Ramai wanita terutama yang berusia 40-an mengalami masalah kencing tak lawas, yakni kerap berasa ingin buang air kecil tapi tak lawas selain air kencing terkeluar. Dah tentu masalah ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada ibadah terutama solat.
Namun Islam itu memudahkan, ada panduan solat dan wudhu’ untuk mereka yang berdepan masalah kencing tak lawas ini. Paling penting solat wajib ditunaikan.
Menurut Mufti Selangor, para fuqaha’ meletakkan hukum bagi mereka yang terkena penyakit kencing tidak lawas ( سَلِسِ الْبَوْل ) ini sama hukumnya dengan perempuan istihadhah terdapat hukum yang khusus buat golongan ini dalam bab taharah.
Para fuqaha’ telah meletakkan beberapa garis panduan buat golongan ini dalam berwudhu’ dan kami nukilkan di sini agar dapat dijadikan pedoman bersama antara yang telah digariskan oleh para fuqaha’:
1. Hukum solat dan juga ibadah lain yang memerlukan wudhu’ tidak tergugur disebabkan penyakit kencing tidak lawas.
Ads
2. Perlulah dibersihkan dahulu bahagian kemaluan dan kemudian ikhtiarkan dengan sesuatu yang boleh menutup bahagian kemaluan tersebut seperti membalutnya dengan kapas, ditutup dengan bandage, memakai pampers atau lain-lain agar titisan air kencing itu dapat dihalang daripada tersebar ke tempat lain.
3. Bersegera wudhu’ setelah berhati-hati dengan merasakan tidak lagi menitis air kencing selepas ianya dibalut atau ditutup dan wudhu’ tersebut perlulah diambil selepas masuknya waktu solat.
Ads
4. Wajib wudhu’ bagi setiap solat fardhu dan wudhu’ tersebut boleh digunakan untuk beberapa solat sunat selepas solat fardhu.
5. Segera menunaikan solat selepas berwudhu’ untuk mengurangkan hadas namun tidaklah memudaratkan solat jika dilewatkan disebabkan oleh maslahah seperti mendengar azan dan iqamah, menunggu jemaah yang lain bagi yang solat berjemaah, dan mencari kiblat. Kesemua tempoh ini tidak memudaratkan wudhu’ meskipun dalam tempoh tersebut menitis air kencing.
Ads
6. Sekiranya dilewatkan solat tanpa adanya maslahah, maka batal wudhu’nya dan wajib ke atasnya untuk mengulangi wudhu’ tersebut sebagai berhati-hati kerana telah berulang hadas serta najis tersebut.
7. Wajib menggantikan balutan/bandage/plaster/pampers dengan yang baru sekiranya memperbaharui wudhu’ dan wudhu’nya itu akan terbatal dengan perkara-perkara lain yang membatalkan wudhu’ seperti keluar angin, gila , dan lain-lain.
Dosa susahkan orang tak hilang dengan taubat. ‘Dah bayar RM240K, Amyra Rosli reda kena scam dengan interior designer. Tergamak pihak interior ini mengambil kesempatan.
Sudahlah dibayar, namun hasil kerja cukup mengecewakan. Sudah tentu pelakon, Amyra Rosli dan keluarganya kecewa dan sedih dengan perkara yang berlaku.
“Sesungguhnya orang muflis dalam kalangan umat ku ialah orang yang datang ketika Kiamat dengan membawa pahala solat, puasa, zakat dan pelbagai ibadat tetapi dia juga pernah mencaci, memfitnah, mengambil harta tanpa hak, menumpahkan darah serta memukul orang lain.”
Setiap orang yang pernah dizalimi dan dianiaya itu akan menuntut hak masing-masing dan sebagai balasannya, mereka mendapat sebahagian pahala yang berkadaran dengan hak terbabit.
Pahalanya terus diberikan hinggalah semuanya habis, lalu pelaku kejahatan itu akan menanggung pula dosa orang yang masih menuntut hinggalah dia akhirnya dicampakkan ke neraka.
