‘Allahuakbar, sedihnya.’ Kereta terbabas dalam sungai, budak 12 tahun meninggal depan mata mak, abah.
Allahuakbar beratnya ujian, namun sebagai hamba-Nya, walaupun perit kita perlu reda dengan ujian Allah apatah lagi anak hanyalah pinjaman dari Allah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tidak dapat bayangkan perasaan mak dan abahnya melihat anak pergi di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.
Menurutnya, ketika kereta hampir tenggelam, dia dan isterinya, Nurul Aqmar Zainol, 35, yang hamil tujuh bulan berjaya keluar namun, anak sulungnya gagal menyelamatkan diri.
Ads
Terpaksa Reda Walaupun Sedih
“Terdengar arwah menjerit, abah.. abah dan pada masa sama saya serta isteri cuba menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.
“Saya cuba berenang mencarinya selepas itu tetapi kereta tenggelam ke dasar sungai,” katanya.
“Pada masa sama, saya teringatkan anak yang masih berada dalam kereta itu dan cuba berenang mencarinya tetapi kereta itu tenggelam ke dasar sungai,” katanya.
Kereta Terbabas Dalam Sungai
Suhaimi yang bekerja kampung berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke pekan Jitra dari rumah ibu mentuanya di Tanjung Kapur untuk membeli susu anak bongsu yang berusia dua tahun.
Katanya, secara tiba-tiba dia terasa stereng keretanya seperti ‘ditolak’ ke kiri dan kanan tetapi dia cuba mengawal keadaan, namun hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai.
Ads
Dia juga memberitahu mengesan banyak perubahan sikap anak sulung daripada tiga beradik itu namun sukar menjelaskan satu persatu kerana masih trauma.
Budak 12 Tahun Meninggal Depan Mata Mak, Abah
“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan anak buat selamanya,” katanya yang memberitahu arwah anaknya adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payung, Pokok Sena. Menurutnya, mereka sekeluarga menetap di Bukit Payung, Pokok Sena tetapi bermalam di rumah keluarga di Tanjung Kapur sejak dua hari lalu kerana ibu mentua tidak sihat.
Jenazah Muhammad Khairil Muhaimin akan dibawa ke Tanjung Kapur di Jitra untuk dikebumikan, semalam.
Jangan kerana fesyen dan demi ikut trend sanggup memakai yang haram. Sesungguhnya, lelaki wajib tahu hukum pakai gelang dan barang perhiasan yang menyerupai wanita seperti cincin emas, rantai atau subang.
Kadang-kadang perhiasan yang dikenakan lelaki hari ini sudah persis wanita apatah lagi di kalangan anak muda yang kebanyakan terpegaruh dengan trend berfesyen dan menganggap perkara tersebut normal.
Lebih menyedihkan bila sedari kecil, ibu bapa sengaja memakaikan anak lelaki mereka gelang dan juga rantai tanpa rasa bersalah. Bila perkara ini dinormalisasikan sejak kecil. Maka tidak hairanlah bila anak lelaki ini besar kelak tidak mahu mendengar cakap.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ Harun berkaitan isu ini
Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini, mereka ini boleh mempengaruhi anak muda.
Sebenarnya kita lihat sudah lama kaum lelaki memakai rantai sama ada daripada besi, perak atau emas, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan makin boleh diterima.
Hukum yang berkaitan dengannya :
1. MEMAKAI RANTAI BAGI LELAKI
Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau berkata:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.” – (HR Bukhari, hadis sahih)
Syeikh Badruddin al-‘Aini pula mengulas hadis ini, kata beliau:
وَتُشْبِهُ الرِّجَالُ بِالنِّسَاءِ فِي اللِّبَاسِ وَالزِّينَةِ الَّتِي تَخْتَصُّ بِالنِّسَاءِ مِثْلُ لُبْسِ المَقَانِعِ وَالقَلَائِدِ وَالمَخَانِقِ وَالأَسْوِرَةِ وَالخَلَاخِلِ وَالقُرْطِ
Maksudnya:
“(Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki yang menyerupai perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang tangan, gelang kaki, dan juga anting-anting.” – (Kitab ‘Umdatul Qari, Al-‘Aini 22/41)
Jelas daripada hadis di atas bahawa HARAM bagi seseorang untuk memakai pakaian atau perhiasan yang khas bagi jantina berlawanan dengannya. Antara barang perhiasan yang tidak dibenarkan dipakai oleh lelaki adalah:
a) Rantai.
b) Gelang tangan (kecuali bagi tujuan perubatan hukumnya harus).
c) Gelang kaki.
d) Cincin (yang dibuat daripada emas).
e) Anting-anting.
Pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita ini tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
2. MEMAKAI GELANG DAN CINCIN BAGI LELAKI
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan lelaki memakai gelang.
Syeikh Zakariyya Al-Ansari berkata bahawa diharuskan bagi seorang lelaki memakai cincin perak kerana mengikut Rasulullah SAW, bahkan hukumnya adalah sunat, namun lelaki tidak boleh memakai gelang dan tidak halal baginya, meskipun gelang tersebut diperbuat daripada perak.
Hal ini kerana memakai gelang itu mempunyai unsur kewanitaan dan ia tidak layak dan sesuai dengan sifat seorang lelaki.
(Rujuk Fatawa Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali, hlm. 30; Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/444 dan Asna Al-Matolib 1/379).
