Rasanya ramai yang belum ‘move on’ dengan kemeriahan majlis perkahwinan Bintang Paling Popular, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar minggu lalu.
Tidak dinafikan ramai terpegun melihat kejelitaan Mira di majlis pernikahannyya. Dengan mengenakan persalinan kurung Pahang rekaan Rizman Ruzaini, sentuhan mekap artis popular Yna Sakinah menyerikan lagi wajah manis Mira.
Yna membertahu dia yang dipertanggungjawabkan untuk menata rias wajah Mira dengan tema Natural Glow untuk majlis pernikahannya berlangsung malam Jumaat lalu di sebuah pusat konvensyen di ibu kota.
Walaupun gementar, Yna Sakinah berjaya menyempurnakan amanah yang diberi. menurutnya dia hanya biasa menyolek Mira sebelum ini membaca ‘Bismillah’ sebelum memulakan tugasan berkenaan.
Ternyata kuasa ‘Bismillah’ ini menjadikan wajah Mira sangat cantik, anggun dan tak puas mata memandang.
Ads
“Alhamdulillah.. Selesai Majlis Akad Nikah Mira & Emir 3 Sept 2020 . Kina edit share sikit moment bts persiapan sebelum Nikah khas utk peminat Mira (Kina xlupa permintaan korg request Mira kenyit mata & flying kiss). Bts makeup, Interview with media dgn Kina sekali kena interview. Xkelakar k. Gagap Kina kat situ.
“Few times tukar date akhirnya selamat Ijab Kabul semalam. Rasanya besar tanggungjawab semua team untuk siapkan hari paling bersejarah buat Mira.
“Almost 5 years Kina jadi MUA untuk tatarias apa saja jenis makeup untuk Mira tapi semalam mmg Kina paling nervous so makeup natural glow utk nikah. Sebab ramai suka Mira dgn Natural beauty so makeup ni “Not to more, Not to less”.
Sama ada solat fardhu atau sunat, selepas membaca ummul kitab al-Fatihah kita akan susuli dengan bacaan surah pendek. Namun adakala juga kita ulang baca surah yang sama berturut dalam rakaat berikutnya.
Ada juga imam yang membaca surah yang sama pada rakaat pertama dan kedua berturut. Adakah batal solat? Kita ikuti penjelasan Mufti dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apa hukum membaca surah yang sama selepas al-Fatihah di kedua-dua rakaat yang awal dalam solat?
Jawapan
Pada asasnya, membaca surah selepas bacaan al-Fatihah adalah sunat walaupun pendek. Disunatkan membaca surah pada dua rakaat yang awal. Sama ada solat secara jahriyyah atau sirriyah.
Adapun makmum tidak disunatkan membaca surah bahkan digalakkan untuk mendengar bacaan surah yang dibaca oleh imam.
Menjawab persoalan di atas, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Abdillah al-Juhaniy, bahawa seorang lelaki dari Juhainah mengkhabarkan kepadanya:
Maksudnya:Bahawa dia mendengar Nabi SAW membaca di dalam solat Subuh ‘Iza Zulzilat Ardh’ pada kedua-dua rakaat. Aku tidak tahu sama ada Nabi terlupa ataupun sengaja membacanya di dalam kedua-dua rakaat. Riwayat Abu Daud (816)
Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim al-Abadi menjelaskan: “Sahabat ragu berkenaan pengulangan Nabi SAW terhadap surah, adakah kerana lupa kerana kebiasaan dari bacaan Baginda SAW adalah membaca (surah) pada rakaat kedua dengan bacaan (surah) yang selain pada rakaat pertama.
(Jika demikian), maka tidak disyariatkan kepada umatnya. Atau perbuatan Baginda sengaja untuk menjelaskan akan dibolehkan (hal itu)? Maka, kejadian pengulangan tersebut menimbulkan keraguan, sama ada perkara itu disyariatkan ataupun tidak.
Apabila sesuatu perkara berkisar antara disyariatkan atau tidak disyariatkan, maka perbuatan Baginda SAW lebih utama difahami sebagai sesuatu yang disyariatkan.
Kerana asal dari perbuatan Baginda SAW adalah untuk pensyariatan, manakala lupa adalah keluar dari perkara asal.