Betapa beratnya dosa menyusahkan orang lain itu, ia tidak akan hilang hanya dengan bertaubat kepada Allah SWT selagi tidak meminta maaf dan halal daripada mereka.
Malah, orang yang melakukan kesalahan hingga menzalimi saudaranya, perlu berasa khuatir dan bimbang kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah SWT.
Seperti mana situasi yang dialami oleh Amyra Rosli yang ditipu oleh interior hingga membawa kerugian yang begitu banyak. Luah Amyra,
Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat ***** ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama dan ayah saya.
Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 ++ dan hampir setahun kami menunggu serta sabar dengan segala alasan daripada mereka, inilah hasil yang saya dapat.
Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan mereka, ambil project banyak-banyak and then terbengkalai…
Astaghfirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ini. Tidak apalah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia ini pun sudah tenat, tak lama dah pun korang boleh “kencing” orang sana, sini.
And now i have to start balik from scratch dek kerana penipuan-penipuan mereka. Sedih but Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah disebaliknya.
Dear Mama dan Ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama, ayah ini… Kita sama-sama kuat dan sabar ok.
Insyaallah, insyaallah Allah mudahkan urusan kita.
Jika seseorang itu sudah taubat tetapi setelah beberapa lama masa berlalu dia telah lakukan lagi dosa itu. Adakah taubatnya dulu tidak diterima?
JAWAPAN :
Siapa yang telah melakukan satu dosa kemudian dia telah bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya itu jika taubatnya itu nasuha artinya yang ikhlas kerana Allah yang terbit dari hatinya dan ada serta taubatnya itu rasa penyesalan atas apa yang telah lalu dan berazam ia sungguh-sungguh tidak akan kembali kepada maksiat.
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu semua kepada Allah dengan taubat nasuha semoga Tuhan kamu menghapuskan daripada kamu sekelian segala kesalahan kamu dan memasukkan kamu sekelian kedalam taman-taman syurga yang berlari di bawahnya mata air.” (At-Tahrim : 8)
Ertinya : “Dan sungguhnya Aku maha pengampun bagi orang yang bertaubat dan beriman dan melakukan amal yang soleh kemdian mengikut pertunjuk.” (Taha : 82)
Ada pun taubat hanya dengan lisan sedangkan hati masih ingin kembali kepada maksiat maka taubat ini ditolak bahkan ia dikira sebagai satu maksiat pula.
Maka jika telah benarlah taubat yang nasuha kemudian syaitan memperdayakannya sehingga dia terjatuh melakukan maksiat lagi dalam keadaan tidak ada dia berniat untuk melakukan maksiat dan tidak berazam melakukannya kemudian dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
Anak dara atau janda? Setiap orang punya pandangan tersendiri mengenai pilihan jodoh ini. Namun menurut Islam, siapa perlu diutamakan, antara anak dara atau janda. Berikut adalah perkongsian dari Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin.
Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya?
Jawapan: Saudari yang dimuliakan!
1. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.
2. Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara.
Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan:
“Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”. (al-Albani menilai sebagai hasan dalam al-Silsilah al-Sahihah)
Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra. Hadis ini mengkhabarkan hakikat yang sebenar.
3. Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
4. Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu. Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim:
Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik .
5. Hadis Jabir itu dan hadis sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahagiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.
6. Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini ramai janda demi menolong mereka.
7. Apa yang penting, kita perlu tahu bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika janda itu seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara yang ada dalam pilihan seseorang lelaki, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih janda adalah lebih baik.
Ini kerana seseorang memilih apa yang sesuai dan baik untuk dirinya. Jika dia ada pilihan yang kedua-duanya baik untuknya, maka ketika itu anak dara mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ini kerana anak dara dari sudut yang lain mungkin lebih menghargai kerana tiada pengalaman sebelumnya. Demikian akan lebih manja dan cinta tanpa perbandingan kerana itulah satu-satu suami yang pernah dia rasai. Sumber : Jabatan Mufti Negeri Perlis
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?