Ada kalanya sikap seorang isteri buat suami tidak tahan. Misalnya kuat membebel, tidak dengar kata dan agak malas mengerjakan suruhan Allah yang wajib seperti puasa.
Dan menjadi tanggungjawab suami itu sendiri perlu mendoakan isteri agar berubah sikapnya menjadi seorang isteri solehah.
Ini kerana wanita ini diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok dan menjadi tanggungjawab pasangannya untuk sentiasa mendoakan isterinya dalam keadaan yang baik.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
DOA SEORANG SUAMI
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
Ads
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
Ads
Percayalah doa seorang suami itu mustajab. Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya. Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
Sejak pandemic COVID-19 melanda dunia, barisan petugas hadapan antara kelompok yang paling sibuk menangani isu kesihatan ini. Malah sejak setahun lalu, mereka sentiasa bertungkus lumus bekerja tanpa henti bagi memastikan pesakit dijangkiti kembali pulih seperti biasa. Bahkan ada barisan hadapan yang terkorban angkara wabak ini.
Terkini, dalam menghargai jasa barisan petugas hadapan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah semalam menerima Anugerah Merit Ibn Khaldun, satu anugerah tertinggi mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.
Anugerah ini telah disampaikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang telah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global 2020 di ISTAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus, Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan mengurniakan anugerah tersebut kepada YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah sebagai mewakili petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan).
Penganugerahan ini bagi menghargai jasa dan usaha para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang melanda.
Anugerah Merit Ibn Khaldun UIAM yang diperkenalkan sejak 2018 adalah anugerah untuk mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.
Turut hadir pada majlis ini Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Tahniah diucapkan kepada barisan petugas hadapan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan pesakit dijangkiti sembuh seperti sedia kala.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
“Tak berhenti solat hajat.” Dua minggu hilang, keluarga masih letak harapan tinggi Azi ditemui selamat. Sebagai ahli keluarga tentu saja mereka tidak pernah berhenti berharap.
Berikhtiar dan berdoa sepanjang masa agar Azi ditemui dalam keadaan yang selamat.
Genap dua minggu kehilangan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, keluarga masih meletakkan harapan tinggi agar wanita itu ditemui dengan selamat.
Menurut kakak mangsa, kelegaan sedikit terasa apabila dimaklumkan oleh polis penyiasatan terhadap adiknya yang berusia 36 tahun itu ada perkembangan positif.
“Walaupun tidak dimaklumkan dengan jelas mengenai perkembangan positif itu, sedikit sebanyak kami berasa lega dan menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis.
“Hari ini genap dua minggu Azi (panggilan Rosnazirah) hilang dan sehingga kini tiada khabar berita mengenainya diterima tapi kami masih menaruh harapan tinggi agar Azi ditemukan dengan selamat,” katanya.
Jelas wanita itu, keluarganya tidak pernah berhenti berharap malah setiap hari sejak tarikh kehilangan Rosnazirah pada 13 September lalu, solat hajat tidak pernah berhenti dibuat.
Katanya, mereka kini sudah tidak mengambil pusing terhadap kecaman dan tuduhan yang dilemparkan orang ramai sebaliknya lebih menumpukan usaha pencarian mangsa.
Menurutnya, apa yang paling menyedihkan bagi mereka sekeluarga adalah keadaan kedua ibu bapa yang sangat terkesan dengan kehilangan Rosnazirah kerana insiden penculikan berlaku di depan mata mereka.
“Kedua mereka semakin hilang selera tapi kami perlu memaksa mereka menjamah makanan terutama emak yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima.
“Selain membuat solat hajat di rumah, ia juga dilakukan di beberapa masjid dan surau sebagai ikhtiar kami dan bantuan daripada orang ramai,” katanya.
Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan, dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios sebelum kenderaan itu ditemukan 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun baru-baru ini berkata, siasatan terhadap kes itu menunjukkan perkembangan positif.
