Dalam dunia materialistik ini, wang menjadi perkara utama. Namun bukan semua berfikiran sebegitu kerana dalam keadaan tertentu, sikap tolong menolong itu lebih utama berbanding perkara yang lain. Seperti pemandu Grab ini, sikap ikhlas dalam dirinya membuatkan dia hanya membantu seorang lelaki yang berkerusi roda tanpa mengenakan sebarang tambang.
Baca nukilan yang dicoretkan oleh lelaki berkerusi roda itu.
“Terima kasih atas budi baik pemandu Grab yang tidak mengambil sesen pun duit tambang”.
Kata-kata itu diluahkan oleh pemilik Facebook, Zamri Mohamed Orgpayrock yang menghargai jasa baik seorang pemandu Grab. Pemandu Grab itu iaitu Hanif Rosli telah menghantarnya pulang ke rumah dari Hospital Kuala Lumpur.
Kisah sifat pemurah Hanif itu tular di media sosial hingga mendapat pujian netizen.
Ads
“Terima kasih tidak terhingga kepada pemandu Grab ini telah mengambil saya dalam keadaan berkerusi roda di Hospital Kuala Lumpur.
“Waktu hujan lebat, dia telah menghantar sehingga ke Taman Medan, Petaling Jaya tanpa menerima sebarang bayaran walau satu sen pun dari saya,” katanya yang sepatutnya perlu membayar sebanyak RM24.
Ads
Menurut Zamri, Hanif sanggup bersusah payah membantu mengangkatnya masuk dan keluar dari kereta.
“Nampak dia berpeluh-peluh…Semoga ALLAH SWT memudahkan perjalanan dan memurahkan rezekinya sekeluarga,” katanya.
Ads
Perkongsian Facebook itu meraih 79,000 tanda suka, 17,677 perkongsian dan 14,000 maklumbalas dari netizen.
Waktu doa mustajab antaranya adalah pada bulan Ramalan ini. Doa yang dipanjatkan pada masa ini adalah lebih dekat untuk dimakbulkan.
Dalam bulan yang mulia ini juga ada lima waktu yang terbaik untuk kita berdoa dan tidak harus kita biarkan ia berlaku begitu saja.
Ramai yang mungkin menganggap sahur sekadar waktu untuk mengisi perut sebelum berpuasa, tetapi sebenarnya ia juga merupakan masa yang sangat mustajab untuk berdoa. Waktu sahur termasuk dalam sepertiga malam terakhir, yang disebut sebagai saat paling sesuai untuk bermunajat.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada sepertiga malam terakhir, Allah dengan kemurahan dan kasih sayang-Nya melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya, lalu Dia berfirman: ‘Barang siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan perkenankan, barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan berikan, dan barang siapa yang memohon keampunan, Aku akan mengampuninya.” (HR Bukhari, No. 1145)
Oleh itu, selain bersahur, luangkan beberapa minit untuk berdoa dan memohon apa sahaja kebaikan yang diinginkan.
Sepanjang hari berpuasa juga merupakan waktu mustajab untuk berdoa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga doa yang tidak akan ditolak: doa seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (HR Ibnu Majah, No. 1752).
Ini bermakna setiap detik dalam keadaan berpuasa adalah peluang untuk berdoa dan memohon pertolongan serta keberkatan daripada Allah SWT. Sama ada sedang bekerja, belajar, atau berehat, setiap Muslim boleh mengambil kesempatan ini dengan memperbanyakkan doa dalam hati atau secara lisan.
Saat berbuka puasa bukan hanya waktu untuk menikmati hidangan selepas seharian berpuasa, tetapi juga detik yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, ketika saat dia berbuka, terdapat doa yang tidak akan ditolak.”(HR Ibnu Majah, No. 1753).
Oleh itu, sebelum menyuap makanan pertama, ambillah beberapa saat untuk berdoa dengan penuh pengharapan dan keikhlasan.
