Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sambung lagi selama dua minggu, ramai yang sudah jadi tak keruan. Ramai yang mula merungut bosan untuk keluar dari rumah.
Sebenarnya kita hanya ‘berkurunng’ dalam kawasan rumah, tetapi masih boleh melakukan aktiviti lain seperti memasak, mengaji, membasuh kereta atau melakukan senaman.
Malah dengan radius jarak kita juga hanya kira-kira 10 kilometer bermakna masih boleh keluar membeli barangan keperluan di kedai berhampiran.
Tetapi bayangkan bandua yang duduk di penjara, tidak boleh keman-mana dan hanya menunggu ahli keluarga datang melawat selepas PKP.
Inilah yang dikongsikan oleh Pendakwah Bebas, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias yang sebenarnya sekadar ‘perli’ kepada golongan yang sudah panas bontot sepanjang musim PKP ini.
Ads
Postingnya di laman sosial di Facebooknya cukup memberi maksud tersendiri dan sangat mendalam. Malah ayatnya yang terakhir juga membayangkan situasi jika berada di situ untuk selamanya.
Tak keluar rumah 2,3 minggu pun dah terasa boringnya… pdhal ada mkn minum,tv, wifi, anak isteri..semua ada.
Ads
Mcmana pulak rasanya orang dlm penjara bertahun2 kena hukuman..
Belum terkurung dlm kubur lagi…
Kredit Foto: Sinar Harian
Perkongsian ini turut mendapat respon warganet.
Ads
Khairul AlphauniformkiloAssalamualaikum DUKE..dlm musim C19.. Byk pengajaran Dan pelajaran teman dpt.. Dh sbln cuti berkerja dpt rehat di rumah Sm2 isteri Dan anak.. Dpt mengajar anak2 solat berjemaah serta ngaji…bila fkr semula ada jgk hikmah yg diberi kpd kita semua..temn doakn semoga DUKE serta seluruh rakyat Malaysia sihat selalu..
Sarimah MentaimHaaahh..betul tu Dato… Byk pengajaran yg kita dpt dr PKP nie.. in sha Allah bermanfaat kalo hati kita ikhlas perbaiki diri… Moga Dato’ & kita semua sihat sejahtera dlm rahmat kasih syg Allah SWT..aamiin…
Umi NorijahItulah yg sy bicarakan bersama banduan yg berada di dlm bengkel sy ustaz….skrg sy betul betul faham perasaan mereka…apa itu erti berkurung….tp kita lebih beruntung masih boleh menggunakan tel…menonton cerita tv…makan minum yg boleh di pilih…bersama keluarga…boleh juga bergerak dengan bebas…jd yg di luar sana sabarlah demi semua dan negara kita…
Rahmah RahmahAlhamdulillah dalam keadaan c19 banyak yg berlaku banyak masa sangat untuk lebih lagi mendekati diri dengan allah semoga kita selalu dalam rahmat nya aamiin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan kebanyakan rumah yang dibina sekarang ini disertakan sekali rekaan dengan kemudahan bilik air dalam sesebuah bilik.
Ia adalah untuk kemudahan penghuninya dan membataskan aurat jika ada bukan muhrim di dalam rumah.
Namun begitu, walaupun kemudahan bilik air ini memudahkan, tetapi janganlah kita mengabaikan aspek lain, misalnya adab yang perlu dipatuhi sebagai keperluan patuh syariah.
Perkongsian wanita ini yang merupakan Perekabentuk, Penulis dan Pengkarya Kediaman (Rumah Islamik) Khairunnisa Hamzah di laman sosial Facebook memberitahu cara menjadikan tandas dalam bilik tidur patuh syariah dan mewujudkan keluarga yang harmoni.
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”
(HR. Bukhori 5624)
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?”
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
Seronok dokter bila kita bagi idea.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
Perhiasan diri atau barang kemas terutamanya emas memang susah nak dipisahkan daripada wanita. Mujurlah harganya mahal. Jika murah pasti saban masa kedai emas sentiasa sendat dan padat dengan pelanggan.
Bagi menarik perhatian, kedai emas menawarkan pelbagai reka bentuk terkini selain tawaran diskaun upah serta hadiah sampingan lain. Tarikan seperti ini memang berkesan terutama buat bakal pengantin yang mahukan sekurang-kurangnya sebentuk cincin emas atau seutas gelang tangan reka bentuk terkini dalam hantaran.
Tapi ingat, jangan lah disebabkan terlalu mencari yang murah, kita terlupa pula nak pertimbangkan satu perkara yang amat penting, iaitu emas yang dibeli itu sepatutnya juga berbaloi untuk dijual apabila keadaan ekonomi diri atau keluarga sesak nanti.
