-tanda anak menghisap dadah syabu adalah tak tidur malam 2-3 hari. Kesannya pada otak anak-anak akan rosak dalam masa yang singkat. Boleh menyebabkan mereka menjadi gila. Dadah sintetik ini nampak biasa-biasa tetapi berbahaya tau!
Disclaimer: Tujuan post ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya dadah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?