Hubungan suami isteri yang bahagia boleh diibaratkan sebagai dua pohon pokok yang tumbuh bersebelahan dengan akarnya yang saling berpaut erat. Tetapi apakah yang berlaku jika salah seorang pasangan meninggal? Ya! Hubungan erat mereka terputus namun kasih sayang yang disemai bersama akan terus menjadi memori indah yang bakal dikenang sampai bila-bila.

Seperti perkongsian Mohamad Khusyairi yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta. Lelaki ini nyata begitu menyayangi arwah isterinya. Difahamkan bahawa arwah isteri Mohamad Khusyairi  mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Ikuti perkongsian seperti yang tercoret di laman Facebooknya.


Maafkan abg syg andai selama ni abg bnyk salah.. Maafkan abg andai banyak terleka.. Maafkan abg andai banyak hajat syg xtertunai.. Maafkan abg..

Harini abg xtidur.. Harini abg duduk sebelah syg.. Harini abg bisik kalimah syahadah di telinga syg.. Sampai syg hembuskan nafas terakhir..

Selalu bila syg sakit abg mandikan syg.. Tp harini adalah kali terakhir abg mandikan syg.. Abg usap lembut tangan yg masakkan abg setiap hari.. Abg usap parut yg selalu abg sapukan ubat.. Abg belai wajah yg selalu abg kucup.. Abg belai perut yg mengandungkan zuriat abg..

“Abang Gagahkan Jugak Turunkan Sayang Ke Liang Lahad & Mencangkul Walau Kaki Tangan Menggigil”- Sebak Baca Luahan Lelaki Ini

IKLAN

Lepas ni xde dah abg nak potongkan kuku syg.. Lepas ni xde dah abg tolak syg pakai wheelchair.. Lepas ni xde dah abg hantar syg check up appoinment doctor.. Lepas ni xde dah abg buatkan air gula utk syg..

Abg letih, abg xtidur, tp abg gagahkan jgk peluk syg, abg gagahkan jgk turunkan syg ke liang lahad, abg gagahkan jgk mencangkul walaupun kaki dan tangan dah menggigil.. Sbb abg tau ini kali terakhir abg buat semua tu utk syg..

Adi marah bila org tanam ummi dia.. Adi mengaruk.. Adi suruh kejutkan ummi.. Adi nak ikut ummi masuk sekali.. Yelah, kita kan selalu berlakon pura2 mati depan die.. Dia xtau harini yg syg xpura2..

IKLAN

Semuanya dah berlalu syg.. Syg pergi dgn mudah.. Syg xmenderita lg dah atas dunia ni.. Amanah yg syg tinggalkan utk abg ni akan abg jaga sebaik mungkin..

“Abang Gagahkan Jugak Turunkan Sayang Ke Liang Lahad & Mencangkul Walau Kaki Tangan Menggigil”- Sebak Baca Luahan Lelaki Ini

Kita xbnyk gambar selfie bersama sbb abg malu nak bergambar.. Jadi ini lah SELFIE TERAKHIR kita.. Akan abg kenang smpai bila2 kenangan kita berdua dan bertiga..

IKLAN

PESANAN BUAT PARA SUAMI

Satu pesanan saya buat semua para suami, kalau isteri ajak selfie tu jangan tolak. Sebab ia pasti akan menjadi kenangan terindah apabila isteri kita sudah tiada lagi di dunia ini. Jangan menyesal seperti saya….

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1154010964627902&set=a.465802133448792&type=3&theater


Allahuakbar…sebak baca luahan suami ini…Kita tidak tahu selama mana kita akan terus hidup bersama…mungkin kita yang pergi dahulu atau mungkin si dia..jadi selagi ada peluang bersama, rakamlah kenangan sebanyak mungkin…gambar, video dan selfielah puas-puas…Itulah kenangan yang akan kita simpan sampai bila-bila….

Di doakan agar roh arwah isteri Mohamad Khusyairi di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Al-Fatihah…

Sumber kredit: FB: Mohamad Khusyairi dan Allahyarhamah AdeLiyana Sapuan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI