Pernikahan adalah satu perkhabaran yang menggembirakan. Sepatutnya ia diraikan sebagai usaha memaklumkan kepada kaum kerabat, jiran tetangga dan sahabat bahawasanya satu ikatan suci telah terpeteri.

Dalam Islam, hal pernikahan tak boleh ditutup atau dirahsiakan, malah tiada istilah nikah secara sembunyi, ia haruskan dihebahkan. Rasulullah SAW bahkan menggalakkan agar majlis dijalankan dengan sedikit hiburan yang tidak melanggar syariat Islam agar yang hadir turut sama bergembira.

Hukum Merahsiakan Pernikahan; Undang Dosa atau Pahala?

Namun ada juga di kalangan masyarakat yang mahu berita ini disembunyikan daripada pengetahuan umum dan penuh misteri. Ada perkara perlu dirahsiakan tetapi ada perkara perlu diumumkan bagi mengelakkan banyak tanda tanya dan fitnah.

Rasulullah SAW bersabda,

“Umumkanlah acara pernikahan, selenggarakanlah di masjid dan bunyikanlah tabuh,” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Kumandangkanlah acara pernikahan dan rahsiakanlah peminangan,” (HR Ummu Salamah ra).

Berdasarkan beberapa pertimbangan, urusan peminangan (bertunang) elok dirahsiakan berbanding pernikahan. Proses peminangan biarlah keluarga dekat sahaja yang tahu untuk mengurangkan rasa malu dan tekanan sekiranya pernikahan tidak jadi kelak. Kita tidak mahu orang berfikiran negatif terhadap keluarga perempuan apabila mengetahui isu putus tunang.

Artikel berkaitan:Kuasa Bismillah Jadikan Wajah Mira Filzah Berseri-Seri Di Majlis Pernikahannya, Hasil Sentuhan MUA Yna Sakinah

Artikel berkaitan:Ibu Tergamam Anak Lelaki Bruta Menangis  Kucup Kaki Lepas Akad Nikah. Pesannya Jadi Suami Yang Baik!

Hikmah acara pernikahan dihebahkan:

  1. Menghalang fitnah. Dengan bersikap telus, kenalan pengantin dan keluarganya sedia maklum. Jika si pengantin baru itu berduaan, baik di tempat sepi mahupun di tengah keramaian, orang yang mengenalnya sudah tahu mereka adalah pasangan suami isteri. Sebaliknya, jika dirahsiakan, akan terjadi gosip, umpatan fitnah tersebar kerana orang tidak tahu duduk perkara sebenar.
  1. Mendapat doa ramai. Semakin ramai yang tahu dan menyaksikan majlis perkahwinan itu, maka potensi fitnah akan terhapus, yang mendoakan pun ramai selain pernikahan juga adalah satu ibadah.
  1. Menggalakkan pernikahan halal. Akan lebih amai yang dari enggan bernikah terbuka hati saat melihat pengantin dinikahka.
  1. Syi’ar Islam. Kehadiran ramai tetamu di majlis pernikahan, akan menambah marak syi’ar Islam. Yang tak tahu, bagaimana acara pernikahan dalam Islam, akan menjadi tahu terutama untuk yang belum pernah menikah, dapat belajar dengan mengikuti proses acara pernikahan itu.

Keputusan menikah diam-diam, akan timbulkan spekulasi dan gosip yang mana ini semua menambah dosa-dosa kita. Keadaan akan lagi parah apabila saat diketahui yang isteri hamil; walaupun mengaku sudah menikah, tapi acara pernikahannya tak pernah diketahui sesiapa. Jadi bagaimana?

Hukum Merahsiakan Pernikahan; Undang Dosa atau Pahala?

Fitnah demi fitnah akan berleluasa dan lebih teruk lagi apabila pasangan terpaksa memikirkan pembohongan demi pembohongan kerana ingin merahsiakan pernikahan. Tak penat kah?

Ketahuilah bahawasanya, Islam sangat memuliakan majlis pernikahan dan menganjurkannya untuk disyi’arkan (diramaikan dan dihebahkan) Jangan dirosakkan syiar ini dan menjadikannya misteri.

Mengumumkan pernikahan dalam erti menyaksikannya adalah wajib menurut jumhur ulama, dan merupakan salah satu syarat sahnya nikah, berdasarkan sabda Nabi SAW:

“Tidak ada pernikahan kecuali dengan adanya wali dan kedua orang saksi yang adil”. (HR. al Baihaqidari hadits Imran dan ‘Aisyah, dan disahihkan oleh al Baani dalam Shahih alJami’: 7557)

Sebahagian ulama telah menganjurkan untuk menyembunyikan proses pertunangan, kerana bimbang ada orang-orang yang mempunyai rasa hasad (dengki) yang mahu merosak hubungan antara pihak lelaki dengan keluarga pihak perempuan.

Hukum Merahsiakan Pernikahan; Undang Dosa atau Pahala?

Sebagaimana yang disebutkan dalam“Hasyiyah al ‘Adwi ‘ala syarhin mukhtashar kholil”: 3/167.

Rasulullah SAW bersabda;

“Mintalah bantuan untuk menjayakan hajat (bertunang) dengan sembunyi-sembunyi, kerana setiap orang mempunyai nikmat akan diri orang lain”. (HR. Thabrani dan disahihkan oleh al-Baani dalam Shahih al Jami’)

Hal ini tidak hanya berkait dengan masalah khitbah (lamaran), bahkan sebaiknya bagi setiap orang untuk tidak menampakkan nikmat yang Allah berikan di depan orang yang menaruh rasa dengki.

Sumber artikel: Dalam Islam

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI