Ketokohan beliau dalam menyampaikan ilmu serta dakwahnya amat disegani. Apa saja perbuatan baik yang dilakukan menjadi ikutan serta amalan harian.
Ternyata keperibadian Menteri Agama yang dulunya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memang sangat disegani ramai.
Beliau gemar melayan warganet yang ingin bertaya apa juga soalan berkaitan hukum akidah atau fiqah atau perkara lain di laman twitternya.
Ads
Dalam satu posting laman sosial twitter, seorang pengguna ada memberitahu doa yang sering beliau baca setiap kali mengakhiri ucapannya.
Rupanya adalah doa mengelak wabak. Dan sangat bagus untuk kita amalkan dalam saat penularan wabak merbahaya, COVID-19 ini.
Ads
Maksud doa ini adalah:
Ads
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mungkin ada sebahagian kita kurang kenal siapakah Bacharuddin Jusuf Habibie atau nama popularnya BJ Habibie. Beliau merupakan Presiden ketiga Indonesia menggantikan Presiden Suharto pada Mac 1998. Sosok tubuhnya kecil namun, kepintarannya dan kegenesiuannya tidak boleh dipertikai.
Beliau yang dikenali sebagai Mr. Crack kerana kegeniusannya dalam bidang penerbangan memang sangat dikagumi di Jerman, negara di mana dia melanjutkan pelajaran.
Namun kepintaran jurutera aeronautikal ini sebenarnya mempunyai cerita menarik yang perlu kita ingat dan semestinya amalkan kerana BJ Habibie sendiri adalah bukti akan kebesaran Allah SWT sang Pencipta. Baca petikan cerita ringkas tentang bagaimana BJ Habibie muncul sebagai ‘manusia sains’ yang genius.
Ada seorang pelajar lelaki, Habibie namanya. Beliau pelajar terbaik dari asia. Beliau dihantar ke sebuah universiti di Jerman. Di universiti Jerman ini, beliau sentiasa dapat tempat ketiga. Tidak pernah dapat tempat pertama. Peliknya, kedudukan pertama dan kedua adalah daripada bangsa Yahudi.
Beliau tertanya-tanya, “Kenapa aku tak mampu kalahkan mereka berdua? Sedangkan aku ini pelajar terbaik dari Asia? Apa rahsia mereka berdua hingga menjadi pelajar paling pintar?”
Habibie mencari jalan bagaimana mahu mengorek rahsia mereka berdua. Habibie pun berkawan dengan yahudi berdua itu. Habibie memberitahu mereka berdua “Aku mahu tumpang kamu berdua ke asrama, boleh?”
Mereka benarkan. Minit demi minit, jam demi jam silih berganti. Habibi memerhati kelakuan mereka. Dari pagi sampai malam beliau bersabar. Tetapi tiada apa-apa perkara pelik yang kedua-dua Yahudi ini lakukan.
Tiba waktu malam, mereka tidur. Habibie turut tidur dalam mood tertanya-tanya. Tiba-tiba, jam 2 pagi, pada 1/3 malam akhir, Habibie tersedar. Habibi lihat kedua-dua yahudi ini bangun, mandi, bersihkan diri.
Kemudian mereka membuka sebuah buku. Mereka membacanya dengan penuh asyik. Habibie bangun dari tempat tidur, dekati kedua-dua pemuda Yahudi itu. Terkejut Yahudi itu dan segera menyorokkan buku yang dibaca. “Apa yang kamu baca?” “Tiada apa-apa.”
Habibi tak puas hati, lalu mendesak kedua-dua yahudi itu perlihatkan buku yang dibaca. Akhirnya mereka tunjukkan buku yang dibaca itu. Terkejut Habibi, buku itu adalah Al-Quran!
“Kenapa kamu membaca al-Quran?” “Kami baca kerana kami percaya di dalamnya penuh dengan ilmu. Ketika kami baca pada 1/3 malam akhir, sel-sel otak kami terangsang. Ketika itu, otak kami akan berada pada tahap terbaik,” jelas salah seorang pemuda Yahudi itu.
“Kerana itulah kami menjadi orang pintar dan cerdik. Kamu umat Islam tinggalkan Al-quran, kerana itulah kamu menjadi sebodoh-bodoh umat.”
“Jika kamu umat Islam berpegang pada al-Quran, nescaya kamu akan menjadi sebijak-bijak manusia, bahkan lagi hebat daripada kami bangsa Yahudi.”
Terdiam Habibi. Tiada kata-kata nak diluahkan kerana saat itu berasa seperti baru tersentak dari lamunan. Menangis Habibie kerana kata-kata Yahudi tersebut.
Selepas kejadian tersebut, Habibi jadikan membaca al-Quran sebagai rutin. Beliau bangun malam, mandi, bersihkan diri, tahajjud dan membaca Al-Quran. Selepas itu, setiap kali peperiksaan, beliau akan mendapat tempat pertama.