Ibn Qudamah menyatakan: Sekiranya seseorang membaca pada rakaat (pertama) sesuatu surah, kemudian mengulanginya pada rakaat kedua, maka tidak mengapa.
Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya daripada lelaki dari Juhainah, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW membaca dalam Solat Subuh dengan surah “إذازلزلت” (Surah al-Zalzalah) pada kedua-dua rakaat.
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ “Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas. Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW.
Lalu Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?” Mereka pun bertanya kepada sahabat berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa membacanya.” Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.” Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)
Ibn al-‘Arabi berkata: “Hal ini menjadi dalil bahawa dibolehkan mengulangi surah pada setiap rakaat.”
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan: Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah berpendapat bahawa tidak mengapa bagi seseorang yang solat untuk mengulangi surah daripada surah-surah dalam al-Quran yang dibacanya pada rakaat yang pertama.
Harus bagi seseorang untuk membaca surah tertentu selepas al-Fatihah pada rakaat yang pertama, kemudian dia membaca surah yang sama pada rakaat yang kedua.
Walaupun begitu, kami berpendapat adalah afdhal membaca surah yang berlainan atau ayat yang berlainan berdasarkan kebanyakan amalan Nabi SAW ketika membaca selepas Fatihah dalam solat.
Justeru, keharusan bukan bermakna menjadi adat yang diulang pada setiap kali solat, tetapi perbuatan yang ghalib hendaklah dilakukan oleh para imam ketika solat.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang tepat kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sesiapa yang berkahwin pastinya mengharapkan kehadiran anak sebagai penyeri keluarga. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan juga yang menentukan rezeki seseorang itu.
Malah ada yang menunggu bertahun-tahun lamanya sebelum dikurniakan anak. Tetapi itu bukan alasan untuk mencari kesalahan satu sama lain.
Seperti juga pasangan popular di Indonesia, penyanyi Pencinta Wanita, Irwansyah dan juga pelakon Zaskia Sungkar. Walaupun sudah hampir sembilan tahun keduanya berkahwin, masih kekal bersama biarpun tanpa kehadiran zuriat.
Dalam satu postingnya tahun lalu Zaskia ada meluahkan perasaannya di laman instagram berkenaan soal itu. Menurutnya walaupun sudah lapan tahun berkahwin dan hanya berdua, tidak ada rasa bosan tetapi bersyukur kerana mereka lebih mengenali Allah.
Hampir 8 tahun foto keluarga berdua terus .. gak bosen?? Gak sama sekali alhamdulillah, makin mengenal Allah makin bersyukur dan ikhlas apapun yang Allah takdirkan, kebahagiaan bukan berarti selalu memiliki apa yang kita inginkan
Malah menurutnya seseorang itu akan merasa kekurangan ketika tidak memiliki rasa syukur, sebaliknya akan terus kekal bahagia dan berhati lapang serta ikhlas dengan apa yang Allah takdirkan.
kita akan terus merasa kurang ketika kita tidak memiliki rasa syukur dan sebaliknya.. kita akan terus Bahagia ketika hati kita lapang , tenang dan ikhlas dengan apapun yang Allah takdirkan …
Dia bersyukur kerana suaminya juga turut memahami situasi yang berlaku. Menangis berdua bukan kerana tidak dikurniakan anak, tetapi memikirkan kenapa Allah begitu bersifat baik selama ini.
Alhamdulillah kita punya pemikiran yang sejalan “kenapa hanya karena satu keinginan yg belum dikabulkan kita melupakan berjuta nikmat yang Allah berikan , bahkan beberapa kali kita nangis berdua karna bingung bukan karna nangis minta anak .. tapi nangis kenapa Allah baik banget sama kita ??
Walaupun diri penuh dengan dosa, namun Allah masih tetap lembutkan hati untuk terus mendapat hidayahnya. Malah Zaskia turut mengingatkan hidup jadi lebih indah sekiranya bersyukur dengan nikmat yangn Allah berikan.
Dosa kita banyak .. tapi kenapa dari sekian banyak orang baik dan kita yang pendosa .. Allah lembutkan hati kita dengan hidayah NYA , nikmat yang sesungguhnya adalah ketika bisa bersama bersujud , berdoa dan menangis meminta agar Allah tetapkan nikmat Iman dan tidak pergi .. “ hidup akan terasa sangat indah dan ringan ketika kita mensyukuri setiap nikmat yang Allah beri.. #Allahuakbar
Sebelum ini penampilan isteri kesayangan Irwansyah ini memang mencuri tumpuan. Sejak berhijab, Zaskia lebih gemar menggayakan persalinan labuh dan longgar serta lengkap dengan stoking kaki.
