Tidak pernah terlewat atau tercepat. Segalanya sudah tertulis di luh mahfuz.
Bagai menyedari ajalnya sudah menghampiri, tindakan seorang wanita memuatkan naik rakamannya menaiki motosikal secara live ternyata meninggalkan kenangan terakhir buat anak kecil dan suaminya. Ini kerana ketika video livenya masih berlangsung, dalam suaminya sudah mahu memasuki satu simpang, tiba-tiba datang kenderaan pacuan SUV memotong sebuah kenderaan lain lalu melanggar motosikal dinaikinya sekaligus mengakibatkannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam satu perkongsian berita di fb Tawau Syurga memaklumkan, seorang pembonceng wanita maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah jip dan motorsikal di Kilometer 10, Jalan Kunak-Tawau, Kunak, semalam.
Ads
Lokasi kemalangan yang mengakibatkan dirinya menemui ajal ketika membuat rakaman langsung ituRakaman akhir yang pasti menjadi kenangan buat anak dan suaminya yang tercedera dalam kemalangan maut itu
Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Sabarudin Rahmat berkata, mangsa, 38-tahun merupakan warga Indonesia itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, sementara suami mangsa yang menunggang motosikal 39-tahun, juga warga Indonesia dan anak lelakinya, 7-tahun, mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 4.45-petang.
Katanya, semasa kejadian, jip jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki, 54-tahun itu datang dari arah Tawau menuju ke Kunak.
Ads
Setibanya di tempat kejadian, jip berkenaan telah memotong sebuah kenderaan lain dihadapannya dan telah terlanggar motorsikal dinaiki mangsa yang berada dihadapan kenderaan dipotong tadi yang pada masa sama sedang mengubah laluan membelok memasuki simpang di kanan jalan.
Ads
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.
Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, bangsa dan agama menjadikan kehidupan rakyat Malaysia adalah unik. Disebabkan itu, penerapan konsep Fiqh al-Ta’ayush serta kefahaman terhadapnya perlulah diusahakan bagi mewujudkan sebuah negara dan tamadun yang dipandang tinggi di mata dunia.
Isu berkaitan memberi salam ini telah kami bahaskan dalam artikel seperti berikut:
Irsyad al-Hadith Siri ke-53: Ucapan Salam: Hadith dan Feqahnya
Bacaan lanjut ke pautan berikut: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1158-irsyad-al-hadith-siri-ke-53-ucapan-salam-hadith-dan-feqahnya
Berdasarkan kepada isu di atas, sememangnya telah terdapat satu hadith Nabi SAW berkaitan larangan terhadap umat Islam untuk memberi atau memulakan ucapan salam “Assalamualaikum” kepada bukan Islam. Perkara ini adalah berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Janganlah kalian memulakan ucapan salam kepada orang Yahudi dan juga Nasrani.”
Riwayat Muslim (1905)
Menjawab kepada isu di atas, hukum memberi salam kepada kumpulan yang terdiri padanya orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam adalah harus dan dibolehkan. Hal ini bertepatan dengan satu peristiwa yang ditunjukkan oleh Nabi SAW sendiri. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Usamah Bin Zaid R.A, beliau berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW menunggang seekor keldai yang mana di bawahnya ada kain dari fadak (sejenis kain yang elok) dan Baginda memboncengkan Usamah di belakangnya untuk menziarahi Sa’ad Bin Ubadah di perkampungan Bani al-Harith Bin Khazraj. Ini berlaku sebelum peperangan Badar. (Di tengah perjalanan) Baginda melewati suatu majlis yang bercampur antara orang-orang Islam dan orang-orang musyrikin, penyembah berhala dan orang-orang Yahudi. Di kalangan mereka terdapat ‘Abdullah Bin Ubay. Majlis itu juga dihadiri oleh ‘Abdullah Bin Rawahah. Ketika melihat debu bekas dekap langkah kami, maka ‘Abdullah Bin Ubay menutup hidungnya dengan kainnya sambal berkata: “Janganlah kalian bangkitkan debu sehingga mengenai kami”. Maka Nabi SAW memberi salam kepada mereka, kemudian berhenti dan turun dari keldai. Baginda SAW mengajak mereka kepada Allah dengan membacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka…”
Riwayat Muslim (1798)
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa sekiranya dalam satu kumpulan atau majlis itu terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan Islam, maka harus memulakan untuk memberi salam kepada kumpulan tersebut dengan niat untuk memberi salam kepada orang-orang Islam. (Lihat al-Minhaj Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 12/157)
Menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya (Lihat al-Hawi al-Kabir, 14/148), dengan mengemukan dua pandangan.
Iaitu harus dan dibolehkan memberi salam kepada bukan Islam kerana ucapan salam adalah adab dan sunnah. Justeru, sudah tentu orang Islam lebih dituntut untuk melakukannya. Namun, orang Islam hanya perlu menyebut: “Assalamu‘alaika” dengan lafaz tunggal dan jangan menyebut dengan lafaz jama’ “Assalamu ‘alaikum” sepertimana ucapan kepada orang Islam yang lain bagi membezakan orang Islam dan bukan Islam.
Dilarang memberi salam kepada bukan Islam sehingga mereka (bukan Islam) yang memulakan terlebih dahulu. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW berikut:
إِنِّي رَاكِبٌ غَدًا إِلَى يَهُودَ، فَلاَ تَبْدَأُوهُمْ بِالسَّلاَمِ، فَإِذَا سَلَّمُوا عَلَيْكُمْ فَقُولُوا: وَعَلَيْكُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku akan pergi kepada Yahudi esok, Janganlah kalian memulai memberi salam kepada orang Yahudi, namun sekiranya mereka memulai memberi salam, maka katakanlah: Wa ‘alaikum.”
Riwayat al-Bukhari (1102) dalam al-Adab al-Mufrad
Sememangnya Rasulullah SAW adalah qudwah dan uswah terbaik yang wajib dicontohi oleh setiap yang mengaku sebagai Islam. Baginda SAW telah menunjukkan cara serta kaedah yang jelas tentang kehidupan masyarakat majmuk (ta’ayush). Dengan mencontohi perbuatan serta amalan yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW, sudah tentu akan menghasilkan suatu suasana kehidupan yang aman dan damai di antara orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam. Dengan itu maka akan terhasillah bentuk negara yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Maksudnya: “(Negeri kamu ini adalah) Negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.”
(Surah Saba: 15)
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kami cenderung mengatakan bahawa dilarang untuk memberikan ucapan salam kepada bukan Islam. Namun begitu, sekiranya terdapat kelompok yang terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan Islam, maka hukumnya adalah harus dan dibolehkan berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang dinyatakan di atas. Adapun begitu, niat asal pemberi salam tersebut mestilah ditujukan kepada orang-orang Islam yang berada dalam kolompok tersebut.
Akhir sekali kami doakan semoga penjelasan yang diberikan ini memberi kefahaman kepada kita semua dalam melayari kehidupan berlandaskan kepada kerangka syariah yang sebenar. Amin.
KASHOORGA:
Dengarkan juga perkongsian menarik daripada Dato’ Dr. Hussamuddin Haji Yaacub yang juga merupakan Pengasas Warisan Ummah Ikhlas bercerita mengenai apa yang perlu difahami tentang nikmat berkasih sayang walaupun kita hidup dalam bangsa, budaya serta agama berbeza.
Pesannya untuk terus menikmatik kemakmuran yang dirasai selama ini, semua rakyat di negara ini perlu saling menghormati bagi mengelak berlakunya sebarang persengketaan sesama kita dan seterusnya melakukan sama-sama menjayakan kempen #UninstallHatred
Tak dinafikan salah satu cara mudah untuk diet yang sihat adalah dengan menjaga pemakanan.
Dan antaranya mengamalkan makan resipi menggunakan oats yang dikatakan boleh menurunkan paras kolesterol dalam badan. Jika dimakan begitu sahaja pasti tidak lalu.
