Selepas latte challange tular pula di media sosial satu aplikasi iaitu Face App yang boleh menukar wajah kepada jantina berbeza.
Ramai selebriti yang turut melakukan ini untuk mengetahui wajah mereka apabila ditukar jantina.
Perkara ini mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri yang memberitahu tindakan ini tidak wajar dilakukan umat Islam dan sebaiknya dielakkan sama sekali.
Beliau berkata, meskipun manusia pada masa kini mencapai kemajuan dengan teknologi serba canggih, merubah ciptaan Allah walaupun bukan secara langsung pada fizikal manusia itu disifatkan beliau sebagai tindakan yang tidak baik.
Ads
Malah katanya, tindakan itu antara lain boleh menjatuhkan maruah serta mewujudkan manipulasi dalam keadaan tidak benar terhadap sebaik-baik ciptaan Allah.
“Sebab itu, jika kita lihat, setiap manusia yang hidup mempunyai nama masing-masing untuk membezakan antara satu sama lain termasuklah dari segi jantinanya.
“Apabila wajah ditukar apatah lagi lelaki diwanitakan atau sebaliknya, konsep yang sepatutnya yang mana kita kenal identiti manusia itu akan berubah,” katanya.
Ads
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai aplikasi menukar wajah kepada jantina lain yang ‘trending’ di media sosial kebelakangan ini.
Dr Zulkifli berkata, Allah menciptakan manusia dengan menyatakan: “Kami ciptakan manusia ini sebaik-baik kejadian,” maka sebab itu tindakan berkenaan dilihat seperti melanggar etika kemanusiaan.
Ads
“Allah sebutkan dalam al-Quran: “dan Kami telah muliakan keturunan anak Nabi Adam,” yang mana kalimah itu memberi makna banyaknya kelebihan manusia dari segi akalnya, wajahnya, jadi, walaupun sekadar gambar atau video, elakkanlah.
“Dari sekeping wajah manusia, tuhan cipta riak marah, suka, sedih menggunakan wajah yang sama, betapa luar biasanya ciptaan ini, berbanding kambing, lembu dan sebagainya yang tidak pula Allah berikan kelebihan ini,” katanya.
‘Suami, isteri hias kubur anak tema Hello Kitty.’ Lebih baik tanam rumput, makruh bina kubur dengan simen.
Sebenarnya memang tak digalakkan untuk menghias kubur dengan membuat binaan daripada konkrit. Oleh sebab itu ramai orang lebih selesa menanam rumput dan meletakkan batu sungai sahaja.
Berbeza dengan pasangan suami isteri di Sumatera Barat, Indonesia. Mereka telah menghias kubur anak mereka dengan tema animasi popular, Hello Kitty, lapor portal berita Wolipop semalam.
Video berkenaan dimuat naik seorang wanita bernama Helsa dalam akaun TikTok @helsaseftini.
Suami Helsa dirakam mengecat kubur anak mereka dengan warna merah jambu, manakala batu nisan berbentuk Hello Kitty diletakkan di atasnya.
Setelah siap, Helsa menabur bunga di atas kubur yang sudah diletakkan batu-batu kerikil.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Maaf, lagi baik kalau tanam rumput dan bunga-bunga kecil sebab kalau tak silap tanaman di atas kubur akan mendoakan si mati,” komen seorang netizen.
Wolipop kemudian menghubungi Helsa, 29, yang berasal dari kota Padang, Sumatera Barat.
Menurut Helsa, video itu dirakam pada 17 April lalu ketika majlis pengebumian keluarga besarnya yang kebetulan berdekatan dengan rumah.
Dia melawat kubur bayinya yang meninggal dunia selepas menjalani pembedahan.
“Motif batu nisan tema Hello Kitty adalah inisiatif saya untuk mencantikkan kubur anak perempuan kerana tidak berpeluang menjaganya. Kami fikir kubur ini boleh kami cantikkan sebagai rumah terakhir anak kami,” katanya sayu. – Agensi
Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukumnya makruh membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang pembinaan kubur dengan batu kapur.”