Malah dia selesa begitu kerana mudahkan urusannya untuk solat. Zaskia mula berhijrah sejak 2012 selepas balik dari mengerjakan umrah dengan suami tercinta. Dan sejak itu dia lebih banyak menghadiri kelas agama bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam agama Islam.
Tidak hanya berserah pada Tuhan, pasangan ini juga turut berusaha untuk mendapatkan anak. Malah akhir tahun lalu, Zaskia dan Irwansyah juga dikatakan datang ke Malaysia untuk menjalani program kehamilan.
Namun sayangnya, program tersebut gagal lantaran Zaskia mengalami pendarahan ketika menunggu pesawat yang delay selama 5 jam sewaktu dalam perjalanan pulang ke Indonesia.
Baru-baru ini kami kongsikan perihal kesihatan Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) yang dilihat mengenakan bedak sejuk di bahagian mukanya.
Dari perkongsian itu, Ustaz Kazim Elias memaklumkan bahagian mukanya agak panas dan terasa pedih. Bukan itu saja, ia meninggalkan lepuh-lepuh di seluruh mukanya selain bibirnya yang kemerah-merahan bertukar kehitaman.
Selang beberapa hari, sekali lagi dari perkongsian bersama Tik Tok @CaZs Production, Ustaz Kazim dilihat berkongsi keadaan wajah terkininya (tanpa penggunaan bedak sejuk) dengan Dai Ahmad Ibrahim.
Dapat dilihat mukanya kelihatan seakan melepuh (bertompok-tompok) bahkan memang jelas bahagian bibirnya agak kehitaman. Bukan saja wajahnya tapi juga di bawah dagunya turut dilihat tidak selicin kulitnya yang dahulu.
Jelas Ustaz Kazim dalam perkongsian itu, katanya inilah dia. Saya pun tak reti nak jawab macam mana. Jadi tuan-tuan boleh tengok sendirilah.
“Besarkan, inilah dia. Saya rasa mungkin berubah 50-70 peratus dari wajah saya yang asal. Nampak lainkan.
“Itu sajalah yang dapat saya bagitahu kalau orang tanya. Kesihatan saya. Tengok muka, inilah dia. Tengok dekat mata saya.Tengok hujung mata saya. Tengok bawah bibir saya, tengok bibir saya, habis jadi hitam.
“Saya pun berpendapat, penyakit yang saya hadapi ini pun ada kaitan dengan benda-benda yang berkaitan dengan ‘ain, Ustaz Ahmed’. Jadi sebab itu saya sedang buat rawatan. Insya Allah kalau tak sembuh juga rawatan-rawatan biasa nie, insya Allah saya kena mandi di sungai pada waktu Subuh untuk menyembuhkan penyakit ‘ain.
“Mungkin, saya rasa saya lebih terkena kepada penyakit ‘ain. Salah satu rawatan untuk penyakit áin ialah mandi di sungai pada waktu Subuh mengadap ke arah hulu sungai. Setiap hari selama beberapa hari kita buat, insya Allah.
Dalam perkongsian itu, Ustaz Kazim saat bercerita mengenai penyakit ‘ain berkata, Rasulullah SAW menyebut, di antara penyakit yang paling banyak membawa kematian ialah penyakit ‘ain. Yang paling cepat sekali mati. Mati bukan penyakit biasa seperti.
Saya nampak diri saya lebih kepada penyakit ‘ain. Penyakit kata, orang yang mempunyai hasad dengki. Jadi cukup bahaya. Jadi tuan-tuan, doakan saya. Insya Allah.
Apa dia penyakit ‘ain?
Penyakit ‘ain adalah disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat hasad dengki atau iri hati.
“Ia juga akibat rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh atau orang yang dicintai sekalipun.
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari pernah berkata bahawa: “Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.
Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Al-‘ain itu haq (benar).” (Sahih al-Bukhari). Ia bukan berkaitan sihir (sihir antara dengan syaitan) tapi ‘ain lebih kepada pandangan mata yang disertai hasad dengki.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.