3. BARANG PERHIASAN DARI EMAS UNTUK LELAKI
Kaum lelaki diharamkan untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga dengan memakai cincin emas bagi lelaki juga jelas pengharamannya melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
أَنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.”- (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah SAW pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda SAW mencabut cincin tersebut dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda SAW bersabda:
Namun dalam isu ini terdapat beberapa pengecualian, antaranya ialah fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau rawatan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
1. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
2. Tidak terdapat unsur najis padanya.
3. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
4. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
5. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Bagi lelaki yang memakai gelang untuk tujuan perubatan, adalah lebih baik tidak memakainya di tempat awam secara terbuka atau menghebahkannya di media sosial supaya mengelakkan fitnah terhadap pemakai, kerana melakukan sesuatu yang mendatangkan fitnah adalah makruh.
‘Suami liat nak solat.’ Isteri kena tegur walaupun kena maki, jangan putus asa, malah semakin kerap tegur hingga suami berubah dan terbuka hati.
Sememangnya setiap dari kita mengidamkan pasangan yang alim serta menjaga amal, ibadat terutamanya bab solat kerana solat itu adalah tiang agama. Jika solat pun tidak, bagaimana ibadat-ibadat yang lain, pasti diambil ringan juga. Masyallah, minta dijauhkan.
Ikuti perkongsian Ustaz NoorHafiz menerusi video TikToknya, semoga perkongsian ini dapat memberi sinar kepada mereka yang berdepan konflik begini.
Ramai yang mengadu keluarga yang mereka sayangi tidak mendirikan solat terutamanya solat fardu lima waktu.
Ada di kalangan mereka yang menyatakan isteri mereka tidak mendirikan solat. Malah ada di kalangan mereka yang mengatakan anak-anak mereka tidak solat.
Tak ketinggalan, ada juga di kalangan mereka yang menyedihkan apabila suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga tidak melaksanakan solat yang sepatutnya. Sepatutnya suami yakni ketua keluara membimbin g keluarga.
Namun sebaliknya pula yang berlaku, isteri dan anak-anak solat tapi ketua keluarga mereka yang tak mendirikan solat. Apa yang perlu kita lakukan, sekiranya kita berada di tempat atau posisi keadaan ini.
Pertama, kita jangan putus asa, sentiasalah kita menyeru ahli keluarga tersebut untuk mendirikan solat. Ajaklah mereka walaupun mereka tak solat, sentiasa ajak mereka secara berhikmah.
Manakala yang kedua, jangan kita putus asa untuk mendoakan kepada mereka. Moga-moga dengan asbab kita lakukan dua perkara ini, satu hari nanti, mereka akan dapat bersama-sama kita mendirikan solat terutamanya solat fardu lima waktu.
Dalam masa yang sama, saya turut mendoakan yang berada dalam situasi atau masalah ini, moga-moga Allah SWT memberi hidayah kepada ahli keluarga kita dan dapatlah kita bersama-sama mendirikan solat dan seterusnya kita dan mereka bahagia, gembira bukan saja di dunia tapi di akhirat sana juga.
Ternyata masalah ini turut di hadapi oleh beberapa warganet, mereka meluahkan rasa apabila usaha mereka menegur suami atau pasangan untuk mendirikan solat masih belum menunjukkan hasil. Ini luahan mereka
Closed
Betul….rasa sedih. Nak tegur, tapi kena maki.
Noni
Saya sudah putus asa, katanya hati belum terbuka..
Azlina6218
Berdoa agar semua ahli keluarga mendirikan solat dan tidak meninggalkan solat.
Emalia83
Saya pun tak berputus asa ustaz… Menegur anak dan suami, tapi memang rasa sedih kalau cakap kita pun anak tak dengar.
Kashoorga Semoga mereka yang berdepan dengan situasi ini terus bersabar dan tak putus asa menasihati pasangan dan anak-anak.
‘Anak kecik lagi, buat apa pakai tudung.’ Ajar dari awal, allah muliakan perempuan yang jaga rambutnya sebab rambut wanita itu adalah aurat.
Biarpun ramai yang lebih senang anak kecil tidak berhijab kerana belum akil baligh, namun sebenarnya adalah lebih baik melentur buluh dari rebungnya. Sejak anak kecil, biasakan mereka pakai tudung bila keluar rumah atau ada bukan mahramnya.
Bapa ini, Ustaz Abu Hurairah Roslan, berpendapat bahawa sejak kecil anak perlu dididik untuk menjaga aurat iaitu menutup rambutnya. Kongsinya,
“Haah. Kita ada sukan ni. Ayah, kita panas sangat! Kita kadang rasa tak tahan”
Ya.
Arwaa bersekolah di SJKC. Memang ujian yang amat berat dia bersekolah di situ. Bermula dengan menghadam sistem persekolahan yang penuh disiplin, pertuturan yang sepenuhnya bahasa cina dan english.
Namun, dengan bimbingan dari isteri yang amat komited, dia berjaya harungi semuanya dari awal persekolahan.
Masa sikat rambut arwaa, saya sebutkan ini.
“Arwaa, rambut wanita ni adalah anugerah dan mahkota bagi perempuan. Maksudnya, Allah memuliakan orang perempuan yang jaga rambutnya. Rambut ni aurat”
Dia angguk.
“Kalau arwaa panas, arwaa buat apa?”
“Kita minta izin cikgu, kita masuk bilik air jap. Buka tudung, basuh muka. Pastu kita masuk kelas balik. Cikgu cina kita pun faham”
Alhamdulilah.
Mungkin orang akan kata anak tu kecil lagi. Buat apalah nak pakai tudung. Tunggu besar tahulah dia nak pakai.
Bagi saya, tidak.
Masa kecil inilah latihan untuk jiwa dan untuk menguatkan agama. Supaya dia tahu apa yang dia lakukan itu Allah suka. Allah sayang. Allah menjaganya jika dia berusaha menjaga diri dan agama.
“Kawan cina pun kata, awak boleh tahan panas ya pakai tudung? Kita senyum saja.”
Bila kawan cina dia kata bukalah tudung, kita kata tak boleh. Ni aurat kita.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...