Jadi seorang pengguna di laman sosial facebook, Nur Mastura Othman berkongsi 26 resipi overnight oats sedap yang mudah untuk dibuat.
Hanya menggunakan 5 bahan asas, wanita ini mempelbagaikan resipi overnight oats dengan buahan-buahan dan bijiran berkhasiat. Menurutnya resipi ini sangat sesuai sekali diamalkan untuk mereka yang sedang diet.
Resipi yang telah dibuat ini boleh boleh disimpan dalam peti sejuk semalaman dan tambahkan kekacang atau buahan untuk makannya mengikut citarasa masing-masing.
Bismillah.
Mudah sahaja nak buat overnight oatmeal ni. Hanya 5 bahan asas. (Untuk bekas sederhana besar)
1) 5-6 tbs rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman) 2) 1 cup fresh milk (saya gunakan susu segar farm fresh/ goodday kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang) 3) 1-2 tbs natural yogurt (jenama farm fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat) 4) 1/2 tbs Chia seeds (nak kurus, ni makanan yg sgt sesuai jadi amalan. Terlalu byk kebaikan antaranya kandungan omega-3 8x lebih dari ikan salmon, control blood sugar, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi.) 5) 1-2 tbs honey (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga)
Cara-cara membuatnya… Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing.
Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Selamat mencuba!
1. Nuts Heaven Overnight Oats.
Bahan tambahan: Pistachio Pecan nuts Walnuts
2. Red Plums Overnight Oatmeal
Bahan tambahan: Red plums Black raisins
3. Choc – Chips Cinnamon Overnight Oats
Bahan tambahan: Choc-chips Drizzle of cinnamon dusting
4. Plain Overnight Oatmeal
5. Choc-Pomegranate Overnight Oats
Bahan tambahan: Choc powder Pomegranate
6. Pistachio joy with black raisins overnight oats
Bahan tambahan: Pistachio Black raisins
7. Orange and vanilla overnight oats
Bahan tambahan: Vanilla flavor Black raisins Orange juice
Bila menyebut nama Recep Tayyip Erdogan, pasti ramai yang kagum dengan keperibadian tinggi ditunjukkan oleh Presiden Turki ini. Suaranya amat lantang membela dunia Islam malah dirinya tidak pernah gentar berhadapan dengan tekanan di sebalik klause islamfobia yang ditunjukkan oleh banyak negara terhadap agama ini.
Di media sosial, keperibadiannya sebagai pemimpin Turki sering di tonjolkan namun di sebalik ketegasan itu, kerendahan hatinya membuat ramai yang kagum.
Terbaru, tersebar di media sosial, Presiden Turki ini tidak kisah solat di tempat letak kasut sebuah masjid hanya kerana terlewat datang ke masjid tanpa mahu melangkah ke hadapan saf sesuai dengan dirinya sebagainya pemimpin.
Dalam video dikongsikan di Youtube, Presiden ini dilihat tiba di sebuah masjid yang sudah dipenuhi oleh ramai jemaah untuk bersolat Jumaat.
Sebaliknya, tanpa mempedulikan jawatan tertingginya selain menyedari orang sudah memenuhi ruang masjid, Erdogan dilihat tidak kekok bersolat di ruang luar masjid yang terdapat tanda letak kasut di sisinya sambil kawalan ketat pengawal peribadinya. Ternyata Presiden ini meletakkan dirinya hanya hamba Allah saat melalakukan ibadah solat yang wajib dikerjakan umat Islam sebagai tanda bersyukur kepada Allah yang memberi segala nikmat kehidupan.
Malah sebaik habis bersolat, Presiden ini melangkah keluar tanpa perlu adanya karpet merah menjadi laluannya atau ada pemimpin-pemimpin lain menunggu untuk bersalam dengannya sebaliknya terus beredar usai melakukan ibadah itu namun masih sempat menyambut salaman dari orang ramai yang ada di sekitarnya.
Ternyata, inilah contoh pemimpin yang harus kita segani dan wajar diikuti oleh pemimpin lain.
Lihat video di bawah:-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?