Berjaya kalahkan 245 peserta antarabangsa, pelajar Malaysia juara pertandingan tilawah inter-varsiti di Jordan. Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah buat Ahmad Luqman Ahmad Zaini.
Allah SWT menurunkan al-Quran, menjadikan haknya untuk dibaca dan diamalkan oleh umat Islam. Fahamilah! Seluruh keberkatan dalam hidup adalah daripada cahaya al-Quran ini.
Beruntunglah mereka yang tidak pernah meninggalkan Al-Quran seperti mana pelajar ini. Pencapaian yang cukup membanggakan!
Pelajar Malaysia di Jordan, Ahmad Luqman Ahmad Zaini mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan tilawah inter-varsiti yang diadakan di Amman, Jordan.
Ads
Ahmad Luqman yang merupakan pelajar tahun empat di Wise University, Jordan itu berjaya mengalahkan 245 peserta antarabangsa yang lain.
Pelajar Malaysia Juara
“Ahmad Luqman membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah 2,000 Dinar.
“Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Filipina, manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Syria,” menurut hantaran di Facebook Education Malaysia Jordan-EMJ.
Ads
Pertandingan Tilawah Inter-Varsiti Di Jordan
Turut hadir pada majlis itu Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman dan Menteri Penasihat Pendidikan, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid.
.
Ahmad Luqman Ahmad Zaini sebelum ini mendapat pendidikan di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Negeri Sembilan.
Ads
Ahmad Luqman Ahmad Zaini sebelum ini mendapat pendidikan di Darul Quran, Kuala Kubu dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Negeri Sembilan.
Sedang kita diarahkan untuk kuarantin dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan di rumah, tetapi dalam masa sama barisan hadapan kita iaitu petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus bekerja menyelamatkan nyawa mangsa virus COVID-19 ini.
Betapa mereka terpaksa meninggalkan keluarga, tidak mengenal penat, mengetepikan seketika soal ibadah semata-mata rasa tanggungjawab lebih besar kepada negara.
Dalam satu posting di laman sosial oleh salah seorag pengguna di laman sosial Facebook Nadiya Ali berkongsi luahan hatinya yang bertugas di hospital.
Menurutnya mereka memang sangat penat, tidak sempat bersolat dan menunaikannya kewajipan ini secara solat jamak.
Bukan itu sahaja, menurutnya makan pun tidak sempat, ada juga antaranya tidak sempat menukar pad dan hanya perasan bocor bila menukar baju.
Dan apabila balik rumah pula risau jika dapat merawat pesakit yang positif. Tanpa sedar secara tidak sedar air mata mereka mengalir.
Malah mereka juga setiap hari melihat sakaratul maut menyebabkan hero kita yang juga barisan ‘frontliner’ ini merasa takut.
Jauh di sudut hati mereka mahu solat memohon kepada Allah sebagai hambaNya tetapi keadaan tidak mengizinkan buat masa ini.
Jadi dia sempat memberi ingatan kepada semua rakyat Malaysia agar jangan bersikap degil, tidak perlu keluar berjalan-jalan dan dia berkata akan mengadu di akhirat kelak jika kes menjadi semakin teruk.
Ini kerana sebab manusia yang degil ini, mereka tidak dapat menikmati nikmat solat pada waktunya.
Dan kepada yang bersatu bersama-sama prihatin dengan saranan kerajaan untuk duduk rumah saja, mereka ucapkan terima kasih dan semoga kita semua terlindung dari wabak bahaya ini.
Dan apa yang diharapkan di hujung luahannya semoga kita semua sama-sama dapat bermarathon menunaikan ibadah sepanjang bulan puasa nanti.
Posting ini turut mendapat respon dari warganet apabila mendapat lebih 100K butang like dan lebih 37K menekan share. Mereka turut turut mendoakan barisan frontliner sentiasa dalam lindungan Allah.
‘Syahril lakukan solat istikarah sebelum buat keputusan.’ Pelajar cemerlang 11A terima 10 tawaran sambung belajar. Bertuah sungguh empunya badan, bukan satu tetapi 10 tawaran yang diterima.
Sudah tentu bukan sesuatu yang mudah membuat pilihan apatah lagi melibatkan 10 tawaran. Kita sendiri pun kadang-kadang susah membuat pilihan, apa lagi melibatkan masa depan.
Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A yang tular menjaga ibu sakit, Muhammad Syahril Saidi menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajaran termasuk biasiswa.
Jelas Syahril, 18, dia perlu melakukan solat istikharah dan berbincang dengan ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan.
Menurutnya, setakat ini dia mahu meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok, Kelantan untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.
“Saya akan buat perancangan, langkah demi langkah untuk pilih mana yang terbaik. Tawaran memang banyak daripada pelbagai agensi, saya ucapkan seribu penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bagi tawaran biasiswa.
“Doakan saya dan keluarga, semoga kita semua berjaya dunia akhirat dan jadi pemimpin Islam yang benar-benar membawa kebenaran,”katanya.
