Sering kali kita membaca tentang sikap dan kelebihan anak sulung dan bongsu. Sikap dan karektor kedua-duanya tidak sama tetapi saling berkait kerana mereka dikatakan orang yang pandai berdikari.
Namun bagaimana pula sikap bagi mereka yang tergolong sebagai anak kedua? Adakah mereka ini seorang yang menyusahkan dan tidak pandai berdikari?
Bagaimana pula sikap mereka dalam membuat sebarang keputusan terutama berkaitan dengan hidup seperti berkahwin dan sebagainya.
Gambar sekadar hiasan.
Menariknya dalam satu kajian anak kedua ini disifatkan sebagai seorang yang tidak terlalu bergantung kepada ibu dapa dan dianggap sebagai sahabat yang baik.
Ayuh semak apa lagi sikap anak kedua ini yang boleh kita pilih sebagai pasangan hidup.
Ads
7 sifat Anak kedua yang unik dan menonjol‼️‼️‼️
Siapa anak kedua kat sini kita geng
Betul ke Anda macam ni
1. Tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa Dalam kajian tahun 1998 yang melibatkan 400 orang pelajar, mereka disoal tentang siapa yang mereka akan minta pertolongan jika mereka memerlukan bantuan.
Ads
Ini kerana, mereka kurang menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan anak sulung atau anak bongsu.
2. Sahabat yang baik Anak kedua sudah biasa menghadapi pelbagai karakter orang. Ini disebabkan oleh interaksi mereka dengan adik-beradik mereka.
3. Kemahiran sosial yang baik Selain mudah bergaul, anak kedua juga sering berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan orang sekelilingnya.
Kerana ini, orang sekelilingnya sering rasa selesa berdekatan dengan mereka. Mereka juga memiliki kemahiran sosial yang lebih baik berbanding anak sulung atau bongsu.
Ads
4. Kuat menghadapi tekanan Anak kedua biasa menghadapi jangkaan dari ibu bapa dan adik beradik.
Mereka juga lebih berdikari dan boleh membela diri sendiri dalam pergaulan tanpa memerlukan bantuan keluarga.
5. Open minded dan suka mencuba sesuatu yang baru Oleh sebab mempunyai adik beradik dan tak menjadi tumpuan harapan ibu bapa, anak kedua terpaksa berdikari sejak awal. Ini membuatkan mereka suka mencuba perkara baru dan berfikiran terbuka.
Gambar sekadar hiasan.
6. Memahami Menurut Catherine Salmon, apabila anak kedua dewasa, mereka akan memahami kelebihan dari ibu bapa yang tak memberikannya perhatian yang berlebihan. Ini membuka ruang untuk mereka menjadi berdikari.
Kaji selidik mendapati, anak kedua adalah antara orang yang paling bahagia dalam cinta jika dibandingkan dengan anak pertama atau anak bongsu kerana mereka menghargai kepentingan sesebuah hubungan.
7. Pandai berunding Kerana dah dilatih untuk berunding oleh ibu bapa, anak kedua akan membesar menjadi orang yang pandai berunding. Kerana ini mereka sesuai bekerja sebagai diplomat, guru, ahli politik, pelakon, pengacara atau pekerja sosial.
Keperibadian mereka yang mudah bergaul dan pandai menyesuaikan diri membuatkan mereka selalu berjaya dalam bidang yang menuntut mereka untuk berinteraksi dengan manusia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah srikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah ini tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
NILAI KASIH SAYANG
Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
SUAMI TAK SEPATUTNYA GARANG/BENGIS
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluangkan masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.” Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
SUKA BERGURAU SENDA DAN ROMANTIS
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.
Sumber: Imam Muda Asyraf Redzuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jodoh itu ‘semahalnya’ rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tidak perlu terlalu bimbang jika jodoh belum hadir dalam kehidupan anda. Usah bermuram durja jika sampai saat ini, jodoh belum mewarnai hidup anda yang makin sepi.
Tak usah galau jika dia yang diidamkan, belum juga hadir dan bersanding di pelaminan yang diimpikan. Sebab jodoh, sampai bila-bila pun adalah sebagian daripada rezeki.
Jodoh adalah rezeki. Rezeki adalah kurniaan Allah SWT. Allah memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menahannya bagi siapa yang dikehendakiNya. Dia Maha Mengetahui keperluan seluruh hambaNya. Maka jodoh akan diberikan tatkala seseorang memerlukannya.
Gambar sekadar hiasan.
REZEKI DAN MISTERI
Jodoh ialah rezeki. Maka ia misteri. Ada rahsia agung di dalamnya yang mustahil diketahui detail oleh hambaNya yang bernama manusia. Oleh kerana jodoh itu satu misteri maka jodoh tidak boleh ditebak dengan siapa, bila bersanding dengannya, bagaimana ceritanya, menjadi yang keberapa atau bagaimana kesudahannya.
SIAPA JODOH KITA
Yang paling pasti, dia adalah sosok terbaik menurut takdir Allah SAW. Dia tidak mungkin menzalimi hamba-hambaNya. Hakikatnya tidak siapa yang tahu tentang bilakah seseorang itu akan bertemu jodohnya dan siapa jodohnya. Namun jodoh itu perlu diusahakan kerana jodoh tidak datang menggolek. Selain doa, untuk mencari jodoh, seseorang itu perlu bijak membawa diri.
Tidak ada jawapan “May be Yes, May be No”. Ini kerana apa yang tertulis dalam Lauhul Mahfuzh yang terjaga rahsianya adalah pasti. Jodoh menjadi penting ketika usia seseorang sudah masuk angka ‘genting’ dalam hitungan manusia. Saat genting boleh dinilai daripada segi kesihatan, kemungkinan hidup kerana mengidap penyakit, soal zuriat, dan tuntutan orang tua.
Semua ini wajar difikirkan. Hal ini kerana perkahwinan itu merupakan terminal hidup selepas lahir dan sebelum mati. Allah telah menentukan jodoh masing-masing jika tidak di dunia, di syurga nanti. Yakinlah dengan perancangan Allah.
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing. Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kutip derma untuk mengumpul dana untuk sesuatu tujuan memang biasa dibuat baik di peringkat keluarga, tempat kerja atau kalangan masyarakat umum sendiri.Kutipan ini juga...