“Ya Allah, lindungilah suamiku dari segala bahaya dan musibah apa pun di luar sana ketika dia menjemput rezekiMu.
“Ya Allah luaskan rezeki suamiku, tambahkan berkah dan barokah dan lancarkanlah rezekinya. Ya Allah, kirim malaikat penjagaMu untuk menjaga dirinya dari segala pandangan- pandangan yang buruk dari makhlukMu laki- laki mahupun perempuan yang membuat luntur keimanannya.
“Ya Allah, selamatkan perjalanan suamiku dan kembali ke rumah dalam keadaan tubuh badan sihat walafiat…”
Iring Suami Yang Keluar Bekerja
Doa ni saya jumpa di instagram hari tu. Moga jadi amalan.
Back to normal routine setelah seminggu bercuti.
Kashoorga : Insyallah mudah-mudahan Allah melindungi pasangan kita. Amin.
Memang menjadi tugas seorang suami itu memberi nafkah zahir dan batin. Walaupun jika kedua-duanya terpaksa berpisah atau duduk berjauhan dek kerana urusan kerja atau belajar, pemberian nafkah itu tetap wajib diberikan.
Sangat beruntung jika wanita itu dikurniakan suami yang tahu tanggungjawab perlu memberikan nafkah walaupun tanpa diminta.
Seperti perkongsian wanita ini yang sangat terharu apabila menerima nafkah berupa wang walaupun dia dan suami kini tinggal berjauhan kerana tuntutan belajar apabila dia melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi di Perlis.
Wanita ini Nik Yam Chik Zainab berkongsi kisahnya menerima bukan sahaja duit nafkah tetapi juga surat cinta dari suaminya di laman sosial Facebook yang mengundang rasa sebak bagi sesiapa yang membacanya.
Ternyata Imamnya ini seorang yang bertanggungjawab dan sanggup melepaskan isteri tercinta demi mengejar ilmu dan pesannya supaya belajar bersungguh-sungguh.
Semalam hantar suami ke stesen bas. Otw balik tekak teringin nak minum ice blend mocha mcd. Tengah queue check duit dalam purse dan terperasan sampul ni. Masa pegang untuk keluarkan sampul ni rasa macam ehh tebalnya.
Otak terus fikir ni mesti keje suami. Suami ni kalau depan orang nampak serius. Tapi perangai kuat menyakat bini dia jelah tahu macam mana. So fikir tebal ni mesti suami letak duit singgit singgit.
Bukak je sampul terus meleleh air mata. Dengan surat yang suami tinggalkan. Dan ayat suami supaya belajar bersungguh sungguh. Apa ni
Lepas kahwin itu hari suami hantar balik perak. Teringat masa tu suami tanya, “sayang, berapa duit sayang nak pakai?” Bagitau suami bagi RM100 cukuplah termasuk barang keperluan. Lepas beli barang semua total baki ada RM15+-
Pakai duit tu sempat survive hidup untuk beberapa hari. Dan masa tu berjinak-jinak buat bisnes sendiri. Alhamdulillah, dengan duit suami bagi tulah ada juga duit dalam tangan sementara tunggu bisnes mencanak. Suami tak tahu pon sebab bagitau suami ada duit.
Dan keputusan untuk sambung belajar ni adalah salah satu keputusan yang kami dah bincang sebelum kahwin lagi.
Bila sampai masa memang bagitau suami yang pasal duit tu tak payah fikir. Tapi tak sangka dalam diam suami selit juga duit. Potong bawang betollah
Semalam jugak la mak mertua bagitau nak buat solat hajat minta Allah permudahkan urusan saya sambung belajar.
Belum masuk part mak mertua berlari lari stop kereta semata mata nak bagi duit belanja untuk sambung belajar. Anugerah apa lagi yang paling terindah nak dibandingkan dengan dapat mertua dan suami yang baik.
Suami banyak ajar dan tunjuk benda baik terutama sekali bab menghulur. Menghulur bukan tanda kita kaya, tapi tanda kita sedar dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jangan tunggu kaya baru nak belajar menghulur sebab jadi manusia ni lumrahnya takkan pernah rasa cukup.
Apa pon terima kasih kepada suami, ummi, mertua, dan keluarga atas sokongan dan dorongan yang tak henti dari dulu sampai sekarang. Doakan moga Nik Yam dapat habiskan master secepat mungkin, dapat posting dan dapat hidup sebumbung dengan suami.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Cukuplah zahirkan rasa syukur, hargai apa yang pasangan lakukan.’ Suami tak perlu susah-susah faham isteri, memadai hargai apa yang isteri lakukan untuk rumah tangga.
Seorang isteri tidak pernah meminta lebih, tak pernah meminta dibeli hadiah yang mahal sebaliknya cukuplah suami hargai isterinya.
Wahai para suami,
Pimpinlah isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan padanya selalu. Waktu yang terbaik untuk kalian beri nasihat adalah semasa berehat, minum petang, waktu beriadah dan sebelum kalian tidur.
Sebenarnya isteri ini tak minta pun kita faham dia sangat-sangat. Cukuplah kita zahirkan rasa syukur kita dan hargai apa yang dia lakukan untuk rumah tangga kalian.
Dari bahagian kita, kita tunaikan tanggungjawab kita dengan baik. Fokus untuk laksanakan kewajiban kita dan penuhkan hak isteri sepenuhnya.
Kita yang ada kudrat lebih ini, perlu ambil masa untuk ringankan beban isteri.
Dalam sehari, bertanyalah pada isteri bagaimana keadaannya pada hari tersebut. Beri ruang kepadanya untuk meluahkan dan kita pasang telinga betul-betul apa yang dia nak ceritakan.
Jika semua itu kita buat dengan baik, maka insyallah harmoni rumah tangga. Dan isteri tak akan minta lebih.
Ambil masa untuk memahami hati dan perasaannya. Jangan biarkan dia hadap sendirian. Dia perlukan kalian, para suami untuk selalu memimpin, membantu dan menyokong tindak-tanduknya dalam hidup.
Moga pesanan ini kita ambil ibrah dan hikmahnya ya.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Kunci keharmonian bermula dari seorang pemimpin (suami).
Nampaknya semakin ramai selebriti wanita yang telah melakukan penghijrahan dengan memakai tudung.
Jika sebelum ini kita menyaksikan, Dahlia Syazwan, Ezlynn, Ernie Zakri, Cik Manggis, Kilafairy, Zila Bakarin, Mawar dan terbaru pula adalah pelakon si cantik manis, Hannah Delisha.
Memberitahu perubahan yang dirasai, Hannah berkata jiwanya kini terasa lebih tenang.
“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.
“Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.
“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya yang menyangkal dakwaan berhijab kerana mahu berkahwin.
Sejak muat naik fotonya berhijab, Hannah mendapat pujian warganet. Rata-rata bersyukur dengan penghijrahan dilakukan dan mendoakan dirinya terus istiqamah.