Ads

Bantu Golongan Buta Huruf Kenal Kalam Allah, Ustazah Aisyah BaaĆ­n Kongsi Keberkatan Al-Quran

Firman Allah SWT:

Ų„ŁŁ†Ł‘ŁŽ Ų§Ł„Ł‘ŁŽŲ°ŁŁŠŁ†ŁŽ ŁŠŁŽŲŖŁ’Ł„ŁŁˆŁ†ŁŽ ŁƒŁŲŖŁŽŲ§ŲØŁŽ Ų§Ł„Ł„Ł‘ŁŽŁ€Ł‡Ł ŁˆŁŽŲ£ŁŽŁ‚ŁŽŲ§Ł…ŁŁˆŲ§ Ų§Ł„ŲµŁ‘ŁŽŁ„ŁŽŲ§Ų©ŁŽ ŁˆŁŽŲ£ŁŽŁ†ŁŁŽŁ‚ŁŁˆŲ§ Ł…ŁŁ…Ł‘ŁŽŲ§ Ų±ŁŽŲ²ŁŽŁ‚Ł’Ł†ŁŽŲ§Ł‡ŁŁ…Ł’ سِرًّا ŁˆŁŽŲ¹ŁŽŁ„ŁŽŲ§Ł†ŁŁŠŁŽŲ©Ł‹ ŁŠŁŽŲ±Ł’Ų¬ŁŁˆŁ†ŁŽ ŲŖŁŲ¬ŁŽŲ§Ų±ŁŽŲ©Ł‹ Ł„Ł‘ŁŽŁ† ŲŖŁŽŲØŁŁˆŲ±ŁŽ

Maksudnya: ā€œSesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugianā€. [Fathir:29]

Firman Allah SWT lagi:

ŁˆŁŽŁ„ŁŽŁ‚ŁŽŲÆŁ’ ŁŠŁŽŲ³Ł‘ŁŽŲ±Ł’Ł†ŁŽŲ§ Ų§Ł„Ł’Ł‚ŁŲ±Ł’Ų¢Ł†ŁŽ Ł„ŁŁ„Ų°ŁŁ‘ŁƒŁ’Ų±Ł ŁŁŽŁ‡ŁŽŁ„Ł’ مِن Ł…Ł‘ŁŲÆŁ‘ŁŽŁƒŁŲ±Ł

Maksudnya: ā€œDan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?ā€. [al-Qamar:17]

Ads

Semalam telah berlangsung Malaysia Prestigious Industri Award yang mana ia mengiktiraf mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Dan ia adalah anugerah berprestij diiktiraf seumur hidup. Dan sesuatu yang sangat dibanggakan.

Dalam pada itu, pengasas Adzan Centre yang pakar membantu golongan dewasa yang ada masalah buta quran, merangkak-rangkak , pening dengan tajwid dan lain-lain iaitu Ustazah Aisyah BaaĆ­n bersama suami, Ustaz Anas telah menerima pengiktirafan di Malaysia Prestigious Industri Award dalam kategori Islamic Education Industry.

Dari satu perkongsian di instagramnya, @aisyah-baain, Ustazah berkongsi akan keberkatan Al-Quran dan rezeki dari Allah dengan kurniaan diterima mereka.

Kongsinya :-

Ads

Segala Puji Bagi Allah! Hak Allah semuanya ini, kejayaan demi kejayaan Allah pinjamkan untuk kita semua bersama

Sebagai kenangan nak share sikit perasaan bila dapat award ni semalam, pertamanya ma shaa Allah subhanAllah! Allahu Akbar, Alhamdulillah!

Saya pejam mata dan rasakan syukur atas segala nikmat dunia ini, paling saya sebak bila anugerah ini kami semua dapat atas sebab KEBERKATAN AL QURAN asbab dari sentiasa BERSAMA Al Quran, Allah bagi rasa nikmat ini.

Bila saya kenang balik, yang datang dan menang majoritinya bisnes produk, servis dan sebagainya, tapi rasa syukur sangat bila boleh bawa martabat orang yang MENGAJAR Al Quran, BERSAMA Al Quran, BELAJAR Al Quran, MENGURUSKAN Pusat Quran dan menjadikan KERJAYA guru Quran sebagai kerjaya utama, Allah! maksudnya rezeki Allah sangat-sangat luas!

Ads

Bantu Golongan Buta Huruf Kenal Kalam Allah, Ustazah Aisyah BaaĆ­n Kongsi Keberkatan Al-QuranKalau dulu mungkin pernah dengar boleh berjaya ke ngajar ngaji je ? boleh sara anak isteri ke ? anak nak kerja apa belajar agama je ? Saya faham dan sangat faham mindset yang sebegitu, tapi ketahuilah yang Allah berfirman dalam Al Quran, tidak akan fakir orang yang bersama dengan Al Quran maka yakinlah dengan rezeki Allah.

Saya hanya minta 1 dari yang membaca status ini, agar sentiasa mendoakan kami semua, keluarga Azdan, fans Azdan, team Azdan dan semua yang mengenali diri ini dan Azdan agar sentiasa berusaha dan kerja keras untuk bantu jutaan manusia dan ummah untuk boleh baca Al Quran dengan baik. Sesungguhnya ribuan lagi manusia yang tak kenal huruf2 dalam baca Al Quran, apatah lagi membacanya, so itu tugas kita bersama

Kejayaan ini hanya asbab supaya kita semua kena buat yang terbaik sentiasa dapat award, rasakan syukur dan hargai moment ini, hargai penat lelah dan jangan terus hanyut malah terus bangkit berjuang sehingga ke garisan penamat

Jika anugerah ini dapat beri sedikit inspirasi pada anak muda diluar sana, maka ambillah yang baik-baik ye, yang kurang baik kita improve sama-sama.

Akhir sekali, nak bagitau je yang gambar-gambar ni semua diambil lepas award, memang pakai je mask, and buka pakai balik, gituu apa pun in shaa Allah moga Allah lindung kita semua dari segala perkara yang tak baik, Ameen ! Gambar : Instagram/ FB Azdan Centre

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
āˆž
āˆž
Ads

Inspirasi Lain

overthinking kerja

Badan Dah Balik Rumah, Tapi Otak Masih Di Pejabat? Ini Cara...

Overthinking kerja sampai terbawa ke rumah dan waktu solat? Ketahui 4 cara berkesan mengurus fikiran, tekanan kerja serta belajar bertawakal.