‘16 tahun tak jumpa.’ Doakan ibu ini, bersatu kembali dengan tiga anaknya yang sudah bertahun tidak bersua muka. Tidak dapat bayangkan perasaan rindu yang ditanggung wanita tua ini.
Apatah lagi di usia-usia senja, pasti mengharapkan kehadiran anak dan cucu di sisi. Setahun pun lama, apatah ini 16 tahun, bukan satu jangka waktu yang pendek.
Ikuti kisah sedih ibu ini yang dikongsikan Ustaz Abu Abbas Muhammad Shahir.
16 tahun tak mesej apatah lagi jumpa.
Malam ini setelah solat witir, datang seorang makcik ini dan katanya:
Doakan Ibu Ini
“Ustaz, masuk 10 malam terakhir ini tolong doa supaya saya dapat jumpa anak-anak saya. Saya dah rindu mereka”
Saya: “Semua berapa orang anak? Bila last jumpa tu”?
Makcik: ” Semua 3 orang , mereka semua ada anak-anak dah. Sejak 2007 saya tak jumpa mereka”
Saya: ” Mereka mesej makcik tak”?
Ads
Makcik: “Tak pun Ustaz. Saya sebagai ibu mereka saya maafkan mereka, tapi sekarang dah rindu mereka sangat-sangat. Terasa bahagia nampak gambar-gambar mereka.”
Saya: ” Astaghfirullah, dari tahun 2007 sehingga sekarang, 16 tahun dah, satu orang pun tak mesej”
Bersatu Kembali
Makcik: “Itulah Ustaz, tapi ni ujian saya. Rasulullah lagi berat ujiannya kan Ustaz. Saya ambik semangat yang Ustaz bagi, Ustaz suruh baca sirah. Kisah-kisah sirah Rasulullah ﷺ yang menjadi pengubat duka dan pulih semangat.
Tidak apa Ustaz tolong doakan, saya hendak jumpa anak-anak saya. Cucu pun hendak tengok sekali.”
Saya sebak terus, tapi makcik ini kuat dengan ujiannya melalui pembacaan sirah baginda Nabi ﷺ.
Dengan Tiga Anaknya
Tolong doakan makcik ini ya.
Kepada anak-anak makcik ini, tolonglah jumpa ibu kamu yang sedang merindui kalian. Sanggup buat begini pada ibu tercinta ya.
Ads
Kita jangan buat begini pada ibu kita ya. Ampun maaf banyak Mak Abah salah silap kami semua.
Menurut cerita wanita ini, anak-anaknya dipesan oleh bekas suami tak bagi jumpa ibu. Maka, sampai sekarang bukan setakat jumpa, mesej pun tak dengan ibu mereka. Sang ibu ni teringat sungguh pada anak-anak
Balasan mereka yang derhaka kepada ibu dan ayah.
Al-Imam Ad-Dabbaq رحمه الله berkata:
نتيجة عقوق الوالدين أربعة أمور:
أحدها ان الدنيا تذهب عنه وتبغضه
ثانيها : أن الله يصرف قلوب مجالسيه عن الإستماع إلى كلامه
ثالثها : أن الأولياء لاينظرون إليه نظر رحمة ولا يترقى أبدا
رابعها : أن نور إيمانه لا يزال ينقص شيئاً فشيئا.
4 balasan bagi mereka yang menderhakai ibu ayah:
1) Dunia menjauhinya dan memusuhinya (iaitu sempit rezekinya).
2) Allah jauhkan hati-hati orang yang di dalam majlis dari mendengar ucapannya.
3) Para Auliya tidak memandang padanya dengan pandangan rahmat dan tidak dinafikan darjat selama-lamanya.
Ads
4) Bahawa cahaya imannya akan berkurang sedikit demi sedikit.
ونتيجة رضا الوالدين أربعة أمور هي الأضداد للسابقة:
تحبه الدنيا، ويحلو كلامه بين الناس، ويحنن الله عليه الأولياء، ولا يزال إيمانه يزيد شيئا فشيئا
والله الموفق.
Manakala balasan bagi mereka yang diredhai ibu ayah adalah lawan bagi perkara di atas iaitu:
1) Dunia suka kepadanya (bukan dia suka dunia)
2) Ucapannya diterima oleh manusia
3) Allah jadikan para Auliya mengasihinya
4) Dan imannya sentiasa meningkat sedikit demi sedikit
والله الموفق
Viral mengenai tindakan model wanita berpakaian pengantin mengambil gambar di sebuah perkuburan bukan Islam di Batu Pahat Johor.
Malah kisah ini turut mengundang kemarahan netizen kerana dianggap tiada menjaga sensitiviti umat Islam dan seolah-olah mempersenda penganut agama lain.
Perkara ini turut mendapat perhatian Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman yang memberi pandangan mengenai perkara ini.
Menurut beliau, tiada larangan mengambil gambar di mana saja selagi tidak mendedahkan aurat dan melanggar syariat Islam.