Riwayat Muslim (970)
Walau bagaimanapun pembinaan kubur dengan batu marmar dan seumpamanya adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah SAW di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta unsur-unsur kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama.
Makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini. Menurut sunnah bahawa kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:
“Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.”
Riwayat Muslim (969)
Larangan makruh ini dikuatkan dengan realiti bahawa kematian itu adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang dibanggakan sewaktu hidup, sehingga jadilah kubur itu ingatan kepada kematian bukan kemewahan.
Apatah lagi tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati untuk tujuan binaan di atas kubur. Firman Allah Taala:
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ (1) حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2)
Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur.
(Surah al-Takathur: 1-2)
Syeikh Ali al-Sobuni dalam Sofwah al-Tafasir menyebut tafsir:
“Maksudnya mereka itu yakni manusia terlalu sibuk dan berbangga dengan harta benda, anak-anak, dan para pengkut sehingga melupakan untu berbuat taat kepada Allah da meninggalkan persiapan akhirat…sehinggalah kematian tiba kepada mereka. Lalu mereka dikebumikan di dalam kubur-kubur.”
SITUASI: Iqbal memerhatikan teman sebiliknya menunaikan solat Subuh pada satu pagi. Dia mendapati bahawa temannya itu tidak membaca doa Qunut semasa rakaat kedua dan tidak melakukan sujud sahwi di akhir solat.
Apabila ditanyakan, temannya hanya tersenyum dan menyatakan bahawa solat tidak batal walaupun meninggalkan doa Qunut dengan sengaja dan tidak melakukan sujud sahwi.
Ustaz Khairul Naim Mansor menghuraikan persoalan ini.
Perkara ini telah dibahaskan oleh para ulama sekian lamanya. Secara ringkas, saya ingin cuba menghuraikan padangan-pandangan ulama tentang perkara ini.
Pertama: Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa ia terus-menerus menjadi sunnah pada solat subuh pada waktu ketika bencana atau tiada berlaku apa-apa. Pendapat ini adalah daripada Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Solah, Abu Ishaq al-Ghazali dan al-Auza’ie serta ramai lagi. Termasuk juga daripada sahabat yang berpandangan sedemikian seperti Abu Bakar al-Siddiq,Umar al-Khatab, Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib.
Antara dalil yang paling kuat sebagai hujah bagi pandangan ini adalah “Terus-menerus Rasulullah s.a.w qunut pada solat subuh sehingga Baginda wafat.” (Abdul Razzaq dalam Musannaf 3:110 no 4964, Ahmad 3:162 dan banyak lagi).
Namun terdapat beberapa kritikan pada perawinya sehingga dianggap bahawa hadith ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Ini kerana ada juga yang mengatakan Qunut itu mempunyai lebih daripada 10 makna pengertian iaitu doa, khusyuk, ibadah, taat dan lain-lain sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi.
Manakala dalam hal waktu solat yang lain ada juga dinyatakan bahawa “tidak ada qunut dalam solat lima waktu kecuali solat subuh. Melainkan jika berlakunya bencana maka dibolehkan dalam semua solat sekiranya imam menyukai.” (al-Umm 1 : 205)
Kedua: Ada di antara mereka seperti Abu Hanifah, Sufian al-Thauri dan lain-lain daripada ulama Kufah yang berpendapat qunut pada solat subuh tidak disyariatkan kerana sudah ter’mansukh’.
Ketiga: Ulama yang berpendapat qunut hanya disyariatkan pada Qunut nazilah dan boleh dilakukan pada solat subuh dan solat-solat lain. Ini merupakan pandangan daripada Imam Ahmad, Al-Laith bin Sa’ad, Yahya bin Yahya al-Laithi dan ahli-ahli fiqh daripada para ulama hadith. Ada juga daripada mereka yang mengatakan tidak ada dalil sahih yang mengkhususkan solat subuh secara terus menerus dan ada riwayat yang menunjukkan qunut subuh disyariatkan daripada perlakuan sahabat yang sahih namun tidak boleh dijadikan pembuktian dalil daripada riwayat tersebut. Ada pun jika ada perlakuan yang jelas daripada mereka ianya pula lemah dan tidak boleh digunakan untuk berhujjah.
