Anak Muda Hiking Tunai Solat Pakai Kasut, Ada Yang Persoal Sah Ke?

Tular satu video di aplikasi TikTok sekumpulan anak muda sedang bersolat dalam keadaan memakai kasut ketika melakukan akiviti hiking.

Ramai yang mempersoal malah meragui kesahihan solat ini? Adakah boleh melakukan solat dengan memakai kasut.

Isu ini mendapat respons dari Ustaz Dr Kamilin Jamilin yang Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis.

Memulakan penjelasannya beliau terlebih dahulu memuji kumpulan anak muda ini yang tidak meninggalkan kewajipan bersolat meski sedang melakukan aktiviti lasak di dalam hutan.

@abuz_santai Jawab dulu, nanti aq pin komen yg betul #northaceadventure #hikingmalaysia #aktivitiweekend #bahaayamstong #dabong ♬ original sound – Abuz

Tak pelik

Memberi penerangan tentang isu yang dibangkitkan yakni solat dengan memakai kasut katanya tiada yang pelik tentang perlakuan ini bahkan ia digalakkan dalam keadaan tertentu.

“Solat pakai kasut ini tak pelik pun bahkan digalakkan dalam keadaan yang tertentu seperti kawasan tersebut berbatu, penuh tanah.

Perkara ini juga yang dilakukan oleh para nabi dan sahabat. Ini kerana masjid zaman itu tiada lantai tiles, marmar yang ada cuma batu-batu kecil, tanah serta pasir,”katanya.

Ads

Nabi pun solat pakai kasut

Bahkan ada satu hadis Abi Daud yang menunjukkan Nabi sendiri solat dengan memakai kasut. Dari Abu Sa’id al-Khudri, beliau berkata:

“Rasulullah ﷺ solat bersama para sahabatnya, lalu baginda menanggalkan kedua sandalnya dan mereka pun ikut menanggalkannya. Setelah selesai, Rasulullah ﷺ bertanya:

‘Kenapa kamu semua menanggalkan kasut kamu?’

Mereka menjawab, ‘Kami lihat engkau menanggalkannya maka kami ikut.’

Rasulullah bersabda:

Ads

‘Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahu bahawa pada kasutku ada najis, maka aku pun menanggalkannya. Maka jika seseorang dari kamu datang ke masjid, lihatlah kasutnya. Jika ada najis padanya, bersihkanlah. Kemudian bolehlah dia solat sambil memakainya.’” (HR Abu Dawud no. 650, dinilai hasan oleh al-Albani)

Dalam hadis ini Nabi ingin memberitahu jika kasut tiada najis tak perlulah membukanya.

Malah dalam hadis lain Nabi sendiri menggalakkan solat memakai kasut. Nabi SAW bersabda:

خَالِفُوا الْيَهُودَ فَإِنَّهُمْ لاَ يُصَلُّونَ فِي نِعَالِهِمْ ، وَلاَ خِفَافِهِمْ

Ads

Maksudnya: “Berbezalah dengan orang Yahudi kerana sesungguhnya mereka tidak mendirikan solat dengan memakai kasut atau khuf mereka.”

“Maksud hadis ini ketika zaman kita boleh solat sepatu atau khuf disebabkan lantainya Nabi SAW galakkan sahabat menyelisihi cara solat orang Yahudi.

“Maka solat dengan memakai kasut adalah tak pelik. Boleh saja memakai kasut bahkan digalakkan dalam keadaan tertentu antaranya seperti di hutan. Apa yang penting pastikan kasut tiada najis,” jelas Ustaz Dr. Kamilin

Namun akhirinya jika di tempat seperti masjid yang sudah tersedia lantai yang elok, dan berkarpet tak perlulah pakai kasut demi meraikan kebersihan dan jemaah solat yang lain.

Sumber: Dr Kamilin Jamilin

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads