Bagai Merpati Dua Sejoli, Pengantin Warga Emas Ini Kahwin Lagi Sebab Mahu Ada Peneman Hingga Nafas Terakhir

Share

Tidak dinafikan cinta pandang pertama itu memang sangat indah. Saat sah ikatan suami isteri, mahu saja kita terus mengikat janji untuk sehidup semati till jannah. Namun soal rezeki, jodoh dan maut itu di tangan Tuhan.

Siapalah kita mahu menolak qadak dan qadar yang telah ditentulan olehNya. Kita mengharapkan pasangan kita ini kekal hingga ke akhir hayat, tetapi perlu menerima hakikat jika salah seorang pergi dulu.

Walau bagaimanapun, tidak salah untuk mencari cinta baru bagi peneman di hati tua. Seperti perkongsian seorang jurugambar ini Nash Nasrul melalui laman sosial Facebook di mana dia memberitahu salah seorang kliennya adalah pasangan warga emas.

Dan yang sweet

nya, apabila ditanya kenapa mahu berkahwin lagi dalam usia begini, jawapannya buat kita mahu senyum sampai telinga.

Hari ini dalam sejarah.
Pengantin lelaki(D) 74 tahun
Pengantin perempuan(J) 67 tahun

Bile ditanye mengapa nk kawin,
Jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang,lama dah…kena ada peneman utk habiskan sisa hidup saya….ceria,bahagiakan saya hingga saya menhembuskan nafas yang terakhir”

Aku nk menitik air mata bile dengar seorang lelaki yg berpangkat atok ckp camtu…kite ni manusia fitrahnye berpasang pasangan…setiap ape yg terjadi ade sbb dan hikmahnye…semoga panjang umor dan jodoh saya doakan kepade pengantin hari ini..amin

KREDIT FOTO: FACEBOOK NASH NASRUL

 

 

IKLAN