Akhirnya, beliau menjadi pakar kapal terbang dan digelar “MR Crack”, kerana geniusnya beliau dalam bidang penerbangan Ketika berusia 32 tahun, beliau mencipta “crack progression theory” @ “Teori Habibie.” Dan mungkin atas faktor kecerdsan otaknya jugalah, beliau menjadi Presiden ke-3 Indonesia
Kashoorga : Apa yang kita rasa sekarang? Lahir sebagai Islam tetapi jarang membaca al-Quran? Sedekahkan surah umul kitab Al-Fatihah buat BJ Habibie
“Doakan kami mampu menjadi ibu bapa yang baik.’ Pelakon dan usahawan popular, Neelofa selamat melahirkan anak lelaki keduanya pada Selasa, 11 Julai lalu.
Tahniah Neelofa dan PU Riz atas kehadiran cahaya mata kedua. Rata-rata pengikut Neelofa turut teruja dengan berita ini dan dalam masa yang mendoakan yang baik-baik buat keluarga kecil ini.
Memetik laporan Kosmo Online, selepas seminggu dilahirkan, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor itu memaklumkan anak keduanya itu selamat dilahirkan dalam keadaan sihat dan diharap membesar sebagai anak yang soleh dah berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa.
“Alhamdulillah tanggal 11 Julai 2023 pukul 10:30 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.”
“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat. Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cergas, diberi kesihatan dan umur panjang,” kongsi kepada penceramah bebas PU Riz itu dalam Instagram hari ini.
Di samping itu, Neelofa menitipkan doa agar dirinya dan suami, Haris Ismail menjadi ibu bapa baik buat anaknya yang baru sahaja lahir.
“Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Neelofa turut memaklumkan akan mengumumkan nama anaknya selepas hari ketujuh bayi lelaki itu dilahirkan.
Sebelum ini, tular pelakon filem Azura 2012 itu sudah melahirkan anak kedua awal Julai lalu kerana hadir ke hsopital tetapi segera menangkis dakwaan tersebut.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Realiti kehidupan pada hari ini ialah anda kena kukuh dalam kewangan. Bukan hendak mengajar anda jadi mata duitan, tetapi inilah hakikat sebenar.
Tanpa kewangan yang mencukupi, kehidupan berumah tangga boleh jadi porak-peranda.
Ya, memang wang bukan segala-galanya. Namun segala-galanya memerlukan wang. Nak kahwin kena ada wang, nak makan kena ada wang, nak minum kena ada wang. Nak bersalin pun kena ada wang.
Jadi, kalau anda hanya ada cinta sahaja, itu tidak memadai. Anda kena lengkapkan cinta dengan usaha untuk mendapatkan wang.
Persiapkan diri anda dengan wang untuk berkahwin. Barulah nampak ada usaha hendak menjadikan anak dara orang sebagai pasangan.
Selain cinta yang mekar di dada, apa lagi keperluan untuk melengkapkan cinta anda itu?
MATANG BERFIKIR
Dalam sebuah perkahwinan, perkara yang lebih penting berbanding cinta adalah kematangan akal untuk berfikir. Anda perlu matang untuk membuatkan cinta itu seimbang dengan akal. Hal ini akan membantu anda membuat keputusan.
Jangan terlalu ikut perasaan. Emosi kita cuma sementara. Jika suatu hari nanti perasaan cinta anda semakin pudar, kematangan akal andalah yang akan jadi penyelamat kerana perkahwinan yang bahagia perlukan pasangan yang sama-sama matang apabila terpaksa hadapi cabaran.
TANDA FIKIRAN SUDAH MATANG
Anda dikatakan matang apabila anda mampu ketepikan emosi di saat genting. Anda matang apabila anda mampu lihat hikmah di sebalik setiap ujian. Anda matang apabila anda mampu sabar ketika syaitan berbisik. Anda matang apabila anda belajar dan terus belajar, walaupun sudah banyak yang anda lihat di sekeliling anda setiap hari.
Sebelum memikul tanggungjawab sebuah perkahwinan, silalah matangkan diri terlebih dahulu.
PENTINGNYA KEWANGAN
Ada sesetengah individu beranggapan wang tidak penting sebaliknya cinta yang penuh di dada itu lebih penting. Katanya rezeki orang yang berkahwin itu lebih murah. Hakikatnya, rezeki itu perlu diusahakan. Rezeki takkan datang bergolek.
Selepas kahwin, banyak lagi cabaran yang bakal datang. Konflik rumahtangga, ipar duai, perihal tempat tinggal, anak-anak, kawan-kawan atau majikan yang tak memahami. Sebuah perkahwinan perlu dipertahankan dengan adanya sikap saling setia, jujur dan tanggungjawab.
Justeru sila penuhkan dada dengan ilmu rumahtangga. Cinta kena kukuh dan dalam masa yang sama gigihlah berusaha untuk mencari wang demi menjaga keharmonian rumahtangga anda. Cinta sahaja tak cukup kalau mahu rumah tangga bahagia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?