Jelas pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang ini, tidak sepatutnya dia seorang sahaja diraikan atas kejayaan dalam SPM, tetapi individu di sekeliling yang banyak membantunya seperti abang, kakak, ibu bapa saudara dan guru-gurunya yang mengetahui kesusahan hidupnya sebelum ini.
Menurutnya, mereka adalah insan di sebalik tabir yang mendorong kejayaannya terutama arwah ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang baru meninggal dunia, Sabtu lalu.
“Banyak yang arwah umi pesan pada saya, tapi biarlah jadi simpanan peribadi saya,” katanya yang turut menerima tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan beberapa bank.
Sementara itu, bapa saudara Syahril, Rosmazuki Mat Jusoh, 45, berkata dia mengagumi kecekalan hati anak-anak saudaranya yang menjaga ibu mereka selepas kematian bapa mereka, Saidi Mat Jusoh sejak 11 tahun lalu.
Katanya, arwah ibu bapa mereka sering mengajar anaknya supaya tidak menyusahkan orang lain.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada seorang Cikgu Shafie Sidik, antara individu paling banyak membantu mereka, tak ada budi yang kami dapat balas,” katanya.
Akhlak baik Syahril, abang serta kakak-kakaknya turut mengundang simpati orang ramai sehingga ada mahu mengambil mereka sebagai anak angkat selain sering membawa makanan, keperluan harian dan membantu keluarga ini selepas ibu mereka diserang penyakit angin ahmar pada 2019.
Kesusahan dan pengorbanan remaja ini terbongkar selepas dia berjaya menjadi pelajar tunggal sekolahnya mendapat 11A dalam SPM 2022 yang diumumkan Khamis lalu.
Bagaimanapun, ibunya yang sakit meninggal dunia pada Sabtu lalu dan solat jenazah diimamkan Syahril.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lati.
Soalan:
Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Hukum bagi wanita yang mengambil ubat tahan haid bagi tujuan berpuasa penuh di bulan Ramadan adalah harus.
Keharusan ini tertakluk dengan syarat mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan dan pengesahan tiada implikasi mudarat terhadap tubuh badan seseorang wanita tersebut.
Walau bagaimanapun, lebih baik tidak mengambil ubat tersebut kerana yang paling afdal meraikan fitrah semula jadi yang telah ditentukan oleh Allah SWT untuk kaum wanita.
Haid merupakan darah tabi’i (tabiat semulajadi yang normal) mengalir keluar daripada pangkal rahim perempuan setelah baligh ketika badannya sihat tanpa ada sebab (penyakit) dalam tempoh-tempoh tertentu.
Darah haid merupakan kejadian semulajadi yang ditentukan oleh Allah SWT kepada kaum hawa berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA:
. قالَ: إنَّ هذا شيءٌ كتبَهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ على بَناتِ آدمَ
Maksudnya: “Rasulullah bersabda: Sesungguhnya, ini adalah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah untuk anak cucu perempuan Adam.“- Riwayat Bukhari (294)
Wanita yang mengalami haid di bulan Ramadan tidak perlu berpuasa dan diperintahkan untuk menggantikan puasanya pada hari-hari yang ditinggalkan berdasarkan hadis berdasarkan daripada Mu’azah Al-‘Adawiyyah:
Maksudnya:
Aisyah RA berkata: Kami telah ditimpa haid, kemudian kami diperintahkan untuk menggantikan puasa (yang ditinggalkan kerana haid) tetapi tidak memerintahkan untuk menggantikan solat”.
Riwayat Muslim (335)
Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa antara syarat yang membolehkan seseorang berpuasa ialah suci daripada haid dan nifas:
Maksudnya:
Terhenti daripada haid dan nifas sepanjang waktu siang. Seterusnya, tiada nas larangan dalam perbuatan makan pil tahan haid. Oleh itu harus makan ubat tahan haid bertepatan kaedah fiqh yang yang masyhur : الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada pengharaman (perkara tersebut).
(Lihat: al-Asybah wa al-Nazair , Imam Suyuthi .60)
Namun, sekiranya terbukti dari sudut perubatan oleh pihak yang beroautoriti bahawa memakan ubat menahan haid boleh mendatangkan mudarat jangka masa pendek atau panjang, maka penggunaannya tidak dibenarkan. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
Maksudnya: “Tidak boleh memberikan mudarat atau saling berbalas memberi mudarat.
Riwayat Ibn Majah (2341)
Oleh yang demikian, wanita yang ingin mengambil ubat menahan haid perlu mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan agar dapat terhindar daripada sebarang implikasi kesihatan.
Berdasarkan pandangan ulama, memakan ubat untuk melambatkan kitaran haidnya adalah dibolehkan dengan syarat mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu dan ubat tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya.
Walau bagaimanapun lebih baik tidak memakan pil kitaran haid agar dapat mengikut fitrah kejadian semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Kedatangan haid merupakan sesuatu tanda wanita itu dalam keadaan sihat. Oleh itu, wanita yang mengalami haid ketika bulan Ramadan, boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya di bulan-bulan lain.
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...