Kehidupan pasangan suami isteri pastinya akan jadi lebih berwarna-warni dengan kehadiran cahaya mata. Kehadiran anak adalah satu anugerah dan tanggungjawab yang perlu setiap ibu bapa ambil dengan penuh kesyukuran.
Besar tanggungjawab itu kerana dengan didikan yang baik boleh mencorak masa depan anak-anak menjadi insan yang baik.
Akan tetapi setiap kanak-kanak itu berbeza personalitinya. Jadi membesarkan anak-anak pastinya tidak sama antara satu sama lain.
Berbicara dengan anak merupakan proses yang penting dalam pembentukan keperibadiannya.
Nabi SAW berpesan mafhumnya “berbicaralah dengan manusia menurut kadar pemikiran dan aqal mereka” HR Muslim.
Ads
Mendalam sungguh makna hadis ini. Sebagai ibu bapa pengajaran dari hadis yang boleh kita ambil untuk jadikan panduan keibubapaan ialah:
1. Mendengar lebih utama sebelum berbicara dengan mereka.
2. Fahami situasi dan keadaan anak sebelum membuat tanggapan.
Ads
3. Memilih perkataan dan ayat yang sesuai dengan kefahaman mereka.
4. Perbezaan antara anak-anak adalah rahmat daripada ALLAH yang akan saling melengkapi dalam keluarga.
Ads
5. Akal anak yang berbeza menambahkan lagi kemahiran keibubapaan kita dan kemahiran berurusan dengan manusia.
6. ALLAH tahu kita sebagai ibu bapa mampu menghadapinya.
7. Mendengar suara anak meliputi suara hatinya, suara akalnya dan suara tenaganya.
8. Fahami bahawa anak-anak merupakan tanda-tanda kebesaran ALLAH.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Kasih bapa sepanjang masa.’ Ayah ini sanggup berumah dalam kereta demi anak tercinta. Baginya biarlah dia bersusah, asalkan dia berada dekat dengan anak dan isterinya yang berada di wad.
Benarlah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itu perumpamaan tepat buat Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak, bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.
Anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.
Sebelum itu tular video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB.
Menurut bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.
Terangnya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.
“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.
“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” katanya.
Tambah Adi yang bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.
Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.
“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.
“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).
“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.
Demi Anak Tercinta
Jelas Adi, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).
“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.
“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.
“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumor dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.
‘16 tahun tak jumpa.’ Doakan ibu ini, bersatu kembali dengan tiga anaknya yang sudah bertahun tidak bersua muka. Tidak dapat bayangkan perasaan rindu yang ditanggung wanita tua ini.
Apatah lagi di usia-usia senja, pasti mengharapkan kehadiran anak dan cucu di sisi. Setahun pun lama, apatah ini 16 tahun, bukan satu jangka waktu yang pendek.
Ikuti kisah sedih ibu ini yang dikongsikan Ustaz Abu Abbas Muhammad Shahir.
16 tahun tak mesej apatah lagi jumpa.
Malam ini setelah solat witir, datang seorang makcik ini dan katanya:
“Ustaz, masuk 10 malam terakhir ini tolong doa supaya saya dapat jumpa anak-anak saya. Saya dah rindu mereka”
Saya: “Semua berapa orang anak? Bila last jumpa tu”?
Makcik: ” Semua 3 orang , mereka semua ada anak-anak dah. Sejak 2007 saya tak jumpa mereka”
Saya: ” Mereka mesej makcik tak”?
Makcik: “Tak pun Ustaz. Saya sebagai ibu mereka saya maafkan mereka, tapi sekarang dah rindu mereka sangat-sangat. Terasa bahagia nampak gambar-gambar mereka.”
Saya: ” Astaghfirullah, dari tahun 2007 sehingga sekarang, 16 tahun dah, satu orang pun tak mesej”
Makcik: “Itulah Ustaz, tapi ni ujian saya. Rasulullah lagi berat ujiannya kan Ustaz. Saya ambik semangat yang Ustaz bagi, Ustaz suruh baca sirah. Kisah-kisah sirah Rasulullah ﷺ yang menjadi pengubat duka dan pulih semangat.
Tidak apa Ustaz tolong doakan, saya hendak jumpa anak-anak saya. Cucu pun hendak tengok sekali.”
Saya sebak terus, tapi makcik ini kuat dengan ujiannya melalui pembacaan sirah baginda Nabi ﷺ.
Tolong doakan makcik ini ya.
Kepada anak-anak makcik ini, tolonglah jumpa ibu kamu yang sedang merindui kalian. Sanggup buat begini pada ibu tercinta ya.