Ramadan tidak lengkap tanpa solat tarawih yang dilakukan pada waktu malam. Selain mendapat pahala solat berjemaah, waktu ini juga merupakan peluang untuk berdoa, terutama di antara rakaat solat atau selepas selesai solat.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ialah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyakkanlah doa.” (HR Muslim, No. 482).
Begitu juga ketika sujud dalam solat, kerana dalam keadaan ini seseorang berada paling dekat dengan Penciptanya. Ambil kesempatan untuk memohon keampunan, hidayah, dan segala kebaikan dalam kehidupan.
Salah satu keistimewaan Ramadan adalah adanya malam Lailatul Qadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr, ayat 3: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(HR Bukhari, No. 1901; Muslim, No. 760).
Pada malam ini, doa yang dipanjatkan sangat mustajab, dan peluang untuk diampunkan segala dosa terbuka luas. Oleh itu, perbanyakkan doa dan ibadah pada malam-malam ini agar tidak terlepas peluang istimewa ini.
Moga dengan memahami waktu-waktu mustajab ini, kita boleh mengatur ibadah dan doa dengan lebih berkesan.
Wanita dan kecantikan memang cukup sinonim. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.
Ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
(Maksud Surah Yusuf Ayat 4)
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
Cara amalannya:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan ada banyak surah yang boleh kita jadikan amalan seharian untuk dibaca ataupun dihafal. Antaranya untuk bertemu jodoh yang sesuai, elak gangguan makhluk halus, diterangkan hati sewaktu dalam peperiksaan dan juga ayat pembuka rezeki.
Salah satu yang biasa diamalkan adalah dengan membaca Surah Al-Waqiah kerana banyak kelebihannya berkaitan soal rezeki.
Seperti kisah yang dikongsi warganet melalui laman web IIUM Confession. Menurut lelaki ini dia yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) tetapi berkat mengamalkan bacaan Surah Al-Waqiah dan amalan surah lain, rezekinya mengalir laju dan kehidupannya sangat barakah serta diberkati Allah.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat bermanfaat untuk kita semua.
Percaya rezeki itu Allah bagi & kena sentiasa bergantung
Aku pun terpanggil nak buat confession bila ramai yang cerita versi masing2 berkenaan surah Al-Waqiah. So aku pun nak cerita versi aku pulak.
Dalam Islam kita di ajar berlumba-lumba beribadat. So amalan aku ni banyak sikit. Sebab aku percaya rezeki tu Allah bagi dan aku kena sentiasa bergantung harap padaNya sahaja.
Aku ni OKU penglihatan so aku bergerak ke mana sahaja dengan bergantung harap padaNya semata-mata.
Ni confession aku, alhamdulillah tempat kerja aku dan rumah hanya 5 minit berjalan kaki, sedangkan orang lain ditakdirkan Allah kena menempuh jam setiap bari). Malah dalam pada dekat tu pun, sentiasa ada orang yang sudi pelawa aku tumpeng kereta mereka. Selalunya aku tak tolak sebab bagiku tu kenderaan yang Alah sediakan untukku.
Masa sekolah dulu aku jadi best student UPSR, PMR dan SPM. Semua kejayaan ni bila aku fikirkan balik bukan atas kudrat aku yang tak seberapa ini. Semuanya Allah beri.
Paling best, Allah datangkan padaku isteri yang cantik, memahami dan sentiasa menghulurkan bantuan. Bila aku muhasabah diri, aku tegok isteri aku ni terlalu baik untukku- cukup sempurna dipandang dan amat taat pada ku- tak macam rumah tangga orang lain yang kacau bilau dan messy.
Lagi best, aku diberikan Allah pembantu rumah Indonesia yang cukup rajin bekerja, amat saying pada anak2ku dan tak buat kerenah macam pembantu rumah orang lain. Beliau dah hamper 10 tahun berkhidmat denganku.
Kereta aku ada duabijik jer kereta biasa2 jer. Yang bestnyer dua2 berkeadaan tip top cukup sempurna. Tidak ada sebarang kecacatan pada kereta ku itu dan aku selalu puji kedua2nya sebab berkhidmat dengan ku dengan cemerlang sekali.
