“Ada Yang Rebah & Menggigil Tersandar Kepenatan” – Frontliner Kongsi Pengalaman Bekerja 6 Jam Tanpa Henti Awal Ramadan!

Share

Seperti yang kita maklum, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi berusaha dengan gigih melawan wabak COVID-19 ini.

Dan barisan pejuang kita tetap bekerja tanpa henti meskipun sudah memasuki bulan Ramadan.

Namun tidak dinafikan, dugaan dihadapi sangat besar apatah lagi berdepan cuaca panas ketika ini  dengan terpaksa memakai Pakaian Perlindungan (PPE).

Dalam satu posting di laman sosial Facebook, salah seorang frontliner Nurul Nadirah

berkongsi pengalamannya bekerja di awal Ramadan ketika musim COVID-19 ini.

Menurutnya oleh kerana bekerja tanpa henti, menjelang petang seorang demi seorang frontliner rebah dengan masih berpakaian lengkap PPE.

Ketika itu pihak KKM menerima lebih kurang kemasukan 20 bas membawa 400 peplajar yang baru pulang dari Cairo.

Tambahnya lagi oleh kerana bekerja enam jam tanpa berhenti, badan mereka semakin lemah, ada yang muntah, ada juga yang hampir pitam, malah badan juga jadi menggigil.

Namun semua dilalukan dan perlu ditempuhi demi  bekerja untuk negara.

 Dugaan di awal Ramadhan yg perlu ditempuhi untuk negara 

Awal pagi semua bertenaga, beralih petang sorang demi sorang rebah dgn full ppe. Menerima kemasukan lebih kurang 20 bas seramai dalam 400 org pelajar dari Cairo.

Kemasukan 6 jam tanpa henti, badan makin lemah, ada yg dah muntah, ada yg hampir pitam, ada yg badan dah menggigil.

Bukan mudah nak lalui perjalanan ini

Aku pun dah lemah di celah mesin fotostat

Posting yang dibuat mendapat perhatian warganet. Masing-masin mendoakan agar semua frontliner terus kuat dan berjuang demi negara.

Atikah Ghani Kak nad Nurul Nadirah keep strong..always pray the best for u n others frontliner 

Roy Adnan Semoga terus kuat. Teruskan berjuang. Kami tetap berdoa untuk korang semua. Kita mesti menang. Jaga diri.

Zayn Yusoff Thanks..and stay strong…tc and be safe..

Radzman Man Terbaikkk perjuangan di bulan Ramadhan…

Ali Bais Bin Hambog Semoga di permudhkan segala urusannya Aamin

Shafie Abighanie Be strong Nurul Nadirah.. u can do it.. always pray for ur good health our front liners.. u r the best..!!

 

IKLAN