Kita jangan buat begini pada ibu kita ya. Ampun maaf banyak Mak Abah salah silap kami semua.
Menurut cerita wanita ini, anak-anaknya dipesan oleh bekas suami tak bagi jumpa ibu. Maka, sampai sekarang bukan setakat jumpa, mesej pun tak dengan ibu mereka. Sang ibu ni teringat sungguh pada anak-anak
Al-Imam Ad-Dabbaq رحمه الله berkata:
نتيجة عقوق الوالدين أربعة أمور:
أحدها ان الدنيا تذهب عنه وتبغضه
ثانيها : أن الله يصرف قلوب مجالسيه عن الإستماع إلى كلامه
ثالثها : أن الأولياء لاينظرون إليه نظر رحمة ولا يترقى أبدا
رابعها : أن نور إيمانه لا يزال ينقص شيئاً فشيئا.
1) Dunia menjauhinya dan memusuhinya (iaitu sempit rezekinya).
2) Allah jauhkan hati-hati orang yang di dalam majlis dari mendengar ucapannya.
3) Para Auliya tidak memandang padanya dengan pandangan rahmat dan tidak dinafikan darjat selama-lamanya.
4) Bahawa cahaya imannya akan berkurang sedikit demi sedikit.
ونتيجة رضا الوالدين أربعة أمور هي الأضداد للسابقة:
تحبه الدنيا، ويحلو كلامه بين الناس، ويحنن الله عليه الأولياء، ولا يزال إيمانه يزيد شيئا فشيئا
والله الموفق.
Manakala balasan bagi mereka yang diredhai ibu ayah adalah lawan bagi perkara di atas iaitu:
1) Dunia suka kepadanya (bukan dia suka dunia)
2) Ucapannya diterima oleh manusia
3) Allah jadikan para Auliya mengasihinya
4) Dan imannya sentiasa meningkat sedikit demi sedikit
والله الموفق
‘Gaji masuknya banyak tapi sentiasa tak cukup.’ Puncanya bila kita kurang memberi, jarang bersedekah. Begitulah kehidupan, jangan hanya menjadi orang menerima sahaja.
Kadang-kadang kita juga harus memberi dan percayalah banyak kita bersedekah lebih banyak Allah akan balas. Sedekah ini kadang-kadang ajaib, di saat kita memerlukan pasti Allah mudahkan melalui jalan yang tak disangka-sangka.
Tak bermakna hari ini bersedekah, hari ini kita digandakan rezeki melimpah-ruah. Bila dan di mana itu adalah rahsia Allah. Tetapi percayalah kuasa sedekah ini cukup berbeza.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan ketahui kebaikan dalam bersedekah:
Gaji kita kalau tak berkat, selalu sahaja bocor. Masuknya banyak tapi sentiasa tak cukup. Ada sahaja yang berlubang.
Itulah bocor.
Antara sebabnya adalah kita kurang memberi. Kurang bersedekah.
Memberi yang utama ke keluarga sendiri dulu. Ibu bapa, isteri dan anak-anak. Adik beradik yang kurang berkemampuan.
Bila mak kata nak ada nak repair dapur rumah sikit, kita kata tak ada duit. Esoknya elok saja kita modify sound system kereta. Beribu pula tu.
Isteri minta nak beli baju baru, kita kata belum gaji. Sebelum gaji keluar elok pula kita belanja kawan makan steak. Yihhh mahal gais.
Utamakan yang utama, percayalah kita akan dilimpahkan rezeki yang lebih nanti.
Begitulah.
Warganet turut bersetuju dengan perkongsian dan percaya bila kita bersedekah, rezeki akan bertambah dan bukannya berkurang. Kongsi mereka:
Lizaliyana Ramli
Gaji tak cukup sebab expenses melebihi gaji. Ermmm, tak tahu mana silap dan tak tahu gaji berapa banyak baru cukup..
Selagi tak utamakan yang utama,memang sampai ke sudahlah, tak akan cukup. Bukan senang jadi lelaki. Malah bukan susah nak senang.#ytjt
Jalilah Samin
Terima kasih Ustaz, insyallah, doakan kami dimurahkan rezeki untuk lebih banyak memberi..
Aminur Fathi
Kereta rosak, rumah rosak macam-macam, anak bini asyik sakit. Itu juga tanda rezeki tak berkat. Tapi ada yag kata tu ujian… hahaha
Azliza Az
Betul, suami saya hari-hari hantar saya datang kerja dari asbab tu dia dapat banyak customer hari-hari bisnes dia… Alhmdulillah
Aminur Rashid
Bocor paling dahsyat sebab tak sembahyang dan melewat-lewatkannya.