Namun tambanya lagi, biarlah suasana gambar itu diambil tidak menjadi penyebab fitnah.
Malah sebagai Muslim penting untuk menjaga tingkah laku dan adab terutama ketika berada di tanah perkuburan Islam atau penganut lain.
“Di mana-mana saja boleh bergambar kerana tiada larangan dalam soal itu dengan syarat tidak nampak seperti memburukkan Islam atau merestui kepercayaan agama lain.
“Bagaimanapun, jika aktiviti itu cenderung membawa fitnah, lebih baik dielakkan.
“Ini kerana kita dituntut menjaga adab dan perbuatan termasuk ketika berada di kawasan perkuburan bukan Islam kerana Rasulullah sendiri menghormati penganut agama lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Portal Harian Metro turut melaporkan mengenai permohonan maaf pemilik butik, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, yang mengakui kesilapannya memuat naik gambar dan mengadakan sesi fotografi di kawasan perkuburan bukan Islam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kasih seorang isteri tiada galang gantinya. Walau dalam keadaan agak uzur namun Kalsom Abdullah berkali-kali mengajak anak-anak mencari suaminya, Ku Shuib Ku Abdullah, 91 yang masih tidak ditemui selepas tragedi kepala air yang berlaku di Gunung Jerai sebelum ini kerana kata isteri ini, “suaminya sedang menunggu dirinya di situ”.
Ternyata firasat itu tepat kerana di sebalik timbunan kayu itulah jenazah bekas imam yang terbaring uzur sebelum itu ditemui terperangkap di sebalik timbunan kayu-kayu itu. Biar sudah lima hari kejadian berlaku, namun saat ditemui oleh anggota keselamatan, mayat bekas imam ini masih sempurna dan dalam keadaan mengadap kiblat. Masya Allah.
Dalam satu perkongsian dari Utusan Malaysia semalam, hal ini dikongsikan oleh anak imam berkenaan Ku Ahmad Husaini Ku Shuib, 59 tahun.
“Ibu saya bagi tahu dia nak pergi ke lokasi tempat mayat ayah ditemukan hari ini sejak semalam lagi. Ibu saya kata ayah saya tunggu dia di kawasan tersebut”.
Itu cerita Ku Ahmad Husaini Ku Shuib, 59, yang merupakan anak kepada Ku Shuib Ku Abdullah, 91, iaitu mangsa kepala air di Gunung Jerai yang ditemukan mati di sebuah kawasan chalet di Batu Hampar di sini pada pukul 3.23 petang ini.
Menurut Ku Ahmad Husaini, ibunya, Kalsom Abdullah, 85, beberapa kali mengajak anak-anaknya membawanya ke kawasan tempat arwah ditemukan mati di bawah timbunan kayu itu.
Katanya, bagaimanapun dia tidak membawa ibunya ke tempat tersebut kerana keadaannya yang uzur.
“Bagaimanapun, saya dan beberapa ahli keluarga pergi mencari ayah di kawasan tersebut namun tidak ditemukan. Saya terkejut apabila dimaklumkan mayat ayah ditemukan di kawasan yang telah saya cari sebelum ini.
“Firasat ibu saya tepat apabila mayat ayah saya berada di lokasi tersebut,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan di sini hari ini.
Mayat Ku Shuib yang merupakan bekas imam Masjid Yan di sini merupakan mayat kelima yang ditemukan selepas kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu.
Sekumpulan anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat warga emas itu di bawah timbunan kayu di tempat tersebut pada pukul 3.23 petang.
Mayat warga emas itu ditemukan dalam keadaan baik walaupun dihanyutkan arus deras bersama bongkah batu dan kayu dalam tragedi kepala air itu.
Selain itu, Ku Ahmad Husaini yang tinggal di Selayang, Selangor berkata, dia juga percaya mayat bapanya juga berada di kawasan itu kerana katil dan tilam serta kenderaan keluarganya juga ditemukan di lokasi berkenaan.
Tambahnya, dia bersyukur mayat bapanya ditemukan selepas lima hari hilang akibat dibawa arus deras dalam tragedi itu.
“Alhamdulillah mayat ayah ditemukan, ada kubur arwah ayah saya untuk anak-anak ziarah,” katanya. Sumber : Utusan Malaysia
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salah satunya adalah dengan melakukan sedekah Subuh. Apakah yang dimaksudkan dengn sedekah Subuh dan kenapa dipanggil begitu.
Perkongsian dari Ahliya Fariza ini menerangkan apa yang dimaksudkan dengan sedekah Subuh dengan nilai RM1 saja.
SEDEKAH SUBUH
Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.
Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”
Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”
Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.
“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”
“Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tuaku”
“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”, contoh2nya..
Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.
Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.
Qada solat atau solat sunat, mana satu yang lebih utama dilakukan? Ini mungkin persoalan buat mereka yang banyak meninggalkan solat satu ketika dahulu namun...