Di pejabat pulak, selaku OKU aku dilayan cukup baik. Semua orang sedia menghulurkan bantuan membantuku. Kekadang aku rasa macam bos pulak hehehe.
Lagi lagibest aku tiada musuh dan dihormati. Malah big bos taukeh aku bergelar Tan Sri pun cukup menghormatiku.
Pernah satu hari tu kereta aku dilanggar seorang ketua kongsi gelap. Bila dia tengok aku terus aku salam dia. Yang peliknya dia mengaku kecuaiannya dan dia terus arahkan semua anak buahnya settlekan baiki kereta aku dari A to Z. Semua konco-2 dia turut padang bantu aku.
Rumah aku pulak rumah orang kenanyakan sahaja landed hanya 18 minit ke KLCC, tapi Alhamdulillah cukup murah aku beli suatu ketika dulu. Jiran semua baik baik belaka dan amat menghormatiku.
Kiri kanan depan belakang rumah jiran2ku pernah dimasuki pencuri, tapi anehnya rumahku Allah selamatkan dan dilindungi.
Gaji aku kecik jer, tapi bilaaku tengok rumahtangga aku nampak macam tenang, kaya dan harmni. Walhal, gaji aku ciput jer.
Dalam setiap masa, Allah sentiasa luaskan rezeki aku. Aku adalah antara online marketer terawal di Malaysia (sebelum Gmail dan social mediawujud) dan rezekinya amat lumayan. Sekarang pun aku ada business baru yang juga cukup lumayan, Alhamdulillah. Bila difikir balik, semua businesses tu aku terjebak secara tak sengaja. Tu la nama diaperancangan Allah.
Banyak lagi lah nikmat yang Allah bagi padaku sampai tak larat nak tulis di sini.
Aku selalu terfikir apa yang istimewanya aku nie. Dari dulu Allah mudahkan segala urusan, Allah kirimkan pembantu dalam semua urusan, Allah mudahkan perjalananku berserta kenderaan + dilipat waktu perjalanan. Kenapa yer?
Bukan maksud riak, tapi aku nak share supaya semua orang dapat amalkan apa yang aku amal ni. InsyaAllah no regret tak rugi dam amat berbaloi dan Allah sentiasa bersama kita. Kalau tak mampu buat semua insyaAllah mulakan sikit2 dulu asalkan istiqamah.
Amalan harian aku ialah :
1. Pepagi baca Yassin (kelebihannya pencuri tak masuk rumah, dihormati kawan dan lawan).
2. Baca doa2 terpilih dalam al-mathurat.
3. Habis solat baca ayat seribu dinar.
4. Pagi baca surah Al-Rahman.
5. Malam baca surah Al-waqiah, al-mulk dan sajadah.
6. Sentiasa beratkan solat di surau/masjid (kelebihannya dicukupkan rezeki, rumah tangga harmoni dan sentiasa dapat nusrah Allah, isteri dan anak senang dibentuk).
7. Setiap kali jumpa orang sentiasa doakan kebaikannya dan doakan rezekinya melimpah ruah (kelebihannya maklaikat akan doaka yang sama untuk kita pula).
8. Setiap masa sentiasa berzikir.
9. Ringankan lidah bersembang buka perbualan berkaitan Islam sama ada dengan muslim dan non-muslim.
10. Bila beli barang, dapat baki syiling sedekahkan semula pada penjual tersebut.
Nota sikit: Semua kelebihan yang aku dapat nie aku percaya buka sebab amalan aku tapi dengan rahmat Allah. Aku sentiasa berserah harap pada Allah sahaja.
Selamat beramal yer. Sekian. Badar
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Jangan jadikan usia anak sebagai alasan mengabaikan hak orang lain. Ketahui mengapa adab di tempat awam perlu diajar dari rumah dan 3 tip praktikal untuk ibu bapa mengawal tingkah laku anak ketika berada di luar.