Selain itu, Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa di dalam Zaad al-Ma’ad Qunut tidak disyariatkan terus-menerus. Ini kerana andai ia dilakukan pastinya akan diriwayatkan dengan begitu banyak daripada para sahabat namun ternyata ia hanya diriwayatkan dalam hadith yang lemah. Maka meninggalkannya adalah tidak menjadi kesalahan.
Manakala jika kita mengikut pandangan Mazhab Syafie Qunut subuh dikira sebagai sunat ab’adh kerana selalu dilakukan oleh Nabi s.a.w dan apabila meninggalkannya atau terlupa, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi dan tidak mengapa jika tidak melakukannya.
Ini adalah merujuk hadith yang menerangkan keadaan Nabi s.a.w yang melakukan sujud sahwi ketika meninggalkan tahiyat awal. Para ulama meng’qiyas’kan sujud sahwi yang disebabkan terlupa dan dengan meninggalkannya secara sengaja berdasarkan samanya illat (alasan) hukum iaitu terlupa atau lalai (khalal). Justeru itu, meninggalkan Qunut dan tahiyat awal dianggap sama.
Walau bagaimanapun, ada pendapat kecil yang mengatakan bahawa tidak sunat sujud sahwi jika meninggalkan dengan sengaja. Pendapat ini disanggah ulama kerana kelalaian dengan sengaja itu lebih utama untuk diganti dengan sujud sahwi dari sebab lalai atau terlupa.
Ustaz Khairul Naim Mansor merupakan penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan Al-Quran Karangkraf dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti Yarmouk, Jordan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Bacaan suami salah ketika solat jemaah, isteri tak boleh tegur direct.’ Begini cara yang betul agar solat tak terbatal dan terhenti di tengah jalan. Tular di media sosial sebuah video sepasang suami, isteri solat berjemaah.
Dalam video tersebut, sang suami kelihatan gagal untuk menyempurnakan bacaan surah Al-Kafirun dan terpaksa mengulang beberapa kali tapi sampai ke sudah dia tetap tak ingat.
Sang isteri yang hilang sabar barangkali, terus membacakan ayat yang suami terlupa. Tetapi suami seakan-akan tak mendengar dan tetap ulangi kesilapan yang sama. Jadi apakah kesudahan solah suami dan isteri.
Biarpun video ini nampak kelakar dan lucu tetapi ada sesuatu yang manarik perhatian Ustazah Asni Mansor dan hadam baik-baik pesanannya jika kita berdepan dengan situasi yang sama.
Kongsinya :
Waze bagi jalan pusing-pusing, tak jumpa jalan keluar. Make my day…
Dua perkara kita boleh belajar…
Pernikahan Yang Diharamkan Allah SWT
Perkara pertama yang boleh kita lakukan jika terlupa ayat dalam solat apa nak buat? Adakah boleh terus rukuk?
1. Cuba ulang ayat dari pangkal ayat, salah satu cara untuk men gin gat baha gian atau ayat yanv kita lupa.
2. Kalau sudah ulang, tak dapat juga. Pilihan terbaik adalah tukar kepada surah yang lancar seperti Surah Al-Ikhlas (qulhuwallahu ahad)
3. Kemudian, barulah rukuk.
Manakala cara kedua bagi mengatasi masalah ini terutamanya bagi perempuan atau isteri yang hendak tegur bacaan suami dalam solat.
Jika suami di dalam rumah, wanita disarankan bertasbih (subhanallah). Sebaliknya, jika dengan orang lain, yang bukan suami sekadar menepuk tangannya.
Merujuk kakak dalam video ini, disebabkan terlalu geram menden gar bacaan yan g salah, dia terus membaca ayat yan g yan g betul kerana tak mampu menahan.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.