Tanpa menjelaskan butiran menyeluruh, beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama dan saling berhubung dengan pihak berkuasa Thailand.
Isteri maut ditembak suami. ‘Lans koperal alami kemurungan, cuba amalkan doa ini bila hati tak tenang.’ Apa yang berlaku tentu saja mengejutkan kita semua, apa lagi ahli keluarga terdekat.
Ajal maut di tangan Tuhan. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, tetapi sebagai hamba-Nya kita seharusnya reda dengan takdirnya.
Lebih menyayat hati apabila suri rumah yang maut ditembak suaminya yang juga anggota polis di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Perlis, disahkan hamil lima bulan.
Perkara itu didedahkan oleh ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, yang menyatakan bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu, Safsufarnisya Salleh, 26, hamil anak pertama selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.
“Memang anak saya hamil lima bulan ketika dia meninggal semalam.
“Malah, kami tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana menantu (suspek) ini memang baik orangnya sehinggakan kami sudah anggap dia sebagai anak sendiri.
“Jadi kehilangan Safsufarnisya ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya terima terutama dalam keadaan apa yang terjadi tempoh hari,” katanya.
Jelasnya, jika dilihat daripada keadaan sebelum ini menantunya yang berasal dari Setiu, Terengganu itu adalah seorang yang ‘ringan tulang’ dan gemar membantu keluarga termasuklah membelikan pelbagai keperluan termasuk makanan di rumah itu.
“Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk-pauk.
“Paling mengharukan adalah menantu makcik ini sering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangan.
“Oleh itu, bagaimanalah kami tak anggap dia sebagai anak sendiri tapi benda sudah jadi maka tidak boleh buat apa-apa dah sekarang,” katanya.
Dalam masa yang sama juga, Che Mas turut memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.
Ini disebabkan menantunya ada menunjukkan perilaku yang tidak menentu sebelum ini.
“Pada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.
“Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.
“Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas itu untuk mengesan dan membawanya pulang, jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian semalam,” katanya.
Che Mas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Salleh Eizan, 61, dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak berusia antara 39 dan 26 tahun.
Allahyarham Safsufarnisya pula berkahwin dengan suspek selepas bertemu ketika menjalani latihan praktikal dalam bidang pengurusan forensik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis beberapa tahun lalu.
Jenazah Safsufarnisya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Lumrah kehidupan, hati seseorang itu akan menjadi bolak balik seperti ada yang tak kena sehinggakan tiba-tiba berasa sedih, takut dan gelisah.
Sebagai manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa sudah pasti akan ada titik hitam dalam hati yang kuat mempengaruhi emosi.
Tidak dinafikan apabila seseorang berdepan situasi ini, dia akan sedaya upaya mencari jalan keluar tetapi tahukah anda jalan yang terbaik untuk mencegah ketidakstabilan emosi dan menguatkan diri semula adalah dengan memohon pertolongan Allah SWT dan mengamalkan doa agar hati tenang.
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”
Setelah membaca doa tenang hati ini, anda juga boleh lakukan lima perkara ini untuk memulihkan suasana hati.
1. Pertama sekali anda boleh memgambil wuduk. Cara ini sememangnya dapat memberi ketenangan dengan serta merta.
2. Kedua anda boleh melakukan senaman ringan agar tubuh anda berada dalam keadaan aktif yang berperanan memberi ketenangan fikiran.
3. Seterusnya, anda cuba pratikkan teknik pernafasan untuk menenangkan diri. Ini sangat membantu bagi melepaskan mood negatif dalam diri.
4. Keempat, anda sebaiknya disarankan minum air sejuk untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyejukkan fikiran.
Kashoorga: Apa yang telah berlaku telah ditentukan Allah. Namun selagi mana kita mampu berikhtiar, lakukan sesuatu setiap kali hati murung dan tidak tenang.
Kisah Nabi Musa pada Hari Asyura mengajar erti tawakal, harapan dan kekuatan untuk bangkit daripada trauma serta putus asa menurut perspektif Islam dan psikologi.