Maksudnya di sini ialah membeli dengan dua motif; sebagai aksesori hiasan diri dan aset. Bak kata pepatah, “Melontar seketul batu, terkena dua ekor burung”
Kita ikuti panduan yang diberikan oleh pakar pelaburan emas iaitu Mohd Zulkifli Shafie dalam blognya berkenaan hal ini agar para Muslimah yang ‘gila’ emas dapat membuat pembelian bijak.
Memulakan coretan, Zulkifli memberi contoh seorang sahabatnya yang berhajat melabur emas tetapi terbeli barang kemas.
“Nasihat saya, kalau nak beli, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi”
Bukan semua perhiasan emas boleh jadi aset bernilai tinggi. Ada yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli.
Jadi, untuk pastikan barang kemas itu bernilai tinggi, ini panduan yang boleh diguna pakai dan ia relevan mengikut kadar emas semasa:
Kedua-dua jenis ketulenan emas ini mempunyai nilai tinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk.
Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah periksa pada bahagian belakangnya kerana biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Sekiranya dibakar, ia tidak tinggalkan kesan kehitaman.
Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit, belilah barang kemas 916 sahaja.
Elakkan mmebeli barang kemas yang berlubang, berongga atau kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila hendak dijual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tidak dapat buat bacaan tepat bagi barang kemas yang berlubang ataupun mempunyai batu permata.
Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dan sebagainya. Apabila barang kemas itu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskaun 25%. Banyak kerugian di situ. Kalau simpan sahaja, nanti kena keluarkan zakat sebagai emas yang tidak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.
Barang kemas berbatu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila hendak jual balik dan tidak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata.
Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916!
Resit belian original akan memberi kesan kepada nilai emas itu apabila kita ingin menjual semula kepada pengeluar. Dan sesetengah Ar-Rahnu akan minta resit belian apabila hendak buat pajakan nanti. Saya pernah survey di sebuah kedai emas terkenal; jika ada resit mereka akan beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tidak ada resit asal, mereka akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa. Banyak juga perbezaan di situ. Namun begitu, perlu dapatkan kepastian daripada kedai yang anda kunjungi kerana polisi mungkin berbeza.
Emas putih dijual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tidak ada secondhand value. Emas putih mengandungi samada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain.
Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan kaji selidik saya, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih itu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.
Jangan tertipu kalau nampak harga emas rendah sebab biasanya harga yang dipaparkan pekedai emas ialah harga tanpa kos upah. Kos upah berbeza-beza antara satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kos upah itu anda boleh negotiate supaya murah. Kalau tak ada kos upah lagi bagus. Ada kes pelanggan dapat kos upah dari RM200 kepada RM50. Banyak juga penjimatannya.
Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di www.fgjam.org.my atau boleh juga rujuk di http://www.hargaemas.com.my/harga. Tapi harga sebenar setiap pekedai emas adalah berbeza-beza sebab emas bukan barang kawalan. Ia tertakluk kepada kos pengeluaran dan kadar keuntungan yang ditetapkan oleh pekedai emas tu sendiri.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskaun 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya, dengan syarat mesti simpan resit asal.
Itulah tip membeli barang kemas yang sesuai dijadikan harta bernilai tinggi.Semoga perkongsian tip ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan kepada anda yang berhasrat nak beli barang kemas dalam masa terdekat.
Beli lah barang kemas yang bukan sahaja sesuai sebagai perhiasan tetapi juga mempunyai nilai tinggi untuk pelaburan sewaktu dijual semula nanti, terutama dalam waktu sesak. InsyaAllah.
Wallahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selepas arahan agar ‘Bergaul baiklah bersama pasangan kamu’, Allah menyambung dengan mesej selepasnya agar kembali mengenang dan berfikir dengan lebih mendalam bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga seperti tercatat di Surah An-Nisa ayat 19.
“Jika kamu tidak menyukai mereka maka boleh jadi kamu membenci sesuatu (beberapa perkara tentang pasangan) padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.”
Selari dengan apa yang disebut di dalam Sahih Muslim:
عن أبى هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِىَ مِنْهَا آخَرَ “
Maksudnya: Dari Abu Hurairah Rasulullah saw. bersabda:
Seorang suami mukmin tidak boleh membenci isteri mukminah, sebab apabila dia membenci satu akhlak dari isterinya tersebut maka dia pasti redha dengan akhlaknya yang lain (HR. Muslim). Ini menunjukkan bahwa Rasulullah saw. mengajarkan kita untuk bersikap positif dan tidak hanya melihat kekurangan orang lain saja. Tetapi juga kelebihannya.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...